Quran Dari Allah

June 8, 2018 | Author: ArkibTarbiah | Category: N/A


Comments



Description

Dari penjelasan yang diberikan, telah membuktikan keajaiban Al-Quran pada zaman ini AlTetapi jika masih ragu-ragu, ingatlah peringatan raguAllah Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? Untuk memperkukuh kebenaran Al-Quran, Alberikut adalah kenyataan saintis Barat mengulas mengenai Al-Quran setelah mengkaji Alsecara mendalam Dr. Gary Miller Takjub Ketika Mengkaji Al-Quran Dr. Gary Miller merupakan seorang paderi (minister) dan pakar matematik yang berasal dari Kanada. Pada tahun 1978 beliau berkesempatan untuk membaca Al-Quran dan beliau terkejut dengan mesejnya yang jelas lagi menakjubkan. Beliau kemudiannya memeluk Islam dan telah menulis beberapa artikel membuktikan Al-Quran sebenarnya Kalam Allah Di antara aspek yang mengkagumkan beliau ialah, walaupun Al-Quran diturunkan kepada mereka yang hidup di padang pasir, isinya berbagai-bagai termasuk perincian berhubung lautan dan ombak. Beliau menceritakan kisah seorang ahli pelayaran dari Toronto yang diberikan terjemahan Al-Quran untuk dibaca. Selepas membacanya ahli pelayaran itu telah bertanya: "Adakah Muhammad seorang ahli pelayaran?" Beliau diberitahu: "Tidak!" "Jika demikian ini merupakan suatu yang pelik kerana isi Al-Quran berhubung lautan, awan dan ombak begitu terperinci dan tepat dengan apa yang sebenarnya berlaku, sepanjang pengalaman saya, sedangkan Muhammad seorang yang sentiasa berada di kawasan padang pasir!" Ini membuktikan Al-Quran bukan karangan manusia tetapi wahyu daripada Allah. SAINTIS BARAT AKUI ISLAM Fakta Embriologi Bertepatan Dengan Quran ± PROF. DR. KEITH L. MOORE ‡ Profesor Dr. Keith L. Moore ialah penulis buku bertajuk ³The Developing Human´. ‡ Beliau ialah seorang Profesor Emeritus di bidang kajian tubuh manusia dan biologi sel (µAnatomy and Cell Biology¶) di Univeristy of Toronto, Kanada. ‡ Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Dekan Madya di Jabatan Sains Asas, Fakulti Perubatan ‡ Pada 1984, Prof. Moore telah menerima pingat paling dihormati di bidang kajian tubuh-manusia di Kanada, iaitu pingat µJ.C.B Grant Award¶ daripada Persatuan Pakar Tubuh-manusia Kanada. ‡ Beliau telah menulis banyak buku-buku berkenaan kajian tubuh manusia klinikal dan kajian embrio. Lapan daripadanya diguna-pakai di sekolah-sekolah perubatan dan telah diterjemahkan kepada enam bahasa. SAINTIS BARAT AKUI ISLAM Dalam tahun 1981, Dr Keith L. Moore berkata Persidangan Perubatan ke 7 di Damman Arab Saudi : dalam ³Saya merasa amat sukacita kerana diberi peluang membantu menerangkan ayat-ayat Al-Quran berkenaan pembentukan manusia. Bagi saya ianya suatu yang amat nyata bahwa ayat-ayat ini telah diwahyukan kepada Muhammad oleh Allah, atau Tuhan, kerana kebanyakan dari fakta-fakta ini tidak ditemui melainkan selepas beberapa kurun selepas itu (selepas riwayat hidup Rasulullah s.a.w.). Ini membuktikan kepada saya bahawa Muhammad ialah seorang Rasul Allah.´ ³Kenyataan-Kenyataan Yang Dibuat Oleh Muhammad ini Datang Daripada Wahyu Tuhan¶¶ - DR. T.V.N. PERSUAD Dr. T.V.N. Persuad adalah Profesor Of Anatomy dan ketua Jabatan Anatomy dan Profesor Of Pediatrics and Child Health, University of Manitoba, Canada. Seorang yang sangat terkenal dalam bidangnya dan penulis serta editor kepada 25 buah buku. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 181 kertas kerja saintifik. Dalam tahun 1991 beliau menerima anugerah tertinggi bidang Anatomy, J.C.B Grant Award Daripada Canadian Assosiation Of Anatomist. Berikut adalah kenyataan beliau bila ditanya kajian yang telah beliau buat mengenai keajaiban saintifik di dalam Al-Quran: µ¶Pada saya Muhammad adalah seorang manusia biasa ,yang sangat sederhana. Dia tidak boleh membaca dan menulis.Malah dia adalah seorang yang buta huruf .Kita bercakap mengenai 1400 tahun dahulu. Seorang yang buta huruf membuat kenyataan dan pengiystiharan yang sangat tepat dari sudut sains. Secara peribadi saya tidak nampak ini sebagai satu kebetulan .terlalu banyak kenyataan yang tepat. Seperti Dr. Moore tidak sukar bagi saya untuk percaya bahawa kenyataankenyataan yang dibuat oleh Muhammad ini datangnya daripada wahyu tuhan¶¶ Profesor Persuad telah memasukkan beberapa ayat AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad S.A.W di dalam Sebahagian buku-buku yang beliau karang. Beliau juga telah menggunakan ayatayat Al-Quran dan Hadith ini di dalam beberapa persidangan yang dihadirinya . SAINTIS BARAT AKUI ISLAM DR E MARSHALL JOHNSON: Penerangan Al-Quran Mengenai Embryo Bertepatan Dengan Sains Kontemporari Dr E Marshall Johnson adalah Profesor dan Pengerusi jabatan Anatomi dan Jabatan Biologi dan pengarah Daniel Bough Institute, Thomas Jeffersson University, Philadelphia, Pennsylvania,USA. Beliau juga pernah menjadi presiden Teratology Society. Di dalam kajian beliau yang disampaikan di Persidangan Perubatan ke 7 di Damman Arab Saudi (1981) Profesor Johnson berkata: µ¶Ringkasnya Al-Quran menerangkan bukan sahaja perkembangan luaran embryo tetapi memberi penekanan peringkat dalaman embryo, menekankan perubahanperubahan besar yang berlaku yang diakui oleh sains kontemporari... sebagai seorang ahli sains saya hanya dapat mengendalikan perkara-perkarayang saya dapat lihat secara spesifik. Saya faham embrilogi ( embryology ) dan perkembangan biologi. Saya faham ayat-ayat yang diterjemahkan dari Al-Quran .Sekiranya saya dihantar ke era itu (1400 tahun dahulu ) dengan pengetahuan yang saya ada saya tidak akan dapat menerangkan perkara-perkara yang diterangkan oleh Al-Quran .Tidak dinafikan bahawa manusia ini, Muhammad mesti telah memperolehi maklumat-maklumat ini dari tempat lain .Jadi saya yakin bahawa penurunan wahyu mestilah telah berlaku. DR GERALD C GOERINGER: Al-Quran Beri Gambaran Menyeluruh Perkembangan Manusia Dr Gerald C Goeringer adalah Profesor dan koordinator Medical Embryology , Department of Cell Biology, School of Medicine ,Georgetown University ,Washington DC, USA , Semasa persidangan Perubatan ke 8 di Riyadh , Arab Saudi , Profesor Georinger telah membuat kenyataan berikut apabila beliau membentangkan kertas kajiannya: µ¶Hanya dalam beberapa ayat Al-Quran sahaja telah cukup memberikan gambaran yang hampir menyeluruh mengenai perkembangan manusia daripada peringkat persenyawaan sehingga µorganogenesisµ .Belum pernah sebelum ini wujud rekod perkembangan manusia yang lengkap dari segi klasifikasi, terminology dan huraiannya, kenyataan dalam ayat-ayat Al-Quran adalah kenyataan yang telah ditulis beberapa kurun lebih awal daripada bermulanya era penulisan saintifik secara tradisional.´ SAINTIS BARAT AKUI ISLAM DR. WILLIAM W. HAY: Sangat tertarik maklumat laut Ada di dalam Al-Quran Dr. William W. Hay adalah Profesor of Oceanography (lautan) Colorado University, Boulder ,Colorado USA. Beliau adalah seorang saintis marin yang sangat terkenal. Mengulas tentang penemuan fakta-fakta baru berkaitan lautan yang telahpun disebut didalam Al-Quran beliau berkata: ¶Adalah sangat menarik maklumat-maklumat seperti ini terdapat di dalam kitab AlQuran. Saya tidak tahu dari mana maklumat ini datang .Saya rasa sangat tertarik yang maklumat itu ( tentang laut ) ada di dalam Al-Quran . Kajian yang sedang dijalankan sekarang akan menyingkap sebahagian daripada maksud ayat-ayat AlQuran.¶¶ Apabila ditanya mengenai sumber Al-Quran itu beliau menjawab: µ¶Saya rasa ia mestilah wahyu daripada tuhan¶¶ Professor Alfred Kroner Kagum Dengan Nabi Muhammad Professor Alfred Kroner adalah salah seorang ahli geologi yang terkenal di dunia. Beliau merupakan Professor di Bahagian Geosains, Universiti Mainz Jerman. Beliau berkata, ³Memikirkan Muhammad berasal dari mana....Saya fikir ianya hampir mustahil hingga Dia boleh mengetahui mengenai sesuatu seperti asal-usul alam semesta, kerana ahli sains baru sahaja membuat penemuan dalam beberapa tahun lepas setelah menghadapi kesulitan serta menggunakan kaedah berteknologi tinggi. Beliau menambah lagi bahawa sesiapa yang tidak mengetahui sesuatu mengenai fizik nuklear 1400 tahun dahulu, pada pandangan saya adalah mungkin tidak berada satu ketika untuk berfikir yang langit dan bumi mempunyai asal-usul yang sama.´ Artikel kenyataan Kroner dalam internet DR TEJATAT TEJASEN Akui Quran Boleh Dibuktikan Melalui Pendekatan Sains Dr Tejatat Tejasen adalah Pengerusi Department Anatomy dan bekas Dekan Faculty of Medicine University of Chiang Mai, Thailand , Semasa persidangan Perubatan ke 8 di Riyadh, Arab Saudi Dr Tajatat berdiri dan berkata: ³Dalam tiga tahun kebelangan ini saya berminat degan AlQuran ... daripada kajian saya dan yang saya pelajari sepanjang persidangan ini saya percaya segala apa yang dicatatkan di dalam Al-Quran 1400 tahun dahulu adalah benar yang boleh dibuktikan melalui pendekatan sains. Memandangkan Nabi Muhammad S.A.W tidak boleh membaca dan menulis, Muhammad mestilah seorang utusan yang menyampaikan apa yang diwahyukan kepada beliau oleh Tuhan Maha Pencipta. Pencipta ini mestilah Tuhan atau Allah S.W.T Jadilah tibalah masanya untuk mengucap Laillaha illa Allah tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah,
Copyright © 2026 DOKUMEN.SITE Inc.