Isu-Isu Kontemporari Muslim Di Malaysia

June 9, 2018 | Author: Zuhairi Abdul Karim | Category: Documents


Comments



Description

SULIT

UNIVERSITI KUALA LUMPUR BUSINESS SCHOOL SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JUN 2015

KOD SUBJEK

:

MPU3333

SUBJEK

:

ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA

PERINGKAT

:

IJAZAH PERTAMA

MASA

:

9:00 PG – 12:00 TGH HARI / 3 JAM

TARIKH

:

18 OGOS 2015 ARAHAN KEPADA CALON

1. Sila baca dengan teliti arahan yang diberikan pada kertas soalan. 2. Kertas soalan ini di cetak di kedua-dua belah muka surat. 3. Kertas soalan ini mengandungi TUJUH (7) soalan. 4. Jawab LIMA (5) soalan sahaja. 5. Sila tulis jawapan pada buku jawapan yang disediakan. 6. Anda tidak dibenarkan membawa keluar kertas soalan ini dari dewan peperiksaan.

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI EMPAT (4) HALAMAN BERCETAK TIDAK TERMASUK MUKA HADAPAN.

SULIT Jumlah 100 markah ARAHAN: JAWAB LIMA (5) SOALAN SAHAJA GUNAKAN BUKU JAWAPAN YANG DISEDIAKAN

Soalan 1 a) Proses Islamisasi di Tanah Melayu telah berjaya memperkembangkan dan mengukuhkan kedudukan agama Islam sehingga ke hari ini. Huraikan empat (4) faktor yang mempercepatkan proses Islamisasi berjaya di Tanah Melayu. (12 markah) b) Perkembangan Islam di Tanah Melayu telah meninggalkan kesan dalam penubuhan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jelaskan intipati perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembangan Persekutuan: i. ii.

Perkara 3 Perkara 160: Tafsiran "Orang Melayu" (8 markah) [Jumlah: 20 markah]

Soalan 2 a. Penularan ideologi-ideologi semasa semakin berkembang di Malaysia antaranya kemunculan fahaman Sekularisme, Liberalisme, Marxisme dan lain-lain lagi. Bincangkan tiga (3) elemen penting fahaman liberalisme. (12 markah) b. Golongan Islam Liberal khususnya di Malaysia jarang mengakui mereka menganut fahaman liberal. Bagaimana untuk kita mengenali mereka? Iaitu dengan kita mengenali fikrah atau manhaj yang mereka bawa. Jelaskan empat (4) bentuk pemikiran Islam liberal di Malaysia yang memberi ancaman kepada aqidah dan jati diri ummah. (8 markah) [Jumlah: 20 markah]

MPU3333_Isu-Isu Kontemporari Muslim di Malaysia

1

SULIT Soalan 3 a. Fahaman singkat merupakan fahaman yang mengambil sesuatu secara dasar sahaja. Fahaman ini termasuk salah satu fahaman yang dapat membawa kepada salah faham terhadap Islam. Jelaskan tiga (3) punca pemikiran singkat ini, beserta tiga (3) langkah mengatasinya. (12 markah) b. Islam merupakan agama yang paling banyak disalahfahami oleh manusia. Pelbagai tuduhan, tohmahan dan anggapan salah dibuat terhadap Islam yang menggambarkan kesalahfahaman masyarakat terhadap Islam. Jelaskan empat (4) faktor utama salah faham terhadap Islam. (8 markah) [Jumlah: 20 markah]

Soalan 4 a) Secara umumnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan badan yang telah menyediakan beberapa garis panduan secara komperensif bagi industri makanan dan juga langkah memperkemaskan ruang lingkup undang-undang sama ada dari aspek perlaksanaan dan penguatkuasaan. Huraikan tiga (3) daripada garis panduan produk halal. (12 markah) b) Perancangan pengurusan harta dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu perancangan harta semasa hidup dan pembahagian harta selepas kematian pemilik harta. Jelaskan satu (1) daripada perancangan harta semasa hidup dan satu (1) daripada harta selepas kematian. (8 markah) [Jumlah: 20 markah]

MPU3333_Isu-Isu Kontemporari Muslim di Malaysia

2

SULIT Soalan 5 a) Institusi keluarga merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pembangunan institusi masyarakat yang bebas gejala sosial. Realitinya, institusi keluarga dilihat semakin goyah dalam melahirkan individu berintegriti dan berakhlak mulia. Huraikan empat (4) faktor kegoyahan institusi keluarga tersebut. (8 markah) b) Islam menggalakkan umatnya mencapai kemajuan material tetapi harus selari dengan pembangunan spritual. Namun kini keseimbangan yang dituntut Islam tidak berlaku dan telah mengakibat krisis kritikal dalam masyarakat. Jelaskan tiga (3) faktor berlakunya gejala sosial di Malaysia dan tiga (3) kaedah penyelesainya. (12 markah) [Jumlah: 20 markah]

Soalan 6 a) Islam mengiktiraf ilmu perubatan yang terhasil daripada kajian saintifik. Walaupun begitu, al-Quran dan al-Sunah tetap diletakkan di tangga teratas. Justeru, para ilmuwan Islam berusaha menilai dan membincangkan isu-isu perubatan moden berdasarkan kaca mata Islam. Bincangkan tiga (3) isu perubatan moden dan pandangan Islam mengenainya. (12 markah)

b) Perkembangan teknologi maklumat dan alat komunikasi yang pesat telah memudahkan sistem

perhubungan

sesama

manusia.

Namun

sebahagian

manusia

telah

menyalahgunakannya, jelaskan isu-isu di bawah beserta padangan Islam mengenainya: 1- Isu penceraian SMS 2- Isu pornografi (8 markah) [Jumlah: 20 markah]

MPU3333_Isu-Isu Kontemporari Muslim di Malaysia

3

SULIT Soalan 7 a) Malaysia menolak kemunculan kumpulan militan Daulah Islamiah atau dikenali sebagai Islamic State (IS).Oleh itu, kerajaan Malaysia menganjurkan Konsep Wasatiyyah dalam semua bidang kehidupan, sejajar dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Huraikan bagaimana konsep tersebut boleh memupuk perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum. (12 markah) b) Prinsip-prinsip Tamadun Islam bertepatan dengan Maqasid Syariah iaitu bagi mencapai manfaat serta menolak sebarang kemudharatan terhadap kehidupan manusia. Jelaskan prinsip-prinsip tamadun Islam tersebut. (8 markah) [Jumlah: 20 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

MPU3333_Isu-Isu Kontemporari Muslim di Malaysia

4

Copyright © 2024 DOKUMEN.SITE Inc.