ws11-syawal

June 17, 2018 | Author: firdaus_salsabil | Category: N/A


Comments



Description

“ENRICHING THE MUSLIMS SOUL WITH TARBIAH “EDISI KEsepuluh 09’ 3 oktober 2009 / 13 syawal 1430 H SOALAN: Kalau seseorang ingin bertaubat.adakah dia perlu mengqadha’ semua solat-solatnya yang lepas? JAWAPAN:  Mengikut pendapat mazhab syafie, orang tersebut perlu bertaubat dan mengqadha’ semua solatnya yang lepas  Ada pendapat yang lebih ringan menyatakan selepas taubat nasuha tidak perlu qadha  Mengikut keadaan di Malaysia ini, kita berpegang pada mazhab syafie jadi dia hendaklah bertaubat dan berusaha untuk mengqadha’ semua solat yang telah ditinggalkan bermula dari dia baligh ~wallahu’alam~ Assalamualaikum semua! Kali ini kami masukkan balik doa yang yang tiba-tiba hilang pada edisi ke 9 disebabkan kesalahan teknikal yang tidak disegajakan.mohon maaf,ye!Pejam celik tinggal sebulan lebih sahaja sebelum imtihan.Yang belum habis muqarrar,teruskan usaha… Yang dah habis bantu-bantu la kawan-kawan..Moga tarbiah ramadhan yang telah berjaya kita lalui menjadikan kita tergolongdalam kalangan yang terpilih untuk mendapat rahmatNya… salam mujahadah,ceria-ceria selalu….. “ENRICHING THE MUSLIMS SOUL WITH TARBIYAH” Signs of successful Ramadhan training 1) 2) 3) 4) Sadness upon departure of Ramadhan. Happiness to celebrate Syawal. Looking forward to fast 6 days in Syawal. Can’t wait for the next Ramadhan! Musafir di aidilfitri Akhi... Saudaraku, engkau merdeka di balik tembok itu Saudaraku, engkau merdeka dengan belenggu itu Bila engkau jadikan Allah sebagai sandaran Maka apakah gerangan yang akan memperdayakanmu Wahai saudaraku, pasukan kegelapan akan binasa Dan fajar baru akan menyingsing di alam semesta Lepaskan kerinduan jiwamu Engkau akan melihat fajar dari jauh telah bersinar Saudaraku, engkau jangan jemu berjuang Engkau lemparkan senjata dari bahumu Siapakah yang akan mengubati luka-luka para mangsa Dan meninggikan kembali panji-panji jihad? ~Syed Qutb~ BIRO TARBIYAH DAN KEROHANIAN IQRaC 09/10 PAGE 4 BIRO TARBIYAH DAN KEROHANIAN IQRaC 09/10 PAGE 1 “ENRICHING THE MUSLIMS SOUL WITH TARBIAH “ “ENRICHING THE MUSLIMS SOUL WITH TARBIAH “ Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban. 2)Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir. 3)Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah. 4)Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harumharuman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. 5)Disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh 6)Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil." 7)Disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan: Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak." Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain: Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam. Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama. 1)Al-Imam Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian “Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.”   Pertama sekali Rasulullah melakukan solat Aidil Fitri pada tahun kedua hijrah. Hukumnya sunat muakad dan Rasulullah tidak pernah meninggalkannya. Dari Abu Hurairah ra: “Hiasilah hari rayamu dengan takbir.”  Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa membaca „Subhana Allah wa bihamdihi‟ pada hari raya, tiga ratus kali, serta menghadiahkannya kepada kaum muslimin yang telah mati maka dalam setiap kubur akan memancar seribu nur, dan ketika dia mati, Allah akan menjadikan untuknya seribu nur.”  Dari Wahab bin Muhabah ra, bahawa iblis amat sedih apabila tiba hari raya. Mereka berkumpul lalu berkata: “Wahai pemimpin kami, mengapa engkau marah?” Pemimpinnay berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengampuni umat Muhammad pada hari ini. Kamu semua mesti bekerja keras dengan menyibukkan mereka dengan kelazatan dan syahwat!” Dari Wahab juga: “Sesungguhnya Allah menjadikan syurga pada hari Aidil Fitri juga pada hari itu Allah menanamkan pohon Tuba. Malah Jibril juga memilih hari itu untuk menurunkan wahyu. Para tukang sihir Firaun bertaubat di hari itu.”   Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa beribadah pada malam hari raya kerana mengharapkan redha Allah tidak akan mati hatinya pada hari di mana hati-hati semua mati.” BIRO TARBIYAH DAN KEROHANIAN IQRaC 09/10 PAGE 2 BIRO TARBIYAH DAN KEROHANIAN IQRaC 09/10 PAGE 3
Copyright © 2024 DOKUMEN.SITE Inc.