Kelapa sawit

June 11, 2018 | Author: jasrul | Category: N/A


Comments



Description

Kelapa sawitDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar Kelapa sawit Pengelasan saintifik Alam: Divisi: Kelas: Order: Famili: Genus: Spesies: Tumbuhan Magnoliophyta Liliopsida Arecales [[]] Elaeis E. guineensis Spesies berkait Elaeis oleifera Kelapa sawit terdiri daripada dua spesies Arecaceae atau famili palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit afrika, Elaeis guineensis, berasal dari Afrika barat di antara Angola dan Gambia, manakala kelapa sawit amerika, Elaeis oleifera, berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20 meter tingginya. Daunnya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun. Bunganya berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan tiga sepal dan tiga kelopak. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari masa pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak. Berbanding dengan saudaranya, kelapa, kelapa sawit tidak menghasilkan tunas susur. Pembiakannya adalah melalui penyemaian biji-biji. Isi kandungan [sorok] • • • • • • • • • • • 1 Sejarah kelapa sawit di Malaysia dan Indonesia o 1.1 Taman Botani Bogor, Indonesia o 1.2 Perladangan kelapa sawit di Malaysia 2 Definisi o 2.1 Pelepah sawit o 2.2 Klasifikasi baka sawit o 2.3 Pembiakan benih sawit 3 Potensi minyak sawit 4 Komoditi pertanian utama 5 Kepentingan kelapa sawit 6 Serangga perosak 7 Teknologi baru o 7.1 Pensterilan berterusan o 7.2 Teknologi dandang baru o 7.3 Pembuangan benda asing o 7.4 Kitar semula o 7.5 Elak tuai, jual buah muda o 7.6 Minyak kelapa sawit sebagai minyak diesel 8 Kegunaan o 8.1 Aiskrim o 8.2 Konfeksi o 8.3 Krimer o 8.4 Serbuk santan o 8.5 Sosej dan burger 9 Persaingan peringkat dunia o 9.1 Saingan o 9.2 Minyak kacang soya, biji sesawi dan bunga matahari o 9.3 Tuduhan Kesatuan Kacang Soya Amerika 10 Cabaran globalisasi o 10.1 Pertambahan penduduk dunia o 10.2 Paten ke atas harta intelek atau produk o 10.3 Produk industri hiliran sawit yang mempunyai nilai tambah o 10.4 Kerjasama dan persefahaman antara negara 11 Pencemaran alam sekitar o 11.1 Tanaman sawit mesra alam sekitar Kacukan D x P menghasilkan buah tenera. dan lilin.000 spesies. Daging buahnya padat. Kelembapan tinggi itu antara lain ditentukan oleh adanya curah hujan yang tinggi. Indonesia Di Taman Botani Bogor terdapat pohon kelapa sawit yang tertua di Asia Tenggara yang berasal dari Afrika. [sunting] Taman Botani Bogor. . Buahnya kecil dan apabila masak. Indonesia pada tahun 1848. Benihnya dari Bogor ini kemudiannya ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan di Deli. sekitar 2. Tempurungnya digunakan sebagai bahan bakar dan arang. khususnya sebagai salah satu bahan pembuatan makanan ayam. Bunga dan buahnya berupa tandan. Sumatera pada dekad 1870-an dan di Rantau Panjang. Dr. Terdapat 20. [sunting] Perladangan kelapa sawit di Malaysia Industri sawit Malaysia bermula pada tahun 1917 apabila Ladang Tenmaran di Kuala Selangor ditanam dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang. Taman botani ini yang seluas 87 hektar dibina pada tahun 1817. sabun. dan merupakan usaha Prof. Reinwadt. Kuala Selangor pada tahun 1911-1912. penanaman komersil beralih daripada bahan dura kepada kacukan dura x pisifera (D x P). Apabila pewarisan bentuk buah difahami. berwarna merah kehitaman.2 Anugerah kilang sawit terbaik o 12.000 tanaman di sini yang tergolong dalam 6. Kelapa sawit menyukai tanah yang subur dan tempat terbuka. [sunting] Definisi Kelapa sawit termasuk tumbuhan pohon.3 Kilang sawit contoh 13 Kesimpulan 14 Lihat juga 15 Pautan luar dan rujukan [sunting] Sejarah kelapa sawit di Malaysia dan Indonesia Industri sawit Malaysia dan Indonesia bermula apabila empat anak benih dari Afrika ditanam di Taman Botani Bogor. Kelapa sawit yang berkembang biak dengan biji. dengan kelembapan tinggi.000-2. serta bercabang banyak. Hampasnya dimanfaatkan untuk makanan ternak. tumbuh di daerah tropika.2 Pencemaran alam sekitar oleh kilang sawit 12 Anugerah yang diterima o 12. ahli botani Belanda. Minyaknya itu digunakan sebagai bahan minyak goreng.500 mm setahun. Penanaman ladang yang menggunakan bahan D x P berlaku secara mendadak pada awal dekad 1960-an apabila Felda membuka tanah rancangan secara besar-besaran.1 Anugerah pekebun kelapa sawit terbaik o 12.500 meter di atas aras laut. pada ketinggian 0 . Tingginya dapat mencapai 24 meter.• • • • o 11. Daging dan kulit buahnya mengandungi minyak. Program pembiakan di Malaysia dan Indonesia sejak dekad 1920-an terhadap baka dari Deli untuk tujuan komersil telah menjadikannya seragam dan bermutu tinggi. ada juga segelintir pisifera yang subur. Ada dua jenis bentuk kedudukan lai daun dalam Elaeis oleifera.[sunting] Pelepah sawit Bilangan pelepah yang dihasilkan meningkat sehingga 30 hingga 40 ketika berumur tiga hingga empat tahun dan kemudiannya menurun sehingga 18 hingga 25 pelepah. Pelepah sawit meliputi lai daun.5 sentimeter. racis tengah. Setiap pelepah mempunyai lebih kurang 100 pasang lai daun. [sunting] Klasifikasi baka sawit Sawit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis bentuk buah berdasarkan ketebalan tempurung. Stomata atau rongga terbuka untuk menerima cahaya dalam proses fotosintesis wujud pada permukaan lai daun. Lai daun berukuran 55 sentimeter hingga 65 sentimeter dan menguncup. Keadaan ini menyebabkan pisifera tidak mengeluarkan tandan. petiol dan kelopak pelepah. tenera (tempurung nipis) dan pisifera (tiada tempurung). Pelepah sawit tersusun dalam bentuk pusaran. Bahan ini kemudiannya dikenali sebagai dura Deli. Namun. Pisifera adalah buah betina mandul. Buah tenera menghasilkan minyak yang lebih banyak berbanding buah dura kerana perbezaan ketebalan tempurung. [sunting] Pembiakan benih sawit Program pembiakan dan pemilihan baka sawit di Malaysia dimulakan oleh : • • • • Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 1912 Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) mulai tahun 1969 Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) pada tahun 1979 Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sejak tahun 2000. sebaliknya banyak mengeluarkan bunga jantan. dengan petiol lebih kurang satu perempat daripada panjang pelepah. . iaitu bunga betina yang sepatutnya berkembang untuk menjadi buah dan tandan akan gugur sebelum matang. dengan lebarnya antara 2. dengan setiap lapan pelepah membentuk satu pusaran. iaitu dura (tempurung tebal). dan berukuran hingga 7. dengan setiap satunya mengandungi lamina. Pelepah matang mempunyai duri.5 sentimeter hingga 4 sentimeter. Sungguhpun wujud progeni dan pokok individu dengan hasil minyak melebihi 12 tan sehektar setahun. Komponen kualiti tandan seperti peratusan perahan minyak dan hasil isirung ditentukan melalui kaedah 'analisis tandan'.7 tan sehektar setahun (dura) kepada 6. dan kemudian dikacukkan. Pengeluaran biji benih D x P berpandukan kepada Piawai Malaysia MS157:1997. namun masih wujud ruang yang luas untuk mencapai potensi hasil maksimum sebanyak 18.3 tan sehektar setahun (D x P). dianggarkan 58 juta benih D x P dikeluarkan di Malaysia. Sungguhpun hasil buah tandan segar (FFB) daripada bahan D x P tidak meningkat dengan ketara berbanding bahan dura. Rekod hasil dikumpul bagi tempoh tidak kurang empat tahun berturut-turut. Semua data yang dikumpul berdasarkan pokok individu. pisifera AVROS bergabung baik dengan dura Deli untuk menghasilkan buah tandan segar (FFB) yang banyak dan perahan minyak yang tinggi . Pemilihan Berulang Salingan (RRS) diamalkan untuk memilih induk.2 tan sehektar setahun. Jumlah keluaran pada tahun tersebut meningkat selepas pengurangan permintaan antara tahun-tahun 2000 hingga 2002. [sunting] Potensi minyak sawit Program penyelidikan berjaya meningkatkan hasil minyak sawit berlipat kali ganda. Pada tahun 2003. dengan 3 .Program pembiakbakaan sawit adalah berdasarkan kepada objektif-objektif yang berikut: • • • • Meningkatkan hasil minyak Meningkatkan kualiti minyak Mengurangkan kadar ketinggian pokok Tahan kepada perosak dan penyakit Induk untuk pengeluaran biji benih D x P dipilih berdasarkan hasil tandan dan komponen kualiti tandan dari pokok yang diketahui salasilahnya. terutama dengan baka AVROS. Peningkatan ini disebabkan oleh aktiviti penanaman semula. namun hasil minyak telah dimajukan daripada 3. dengan dura dan pisifera dipilih secara berasingan. iaitu Biji Benih Kelapa Sawit Untuk Penanaman Komersil. Hasil tandan dan perahan minyak dura Deli serta kacukan dengan pisifera. Misalnya. [sunting] Komoditi pertanian utama . Data ukuran vegetatif sering diambil kira ketika pemilihan. Ujian progeni dijalankan untuk menilai keupayaan bergabung induk-induk berkenaan. adalah unggul dan digunakan untuk menghasilkan bahan tanaman di seluruh dunia. Hanya D x P bermutu dikeluarkan dan dipasarkan kepada pengguna. Kawalan mutu yang tinggi dipastikan agar tidak berlaku pencemaran ketika mengumpulkan debunga pisifera dan pendebungaannya terkawal pada induk penanti dura. berbanding hasil daripada pokok liar di Afrika.5 tandan dianalisis bagi setiap pokok. proses pembersihan. .0. Likat yang berasal daripada pengolahan minyak cair: Limbah padat ini berupa lumpur aktif yang terbawa oleh hasil pengolahan air limbah.3 m³. Industri ini juga turut terbabit secara meluas dalam aktiviti hiliran.35 juta tan dalam tahun 2003 daripada sejumlah 370 kilang buah sawit di seluruh negara. dan buangan dari hidrosiklon. iaitu minyak cair. Kandungan unsur hara kompos sekitar 0.15 . profil suhu. dan sungai serta laut.7 . [sunting] Kepentingan kelapa sawit Industri makanan berasaskan minyak sawit di Malaysia telah mengalami perkembangan pesat sejak tiga dekad yang lalu.05 % P2O5.0. iaitu sekitar 13 minggu. Kawasan tanaman sawit meningkat daripada anggaran satu juta hektar dalam tahun 1980 kepada dua juta hektar dalam tahun 1990. hasil sampingan juga tinggi. Keperluan air untuk proses pengkomposan TKKS berkisar antara 1. Selain pengeluaran minyak kelapa sawit yang tinggi. daripada penapisan sehingga kepada penghasilan minyak masak dan oleokimia.4 % N. TKKS dan lumpur yang tidak tertangani menyebabkan bau busuk. Dari segi penghasilan minyak sawit mentah (CPO). Kesimpulan daripada penelitian ini adalah sebagai berikut: 1. kecepatan proses pengkomposan TKKS dengan penambahan dan tanpa penambahan pengaktif (OrgaDec. dan bungkil. 3. Ditinjau dari segi kematangan kompos (seperti nisbah C/N. dan hari ini ia berada pada keluasan 3. minyak industri kelapa sawit mengandungi bahan organik yang tinggi sehingga berpotensi mencemari air tanah. padat dan gas. serabut atau serat. bersamaan dengan lebih 500 juta pokok sawit. Pada umumnya. 0. tempat bersarangnya serangga dan lalat dan berpotensi menghasilkan bahan larut lesap.2 % K2O. Biostar dan EM4) adalah lebih kurang sama tempohnya. Secara umum.029 . Minyak likat kelapa sawit dibahagikan kepada dua jenis. Minyak kelapa sawit berasal dari unit proses pengukusan (pensterilan). pengeluaran dicatat pada 13. penyusutan isi padu dan penampilan fizikal kompos). 2. hasil dari industri kelapa sawit terdiri daripada tiga jenis.Kelapa sawit adalah salah satu komoditi pertanian utama bagi negara Malaysia yang perkembangannya demikian pesat. iaitu: • • Likat yang berasal daripada proses pengolahan: Limbah padat ini berupa Tandan Kosong Kelapa Sawit. enap cemar atau lumpur.2. dan 0.8 juta hektar. cangkang atau tempurung. koko dan kelapa masing-masing menurun sebanyak 0. Peningkatan secara meluas penanaman sawit ini membawa pembangunan yang amat diperlukan di kawasan luar bandar.3 dan 0.544 satu tan.4 juta hektar. Tambahan pula. penggunaan minyak sawit secara tempatan adalah agak terhad. daripada tahun 1990 hingga 2000. ketika kawasan tanaman kelapa sawit di Malaysia meningkat sebanyak 1. Oleh kerana itu.000 lagi pekerja di ladang sawit dengan jumlah pendapatan dan kebajikan mereka yang lain. . lebih 90 peratus pengeluaran minyak makan tahunan telah dieksport. sebenarnya ditanam di kawasan hutan pembalakan.2 juta hektar. Hari ini. serta tonggak ekonomi negara.15 bilion ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1. Nilai eksport minyak sawit pada tahun 2003 berjumlah RM 26. Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia dan anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya. Nilai pelaburan terkini dalam industri minyak sawit Malaysia dianggarkan sekitar RM62 bilion dengan sejumlah besar pembiayaan ini diperoleh dalam negeri. [sunting] Serangga perosak Penyakit berkaitan kelapa sawit dikaitkan dengan serangga perosak daun sawit seperti ulat bungkus dan beluncas. dan telah menjadi tulang belakang ekonomi luar bandar.4. bergantung sepenuhnya kepada tanaman ini untuk kehidupan harian mereka. Sejumlah besar keluasan kawasan tanaman ini ditanam semula dengan kelapa sawit kerana ia tanaman yang lebih menguntungkan. adalah penyumbang besar kepada kestabilan politik dan sosio-ekonomi terutamanya ketika krisis kewangan Asia sekitar tahun 1997-1998. kegiatan menanam getah. seramai 180. Ulat bungkus ataupun beluncas yang banyak akan memakan daun sawit dengan begitu hebat sekali. Contohnya. Hasil pendapatan daripada sawit membawa kesan penting dalam mengekalkan kestabilan sosioekonomi golongan ini. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa sejumlah besar keluasan kawasan tanaman minyak sawit yang telah dikatakan ditanam di dalam kawasan hutan tropika. sehingga menyebabkan daun tinggal bahagian lidinya saja. Seramai 290.Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang agak kecil seramai 24 juta orang dan dengan itu. menjadikan hasil sawit punca pendapatan tukaran wang asing yang penting untuk negara ini. 0. atau ditanam semula di dalam kawasan yang sebelum itu ditanam dengan tanaman lain.000 pekebun kecil di skim tanah kerajaan serta pekebun kecil persendirian. Selain serangga. Di dalam persekitaran ladang sawit. sekali gus akan membunuhnya. keupayaan perosak untuk meningkatkan bilangannya amat tinggi. Larvanya akan memakan tisu dalaman badan perosak tadi dan akhirnya membunuh perosak berkenaan. Ulat bungkus ataupun beluncas mempunyai musuh semula jadi tertentu seperti serangga parasitoid atau pemangsa. Euphorbia hetrophylla dan Antigonon leptopus. Ini akan menyebabkan serangga perosak ini mencapai peringkat dewasa dengan lebih cepat dan akhirnya mengawan.75 tan/hektar/tahun. Tahun 2003. Serangga pemangsa pula adalah serangga lain yang bertindak dengan cara memakan atau menghisap cairan tubuh serangga perosak tersebut. musuh semula jadi lain membabitkan daripada jenis mikrob seperti kulat. Serangga parasitoid adalah jenis penyengat halus. Biasanya mikrob akan lebih cepat merebak dalam keadaan cuaca yang lembap. Serangga parasitoid dan pemangsa memerlukan tempat perlindungan dan sumber makanan. Pastikan ia pergi tepat ke sasaran (daun sawit) dan bukan ke kawasan persekitaran di mana terdapat kebanyakan musuh semula jadi. bakteria ataupun virus. Sekiranya populasi musuh semula jadi adalah amat rendah. Musuh semula jadi seperti inilah yang sentiasa mengawal populasinya di bawah paras ambang. wujud pelbagai jenis tanaman bermanfaat yang mengeluarkan nektar sepert Cassia cobanensis. Cuaca panas yang berpanjangan menyebabkan peringkat serangga berkembang lebih cepat daripada biasa. Perbuatan ini akan menurunkan bilangan musuh semula jadi dan sekali gus meningkatkan risiko berlakunya serangan merebak [sunting] Teknologi baru Dari segi produktiviti. bertelur dan seterusnya meningkatkan populasinya. purata penghasilan minyak hanya 3. . Penggunaan racun hanya dilakukan bila perlu saja. Hasil akan merosot sebanyak 40 peratus bagi tempoh 2 tahun berikutnya. Kewujudan mikrob ini juga bergantung kepada faktor cuaca. industri sawit masih tidak menunjukkan peningkatan yang diharapkan. Serangga parasitoid memerlukan nektar ataupun madu untuk melanjutkan tempoh hidupnya. Biasanya keluasan tanaman sawit yang diserang adalah agak luas dan kadangkala membabitkan beberapa buah ladang yang berhampiran atau bersebelahan. yang hidup dengan cara bertelur di dalam badan serangga perosak tadi.Pokok sawit akan kehilangan permukaan daun untuk melakukan proses fotosintesis bagi tujuan menghasilkan buah. Bilangan ulat bungkus yang melebihi 10 ekor larva hidup dan memakan daun bagi setiap pelepah sudah dianggap melebihi ‘paras ambang’ dan perlu dikawal dengan menggunakan racun serangga. [sunting] Pensterilan berterusan MPOB berjaya membangunkan satu proses pensterilan tandan sawit secara berterusan di kilang. Memberi peluang untuk keseluruhan proses di kilang sawit dibuat secara berterusan. voltan dan frekuensi elektrik. tippers.75 peratus juga masih jauh rendah dari sasaran 35 tan/hektar/tahun dan 25 peratus.Pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) dan Kadar Perahan Minyak (KPM) di tahap masing-masing 18. MPOB TOT 148 (2002): Continuous Sterilization of Oil Palm Fresh Fruit Bunches. and Ma Ah Ngan. Permintaan wap untuk proses pensterilan akan berada pada tahap yang tetap. Membantu dalam reka bentuk dan pembinaan kilang sawit yang kecil dan mudah alih yang memerlukan pelan yang lebih ringkas berbanding kilang konventional. Yusof Basiron. 3. Mengurangkan atau menghilangkan keperluan pembakaran secara manual di boiler untuk memenuhi keperluan disebabkan ketidakstabilan tekanan wap. [sunting] Teknologi dandang baru Teknologi Dandang masih baru iaitu inovasi pengilangan mesra alam dan berupaya mengawal pelepasan asap dan partikel lain bagi mengatasi masalah pencemaran alam. . Antara kebaikan proses ini : 1. trak rel. Proses pensterilan tandan sawit secara berterusan yang dibangunkan MPOB berpotensi berdaya maju pada skala komersil. pengangkut pindahan dan traktor 2. mengurangkan ketidakstabilan tekanan wap. kualiti produk rendah dan pengurangan keseluruhan. Ketidakstabilan berkenaan biasanya menyebabkan masalah menjurus kepada kehilangan produk yang tinggi. Rohaya Mohamad Halim.99 tan/hektar/tahun dan 19. Zulkifli Abd Rahman. Teknologi baru ini sangat relevan dengan penekanan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau bagi menstabilkan kepekatannya di atmosfera dan pada masa sama dapat menangani pemanasan sejagat berikutan kenaikan suhu air laut. 6. Mengurangkan tumpahan buah sawit di kilang dan membantu ke arah persekitaran kilang sawit yang lebih bersih 7. dan mengurangkan asap hitam/ tebal yang dikeluarkan boiler stack. Manakala teknologi Pensterilan Berterusan dan Automasi Keseluruhan Kilang adalah teknologi pengilangan holistik yang membolehkan operasi dijalankan berterusan melalui kawalan komputer dan menggunakan keperluan tenaga kerja yang minimum. [sunting] Pembuangan benda asing Teknologi Pembuangan Benda Asing menggunakan proses pemisahan dua peringkat bagi pengasingan benda asing bersama buah lerai daripada tandan kosong. Tidak memerlukan gerabak sterilizer. boleh diautomatikkan dan mengurangkan penggunaan buruh. kren di atas. kemarau dan ribut taufan. 4. by Sivasothy Kandiah. yang dapat meningkat kecekapan boiler. 5. Minyak sawit yang digunakan adalah minyak sawit yang tidak diproses menjadi minyak masak. [sunting] Minyak kelapa sawit sebagai minyak diesel Minyak solar diperoleh dari minyak bumi. dengan perbandingan 30% ME minyak sawit : 70% solar.57 peratus kepada 19. kerana: .60 peratus (-0. serta bahan tambah nilai yang lain [sunting] Elak tuai. dengan mesin yang sedikit dimodifikasi atau tanpa modifikasi .Manakala teknologi rawatan efluen terkini dan lebih sistematik. Minyak sawit yang telah direaksikan dengan metanol. tetapi tidak disarankan. Penggunaan 100% ME dapat menurunkan emisi gas asap sampai 50%. Beberapa buah kilang pemprosesan dikenal pasti membeli dan memproses buah muda dalam jumlah peratusan tinggi iaitu antara 20 hingga 25 peratus.6 peratus. Bahan bakar biodiesel berasal dari tumbuhan atau dari haiwan yang direaksikan dengan metanol (proses transesterifikasi) sehingga diperoleh minyak methil ester (ME). Sebagai pengganti minyak solar orang sekarang sudah mulai menggunakan biodiesel. dan 35% ME : 65% solar. Biodiesel nampaknya akan menjadi energi yang mempunyai prospek dan masa depan yang cerah.13 peratus (-0. kerana dapat merosakkan dan menyumbat saluran bahan bakar seperti paip dan pengedap. jual buah muda Pengurusan ladang dan pekebun kecil sawit di Malaysia terutama Pahang. Biodiesel sudah banyak digunakan pada motor diesel tanpa modifikasi di Amerika Syarikat. Terengganu dan Kelantan diminta memberi kerjasama supaya tidak menuai buah sawit muda dan menjualnya kepada peniaga atau kilang bagi memastikan kilang hanya memproses buah sawit yang bermutu tinggi Hasil pengeluaran kelapa sawit bagi negeri Pahang dan Kelantan pada bulan September 2004 menurun berbanding KPM bulan Ogos. [sunting] Kitar semula Kegiatan kitar semula melalui penggunaan bahan biojisim sawit (berasaskan bahan kering) telah berada di tahap 90%. tidak memerlukan pembinaan kolam mendapan yang luas di kawasan kilang berbanding kaedah rawatan efluen sedia ada. di samping pengeluaran pulpa dan kertas.36%). Setiap satu peratus buah muda diproses menyebabkan kejatuhan KPM sebanyak 0.04 peratus kepada 19. Tahap ini dijangka akan meningkat melalui pelbagai inisiatif yang telah dilaksana untuk menggalakkan usahaniaga pengeluaran tenaga melalui bio-diesel sawit serta program tenaga baru. karena kualiti yang kurang baik . iaitu masing-masing daripada 19.44%) dan 20. Selanjutnya methil ester sering disebut dengan biodiesel atau bahan bakar motor diesel yang berasal dari minyak tumbuhan atau haiwan. Campuran yang banyak dipakai adalah 20% ME : 80% solar. dikenal sebagai bahan bakar motor diesel yang telah biasa digunakan. Biodiesel murni (100%) sudah pula digunakan sejak 1994. NOx yang lebih rendah. dan solar rata-rata 130. Kadar asap yang relatif rendah pada putaran yang tinggi (dibawah 4 BSU). biodegradable. minyak sayuran yang diadun istimewa boleh dijadikan bahan alternatif. dan solar 42. Demikian pula perbezaan torsi antara solar dan 30% ME hampirhampir tidak berbeza. tetapi menaikkan emisi Nox Konsumsi bahan bakar spesifik 30% ME hanya sekitar 2% lebih tinggi dibanding dengan solar murni.000 Btu. [sunting] Krimer . Antara barangan yang terbaru hasil penyelidikan kelapa sawit telah dapat menghasilkan : [sunting] Aiskrim Antara kegunaan istimewa minyak sawit ialah sebagai bahan asas dalam pengeluaran aiskrim.Biodiesel tidak beracun. sehingga dapat mengurangi detonasi atau knocking pada operasi mesin. dapat bertahan lebih lama dan mudah cair apabila dimasukkan ke dalam mulut. [sunting] Kegunaan Kelapa sawit dapat dipelbagaikan kegunaannya Jika getah dapat dipelbagaikan kegunaannya menjadi 1500 jenis barangan. Produk coklat dan konfeksi yang diperbuat menggunakan CBR berasaskan minyak sawit mempunyai rasa hampir menyamai produk yang diperbuat menggunakan lemak koko. rata-rata 118. tetapi tidak mudah rosak. hidrokarbon dan CO. Bilangan setana biodiesel lebih tinggi dibanding dengan solar. sedang perbezaan daya yang dihasilkan hanya sekitar 2%. tenaga yang dihasilkan biodiesel lebih rendah. Walaupun lemak susu adalah bahan paling sesuai digunakan dalam pembuatan aiskrim. sumber yang dapat didaur ulang. Rata-rata biodiesel 53. Ini kerana bahan berasaskan minyak sawit menghasilkan produk dengan permukaan berkilat. Menurut kajian.500 Btu. tidak menambah secara signifikan terdapat akumulasi gas rumah kaca [2]. begitu juga dengan kelapa sawit. Penggunaan minyak sawit dan minyak isirung sawit dalam pembuatan aiskrim bukan sahaja menghasilkan aiskrim lembut dan gebu. Biodiesel cukup menjanjikan sebagai bahan bakar alternatif untuk motor diesel. dan kandungan O2 yang tinggi dapat mengurangi pembentukan partikulat. dihasilkan dari bahan yang dapat diperbaharui. [sunting] Konfeksi Pengganti Lemak Koko (CBR) adalah lemak yang digunakan untuk menggantikan secara separa atau keseluruhan penggunaan lemak koko dalam pembuatan produk coklat dan konfeksi. minyak sawit dan minyak isirung sawit boleh digunakan untuk menghasilkan CBR. essentially free of sulfur dan carcinogenic benzene. Disamping itu hasil penelitian Schumacher dan Spataru [5] menyimpulkan bahawa kenaikan ME dari kedelai dan canola akan mengakibatkan penurunan partikulat. Melalui proses pemisahan. satu ciri yang mampu mengelakkan rasa tidak enak apabila kopi diminum. Serbuk santan berasaskan sawit juga memiliki nilai pemakanan yang baik kerana ia mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah. bau. Ia tahan lebih lama (tidak tengik) daripada tengik kerana mempunyai anti oksidan semulajadi seperti tokopherol dan tokotrienol. serta ia tahan lebih lama dan lebih mudah digunakan. satu prosedur ditetapkan mengikut Konvensyen Rangka kerja Perubahan Iklim (UNFCCC). bebola daging dan ayam. Tanpa kolesterol dan mikrob makanan perosak. berperisa dan memuaskan cita rasa peminumnya. Ia juga tidak mudah basi walaupun ditinggalkan dalam suhu bilik. ayam dan kulit ayam. Secawan kopi yang menggunakan krimer berasaskan sawit lebih enak. [sunting] Serbuk santan Santan adalah bahan penting digunakan kebanyakan rakyat Malaysia untuk menghasilkan lauk-pauk dan kuih-muih tradisional atau moden. rupa dan rasanya. .Adunan minyak sawit dan minyak isirung sawit. ia dapat bertahan untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga bulan. Diperbuat 100% daripada lelemak sawit. serta lain minyak digunakan secara meluas untuk menggantikan lemak susu dalam penyediaan krimer kopi bukan berasaskan tenusu. Mungkin anda tidak menyangka bahawa 80% daripada minyak sawit yang dihasilkan di Malaysia digunakan sebagai bahan makanan. malah menambah lagi keenakan sosej dan burger dihasilkan. bertujuan menstabilkan kepekatan gas rumah hijau (GHG) di atmosfera. [sunting] Sosej dan burger Lelemak sawit juga boleh digunakan sebagai lelemak istimewa bagi menggantikan lemak haiwan dalam pembuatan makanan berasaskan daging seperti sosej. Minyak sawit yang diadun dan diproses menggunakan teknik sembur kering dapat menghasilkan bahan pengganti untuk serbuk santan kelapa. serta nugget. Keluaran berasaskan sawit ini tidak menimbulkan rasa kurang enak makanan. Bagaimana dengan sejumlah 20% lagi? Selebihnya adalah untuk kegunaan dalam pembuatan produk bukan makanan yang akan dibincangkan minggu hadapan [sunting] Persaingan peringkat dunia Malaysia perlu mematuhi keputusan Mekanisasi Pembangunan Bersih (CDM). Minyak sawit dan minyak isirung sawit sangat sesuai digunakan untuk menghasilkan bahan krimer kerana ia tidak mudah mengalami oksidan. Krimer sawit menggantikan penggunaan krimer tenusu dalam penyediaan minuman kopi. ia adalah makanan bersih dan halal untuk dinikmati. burger. ia dirumus khusus sebagai pengganti lemak mentah lembu. Serbuk santan berasaskan minyak sawit menyerupai santan kelapa komersil dari segi warna. Pada suhu 15ºC pula. [sunting] Minyak kacang soya. biji sesawi dan bunga matahari seluruh dunia masing-masing berjumlah 88.5 juta tan atau 15. 2.2 juta hektar (17. selaras dengan keputusan UNFCCC untuk menangani pemanasan sejagat melalui pengurangan pelepasan GHG ke atmosfera yang menyebabkan kenaikan suhu air laut.3% dengan keluaran minyak sawit berjumlah 28. kemarau dan juga ribut taufan. .6%) jauh lebih besar berbanding keluasan tanaman sawit yang hanya berjumlah 8.2%. Bagi mempertahankan Malaysia terus unggul sebagai pengeluar minyak sawit terbesar dunia.4%) dan 22. 5. pencemaran alam sekitar. 25. [sunting] Saingan Persaingan minyak sawit dengan minyak sayuran dan lelemak lain dunia akan berterusan pada masa depan.7 juta tan atau 35. selain menyumbang kepada 60% minyak sayuran dan lelemak yang di perdagangkan di pasaran dunia.3% dan 9 juta tan atau 11%.5%. 90% pengeluaran minyak sawit negara di eksport ke 140 buah negara seluruh dunia. Manakala pengeluaran minyak biji sesawi dan bunga matahari hanya masing-masing 12.4 juta hektar (61%). Tindakan ini selaras dengan : 1.4 juta tan atau 38.5 juta hektar (5. 3. Minyak sawit akan menjadi minyak sayuran dan lelemak utama dunia. dari segi penghasilan. Namun.9%). Langkah-langkah yang perlu diambil ialah : 1. memastikan penghasilan produktiviti keluaran sawit terus dapat dipertingkatkan. keluasan hektar tanaman kacang soya. 4. 4. Industri juga perlu membuat penyesuaian ke atas struktur dan sistem teknologi yang diguna pakai selari dengan keputusan UNFCCC dan pada masa sama. hanya berbeza 3. Tidak mustahil minyak sawit akan di eksport dan digunakan semua penduduk 202 negara seluruh dunia pada masa akan datang. Dasar memenuhi permintaan makanan dunia Mengelakkan kemusnahan hutan Mengelakkan kemusnahan habitat haiwan Mesra alam. 2.6 juta hektar (15. 3. minyak kacang soya berjumlah 31.Industri sawit Malaysia perlu mengambil kira penebasan hutan. Inovasi dan teknologi pengeluaran produk makanan dari minyak sawit Biomas dari buangan sawit Biofuel dari minyak sawit Meningkatkan produktiviti minyak sawit. hak asasi manusia dan perubahan iklim. Oleh itu industri sawit perlu bersedia mengadaptasikan pendekatan pengurusan yang dapat mempertahankan kedudukan industri dari pesaing minyak sayuran dan lelemak lain dunia. biji sesawi dan bunga matahari Pada tahun 2003. Sebenarnya minyak sawit mengatasi minyak saingannya kerana pengeluarannya bebas daripada organisma yang dipinda secara genetik (GMO).3 bilion kepada pendapatan negara hasil perolehan eksport.2% GDP berbanding unjuran awal 4. Mereka mendakwa penebangan hutan bagi tanaman sawit mencabul hak asasi 2. Kononnya minyak sawit tidak sesuai dimakan manusia. Kesatuan Kacang Soya Amerika mendakwa : 1. Pulangan dari produk ini membantu sektor pertanian negara berkembang dan menjadi punca pendapatan utama kepada negara.Senario ini memberikan kelebihan kepada minyak sawit. nutraseutikal. Produk-produk ini bukan sahaja bermutu tinggi. dan dengan itu adalah pilihan yang lebih sihat bagi pengguna. Memusnahkan habitat orang utan Cubaan mereka gagal bagi menyekat pengimportan minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia dan bagi menyemarakkan lagi sekatan mereka Amerika Syarikat telah cuba meletakkan ‘food safety standards and traceability’ ke atas minyak sawit yang diimport dari negara Malaysia dan Indonesia.5% dan telah menyumbang sejumlah RM26. lantaran itu mereka membuat tuduhan baru yang kononnya menurut mereka: 1. [sunting] Tuduhan Kesatuan Kacang Soya Amerika Pada tahun 1980an. produk makanan dan lain -lain. [sunting] Pertambahan penduduk dunia . Pada tahun 2003. sementara lemak yang dihasilkan adalah bebas trans. kelengkapan pendandanan. majerin. malah lebih baik dan setanding produk lain yang ada di pasaran. Malaysia berjaya merekacipta inovasi dan menghasilkan penemuan produk baru dari keluaran sawit seperti produk oleokimia. kosmetik. oleh kerana itu mereka tidak lagi dapat membuat tuduhan bertentangan dengan kegunaan kelapa sawit yang pelbagai. farmaseutikal. malah lebih strategik sekiranya negara pengeluar minyak lain mengimport minyak sawit dari Malaysia dan tanaman berkenaan ditukar kepada tanaman makanan lain atau menanam hutan yang boleh memulihkan keadaan alam sekitar serta dapat mengurangkan pelepasan GHG yang membahayakan atmosfera. minyak masak. detergen. industri sawit perlu memberi perhatian dan menanganinya dengan bijak ke atas lima faktor luaran bagi memastikan industri berupaya bersaing dengan pengeluar minyak sayuran dan lelemak lain dunia. kadar pertumbuhan sektor kelapa sawit mencapai 5. kerana menyebabkan penyakit kanser. [sunting] Cabaran globalisasi Pada tahun 2000 hingga 2050. dasar kerajaan telah membolehkan syarikat multinasional membeli dan mengambil alih syarikat luar negara berkenaan. Malaysia mengeksport minyak mentah sawit ke luar negara dan pemprosesan produk industri hiliran bagi nilai tambah di lakukan di negara pengimport. Teknologi Pembuangan Benda Asing dan Rawatan Efluen bagi kilang pemprosesan buah sawit berjaya meningkatkan kecekapan pengilangan dan mengurangkan penggunaan pekerja sebanyak 50 peratus. Inovasi dan teknologi baru seperti ini akan di galakkan pemakaiannya kepada semua kilang pemprosesan buah sawit di seluruh negara. [sunting] Kerjasama dan persefahaman antara negara Kerjasama dan titik persefahaman dalam perdagangan yang membabitkan minyak sawit antara negara mestilah ada. Pemprosesan Tandan Kosong. [sunting] Produk industri hiliran sawit yang mempunyai nilai tambah Produk industri hiliran sawit yang mempunyai nilai tambah akan diproses dalam negeri dan dieksport bagi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi. Ia memerlukan pendaftaran paten bagi harta intelek ini untuk melindungi hasil penemuan dan hak penyelidik tempatan daripada diekploitasi pihak berkepentingan. Automasi Keseluruhan Kilang. teknologi baru yang inovatif seperti teknologi Pensterilan Berterusan Buah Tandan Segar. Permintaan ke atas minyak sawit akan meningkat sedangkan kawasan tanaman berkurangan. Ini adalah strategi yang dilaksanakan bagi membawa pulang teknologi memproses produk hiliran ke dalam negara supaya dapat melindungi kepentingan produk berkenaan sebagai cara memperkukuhkan lagi industri sawit negara tersebut. Dahulu. Jurang perbezaan dan persefahaman adalah terlalu . Produk farmaseutikal dan nutraseutikal hasil pemerosesan dan penemuan baru daripada produk minyak sawit dijangka mempunyai peluang dan nilai pasaran besar di dalam atau pun di luar negara. Kini. [sunting] Paten ke atas harta intelek atau produk Paten ke atas harta intelek atau produk hasil dari penyelidikan akan di tangani dengan sebaik mungkin bagi melindungi hak-hak penyelidik tempatan daripada diekploitasi pihak lain. Tindakan proaktif yang perlu diambil ialah : • • • • • • • inovasi dan teknologi baru meningkatkan pengurusan ladang penggunaan bahan tanaman bermutu tinggi pembajaan berjadual menangani penyakit pokok kejenteraan ladang perlu diguna pakai Kemajuan dalam bidang internet dan e-komersil Kemajuan dalam bidang internet dan e-komersil membolehkan pengilang dan peniaga mengurangkan kos pengeluaran.Penduduk dunia meningkat kepada 9 bilion pada tahun 2050. Kawasan hutan seluas lebih empat kali saiz negara Switzerland dimusnahkan setiap tahun untuk tujuan pertanian. Isu-isu ini dibincangkan di dalam buku WWF. [sunting] Pencemaran alam sekitar [sunting] Tanaman sawit mesra alam sekitar World Wildlife Foundation (WWF) melaporkan habitat bagi hidupan spesies di dunia sedang diancam aktiviti pertanian. Negara seperti China. China dan India. Populasi gajah Asia. tetapi ia juga menyumbangkan kepada masalah alam sekitar. Hari ini ia mengancam sistem utama yang kita perlu mendapatkan keperluan makanan dan pakaian. Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah mengubah penyaluran pemberian subsidi dan halangan pasaran yang hanya akan menggalakkan persaingan yang tidak sihat kepada amalan pengurusan yang lebih baik. badak sumbu Sumatera. Jenis amalan pertanian yang berbentuk baru dapat menghasilkan keperluan makanan untuk populasi yang semakin meningkat dan masih boleh menampung keperluan lainlain hidupan di bumi ini. Punca air digunakan hampir atau melebihi had terutama di Semenanjung Arab. kelapa sawit adalah ancaman terbesar yang membahayakan hidupan mamalia. Contohnya. pertanian adalah industri utama di dunia yang mengancam alam sekitar. Ia menyumbang kepada 1. minyak sayuran dan lelemak keluaran negara masing-masing yang bersaing dengan minyak sawit di pasaran dunia. sosial dan ekonomi. Contohnya di England. Pertanian mempunyai impak yang besar ke alam sekitar berbanding dengan aktiviti manusia yang lain. Jepun. 77 peratus populasi burung menghadapi kepupusan dalam tempoh 30 tahun lalu.besar. WWF dan Bank Dunia sedang mengkaji insentif kewangan bagi menggalakkan petani dan pelabur mengamalkan pengurusan yang lebih baik seperti menggalakkan pelabelan produk yang dihasilkan sebagai barangan yang mesra alam dan menawarkan pengurangan dalam risiko kewangan . Pemberian subsidi oleh kerajaan akan menggalakkan amalan pertanian yang menggunakan bahan kimia dan jentera berat yang menjejas alam sekitar. Kesannya ke atas suhu dunia berkemungkinan mengganggu sumber bekalan air dunia. Pertanian menggunakan lebih dari 50 peratus kawasan habitat di bumi ini termasuk tanah yang tidak sesuai untuk pertanian. ‘World Agriculture and The Enviroment’ oleh Dr Jason Clay. Menurut WWF. Timbalan Presiden di Pusat Inovasi Pemuliharaan WWF Amerika Syarikat. Punca utamanya adalah untuk melindungi kepentingan perdagangan terutamanya. Orang Utan dan harimau semakin pupus berikutan tanaman kelapa sawit merampas habitat mereka.3 bilion orang dan menghasilkan antara RM5 trilion nilai barangan setiap tahun. Amerika Syarikat. Seluruh dunia sedang memerhatikan kepatuhan pihak industri kepada standard alam sekitar. Sebagai insentif bagi kilang-kilang yang telah menunjukkan prestasi yang baik pada tahun-tahun lepas. Kluang Kilang Kelapa Sawit Coronation. Kota Tinggi Kilang Kelapa Sawit FELDA Adela. Kulai Kilang Kelapa Sawit Tai Tak. 41 buah (59%) premis kilang kelapa sawit berjaya mematuhi PeraturanPeraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977. 28 Notis dan 3 kompaun telah dikeluarkan kerana kesalahan-kesalahan yang dilakukan. sejumlah 68 buah kilang memproses kelapa sawit mentah telah dilesenkan di bawah Seksyen 18(1). penanaman sawit memang sedia bersifat mesra alam. Kota Tinggi Kilang Kelapa Sawit FELDA Simpang Wa Ha. Untung sekali. 1974. Akta Kualiti Alam Sekeliling. sebanyak 16 arahan. sebanyak 34 premis telah diberikan lesen untuk melepaskan air buangan ke alurair dan 34 untuk pelupusan ke atas tanah. R&D cara mengatasi pencemaran sawit menunjukkan : 1. Jabatan Alam Sekitar telah memberi tempoh lesen 2 tahun kepada 10 buah kilang. Kluang Kilang Kelapa Sawit Chan Wing. Kluang Kilang Kelapa Sawit CEP Rengam.[sunting] Pencemaran alam sekitar oleh kilang sawit Dalam tahun 2002. Daripada 68 buah kilang kelapa sawit di Johor . Kota Tinggi Kilang Kelapa Sawit Nordanal. Kota Tinggi Kilang Kelapa Sawit Ulu Remis. Dalam tahun 2002. Muar Kilang Kelapa Sawiit Sedenak. Kluang Tahun 2002. Tanaman sawit Malaysia mengetengahkan kecekapan tenaga dan produktiviti tinggi minyak sawit berbanding lain-lain tanaman minyak makan lain dari segi nilai ‘input-output’ . Lesen 2 tahun (2002-2004) • • • • • • • • • • Kilang Kelapa Sawit Air Item. Antara premis yang layak mendapat insentif tersebut adalah seperti berikut: Kilang kelapa sawit di Teluk Intan ini merupakan kilang terbesar di Malaysia. Usaha kerajaan Malaysia untuk mengurangkan efluen dari kilang buah dan kilang penapis sawit telah dilaksana melalui satu sistem pelesenan merangkumi standard dan fee efluen. membina teres dan pembinaan lubang dan ‘bunds’ tanah. boleh dikatakan secara semula jadi sangat sesuai untuk amalan pengurusan yang menggalakkan pertanian berkekalan. Teknologi buangan sifar. 2. 8. Efluen kilang sawit yang dirawat (POME) sebagai baja organik. . Pengalaman Malaysia mengawal efluen dalam industri sawit telah menunjukkan bahawa satu polisi alam sekitar yang baik sangat berkesan untuk mengawal pencemaran perindustrian di negara membangun. Teknik pembakaran sifar semasa penyediaan ladang untuk ditanam semula. atau menghindari bencana.Industri minyak sawit telah mengalami progres berterusan ke arah mencapai sasaran BOD 100 mg/l. kepada alam sekitar. Amalan pemulihan tanah merangkumi penyediaan jalan. fe efluen dikenakan ke atas kandungan BOD yang dikeluarkan. Penggunaan bahan buangan atau bahan sampingan. Dari segi perbandingan fisiologi antara pokok sawit dan kawasan hutan menunjukkan bahawa pokok sawit memainkan peranan penting dalam membaikpulih kawasan pembalakan.000 mg/l dalam tahun 1978/79 dan 500 mg/l menjelang tahun 1981. penanaman tanaman kacang penutup bumi dan pengurusan perosak bersepadu. Ciri pokok sawit itu sendiri yang bersifat kekal. Pengurusan alam sekitar yang efektif.2.Kepatuhan dan penguat kuasaan peraturan terutamanya Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 1. 3. di mana EFB dan POME digabungkan dalam pengeluaran kompos bernilai. serta dapat memenuhi pelbagai fungsi kawasan hutan. 6. Undang-Undang dan Pengkuatkuasaan Malaysia tidak kekurangan peraturan yang mengawal selia industri minyak sawitnya. seperti tandan kosong (EFB) 5. 4. dan akhirnya turun kepada 100 mg/l daripada tahun 1984 dan tahun seterusnya. Di samping standard ini. Standard efluen yang sentiasa diperketatkan telah diperkenalkan dalam peraturan kualiti alam sekitar dan dilaksana secara berperingkat. adalah amalan industri ini. 3.000 mg/l efluen tidak dirawat kepada 5. 7. Kilang buah sawit dikehendaki mengurangkan kadar pembuangan air kumbahan (dengan menggunapakai konsentrasi ‘Biological Oxygen Demand’ (BOD) sebagai pengukur utama) dari 25. Akta Racun Perosak 1974 dan Arahan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) 1987 menghasilkan sebuah industri yang telah menepati banyak peraturan dalam usaha meminimumkan pencemaran. sembilan buah kilang buah sawit di Malaysia telah melaksanakan ISO 14001 Sistem Pengurusan Alam Sekitar. “Food grade grease” oleh Dr Yeong Shoot Kian 8.Dalam sektor pemprosesan sawit. Choo Yuen May 2.4 hektar telah diiktiraf sebagai Pekebun Kecil Sawit Terbaik Anugerah Industri Sawit Malaysia 2003 peringkat Semenanjung. kini ia bertukar kepada pengurusan ‘in-thepipe’. pendekatan ‘end-of-the pipe’ digunakan untuk memastikan pematuhan kepada peraturan alam sekitar. [sunting] Anugerah yang diterima Pelbagai anugerah telah diterima oleh penyelidik MPOB. Terkini. Dr Mohd Hanif Harun melalui rekacipta “Root auger for peat area” 10. [sunting] Anugerah kilang sawit terbaik Kilang Sawit RISDA Ulu Keratong. Beliau turut mengamalkan integrasi ladang dengan menternak 150 ekor lembu dan mengusahakan tanaman kontan lain seperti ubi kayu. 9. . Rekacipta teknologi yang memenangi pingat emas bertajuk “Palm based additives to improve lubricity of ultra low sulfur diesel” oleh Dr. [sunting] Anugerah pekebun kelapa sawit terbaik Hasil purata sebanyak 31. Hoong Seng Soi. " An innovative natural polyol for 2K PU coatings” oleh Kumpulan Dr Hazimah Abu Hassan. “Development of oil palm harvesting machine” oleh Abd Rahim Shuib 5. Mohd Norhisham Sattar dan Tuan Noor Maznee Tuan Ismail 3. Senarai anugerah yang diterima ialah : 1. “A trap for auto dissemination of microbial pathogens for control of palm rhinoceros” oleh Ramlee Moslim 7. “ Cream Alternative from palm oil based fats” oleh Wan Rosnani Awang Isa.24 tan metrik/hektar bagi tahun 2003. Rekacipta “Sprayable Cooking Oil” oleh Dr Muhammad Nor Omar. Seandainya dulu. Dr Zahariah Ismail “The use of dihydroxystearic acid (DHSA) as coating material in color cosmetic and gelling properties in deodorant stick applications” 11. di mana keprihatinan utama alam sekitar seperti penghasilan efluen dan pengeluaran asap menjadi fokus. keledek dan sayur-sayuran. 4. Dr Nor Aini Idris “Production and utilization of palm based mayonnaise” 12. Basiran Usop yang mengusahakan kebun sawit seluas 4. Pahang telah mencipta satu mesin yang dipanggil uncracked nut separator bagi mengatasi masalah kekotoran isirong dalam pengeluaran isirong kelapa sawit yang telah diproses. “Hand-held Mechanical Cutter” oleh Abd Razak Jelani 6. Pn Rosnah Mat Som dengan teknologi “Carboxymethylce llulose from Oil Palm biomass”. kini terdapat pertukaran paradigma dalam cara untuk menghadapi isu ini. POMTEC juga adalah kilang sawit integrasi yang menempatkan dua loji rintis. lapan kilang sawit sudah menggunapakai teknologi pensterilan berterusan. manakala MPOB menumpukan aspek penyelidikan pengilangan buah sawit selain berkongsi kepakaran pembinaan model baru kilang dan lain-lain yang berkaitan. Kadar kekotoran dapat dikawal pada had yang lebih rendah iaitu enam peratus berbanding lapan peratus sebelum ini. Automasi Keseluruhan Kilang (Plant-Wide Automation) dan Teknologi Dandang Baru (New Boiler Technology). Datuk Seri Utama Mohamad Hasan pada 30 November 2005 di Labu. tuntutan penalti ke atas isirong yang kadar kekotorannya melebihi enam peratus telah dapat diturunkan kepada RM22. Melalui penggunaan mesin ini.Melalui mesin ini. Sehingga kini. Pengasingan isirong yang tidak dapat dipecah ini dapat dijalankan kerana mesin ini mengandungi rod-rod yang mempunyai jarak-jarak tertentu.586 pada tahun 1998 berbanding RM139. POMTEC dilengkapi teknologi dan inovasi pengilangan moden yang berbeza dengan operasi kilang konvensional. Masa bagi mengasing dan mengitar semula isirong yang ditolak juga dapat dijimatkan kerana kandungan kotoran telah berkurangan. Teknologi moden yang diperkenalkan meliputi Teknologi Pembuangan Benda Asing (Trash Removal). Kilang sawit POMTEC dibina pada tahun 2000 membabitkan kos RM23 juta dengan kapasiti pengilangan 20 tan sejam. [sunting] Kilang sawit contoh Kilang Sawit POMTEC yang pertama didirikan di negara Malaysia ini menggunakan teknologi dan inovasi pengilangan moden telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. iaitu Loji Rintis Fenolik dan Loji Rintis Pemprosesan Tandan Kosong bagi pengeluaran produk berasaskan sawit yang bernilai tinggi. Ciri reka bentuk baru POMTEC yang berkonsepkan integrasi dengan Loji Rintis Fenolik dan Loji Rintis Pemprosesan Tandan Kosong bagi pengeluaran produk . Ia adalah hasil usaha sama MPOB dan Kumpulan Guthrie Berhad untuk tujuan menjalankan penyelidikan dalam aspek pengilangan dan pemprosesan buah sawit secara menyeluruh. Pensterilan Berterusan (Continuous Sterilization). Negeri Sembilan. isirong yang tidak dapat dipecah akan ditapis dan diasingkan bersama dengan kekotoran lain dan dikeluarkan melalui penghantar.813 pada tahun 1994. Kumpulan Guthrie Berhad bertanggungjawab menguruskan operasi pengilangan harian. manakala 11 kilang baru dalam proses pembinaan. . pihak industri memang memiliki praktik pengurusan yang terbaik bagi menggalakkan pertanian yang berkekalan. polyphenols dan asid phenolic. memproses bahan buangan larut air kilang sawit dengan menghasilkan produk anti-oksida. yang nyata industri minyak sawit di Malaysia masih belum berpuas hati dengan rekod pengurusan alam sekitar sedia ada yang menitikberatkan sistem pengurusan kumbahan secara agronomik dan ‘di hujung paip’. tandan kosong sawit digunakan sebagai sungkupan di ladang atau bahan api dandang untuk penghasilan tenaga kilang [sunting] Kesimpulan Industri minyak sawit adalah satu cerita kejayaan Malaysia.Ia tampak lebih nyata dalam keadaan agenda dunia yang lebih meluas ke arah pembangunan berkekalan. Dalam operasi kilang konvensional. Ia adalah hasil visi dan perjuangan ramai pengusaha. pertimbangan ke atas tiga perkara utama merangkumi ekonomi. Tanpa sangsi. adalah selaras dengan polisi penswastaan Malaysia dan juga adalah asas kepada polisi pembangunan kerajaan seperti yang termaktub dalam Visi 2020. sosial dan alam sekitar.berasaskan sawit di bawah satu bumbung. serta komited bagi memasuki satu era pengurusan alam sekitar yang baru. Sebalik semuanya ini. Bahan serat tandan kosong yang di hasilkan akan digunakan sebagai bahan asas pembuatan papan gentian dan papan partikel bagi pembuatan perabot. ia telah berkembang mengikut masa untuk menjadi lebih secocok dengan alam sekitar. Loji Rintis Fenolik dibina dengan kos RM4. baik pada peringkat kerajaan mahupun sektor swasta. sementara produk produk yang dihasilkan mempunyai nilai yang tinggi di pasaran. Malaysia kini memiliki sebuah industri bertaraf dunia. menyerlahkan polisi pihak industri yang menyokong pengeluaran serta pengagihan berterusan. Proses ini akan meningkatkan kadar perolehan minyak dalam setiap pemprosesan buah sawit. yang mempeloporinya dengan polisi strategik termasuk mengadakan dan melaksanakan polisi pengurusan alam sekitar. secara ekonomi dan mesra alam. Dengan mengguna pakai biji benih daripada negara luar dan memperbaiki kaedah penanamannya agar bersesuaian dengan keadaan tempatan.9 juta. Pihak industri bertekad untuk berubah. bekalan makan yang selamat dan mudah diperoleh kepada penduduk dunia yang semakin bertambah. Dengan 90 peratus daripada hasil minyak sawit Malaysia diurusniagakan di pasaran antarabangsa. Antara produk di hasilkan ialah flavonoids. Transformasi ekonomi Malaysia daripada negara pengeluar komoditi utama berasaskan pertanian kepada negara pengeluar moden bagi barangan makanan tambah nilai. Loji Pemprosesan Tandan Kosong pula berfungsi memproses dan mendapatkan semula baki minyak yang ada pada tandan kosong. Seperti yang ditonjolkan oleh pihak industri hari ini. my/m/BHarian/Saturday/BeritaSawit/200505061610 40/Article/ Jabatan Alam Sekitar http://www.rcentre..org/wiki/Kelapa_sawit" Kategori: Arecales .mpob.my/r&d/Announcement/PIPOC2005.my.N5.bharian.my/con_archives.my/m/BHarian/ Saturday/BeritaSawit/ www.my www.gov.wikipedia.org/ Ahmad Saghir Baharan http://www.id/ind/jurnal/jurnal_idx.kpu.[sunting] Lihat juga • Senarai pokok [sunting] Pautan luar dan rujukan Wikimedia Commons mempunyai media mengenai: Kelapa sawit • • • • • • • • • • • • • • • • • • • Dr Norman Hj Kamaruddin http://www.com.jas.iptek.mosti.gov.bharian.usm.utm.php?doc=V5.com.com.htm http://www.htm Cikgu Abd Malek Abd Hanif http://smeh.my/kpk/pontian.tripod.risda.bharian.my/eng/berita1..my/jas www. www.htm www.my www.wwfmalaysia.my/opencms/opencms/MostePortal/ www.23.sains.bharian.e-kilangmpob.net.com Rangkaian Neural Dalam Peramalan Harga Minyak Kelapa Sawit Diambil daripada "http://ms.com.gov.com.my www. Isa Zainal Abidin dan Mohd Din Aminuddin http://www.my/m/BHarian/Saturday/BeritaSawit/200501011451 16/Article/pp_index_html http://www.gov.com.my/m/BHarian/Saturday/BeritaSawit/200412051301 02/Article/ Dr Ahmad Kushairi Din.htm www.com/latihan/sd6ebtind04.html http://www.frim.htm www.gov.felcra.invir.
Copyright © 2024 DOKUMEN.SITE Inc.