Pembentangan PP

June 10, 2018 | Author: Qistina Afi | Category: N/A


Comments



Description

PENGAJIANPERNIAGAAN TAJUK : ANALISIS PENDEKATAN STRATEGIK YANG DIJALANKAN OLEH SYARIKAT PARKSON HOLDINGS BERHAD DISEDIAKAN OLEH: NUR AFIFAH BT MOHD LAZIM PENGENALAN • Parkson adalah pusat beli-belah serbaneka sejak tahun 1987. • menawarkan perkhidmatan menjual barangan-barangan pelbagai fesyen dan barangan berkaitan gaya hidup jenama terkenal antarabangsa • Kini, Parkson Holdings Berhad telah membuka 141 rantaian cawangan gedung Parkson di Malaysia, China, Singapore, Vietnam, Sri Lanka, Indonesia, dan Myanmar. • Setiap tahun Parkson Holdings Berhad telah memberi perkhidmatan kepada lebih 100 juta orang pengguna. OBJEKTIF KAJIAN • Mengenal pasti aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat Parkson Holdings Berhad • Menjelaskan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat Parkson Holdings Berhad • Mengenal pasti pendekatan strategik yang dijalankan oleh syarikat Parkson Holdings Berhad • Mencadangkan strategi yang sesuai dilakukan oleh syarikat Parkson Holdings Berhad KAEDAH KAJIAN • Dalam kajian ini, pengkaji digalakkan menggunakan data sekunder kerana maklumat boleh diperoleh dengan mudah • Data sekunder boleh diperoleh melalui internet, perpustakaan, buku-buku ilmiah, jurnal, majalah dan akhbar. • Contohnya, pengkaji telah menggunakan kaedah ini untuk melihat dan menganalisis laporan tahunan Parkson Holdings Berhad. DAPATAN KAJIAN Aktiviti Perniagaan Syarikat Parkson Holdings Berhad.  Syarikat Parkson Holdings Berhad merupakan sebuah perniagaan yang berasaskan perkhidmatan peruncitan  Perniagaan utama Parkson ialah jualan mengikut jabatan dimana mereka menawarkan item-item daripada barangan fesyen yang berjenama terkenal antarabangsa, perhiasan rumah, produk elektrik, barangan sofline dan hardline.  Barang-barang jualan ini fokus kepada gaya, kepelbagaian, jenama, dan kualiti.  Selain daripada aktiviti peruncitan, Parkson Holdings Berhad juga menganjurkan aktiviti Konsep-Konsep Perniagaan Antarabangsa Parkson Holdings Berhad. Globalisasi  merupakan proses meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasai oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.  Syarikat Parkson Holding Berhad melaksanakan usaha meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa melalui konsep globalisasi.  Parkson telah meluaskan pasaran dengan membuka kedai pertama di China pada tahun 1994, diikuti oleh Vietnam pada 2005, Indonesia pada tahun 2011, Sri Lanka pada tahun 2012, dan memasuki pasaran Myanmar pada tahun 2013. Pasaran Menimbul  merupakan pasaran baru yang dikenali sebagai kawasan yang boleh menyediakan pasaran bagi keluaran dunia dan perniagaan antarabangsa.  Parkson Holdings Berhad melakukan konsep pasaran menimbul dengan mengenal pasti negara yang mampu menonjol dalam bidang ekonomi. Dunia Tanpa Sempadan  Dunia tanpa sempadan memperlihatkan pergerakan dan perkembangan sesebuah perniagaan merentasi sempadan negara.  Parkson Holdings Berhad juga telah meluaskan pasaran melalui perniagaan online dalam laman rasmi Parkson tanpa sebarang tarif dan sekatan. Lokalisasi  Lokalisasi merujuk kepada usaha mengubah subsidiari daripada organisasi asing kepada organisasi tempatan yang menepati ciri-ciri tempatan.  Contohnya, di China Syarikat Parkson memasarkan barangan elektrik seperti kipas atau penyaman udara apabila tibanya musim panas manakala apabila musim sejuk mereka perlu memasarkan alat pemanas. Pendekatan Strategik Parkson Holdings Berhad • Analisis SWOT Analisis SWOT adalah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana keadaan organisasi yang berkaitan pada masa sekarang dan pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. ANALISIS SWOT PARKSON Kekuatan  Lokasi yang stratergik  Kualiti produk  Imej Syarikat  Pegawai yang berpengalaman Kelemahan  Kos operasi yang tinggi  Pesaing persekitaran perniagaan  Kadar lantik henti yang tinggi. Peluang Pembukaan pusat belibelah baru Pengaruh Kerajaan Ancaman Pesaing STRATEGI PEMASARAN Penembusan Pasaran  Parkson telah mampu menembusi pasaran Asia, di mana kini syarikat mempunyai cawangan di Taiwan, Hong Kong, Singapura dan juga yang bakal dibuka iaitu di Kemboja  Syarikat Parkson memaparkan iklan promosi seperti tawaran hebat mereka untuk memperkenalkan gedung Parkson dan menggalakkan lagi pelangganpelanggan mereka Pembangunan Produk  dengan menggunakan strategi pembangunan produk Parkson telah membuka cawangan mereka di luar negara dengan memasarkan produk sedia ada .  Contohnya, Parkson membuka gedungnya yang ke-58 di Baoding, Wilayah Hebei, China pada 20 September 2013 RUMUSAN • Parkson Holding Berhad merupakan syarikat yang terkenal dengan gedung beli-belah yang bertemakan kemewahan. • Syarikat Parkson Holdings Berhad mengamalkan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan. • Pakson juga mengamalkan konsep antarabangsa seperti globalisasi, pasaran menimbul, dunia tanpa sempadan dan lokalisasi • Dengan menggunakan analisis SWOT, Syarikat Parkson untuk mengetahui kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi oleh syarikat • strategi pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat Parkson adalah penembusan pasaran dan pembangunan pasaran. CADANGAN • Antara cadangan strategi yang boleh diamalkan oleh Parkson Holdings Berhad adalah membuat potongan harga untuk produknya pada masamasa tertentu dan meningkatkan promosi dan pengiklanan tentang perkhidmatan yang ditawarkan di Parkson sama ada melalui media elektronik mahupun media cetak. • Seterusnya, untuk Parkson terus berdiri lebih teguh di pasaran antabangsa ialah Parkson harus memasarkan produk yang menepati cita rasa tempatan serta menjaga kualiti dan imej Parkson. SEKIAN TERIMA KASIH
Copyright © 2024 DOKUMEN.SITE Inc.