MODEL KHATAM AL-QURAN DAN TASMIK PROGRAM j-QAF BERDASARKAN NORMA BAHARU.pdf

June 9, 2018 | Author: Y. Raja Ismail | Category: Documents


Comments



Description

Seminar Kebangsaan PdPc Abad ke-21, 23-25 April 2-10 (Jilid ke-2)

Seminar Kebangsaan PdPc Abad ke-21, 23-25 April 2-10 (Jilid ke-2) MODEL KHATAM AL-QURAN DAN TASMIK PROGRAM j-QAF BERDASARKAN NORMA BAHARU GURU PENDIDIKAN ISLAM: TINJAUAN DALAM DAERAH KUALA NERUS, TERENGGANU

¹YM Raja Abdullah bin Raja Ismail [email protected] ²Saidi Mohd, Dr. [email protected] Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) model-model Program j-QAF telah melalui proses penambahbaikan berdasarkan Norma Baharu Guru Pendidikan Islam (GPI) di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meliputi Model Khatam Al-Quran (KAQ) dan Model Tasmik Al-Quran (TAQ). Kekurangan GPI untuk melaksanakan PdP kolaboratif, kekangan masa, kelemahan bacaan murid masih belum dapat di atasi sepenuhnya. Kajian kuantitatif menggunakan Instrumen soal selidik dijalankan ke atas 56 sampel daripada populasi 216 orang Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam daerah Kuala Nerus Terengganu. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan Perisian SPSS Version 22. Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan KAQ dan TAQ berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan (min= 3.93). Bagi setiap dimensi iaitu pengurusan Program j-QAF (min=3.96), Model KAQ (min=3.85), Model TAQ (min=3.97), sokongan dan kemudahan (min=4.02) serta bimbingan dan pemantauan (min=3.55). Perhatian perlu diberikan kepada aspek bimbingan dan pemantauan, keperluan guru, kelemahan murid, latihan dan kursus peningkatan profesionalisme guru untuk mencapai keberhasilan yang maksimum. Kata Kunci: Khatam Al-Quran, Tasmik dan Norma Baharu GPI

PENGENALAN Program j-QAF adalah gagasan idea Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi mantan YAB Perdana Menteri Malaysia Kelima (KPM 2004), bertujuan memperkasakan mata pelajaran Pendidikan Islam dalam Kurikulum Pendidikan Islam bagi melahirkan murid sekolah rendah yang boleh membaca dan khatam Al-Quran, menguasai asas Bahasa Arab, mengamalkan asas-asas Fardhu Ain serta boleh membaca dan menulis Jawi (KPM 2015). Kurikulum, prasarana atau infrastruktur dan sumber manusia merupakan tiga komponen utama sistem pendidikan sesebuah negara (Mohd Isha et al. 2013). Justeru, aspek sumber manusia perlu melalui proses transformasi sejajar dengan agenda melahirkan modal insan berkualiti tinggi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM 2013), mematuhi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang memerlukan guru bertindak sebagai pemudah cara (perancang, pengawal, pembimbing, pendorong dan penilai) dalam proses PdP untuk memperkembangkan potensi dan pencapaian murid secara menyeluruh serta berterusan (KPM 2017). Mendepani tujuan itu, KPM telah melakukakan transformasi dalam pelaksanaan PdP model-model Program j-QAF berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 Tahun 2015: Pelaksanaan Norma Baharu Guru Pendidikan Islam (GPI) di Sekolah Rendah KPM (KPM 2015). Antara model yang diperkemaskan aspek pelaksanaannya adalah Model Khatam Al-Quran dan Model Tasmik. Hasrat penambahbaikan ini adalah untuk mencapai sasaran Khatam Al-Quran melalui kedua-dua model tersebut setelah murid menamatkan persekolahan pada Tahun 6. GPI mempunyai peranan utama dalam mendidik murid menjiwai Al-Quran melalui pengajaran kemahiran Al-Quran (Mohd Aderi 2009). Namun aspek pelaksanaan KAQ dan TAQ yang kurang mantap didapati menjejaskan penguasaan kemahiran Al-Quran murid. Kekangan masih berlaku apabila hanya seorang GPI dipertanggungjawabkan menghabiskan sukatan KAQ dan TAQ secara bersendirian untuk sebuah kelas (Raja Abdullah 2015). Dapatan kajian oleh Misnan et al. (2013) menunjukkan

Seminar Kebangsaan PdPc Abad ke-21, 23-25 April 2-10 (Jilid ke-2) terdapat 19.4 peratus (14 orang) murid masih gagal mengenal huruf dan baris, tersangkut bacaan dan mengulang-ulang kalimah yang sama. Laporan pencapaian program j-QAF oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) tahun 2008 menunjukkan 991 orang murid (11.1 peratus) daripada 8383 murid tahun empat gagal melepasi khatam Iqra’ 1 hingga 6 walaupun sudah mengikuti program j-QAF melebihi tiga tahun (Daud et al. 2014). Faktor kekangan masa untuk menghabiskan sukatan PdP Khatam Al-Quran juga wujud disebabkan gangguan pelbagai program di peringkat sekolah dan kelemahan perancangan PdP guru sendiri (Raja Abdullah 2015). Justeru, kajian ini dijalankan bagi meninjau persepsi GPI terhadap aspek-aspek pengurusan program j-QAF, pematuhan dalam pelaksanaan PdP KAQ dan TAQ, sokongan dan kemudahan serta pemantauan dan bimbingan berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Norma Baharu GPI bermula pada tahun 2015.

OBJEKTIF Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan Model KAQ dan TAQ Program j-QAF berdasarkan dimensi pengurusan program, pelaksanaan Model KAQ, pelaksanaan Model TAQ, sokongan dan kemudahan serta bimbingan dan pemantauan. TINJAUAN LITERATUR Kandungan tinjauan literatur ini akan membincangkan tentang Model KAQ dan TAQ Program j-QAF dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan pengurusan pelaksanaan PdP Al-Quran (Khatam dan Tasmik) berdasarkan rujukan sumber ilmiah dan kajian-kajian lepas untuk mendasari aspek yang menjadi fokus dalam kajian ini.

KAQ dan TAQ dalam PdP Pendidikan Islam KSSR Model KAQ kurikulum j-QAF merupakan kaedah kolaboratif yang bertujuan mencapai matlamat khatam Al-Quran bagi semua murid Islam melalui kaedah Talaqqi Musyafahah. Antara objektif yang digariskan dalam Model KAQ ialah untuk memastikan murid (i) Menguasai sukatan Iqra’ 1 hingga 6 (ii) Membaca Al-Quran dengan lancar dan bertajwid (iii) Menghabiskan sukatan surahsurah yang ditetapkan dan (iv) Mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 30 juzuk. Manakala Model TAQ merupakan proses membimbing dan merekodkan bacaan Al-Quran murid secara individu bermatlamat untuk memastikan murid menguasai Al-Quran bertajwid secara kolaboratif dalam waktu rasmi persekolahan (KPM 2015; Ahmad 2011). Program j-QAF terus diperkasakan oleh KPM selaras dengan perkembangan era pendidikan abad ke-21 melalui penyatuan tenaga guru di bawah satu jenama Guru Pendidikan Islam berdasarkan Norma Baharu GPI. Selaras dengan perkembangan tersebut, satu Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF telah dikeluarkan bagi menetapkan asas pengurusan guru serta mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Program j-QAF. Melalui Garis Panduan baru ini, pelaksanaan PdP Khatam Al-Quran dan Model Tasmik telah menyatukan fungsi Guru j-QAF dan Guru Pendidikan Islam, menyusun nisbah guru untuk kolaborasi dalam PdP Al-Quran dan Tasmik dengan lebih sistematik dan teratur dalam jadual waktu. Tegasnya, Model KAQ dan TAQ dalam program j-QAF perlu diaksanakan dengan pengurusan yang teratur dan sistematik untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Ini adalah kerana PdP Al-Quran menekankan kepada kemahiran lisan, kelancaran bacaan, kemahiran fasahah, bacaan bertajwid dan kemahiran bacaan tahqiq, hadar, tadwir dan tartil. (Mohd Aderi 2009).

Pelaksanaan KAQ dan TAQ Program j-QAF Pelaksanaan sesuatu kurikulum dan program pendidikan melibatkan pelbagai lapisan pengurusan bermula pada peringkat kementerian, pejabat pendidikan di negeri-negeri, daerah dan seterusnya pentadbir serta guru-guru di sekolah. Ciri pentadbir (Guru Besar) yang baik dalam mengurus prasarana sekolah, mengadakan mesyuarat dan mentadbir organisasi akan menjayakan

Seminar Kebangsaan PdPc Abad ke-21, 23-25 April 2-10 (Jilid ke-2) lagi pelaksanaan program j-QAF seperti yang dijadualkan (KPM 2004;Sabariah 2013). Ketua Panitia Pendidikan Islam pula bertindak sebagai penyelaras yang akan merancang pelbagai program di peringkat sekolah. Guru Pendidikan Islam bersama Guru j-QAF pula bekerjasama dalam menjalankan PdP Al-Quran secara kolaboratif bagi Model KAQ dan TAQ, merekodkan bacaan murid untuk tujuan pelaporan ke jabatan pelajaran negeri dan KPM. Sabariah (2013) dalam kajian pelaksanaan Model Pemulihan Jawi j-QAF di sekolah rendah daerah Tuaran, Sabah mendapati aspek komitmen pentadbir berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.19, dimana pentadbir dan guru-guru di sekolah kurang mengambil tahu tentang program j-QAF (Khuzaifah (2006) dalam Sabariah (2013). Pelaksanaan setiap Model KAQ dan TAQ perlu melibatkan para guru di sekolah dalam mencapai matlamat yang disasarkan, dimana para guru berperanan merancang aktiviti PdP mengikut sukatan pelajaran dan melaksanakannya dengan kaedah yang bersesuaian (Mok 2003). Guru perlulah mengurus dan merancang langkah-langkah pengajaran dengan baik supaya tiada aspek yang tertinggal untuk menjamin keberkesanan PdP Al-Quran (Mohd Yusof 2005). Guru hendaklah mempunyai sifat dan kualiti profesional yang tinggi untuk menjalankan tugasnya dengan berkesan. Seorang guru profesional akan melengkapkan diri dengan pengetahuan ikhtisas seperti ilmu kaedah mengajar, ilmu kurikulum dan ilmu kandungan mata pelajaran (Mok 2014). PdP Model KAQ dan TAQ dijalankan berdasarkan peruntukan jadual waktu tiga kali seminggu bagi KAQ dan 2 waktu seminggu bagi TAQ berdasarkan sukatan pelajaran khatam Al-Quran dengan pendekatan Talaqqi Musyafahah secara kolaboratif dalam bilik darjah. Asmawati (2013) mendapati 97.4 peratus daripada 309 orang guru j-QAF sekolah rendah di Selangor yang ditinjau tentang teknik pelaksanaan Model KAQ mendapati kaedah Talaqqi Musyafahah berkesan dalam menjalankan PdP KAQ dan TAQ program j-QAF. PdP KAQ dan TAQ juga perlu dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan murid dapat mengkhatamkan Al-Quran mengikut tempoh yang ditetapkan. Guru ganti perlu disediakan sekiranya GPI yang dipertanggungjawabkan terlibat dengan aktiviti lain di dalam atau di luar sekolah. Namun terdapat guru j-QAF yang terdorong menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa singkat kerana terikat dengan pelbagai tanggungjawab dan tugas lain (Asmawati 2013). Berdasarkan kaedah pengajaran Al-Quran, sukatan KAQ dan TAQ tidak boleh dihabiskan dalam masa yang singkat, bahkan perlu secara tartil agar jelas huruf dan makhrajnya serta dapat bertadabbur sesuai dengan ajaran Rasulullah SAW. Ulama’ Al-Quran secara ijmak menghukumkan makruh jika bacaan terlalu cepat kerana sebutan huruf, baris dan tanda bacaan wajib tidak dapat dibaca dengan hukum yang sepatutnya (al-Maliki 2010). Murid-murid yang lemah (masih dalam sukatan Iqra’) perlu dibimbing dan dipantau di luar waktu PdP bagi memastikan mereka tidak ketinggalan. Usaha mengadakan Kem Literasi Al-Quran juga merupakan langkah yang baik dalam mengatasi kelemahan bacaan murid. Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Program j-QAF, mushaf Al-Quran bertajwid dan berwarna, buku Iqra’, peruntukan tenaga guru yang mencukupi, buku latihan dan bahan bantu mengajar (BBM) merupakan aspek sokongan dan kemudahan yang disediakan dalam pelaksanaan Model KAQ dan TAQ program j-QAF (KPM 2015). Peruntukan kewangan yang mencukupi perlu disediakan bagi pelaksanaan program j-QAF dengan sebaiknya tanpa membebankan guru-guru di sekolah. Kajian mendapati kemudahan Buku Panduan Guru (62.5 peratus), buku latihan dan aktiviti (58.9 peratus), BBM (57.3 peratus) dan peruntukan kewangan (59.2 peratus) berada pada tahap memuaskan bagi tahap kepuasan guru j-QAF terhadap sokongan dan kemudahan dalam pelaksanaan program j-QAF (Asmawati 2013). Bahan-bahan pelaksanaan program j-QAF juga didapati kurang mencukupi dan tidak sampai ke semua sekolah (Sabariah 2013). Pegawai Pelajaran dari KPM, JPN dan pejabat pendidikan daerah (PPD) dan pihak sekolah perlu melakukan pemantauan dan bimbingan berkala terhadap program j-QAF terutamanya kepada Model KAQ dan TAQ agar program ini dapat dijalankan dengan berkesan. Pelaporan ke atas sekolah-sekolah yang dilawati akan disediakan dari masa ke semasa mengikut keperluan bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang perlu diambil tindakan (KPM 2015). Keberkesanan pengajaran Al-Quran berjaya ditingkatkan apabila terdapat bimbingan berkaitan kemahiran kandungan Al-Quran melalui kursus, bengkel dan penerbitan (Daud Ismail 2010). Latihan atau kursus juga perlu dijalankan oleh KPM, JPN, PPD dan pihak sekolah bagi setiap mata pelajaran secara spesifik bagi meningkatkan kemahiran mengajar dan profesionalisme guru (Asmawati 2013;Misnan et al. 2013;Sabariah 2013).

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang melibatkan penilaian kendiri GPI dalam daerah Kuala Nerus, Terengganu tentang pelaksanaan Model KAQ dan TAQ Program j-QAF berdasarkan Norma Baharu GPI di sekolah rendah KPM. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif yang menghubungkaitkan antara matlamat kajian, persoalan dan objektif kajian yang ingin dicapai oleh pengkaji. Reka bentuk keratan rentas (cross-sectional survey design) digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. Kaedah ini digunakan kerana data dapat dikumpul dalam masa singkat (Chua 2011) dan hasil yang diperolehi sesuai untuk mengukur pendapat serta pandangan responden (Creswell 2009) tentang pelaksanaan Model KAQ dan TAQ. Sampel

Seminar Kebangsaan PdPc Abad ke-21, 23-25 April 2-10 (Jilid ke-2) kajian dipilih secara rawak dari sejumlah 219 orang populasi GPI yang bertugas di 29 buah sekolah dalam daerah Kuala Nerus, Terengganu. Seramai 56 orang GPI dipilih sebagai responden kajian. Saiz sampel 30 unit dan ke atas biasanya dapat memenuhi andaian taburan normal yang diperlukan dalam kajian sains sosial (Walliman 2006; Mohd Majid 2009; Othman 2013). Instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan Buku Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF (KPM 2015) berdasarkan Norma Baharu GPI yang dikeluarkan oleh KPM. Kandungan Buku Garis Panduan bagi Model KAQ dan TAQ telah digunakan sebagai item-item soal selidik berdasarkan konstruk atau aspek yang dikaji. Buku Garis Panduan ini mempunyai ketekalan dan kesahan yang tinggi kerana telah digubal oleh panel pakar yang dilantik oleh KPM sendiri. Keseluruhan konstruk yang dikaji dibahagikan kepada enam dimensi iaitu Bahagian A (Biodata Responden), Bahagian B (Pengurusan Program j-QAF), Bahagian C (Pelaksanaan KAQ), Bahagian D (Pelaksanaan TAQ), Bahagian E (Sokongan dan Kemudahan) dan Bahagian F (Pemantauan dan Bimbingan). Keseluruhan 41 item soal selidik mempunyai kesahan muka, kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang tinggi kerana telah dirujuk kepada pakar dalam bidang Tilawah Al-Quran dan Penyelidikan Pendidikan untuk dinilai serta dilakukan pembetulan supaya dapat mengukur dengan tepat aspek pelaksanaan Model KAQ dan TAQ Program j-QAF (Mohd Majid 2013). Nilai Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan soal selidik kajian seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Nilai kebolehpercayaan soal selidik bagi dimensi Pengurusan Program j-QAF ialah 0.831, Pelaksanaan KAQ ialah 0.734, Pelaksanaan TAQ ialah 0.785, Sokongan dan Kemudahan ialah 0.654 serta Pemantauan dan Bimbingan ialah 0.727. Keseluruhan instrumen soal selidik pelaksanaan Model KAQ dan TAQ menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.903. Jadual 1 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Instrumen Soal selidik Pemboleh Ubah Tahap Pelaksanaan KAQ dan TAQ Pengurusan Program j-QAF Model KAQ Model TAQ Sokongan dan Kemudahan Pemantauan dan Bimbingan

Nilai Alpha Cronbach 0.903 0.831 0.734 0.785 0.654 0.727

Tanda aras skor min yang digunakan adalah berpandukan kepada skala likert lima mata iaitu Sangat Tidak Setuju (STS) dengan skor 1 mata, Tidak Setuju (TS) dengan Skor 2 mata, Kurang Setuju dengan skor 3 mata, Setuju (S) dengan skor 4 mata dan Sangat Setuju dengan skor 5 mata. Skor min yang diperolehi daripada instrumen soal selidik dibahagikan kepada tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi seperti ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Science (SPSS) Version 22. Analisis data secara statistik deskriptif melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan bagi melaporkan dapatan kajian. Jadual 2 Interpretasi Skor Min Skor Min 1.00 hingga 2.33 2.34 hingga 3.66 3.67 hingga 5.00 Sumber: Adaptasi daripada Mohd Aderi (2008)

Interpretasi Skor Min Rendah Sederhana Tinggi

DAPATAN DAN PERBINCANGAN Profil Responden Jadual 3 menunjukkan dapatan kajian tentang latar belakang responden yang terlibat dalam kajian ini. Bilangan responden kajian ialah seramai 56 orang guru, iaitu 9 orang guru lelaki (16.1 peratus) dan 47 orang guru perempuan (83.9 peratus) yang mengajar

Seminar Kebangsaan PdPc Abad ke-21, 23-25 April 2-10 (Jilid ke-2) di enam buah sekolah rendah kebangsaan dalam daerah Kuala Nerus, Terengganu. Dari segi pengalaman mengajar, seramai 15 orang guru (27.3 pertus) mempunyai pengalaman mengajar antara 5 hingga 10 tahun, 17 orang (30.3 peratus) berpengalaman mengajar 11 hingga 20 tahun dan 24 orang (41.8 peratus) mempunyai pengalaman mengajar melebihi 20 tahun. Jadual 3 Latar belakang Responden Kajian Profil Jantina Pengalaman Mengajar

Jam Mengajar

Pengkhususan

Jawatan

Lelaki Perempuan 5- 10 tahun 11-20 tahun >20 tahun 30 jam Pendidikan Islam Bahasa Arab Pend. Islam dan B.Arab Pend. Islam dan Lain-lain Ketua Panitia Penyelaras j-QAF Setiausaha Guru Kelas Guru Pendidikan Islam Lain-lain

Frekuensi

Peratus

9 47 15 17 24 1 20 22 13 49 3 3 1 5 2 6 20 18 5

16.1 83.9 27.3 30.3 41.8 1.8 35.7 39.3 23.2 87.5 5.4 5.4 1.8 8.9 3.6 10.7 35.7 32.1 8.9

Bagi purata jam mengajar, majoriti guru mempunyai jam mengajar sekitar 10 hingga 20 jam dan 21 hingga 30 jam seminggu, iaitu masing-masing 20 orang (35.7 peratus) dan 22 orang (39.3 peratus). Seramai 13 orang guru (23.2 peratus) mempunyai jam pengajaran melebihi 30 jam seminggu manakala hanya seorang guru (1.8 peratus) mempunyai waktu PdP kurang dari 10 jam. Keseluruhan GPI mempunyai pengkhususan dalam bidang Pendidikan Islam ketika menuntut di IPG atau universiti dengan jumlah seramai 49 orang (87.5 peratus). Pengkhususan selainnya ialah Bahasa Arab seramai 3 orang (5.4 peratus), Pendidikan Islam dan Bahasa Arab seramai 3 orang (5.4 peratus) serta seramai seorang (1.8 peratus) berpengkhususan dalam Pendidikan Islam dan lain-lain. Dapatan tentang jawatan yang dipegang GPI di sekolah melibatkan Ketua Panitia 5 orang (8.9 peratus), Penyelaras j-QAF 2 orang (3.6 peratus), Setiausaha 6 orang (10.7 peratus), Guru Kelas 20 orang (35.7 peratus), GPI 18 orang (32.1 peratus) serta lain-lain jawatan sebanyak 5 orang (8.9 peratus). Berdasarkan perbincangan dapatan tentang latar belakang responden kajian didapati bahawa majoriti responden guru adalah perempuan, iaitu seramai 47 orang (83.9 peratus). Dari segi pengalaman mengajar, kebanyakan responden yang terlibat telah berkhidmat melebihi 20 tahun dalam bidang perguruan (41.8 peratus). Manakala dari segi jumlah jam mengajar didapati 42 orang guru (75 peratus) mengajar antara 10 hingga 30 jam seminggu. Dari segi pengkhususan ketika menuntut di IPG atau universiti didapati hampir keseluruhan responden iaitu 49 orang (87.5 peratus) dalam bidang Pendidikan Islam. Seterusnya dari segi jawatan yang dipegang di sekolah, dapatan menunjukkan kebanyakan responden ditugaskan sebagai guru kelas, iaitu 20 orang (35.7 peratus) dan selain itu 18 orang (32.1 peratus) memegang tugas hakiki GPI.

Seminar Kebangsaan PdPc Abad ke-21, 23-25 April 2-10 (Jilid ke-2) PELAKSANAAN KAQ DAN TAQ PROGRAM J-QAF MENGIKUT DIMESI Bahagian ini akan mengenal pasti tahap persetujuan GPI dalam daerah Kuala Nerus terhadap pelaksanaan Model KAQ dan TAQ mengikut lima dimensi yang ditumpukan di enam buah sekolah yang terlibat dalam kajian. Dapatan tentang persepsi GPI terhadap pelaksanaan Model KAQ dan TAQ telah diperolehi dan skor min tertinggi menunjukkan dimensi sokongan dan kemudahan berada pada skor min tertinggi iaitu (min=4.02), diikuti dimensi Model TAQ dengan skor min kedua tertinggi (min=3.97), pengurusan program j-QAF (min=3.96), Model TAQ (min= 3.85) dan yang terakhir sekali ialah dimensi pemantauan dan bimbingan (min=3.55) berdasarkan item-item yang digariskan dalam kajian. Manakala skor min keseluruhan ialah (min=3.93). Secara keseluruhannya tahap pelaksanaan Model KAQ dan TAQ menurut persepsi GPI di sekolah-sekolah dalam daerah Kuala Nerus ditunjukkan dalam Jadual 4 di bawah. Jadual 4 Tahap Pelaksanaan Model KAQ dan TAQ Program j-QAF Mengikut Dimensi Dimensi Pelaksanaan Model KAQ dan TAQ Pengurusan Program j-QAF Model KAQ Model TAQ Sokongan dan Kemudahan Pemantauan dan Bimbingan Keseluruhan N=56, T= tahap

Skor Min 3.96 3.85 3.97 4.02 3.55 3.93

T 3 3 3 3 2 2.8

Tahap pelaksanaan Model KAQ dan TAQ di Sekolah Kebangsaan dalam Daerah Kuala Nerus Menurut Persepsi GPI Bagi mencapai objektif utama kajian tentang tahap pelaksanaan KAQ dan TAQ di enam buah sekolah kebangsaan dalam daerah Kuala Nerus, Terengganu, data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif melibatkan min, sisihan piawai dan peratus. Tahap pelaksanaan KAQ dan TAQ dari dimensi pengurusan Program j-QAF ditunjukkan dalam Jadual 5. Dapatan menunjukkan dimensi Pengurusan Program j-QAF berada pada tahap tinggi menurut persepsi GPI. Item B1, mencatatkan peratusan persetujuan yang tertinggi yang menyatakan carta organisasi program j-QAF wujud dan berfungsi di sekolah. Sebanyak 89.3 peratus menyatakan sangat setuju dan setuju dan hanya 10.7 peratus kurang setuju dan tidak setuju dengan item tersebut. Item B5 merupakan item terendah yang menyatakan pengurusan bilik dan makmal j-QAF diurus dengan baik dan menjadi tempat belajar yang kondusif menunjukkan sebanyak 5.4 peratus menyatakan tidak setuju, 26.8 peratus kurang setuju, 55.4 peratus setuju dan 12.5 peratus sangat setuju. Secara keseluruhannya, kebanyakan GPI bersetuju organisasi j-QAF wujud dan berfungsi di sekolah mereka dengan min keseluruhan 3.96 dan Sisihan Piawai (SP: 0.716). Ini bertepatan dengan ciri kepimpinan dan pengurus yang berkesan menurut Model Pentadbir Sekolah kajian Sabariah (2013) dalam mengurus prasarana, mentadbir organisasi dan menyediakan kemudahan bilik khusus sebagai tempat belajar yang kondusif. Dapatan kajian ini selari dengan aspek komitmen penuh pentadbir terhadap program j-QAF dalam kajian Sabariah, dimana skor min 3.19 diperolehi. Jadual 5 Tahap Pelaksanaan Model KAQ dan TAQ : Pengurusan Program j-QAF Item B1 B2 B3

Pernyataan Carta Organisasi Program j-QAF wujud dan berfungsi di sekolah saya Pihak pentadbir melantik Penyelaras j-QAF dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Fail Pengurusan Program j-QAF di sekolah saya teratur dan sistematik

STS

TS

Peratus (%) KS

S

SS

-

1.8

8.9

67.9

21.4

-

12.5

7.1

57.1

23.2

-

1.8

25.0

57.1

16.1

Seminar Kebangsaan PdPc Abad ke-21, 23-25 April 2-10 (Jilid ke-2)

B4 B5 B6

Penyelaras Program j-QAF sentiasa memastikan pengurusan Program j-QAF mengikut arahan KPM Pengurusan bilik dan makmal j-QAF diurus dengan baik dan menjadi tempat belajar yang kondusif Penyelaras Program j-QAF memastikan pelaporan, penilaian dan dokumentasi disediakan untuk dihantar ke PPD dan JPN Min Keseluruhan: 3.96 Sisihan Piawai: 0.716

-

3.6

3.6

73.2

19.6

-

5.4

26.8

55.4

12.5

-

1.8

17.9

50.0

30.4

Manakala bagi dimensi pelaksanaan Model KAQ ditunjukkan dalam Jadual 6. Secara keseluruhannya, dimensi pelaksanaan KAQ berada pada tahap tinggi menurut persepsi GPI yang menjalankan PdP Khatam Al-Quran di sekolah kebangsaan dalam daerah Kuala Nerus dengan purata (min=3.85, SP: 0.815). 11 item yang diukur persepsinya dalam kalangan GPI, item C1 saya menjalankan PdP KAQ tiga waktu seminggu mengikut peruntukan jadual waktu mendapat respon sangat setuju dan setuju tertinggi iaitu 98.2 peratus. Hal ini menunjukkan GPI dalam daerah Kuala Nerus menghabiskan sukatan KAQ mengikut peruntukan Rancangan Tahunan dan menjalankan PdP secara pendekatan Talaqqi dan Musyafahah, pendekatan bacaan ikut guru (BIG) dan PdP secara kolaboratif. Dapatan ini selaras dengan kajian Asmawati (2009) bahawa GPI berpersepsi murid menguasai dengan baik terhadap semua model-model program j-QAF termasuklah Model KAQ dengan (min 3.78, SP: 0.64). Ini bertepatan dengan saranan Mok (2003) dan Mohd Yusof (2005) dimana para guru berperanan merancang aktiviti dan langkahlangkah pengajaran dengan baik serta melaksanakannya dengan kaedah yang bersesuaian. Guru juga hendaklah mempunyai sifat dan kualiti profesional yang tinggi dengan pengetahuan ikhtisas seperti ilmu kaedah mengajar, ilmu kurikulum dan ilmu kandungan mata pelajaran (Mok 2014). Item C6 yang menyatakan pentadbir menyediakan guru gantian sekiranya rakan PdP kolaboratif saya tiada di sekolah mendapat respon sangat setuju paling rendah iaitu 1.8 peratus, setuju 37.5 peratus, kurang setuju 35.7 peratus, tidak setuju 14.3 peratus dan sangat tidak setuju 10.7 peratus. Umumnya nisbah guru dalam pelaksanaan PdP kolaboratif 1 hingga 14 murid (satu guru), 15 hingga 29 murid (dua guru) dan 30 hingga 49 murid (tiga guru) telah cuba dipatuhi oleh pentadbir sekolah (KPM 2015), namun kekangan bilangan guru yang tidak mencukupi pada satu-satu masa menjadi penghalang kepada pematuhan Garis Panduan Norma Baharu GPI yang ditetapkan. Dapatan ini disokong oleh kajian Asmawati (2009) bahawa tugas tambahan yang dipikul guru seperti tugas guru ganti, terlibat dengan acara rasmi, mengawas disiplin murid dan keanggotaan dalam pelbagai jawatankuasa menimbulkan stress serta menghalang guru menghabiskan silibus mengikut sukatan. Jadual 6 Tahap Pelaksanaan Model KAQ dan TAQ : Pelaksanaan KAQ Item C1 C2 C3 C4 C5 C6 C7 C8 C9 C10

Pernyataan Saya menjalankan PdP KAQ tiga waktu seminggu mengikut peruntukan dalam jadual waktu Saya berjaya menghabiskan Sukatan Pelajaran Khatam Al-Quran mengikut peruntukan Rancangan Tahunan Saya menjalankan PdP KAQ secara pendekatan Talaqqi dan Musyafahah Saya mengamalkan pendekatan Bacaan Ikut Guru (BIG) bagi setiap sesi PdP KAQ PdP KAQ dijalankan secara kolaboratif mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF Pentadbir menyediakan guru gantian sekiranya rakan PdP KAQ kolaboratif saya tiada di sekolah Saya mencatat rekod pencapaian bacaan ayat KAQ bagi setiap murid Semua murid dapat mengkhatamkan Al-Quran mengikut tempoh masa yang ditetapkan Saya melaksanakan bimbingan KAQ kepada murid yang lemah di luar jadual waktu persekolahan Saya menekankan bacaan secara bertajwid bagi setiap sesi PdP KAQ yang dijalankan

STS

TS

Peratus (%) KS

S

SS

-

-

1.8

39.3

58.9

-

1.8

30.4

42.9

25.0

-

-

7.1

42.9

50.0

5.4

-

14.3

42.9

37.5

-

-

14.7

50.0

35.7

10.7

14.3

35.7

37.5

1.8

-

7.1

8.9

46.4

37.5

1.8

7.1

35.7

41.1

14.3

8.9

16.1

37.5

35.7

1.8

-

-

10.7

55.4

33.9

Seminar Kebangsaan PdPc Abad ke-21, 23-25 April 2-10 (Jilid ke-2)

C11

Sekolah saya menjalankan Kem Literasi Al-Quran dan Ihtifal sebagai pengukuhan kepada Model KAQ Min Keseluruhan: 3.85 Sisihan Piawai: 0.815

3.6

17.9

41.1

30.4

7.1

STS

TS

Peratus (%) KS

S

SS

-

12.5

32.1

33.9

21.4

-

-

3.6

42.9

53.6

-

-

3.6

42.9

53.6

-

8.9

3.6

41.1

46.4

12.7

8.2

29.1

32.7

2.3

-

14.3

32.1

42.9

10.7

-

-

7.1

48.2

44.6

-

17.9

39.3

37.7

5.4

-

-

3.6

50.0

46.4

-

12.5

28.6

50.0

8.9

-

1.8

8.9

50.0

39.3

-

-

8.9

44.6

46.4

Jadual 7 Tahap Pelaksanaan Model KAQ dan TAQ : Pelaksanaan TAQ Item D1 D2 D3 D4 D5 D6 D7 D8 D9 D10 D11 D12

Pernyataan Saya dapat melaksanakan Model TAQ pada minggu pertama persekolahan Saya menjalankan TAQ mengikut Jadual Waktu Rasmi (Persendirian) Saya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi kelas TAQ yang dijalankan PdP TAQ dijalankan secara kolaboratif mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF Pentadbir menyediakan guru gantian sekiranya rakan PdP TAQ kolaboratif saya tiada di sekolah Saya melaksanakan sesi TAQ mengikut sukatan ayat/surah yang setara untuk semua murid Saya melaksanakan sesi TAQ mengikut ayat/surah bacaan semasa murid Saya menyambung sesi TAQ di luar jadual waktu yang diperuntukkan sekiranya masih ada murid yang belum menjalani tasmik Saya merekod TAQ murid dengan teratur dalam Buku Rekod Bacaan yang disediakan Saya melaksanakan kelas Tadarus Al-Quran bagi murid yang telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran Saya menekankan bacaan bertajwid dalam setiap sesi TAQ yang dijalankan Saya menggunakan Mushaf Al-Quran Bertajwid dan Berwarna dalam setiap sesi TAQ Min Keseluruhan: 3.97 Sisihan Piawai: 0.768

Berikutnya bagi dimensi Pelaksanaan TAQ Program j-QAF dipaparkan dalam Jadual 7. Persepsi GPI menunjukkan tahap pelaksanaan Model Tasmik Al-Quran (TAQ) berada pada tahap tinggi dengan min keseluruhan (3.97, SP: 0.768). Persepsi GPI terhadap item D1 saya dapat melaksanakan model TAQ pada minggu pertama memperolehi respon sangat setuju sebanyak 55.3 peratus, manakala 44.6 peratus menyatakan kurang setuju dan tidak setuju terhadap item ini. Bagi item D2 dan D3 iaitu saya menjalankan TAQ mengikut jadual waktu rasmi dan saya menyediakan RPH bagi kelas TAQ menunjukkan peratusan sangat setuju dan setuju yang sama iaitu masing-masing 96.5 peratus. Dapatan ini telah disokong oleh kajian Misnan et al. (2013) tentang tahap pelaksanaan dan pencapaian program j-QAF seluruh Malaysia menunjukkan bahawa 99.1 peratus dari 216 guru j-QAF telah menyediakan RPH bagi kelas yang diajar. Ini menunjukkan keseluruhan guru j-QAF berkemahiran dalam amalan PdP. Item D5 pentadbir menyediakan guru ganti dan D8 saya menjalankan PdP TAQ di luar waktu sekiranya masih ada murid yang belum menjalani tasmik memperolehi peratusan sangat setuju yang rendah iaitu masing 2.3 dan 5.4 peratus kerana kekangan keterlibatan guru dalam pelbagai program di peringkat sekolah (Asmawati 2013 dan Misnan et al. 2013) dan keberkesanan pelaksanaan Norma Baharu GPI yang telah memasukkan jadual waktu tasmik ke dalam waktu rasmi persekolahan (KPM 2015). Bagi item D11 saya menekankan bacaan bertajwid dalam setiap sesi TAQ memperolehi peratusan sangat setuju dan setuju sebanyak 89.3 peratus dan item D12 saya menggunakan Mushaf Al-Quran bertajwid dan berwarna memperolehi peratusan sangat setuju dan setuju sebanyak 91 peratus. Hal ini menggambarkan bahawa guru sentiasa mempraktikkan bacaan Al-Quran bertajwid dalam setiap sesi PdP TAQ yang dijalankan. Saranan al-Maliki (2010) didapati bersesuaian dengan dapatan kajian ini dimana Al-Quran perlu dibaca bertajwid dan tartil agar jelas huruf dan makhrajnya serta dapat bertadabbur sesuai dengan ajaran

Seminar Kebangsaan PdPc Abad ke-21, 23-25 April 2-10 (Jilid ke-2) Rasulullah SAW. Membaca Al-Quran secara cepat dihukumkan makruh kerana sebutan huruf, baris dan tanda bacaan wajib tidak dapat dibaca dengan hukum yang sepatutnya. Seterusnya, dimensi sokongan dan kemudahan dalam Tahap Pelaksanaan Model KAQ dan TAQ Program j-QAF (Jadual 8) didapati berada tahap paling tinggi bagi lima dimensi yang dikaji dengan min keseluruhan (4.02, SP:0.839). Item E1 Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan disediakan di sekolah saya memperolehi respon sangat setuju sebanyak 37 peratus, setuju 55.6 peratus dan kurang setuju 7.4 peratus. Bagi item E2 Mushaf Al-Quran bertajwid dan berwarna disediakan memperolehi respon setuju dan sangat setuju sebanyak 92.9 peratus, manakala item E3 buku Iqra’ disediakan dengan mencukupi memperoleh respon 85.7 peratus pada skala setuju dan sangat setuju. Item E5 iaitu buku latihan dan aktiviti disediakan sebagai pengukuhan menunjukkan respon yang tidak sekata dengan peratusan 19.6 peratus sangat setuju, 55.4 peratus setuju, 21.4 peratus kurang setuju dan 3.6 peratus sangat tidak setuju. Manakala item E6 BBM daripada KPM disediakan di sekolah saya juga memperolehi respon setuju dan sangat setuju yang rendah iaitu sebanyak 57.2 peratus. Tahap min keseluruhan bagi dimensi sokongan dan kemudahan ini menunjukkan beberapa aspek pelaksanaan penyediaan bahan-bahan sokongan telah diambil tindakan oleh pihak KPM dan JPN berdasarkan garis panduan pelaksanaan program j-QAF. Namun tindakan menyeluruh perlu diambil dari sudut penyediaan bahan latihan dan aktiviti serta BBM yang didapati masih berada pada kedudukan sederhana menurut persepsi GPI. Hal ini disokong oleh kajian Asmawati (2013) yang mendapati bahawa kemudahan Buku Panduan Guru (62.5 peratus), buku latihan dan aktiviti (58.9 peratus), BBM (57.3 peratus) dan peruntukan kewangan (59.2 peratus) berada pada tahap memuaskan bagi tahap kepuasan guru j-QAF. Aspek ketiadaan BBM yang mencukupi untuk tujuan PdP program j-QAF menghasilkan dapatan yang sama dalam kajian Daud (2010); Fahimah (2013) dan Misnan et al. (2013). Bahan-bahan pelaksanaan program j-QAF seperti sukatan, BBM dan buku teks juga didapati tidak mencukupi dan tidak sampai ke semua sekolah (Sabariah 2013). Jadual 8 Tahap Pelaksanaan Model KAQ dan TAQ : Sokongan dan Kemudahan Item E1 E2 E3 E4 E5 E6

Pernyataan Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Program j-QAF disediakan di sekolah Mushaf Al-Quran Bertajwid dan Berwarna disediakan di sekolah Buku Iqra’ untuk KAQ disediakan dengan mencukupi Peruntukan Guru Pendidikan Islam di sekolah saya mencukupi untuk melaksanakan KAQ secara kolaboratif Buku latihan dan aktiviti disediakan sebagai pengukuhan dalam PdP KAQ dan TAQ Bahan Bantu Mengajar (BBM) daripada KPM disediakan di sekolah saya Min Keseluruhan: 4.02 Sisihan Piawai: 0.839

STS

TS

Peratus (%) KS

S

SS

-

-

7.4

55.6

37.0

3.6

3.6

39.3

53.6

1.8

12.5

28.6

57.1

12.5

3.6

14.3

42.9

26.8

1.8

1.8

21.4

55.4

19.6

-

17.9

25.0

51.8

5.4

-

Dimensi pemantauan dan bimbingan (Jadual 9) dalam Tahap Pelaksanaan KAQ dan TAQ Program j-QAF menghasilkan min keseluruhan (3.56, SP:0.719) menurut persepsi responden GPI. Dapatan kajian menunjukkan dimensi pemantauan dan bimbingan berada pada tahap sederhana dalam tahap pelaksanaan KAQ dan TAQ program j-QAF. Item F1 iaitu pegawai j-QAF dari KPM, JPN dan PPD hadir ke sekolah saya untuk menjalankan bimbingan dan pemantauan memperoleh peratusan setuju sebanyak 53.6 peratus manakala tidak setuju dan kurang setuju sebanyak 46.4 peratus. Begitu juga item F2 iaitu pemantauan dan bimbingan dijalankan dari masa ke semasa untuk menilai kekuatan serta kelemahan Model KAQ dan TAQ turut memperoleh 64.3 peratus respon setuju, diikuti 35.7 peratus respon kurang setuju. Perkembangan ini menunjukkan GPI dalam daerah Kuala Nerus masih kurang meneriman kunjungan dari KPM, JPN atau PPD dari sudut pemantauan untuk menilai kekuatan dan kelemahan Model KAQ dan TAQ. Dapatan ini selari dengan kajian Sabariah (2013) dimana aspek pentadbir sentiasa memberi sokongan (min=2.94) dan bantuan dalam bimbingan aktiviti (min=2.78) masing-masing berada pada tahap sederhana. Item F3 iaitu penyeliaan atau pencerapan dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali oleh pentadbir memperolehi persetujuan persetujuan GPI sebanyak 3.6 peratus bagi respon sangat setuju, 35.7 peratus setuju, 44.6 peratus kurang setuju dan 16.1 peratus tidak setuju. Item F4 pula iaitu pentadbir menyediakan laporan bagi setiap penyeliaan yang dilakukan memperolehi respon setuju dan sangat setuju sebanyak 60.7 peratus, selebihnya 30.4 peratus memberi respon kurang setuju dan 8.9 peratus tidak setuju. Peratusan kurang bersetuju dan tidak setuju yang masih tinggi menggambarkan pentadir kurang menjalankan

Seminar Kebangsaan PdPc Abad ke-21, 23-25 April 2-10 (Jilid ke-2) pencerapan ke atas guru serta menyediakan pelaporan bagi tujuan melakukan penambahbaikan. Kajian Sabariah (2013) juga mendapati aspek sokongan, bimbingan, penyeliaan sebulan sekali dan penyediaan laporan oleh pentadbir berada pada skor rendah (min=2.17). Laporan perlu disediakan dari masa ke semasa mengikut keperluan bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang perlu diambil tindakan (KPM 2015). Cadangan dalam dapatan kajian Daud Ismail (2010) bersesuaian dimana pengajaran Al-Quran berjaya ditingkatkan apabila terdapat bimbingan berkaitan kemahiran kandungan Al-Quran melalui kursus, bengkel dan penerbitan. Item terakhir iaitu F6 latihan atau kursus diberi JPN, PPD atau sekolah untuk meningkatkan kemahiran guru dalam pelaksanaan KAQ dan TAQ kurang memberangsangkan iaitu hanya 7.1 peratus GPI menyatakan sangat setuju, 48.2 peratus setuju, 28.6 peratus kurang setuju, 8.9 peratus tidak setuju dan 7.1 peratus sangat tidak setuju. Saranan kajian lepas mendapati kursus dan latihan oleh KPM, JPN, PPD dan pihak sekolah bagi setiap mata pelajaran secara spesfifik perlu bagi meningkatkan kemahiran mengajar dan profesionalisme guru (Asmawati 2013;Misnan et al. 2013 dan Sabariah 2013). Jadual 9 Tahap Pelaksanaan Model KAQ dan TAQ : Pemantauan dan Bimbingan Item F1 F2 F3 F4 F5 F6

Pernyataan Pegawai j-QAF dari KPM/JPN/PPD hadir ke sekolah saya untuk menjalankan pemantauan dan bimbingan bagi Model KAQ dan TAQ Pemantauan dan bimbingan dijalankan dari masa ke semasa untuk menilai kekuatan dan kelemahan Model KAQ dan TAQ Penyeliaan/pencerapan dilakukan sekurangkurangnya sebulan sekali oleh Pentadbir Pentadbir menyediakan laporan bagi setiap penyeliaan yang dilakukan Panitia Pendidikan Islam sedar tentang kekuatan dan kelemahan pelaksanaan Model KAQ dan TAQ Latihan/kursus diberi oleh JPN/PPD/Sekolah untuk meningkatkan kemahiran guru dalam pelaksanaan Model KAQ dan TAQ Min Keseluruhan: 3.56 Sisihan Piawai: 0.719

STS

TS

Peratus (%) KS

S

SS

-

12.5

33.9

53.6

-

-

-

35.7

64.3

-

-

16.1

44.6

35.7

3.6

-

8.9

30.4

51.8

8.9

-

-

14.3

67.9

17.9

7.1

8.9

28.6

48.2

7.1

KESIMPULAN Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF Berdasarkan Norma Baharu GPI telah memberi nilai tambah kepada tahap pelaksanaan Model KAQ dan TAQ berdasarkan aspek yang difokuskan dalam kajian. Keseluruhan dimensi yang dikaji menunjukkan skor min yang tinggi (min=3.93). Empat dimensi yang ditinjau berdasarkan garis panduan norma baharu GPI iaitu pengurusan Program j-QAF, Model KAQ, Model TAQ, sokongan dan kemudahan berada pada tahap tinggi, manakala satu dimensi iaitu bimbingan dan pemantauan berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa tahap pengurusan dan kemahiran guru dalam melaksanakan programj-QAF telah sedia ada berada pada tahap yang baik. Penyatuan GPI dan guru j-QAF di bawah satu entiti telah melancarkan lagi pelaksanaan Model KAQ dan TAQ. Walaupun persepsi GPI berada pada tahap tinggi berdasarkan dapatan kajian bagi konstruk atau dimensi yang diukur, namun beberapa perkara perlu diberi perhatian serius oleh pentadbir dan GPI. Pentadbir perlu mengambil perhatian tentang keperluan menyediakan guru gantian dalam PdP KAQ dan TAQ sekiranya rakan guru kolaborasi terlibat dengan program di luar sekolah bagi memastikan kemahiran bacaan Al-Quran dikuasai secara maksima oleh murid. Kem Lestari Al-Quran dan Tadarus bagi Model KAQ dan TAQ perlu digalakkan pelaksanaannya di peringkat sekolah sebagai pemulihan kepada murid lemah dan pengukuhan kepada murid yang telah khatam. Sokongan dan kemudahan dari sudut peruntukan GPI berdasarkan nisbah yang digariskan dalam garis panduan pelaksanaan juga perlu diambil perhatian bagi mengelakkan gangguan PdP KAQ dan TAQ apabila terdapat guru berkursus atau terlibat dengan pelbagai aktiviti lain di sekolah. BBM juga perlu dipastikan mencukupi terutamanya Mushaf Al-Quran, buku Iqra’ dan bahan latihan untuk aktiviti pengukuhan. Bimbingan berterusan melalui lawatan pemantauan dan penyeliaan juga perlu diambil perhatian bagi mengesan

Seminar Kebangsaan PdPc Abad ke-21, 23-25 April 2-10 (Jilid ke-2) kekuatan serta kelemahan aspek PdP guru yang boleh dibuat penambahbaikan. Latihan dan kursus berkaitan kemahiran pedagogi kandungan secara berkala amat diperlukan untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisme GPI tentang kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan, kreatif dan menarik minat murid. Pemerkasaan dan pemantapan dari sudut pelaksanaan Model KAQ dan TAQ dilihat perlu untuk menghasilkan impak yang maksimum kepada penguasaan bacaan Al-Quran murid.

RUJUKAN Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, Metodologi, dan Pedagogi Pengajian Islam, Edisi Kedua, KPLI Pengajian Islam & j-QAF. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd. al-Maliki, S.M. (2010). Keistimewaan-keistimewaan Al-Qur’an (Khasais al-Qu’ran).terj. Nur Faizin, S. Ag. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD. al-Nawawiy, M. (1999). Tatatertib pengajian Al-Qur’an (Al-Tibyan fi adabi hamalatil al-Qur’an).terj. Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD. Asmawati Suhid (2013). Penelitian dan Pemahaman Terhadap Model Program j-QAF. Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 (SKP j-QAF2013), 19-36. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. (2004). Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. (2015). Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Chua Yan Piaw. (2009). Kedah Penyelidikan, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education. Cresswel, J.W. (2009). Research Design (Qualitative, Quantitative and Mixed Method Approches). Los Angeles: SAGE Publications, Inc. Daud Ismail, Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin & Mahadi Mohammad. (2014). Perkembangan dan masalah pembelajaran al-Qur’an dalam program j-QAF di Malaysia. Jurnal Islamiyyat 36 (2), 57-66. Daud Ismail. (2010). Analisis kemahiran kaedah rasm dan dhabt Mushaf Uthmani guru j-QAF Negeri Terengganu.Tesis Doktor Falsafah.Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Terengganu :Universiti Malaysia Terengganu. Fahimah Ali Hassan. (2013). Amalan Pengajaran Model Enam Bulan Khatam Al-Quran Program j-QAF dalam Tilawah Al-Quran Sekolah Kebangsaan Daerah Jasin, Melaka. Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 (SKP j-QAF2013), 181-193 Misnan Jemali, Ibrahim Hashim, Zanariah Noor et al. (2013). Perlaksanaan dan Pencapaian Program j-QAF: Kajian Seluruh Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 (SKP j-QAF2013), 51-82. Mohd Aderi Che Noh (2009). Amalan pengajaran tilawah Al-Quran: Satu tinjauan terrhadap persepsi guru di sekolah menengah harian Malaysia. Jurnal of Islamic and Arabic Education 1 (1), 57-72. Mohd Faisal Mohamed, Zawawi Ismail & Rahimi Md Saad. (2008). Celik Al-Qur’an: Cabaran dan realiti dalam pendidikan Islam di sekolah. Masalah Pendidikan, 31(1). Mohd Isha Awang, Yaakub Daud, Yahya Don dan Abd Latif Kassim (2013). Amalan pengajaran guru KAFA dalam pelaksanaan pembelajaran Kelas Fardhu Ain (KAFA) di Negeri Kedah Darul Aman. Seminar Kebangsaan Kali ke-IV, Majlis Dekan Pendidikan IPTA (IV), 155-169.

Seminar Kebangsaan PdPc Abad ke-21, 23-25 April 2-10 (Jilid ke-2) Mohd Majid Konting. (2009). Kedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Yusof Ahmad. (2005). Sejarah dan kaedah pendidikan Al-Qur’an. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Mok Song Sang. (2003) . Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mok Song Sang. (2014) . Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Othman Talib. (2013) . Asas Penulisan Tesis Penyelidikan & Statistik. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 Tahun 2015: Pelaksanaan Norma Baharu Guru Pendidikan Islam (GPI) di Sekolah Rendah KPM. Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail. (2015). Khatam Al-Quran: Isu-isu pelaksanaanya dalam sistem pendidikan. National Research Seminar 2015 (SPK2015), 1207-1216. Sabariah Bahrun. (2013). Pelaksanaan Model Pemulihan Jawi j-QAF di Sekolah Rendah Daerah Tuaran, Sabah. Tesis Doktor Falsafah. Akademi Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Walliman, N. (2006). Social Research Methods. London: SAGE Publications Ltd.

Copyright © 2024 DOKUMEN.SITE Inc.