PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAHSEKOLAH MENENGAH MODUL PEMBELAJARAN EDUP2033 PEDAGOGI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2200, JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA, SELANGOR D.E. Effective from March 2016 (March 2016 Edition) EDUP2033 PEDAGOGI MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT. November 2015 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 1 EDUP2033 PEDAGOGI Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. November 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2 EDUP2033 PEDAGOGI PENGENALAN Kursus ini memberi fokus kepada kemahiran guru dalam merancang, melaksanakan dan mentaksir pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan suasana yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Kandungan kursus meliputi konsep dan prinsip pengajaran dan pembelajaran; model-model pengajaran; pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran; kemahiran-kemahiran asas pengajaran mikro; pengurusan bilik darjah, komunikasi dan interaksi yang berkesan; pentaksiran sekolah rendah; pemulihan, pengayaan dan pendidikan inklusif. Hasil Pembelajaran: Pada akhir kursus ini pelajar dapat: 1. Menjelaskan konsep pedagogi; pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. (C2, LO1) 2. Menganalisis teori-teori pembelajaran melalui pelbagai sumber yang relevan. (C4, LO3, LO6) 3. Memilih strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan pelajar berdasarkan model pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. (C5, LO3) 4. Melaksanakan pengajaran mikro berdasarkan prinsip kemahiran asas dalam pengajaran. (C6, A4, LO3, LO4) 5. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran masa kini dan yang relevan budaya. (C6, LO3) 3 Topik Jam Interaksi Jam Jum Kandungan Bersemuka Modul Masa K T A 1 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Pengertian Pengajaran dan 1 1 pembelajaran Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran 2 Proses Pembelajaran 3 1 4 Kesediaan Belajar Pengamatan Penanggapan Ingatan Lupaan Pemindahan Pembelajaran 3 Teori-Teori Pembelajaran 3 2 5 Teori Pembelajaran Behaviouris Teori Pembelajaran Kognitif dan Kontruktivis Teori Humanistik Implikasi teori-teori terhadap pengajaran dan pembelajaran 4 Model-Model Pengajaran 3 2 2 7 Model Pemprosesan Maklumat Model Behavioural Model Sosial Model Personal Implikasi model-model pengajaran dan 5 Konsep pedagogi. kaedah dan teknik pengajaran 1 1 5 7 Konsep pedagogi Pendekatan pengajaran Strategi pengajaran Kaedah dan teknik pengajaran 4 . EDUP2033 PEDAGOGI AGIHAN TAJUK Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk dalam kursus ini. strategi. pendekatan. EDUP2033 PEDAGOGI 6 Pengajaran Mikro dan Penulisan 3 1 6 10 Refleksi Konsep dan kepentingan pengajaran makro Perancangan dan penulisan RPH Kemahiran asas pengajaran mikro Pelaksanaan pengajaran mikro Penulisan refleksi dan penambahbaikan pengajaran 7 Pedagogi Masa Kini 2 1 3 6 Kerangka kemahiran pedagogi Ciri-ciri pedagogi masa kini Implikasi pedagogi masa kini dalam pengajaran dan pembelajaran 8 Pedagogi Relevan Budaya 2 1 3 6 Konsep dan Definisi Pedagogi Relevan Budaya Elemen-Elemen dalam Pedagogi Relevan Budaya Usaha Memupuk Hubungan Etnik antara Masyarakat Malaysia Jumlah 18 9 18 45 5 . diperuntukkan 60% daripada jumlah jam pembelajaran mod sepenuh masa adalah JPP bersemuka dan 40% adalah JPP pembelajaran kendiri. sumber-sumber pembelajaran. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. dan masa anda. JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. SASARAN KURSUS Pelajar PDPLI SM yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran. EDUP2033 PEDAGOGI PANDUAN PELAJAR PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Bagi kursus PDPLI SM yang dilaksanakan dalam mod Kursus Dalam Cuti (KDC). Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. 6 . Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Kementerian Pendidkan Malaysia (IPG KPM). 7 . Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Anda boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi kuliah dan tutorial. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. EDUP2033 PEDAGOGI SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. 1. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 6. 5. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 7. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna. 4. 8 . EDUP2033 PEDAGOGI 3. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda. Teliti maklumat yang diterima. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Menyatakan prinsip dan jenis-jenis pembelajaran Gagne 3. Menjelaskan pengertian pengajaran dan pembelajaran 2. diharap anda dapat: 1.2 Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca bab ini. 1. Pengetahuan ini akan membolehkan guru-guru memahami dengan lebih baik prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran seperti dikemukakan oleh Ewell dalam mengorganisasikan pembelajaran. EDUP2033 PEDAGOGI Tajuk 1 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.1 Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengertian pengajaran dan pembelajaran. serta prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. Ia merangkumi peristiwa-peristiwa pengajaran dan kaitan dengan jenis-jenis pembelajaran Gagne. Menunjukkan perkaitan antara pengajaran dengan pembelajaran 1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk bab ini Pengajaran dan Pembelajaran Konsep Asas Prinsip-Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran (Ewell) Penglibatan aktif Situasi mendesak Definisi Pengajaran & Perkaitan dan corak Maklum balas berterusan Pembelajaran Pembelajaran informal Suasana yang menyeronokkan Pengalaman langsung Refleksi 9 . EDUP2033 PEDAGOGI 1. 1981) 10 . desakan dan sebagainya (Bower & Hilgard. Secara ringkasnya. memudahcara. 2012) Definisi –definisi pengajaran berdasarkan ahli psikologi yang lain: Pengajaran didefinisikan sebagai satu proses interaktif. kematangan atau keadaan sementara seperti letih lesu. Secara praktisnya. Ini merupakan faktor penting dalam pengajaran. mengasuh dan merancang menentukan matlamat untuk diri dan pelajarnya menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada orang ramai (Noriati. melibatkan “ classroom talk” yang berlaku antara guru dan murid serta berlaku semasa aktiviti dilaksanakan ( Amidon & Hunter.4 Kandungan 1. 1964 ) Pengajaran adalah satu pertembungan antara seorang personel yang berpersonaliti matang dengan seorang yang kurang matang dalam proses membentuk pendidikan untuknya. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. pengajaran merupakan suatu yang diagnostik dan preskriptif. mabuk. Guru menilai keperluan-keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasikan strategi-strategi serta aktiviti- aktiviti yang sesuai untuk pelajar. mengarah.4. 1926) Pengertian pembelajaran Pembelajaran merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut. Boon & Sharifah.1 Pengertian Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses di mana peluang disediakan untuk murid menghasilkan suatu perubahan yang agak kekal melalui penglibatan dalam pengalaman yang disediakan oleh guru. Ini berlaku jika perubahan tingkah laku tidak dapat diterangkan berdasarkan asas kecenderungan respons subjek. pengajaran ialah : melibatkan diri dalam pembelajaran dan perkembangan sepanjang hayat menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja berkongsi pengetahuan membimbing. ( Morrison. Kita harus dirangsang agar dapat menterjemahkan pembelajaran ke dalam tingkah laku. Perubahan-perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pembelajaran tidak sentiasa kekal. Beliau telah membentuk satu model yang menggambarkan prinsip-prinsip pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan pengetahuan. tingkah laku yang telah dipelajari tidak dipamerkan. belajar secara eksperiential. kesediaan untuk belajar. EDUP2033 PEDAGOGI Mengikut Slavin (2005) pula. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait dengan pengalaman. Ia tidak secara automatik membawa kepada satu perubahan tingkah laku. Oleh kerana pengalaman-pengalaman baharu. Oleh itu. Kunjungi perpustakaan untuk mencari rujukan mengenai persoalan “Adakah pembelajaran itu kekal?” 1. Anda belajar untuk mengelakkan kegagalan dan ketakutan anda memotivasikan anda untuk belajar. Definisi di atas tentang pembelajaran mempunyai tiga komponen: Pembelajaran mencerminkan satu perubahan dalam potensi suatu tingkah laku. Sebagai contoh.4. Perubahan tingkah laku disebabkan proses-proses selain daripada pembelajaran. pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. tingkah laku kita boleh berubah kerana motivasi bukan pembelajaran. pembelajaran secara aktif dan penyusunan dan pemeringkatan isi merupakan beberapa prinsip asas dalam pembelajaran. anda akanberhenti belajar apabila anda tidak rasa takut tentang kegagalan peperiksaan. perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasi dalam bilik darjah. tingkah laku juga berubah. Secara umumnya. Berhenti belajar adalah suatu contoh di mana keadaan sementara menyebabkan perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku ini adalah sementara: apabila keadaan motivasi berubah.2 Prinsip Prinsip Pembelajaran Ewell Prinsip prinsip pembelajaran merupakan dasar-dasar yang menerangkan bagaimana pembelajaran boleh berlaku secara efektif. 11 . Perbincangan seterusnya akan menggunakan prinsip-prinsip pembelajaran yang dikemukakan oleh Ewell(1997). keinginan untuk belajar untuk menemui dan mengumpul pengetahuan. Pengetahuan tidak disampaikan kepada pelajar secara langsung tetapi pelajar harus boleh mereka dan membina pengetahuan. 2004). skill elements. memberi pengertian baharu terhadap sesuatu topik dan berkebolehan menghubungkait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baharu. Pelajar dapat mengadaptasi terhadap konteks pembelajaran baharu dan tugasan dengan mengkait. Mengikut Ewell(1997.6). Contoh aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif terdiri daripada: Perbincangan dalam kumpulan kecil Adakan diskusi atau forum secara online Pembelajaran koperatiif seperti think-pair-share dan pembelajaran jigsaw Latihan bertulis sepertione minute paper untuk pelajar meninjau dan membuat penilaian dan rumusan bahan pembelajaran. Pelajar bukan sahaja perlu bertingkah laku secara aktif tetapi harus aktif secara kognitif (Mayer. but rather creates his or her learning activity actively and uniquely”. Pelajar bukan sahaja menerima maklumat secara pasif tetapi mereka perlu diberi tugasan yang dapat memberi peluang mereka meneroka bahan maklumat selain memimpinnya kearah pemahaman dan pembelajaran.ms. pelajar dapat menyelesaikan masalah serta mengemukakan cadangan. Dalam proses ini. and experiences (Ewell. 1997). mengorganisasi dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah 12 . menguji dan membina corak dan perkaitan apabila mereka membina makna daripada situasi pembelajaran. Bruner(1961) mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif dengan bahan pembelajaran akandapat mengingat kembali maklumat. Proses kognitif iniinvolves actively creating linkages among concepts. Cara pembelajaran jenis ini amat berbeza dengan model pengajaran tradisional iaitu kuliah atau pengajaran langsung. ”the learner is not a ’receptacle’ of knowledge. (b) Perkaitan dan Corak Pelajar mempunyai peluang menentu. EDUP2033 PEDAGOGI Lapan prinsip yang diadaptasi daripada model Ewell adalahterdiri daripada yang berikut: (a) Penglibatan Aktif Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dan mengambil bahagian dalam pengajaran guru. people. Misalnya. Guru boleh mewujudkan kawasan di sudut pembelajaran untuk pelajar bermain pelbagai permainan tradisional di mana murid akan diberi peluang untuk bermain dalam kumpulan kecil dan belajar memanipulasi serta belajar cara bermain dengan betul. peluang untuk belajar tidak semestinya berasaskan sekolah sahaja. Secara umumnya. Boon & Sharifah. Apabila diberi tugasan. Pelajar diberi peluang pembelajaran untuk melibatkan diri 13 . Dalam situasi sedemikian. iaitupelajar akan belajar jika mereka melakukkan aktiviti pembelajaran secara langsung. Murid boleh menghubungkait dengan pengetahuan sedia ada dan murid juga membuat perkaitan tentang bagaimana maklumat boleh digunakan pada masa depan. pelajar mendekatinyadengan membanding beza. 2012). Semua murid belajar sepanjang masa. EDUP2033 PEDAGOGI dipelajari ke dalam struktur-struktur baharu. murid boleh menggunakan pola-pola yang diketahui untuk menyusun semula serta mengektrapolasikannya secara bermakna di dalam situasi baharu. (c) Pembelajaran Informal Pembelajaran merupakan sesuatu yang tidak formal dan boleh dipelajari dimana-mana sahaja serta pada bila-bila masa. Pembelajaran informal merupakan pembelajaran implisit. jika diberi satu konteks pembelajaran yang spesifik. bersama guru atau tanpa guru. Tambahan pula. iaitu memperoleh pengetahuan akibat interaksi secara langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya dan fasilitator selain daripada apa yang diajar secara eksplisit (Ewell. murid belajar secara informal bagaimana berinteraksi dengan rakan serta cara bermain alat-alat permainan tradisional yang tidak diajar oleh guru(Noriati. menyusun dan memilih daripada apa yang murid tahu untuk menyelesaikan masalah. lawatan sambil belajar di mana pelajar berpeluang berinteraksi dengan persekitaran bertujuan untuk meneroka dan belajar. pembelajaran boleh berlaku dimana situasi sahaja. pembelajaran langsung merujuk kepada learning-by- doing. Pelajar boleh mengenal pasti dan belajar dalam apa jua situasi pembelajaran dan ia tidak perlu hanya dilaksanakan dalam bilik darjah. (d) Pengalaman Langsung Mengikut Ewell (1997).1997b). EDUP2033 PEDAGOGI secara aktif. Rehat seketika dan buat renungan: Fikirkan beberapa contoh aktiviti pembelajaran langsung yang dapat dilaksanakan oleh anda dalam mata pelajaran pengkhususan anda. Tambahan pula. preskriptif dan sesuai dengan tahap pembelajaran pelajar. (e) Situasi Mendesak Pembelajaran optimum cenderung berlaku jika pelajar berhadapan dengan sesuatu masalah yang perlu diselesaikan menggunakan kemahiran tertentu. Maklumat ini membolehkan pelajar untuk menyemak pencapaian serta memantau kemajuan pembelajaran. Antara caranya termasuk mewujudkan satu situasi yang kompleks dan bermotivasi agar merangsang perhatian dan usaha untuk mencari penyelesaian dan pastikan keputusan yang diperolehi boleh diaplikasi untuk kehidupan harian pelajar. Kadang kala pengalaman lepas mempengaruhi pelajar untuk mempunyai tanggapan yang kurang tepat. Pengalaman langsung dapat membantu pelajar meneroka dan memperoleh pemahaman dan mencipta suatu idea. Mengikut Guskey (2001) maklum balas harus diagnostik. Peranan maklum balas dalam proses pembelajaran bukan semata-mata pemerosesan maklumat tetapi ia seharusnya mempengaruhi proses-proses afektif dan motivasi pelajar. guru mewujudkan situasi di mana pelajar boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada sementara mengadaptasi kepada keadaan baharu. 1997). Guru juga boleh menyediakan pelbagai peluang untuk melibatkan pelajardalam pelbagai kemahiran serta memberi jangka masa sesuai untuk pencapaian penguasaan kemahiran. 14 . pelajar diberi peluang untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran dengan memerhati secara langsung objek atau fenomena yang ingin dikaji. Pengalaman langsung boleh membantu dalam memperbetulkan pemikiran murid (Halpern &Associates. Oleh yang demikian guru boleh menyediakan pembelajaran yang agak kompleks dan mendesak sertameminta pelajar meneroka pelbagai penyelesaian inovatif yang boleh diguna pakai.1994 dalam Ewell. (f) Maklum balas Maklum balas merupakan maklumat yang diberi kepada individu-individu mengenai kesesuaian tindakan serta respons mereka. Dengan pengalaman langsung. Secara rumusan. menggalakkan pelajaruntuk menyoal dan memberi mereka pujian yang berpatutan. kawalan kelas dan penggunaan ganjaran dalam bilik darjah. berintonasi dan tidak tegang dapat mewujudkan suasana yang selesa dan tenang.Rakan sebaya juga memberi maklum balas kepada rakannya. Manakala. Selain itu. Suara guru yang jelas. pelbagai tahap sokongan peribadi dan mewujudkan banyak peluang pembelajaran (ms 10). sikap. EDUP2033 PEDAGOGI Maklum balas merupakan satu aspek penting untuk menambahbaik prestasi pelajar. maklum balas yang kerap sama ada sebagai pembetulan atau insentif adalah perlu daripada guru serta rakan sebaya sepanjang proses pembelajaran supaya pembelajaran akan berkekalan. Kebanyakan daripada pembelajaran jenis ini bercorak kumpulan dan secara lisan. 15 . kemahiran-kemahiran yang dipelajari dengan baik boleh hilang begitu sahaja. maklum balas dalam bentuk cadangan- cadangan penambahbaikan akan membantu pelajar untuk membaiki prestasinya. persekitaran sosioemosi bilik darjah dipengaruhi suara dan intonasi guru. Susunatur meja dan kerusi bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilaksanakan akan mewujudkan suatu persekitaran yang merangsang penglibatan pelajar. Suatu persekitaran menyeronokkan boleh dibentuk jika guru memastikan suasana bilik darjah kondusif dari segi fizikal dan psikososial. kemesraan. Contohnya guru yang demokratik akanmenerimaidea pelajar secara terbuka. Tambahan pula. Pelbagai maklum balas dapat diperolehi di dalam bilik darjah. Guru memberi pelajar input secara lisan atau bertulis. Ini akan menggalakkan pelajar bermesra dan berinteraksi dengan guru. gaya kepimpinan guru. Hal ini mewujudkan suasana emosi yang menyenangkan dan tenang. Gaya kepimpinan guru mempengaruhi suasana emosi bilik darjah. Jika tidak ada maklum balas ataaupun peluang untuk latihan. (g) Suasana yang menyeronokkan Ewell(1997) menerangkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan adalah konteks budaya dan interpersonal yang menyediakan peluan interaksi. Oleh itu. membantu kita mengimbangkan kepercayaan kita dengan keperluan pelajar. Persekitaran sebegini menyumbang kepada interaksi dan komunikasi berkesan dalam kalangan individu. Situasi pembelajaran berkesan memerlukan tempoh masa untuk berfikir. Kesemua ini akan mengakibatkan pemindahan pembelajaran ke situasi baharu serta memberi impak jangka panjang (Bransford et al. Apabila kita membuat refleksi. EDUP2033 PEDAGOGI kepimpinan autokratik akan menyebabkanpelajar berada dalam keadaan tertekan kerana tidak ada tolak ansur daripada pihak guru. Sejauhmanakah ia memberi impak dan pengalaman pembelajaran kepada anda? 16 . sentiasa dimarahi atau dikritik dan pelajar kurang peluang untuk memberi pendapat. 1999). Guru yang berkepimpinan laissez fairepula memberi kebebasankepada pelajar untuk melakukan apa sahaja tanpa batasan akan mewujudkan suasana bilik darjah yang tidak selesa dan tidak terkawal. (h) Refleksi Refleksi merujuk kepada cara memikirkan mengenai pendidikan yang melibatkan kebolehan membuat pilihan yang rasional dan pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas pilihan yang dibuat(Ross. Bagaimana guru menggalakkan melibatkan secara aktif di dalam aktiviti bilik darjah.1987). Pelajar membuat refleksi terhadap dirinya sebagai pembelajar apabila mereka menilai proses berfikir yang digunakan untuk menentukan strategi yang terbaik untuknya. dan mempunyai unsur kecindan untuk mewujudkan suatu suasana yang merangsangkan pembelajaran pelajar. Pembelajaran berkesan akan berlaku melalui aktiviti- aktiviti yang melibatkan interaksi dalam suasana harmonis dan menyeronokkan. riang. Amalan refleksi dapat merangsang kemahiran penilaian kendiri yang memberi tuju hala tentang apa yang telah capai dan apa yang perlu ditambah baik.. Ia adalah satu usaha bermakna untuk menjiwai proses pengajaran dan pembelajaran. proses pendidikan dipertingkatkan. Renungan: Buat refleksi tentang pengalaman anda di sekolah. Keadaan sebegini tidak memberi tekanan kepada pelajar hingga menjejaskan prestasi mereka. guru perlu berkeyakinan. Maksud refleksi ialah proses memikirkan atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri kita. kita menjadi lebih sedar dan kritis mengenai amalan kita sendiri dan sebagai kesannya. Educational psychology (9th ed.R.The practice of teaching in secondary school. Gagne . Rinehart &Winston. Noriati.). Secara kesimpulan.html Gagné. 17 . Draft prepared for discussion at the 1997 AAHE Summer Academy at Snowbird.Hinson. and Briggs.D.uni.Englewood Cliff: Prentice Hall Ltd. National Center for Higher Education Management Systems (NCHEMS). Parsons. Tan. Educational Psychology: A practitioner-research approach(An Asian Ed.Educational psychology: Theory into practice. R.(2003). prinsip- prinsip pembelajaran dan jenis-jenis pembelajaran Gagne. Slavin. Ewell.intime. (2005).Murid dan alam belajar. Yelon. Woolfolk. H...C. Sharifah Fakriah. O. P. R. New York: MacGraw Hill. Juga dalam setiap jenis pembelajaran ini sembilan peristiwa pengajaran harus dilalui. Rujukan Amidon.. Morrison.Rinehart & Winston.E.(1926). & Hunter.L.).edu/model/learning/learn_summary. New York: Holt.D.S. &Weinstein G.Chicago:University of Chicago Press. A. (1997b).5 Rumusan Tajuk ini membincangkan tentang konsep pengajaran dan pembelajaran. R. Organizing for learning: A point of entry..Principles of instructional design (2nd ed. Boston: Allyn & Bacon.E.R..(2012).Student teaching :Cases and comments. P. Rinehart & Winston. . T. Boon. Tajuk ini penting kerana guru perlu mempunyai kesedaran tentang proses-proses yang berlaku dalam minda murid dan kaedah untuk digunakan untuk memudahcara pembelajaran konsep dan kemahiran secara optimum. Singapore: Thomson Learning. EDUP2033 PEDAGOGI 1. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd. (1985). New York:Holt. Conditions of learning.E. J.). S. Retrieved from http://www.(1964). (2004). New York: Holt.S. L. setiap jenis pembelajaranmemerlukan keadaan–keadaan dalaman dan luaran yang berlainan. C.Sardo-Brown. (2005).. M.. W.Y. A. (1977).A Teacher’s world:Psychology in the Classroom. Menjelaskan konsep-konsep. 2. anda dijangkakan akan dapat: 1. Pemindahan Pembelajaran dan Implikasi proses pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran.3 KERANGKA TAJUK 18 . Menganalisis proses kesediaan belajar 3. 2.1 SINOPSIS Proses pembelajaran melibatkan kesediaan belajar. Membanding dan membezakan konsep Persepsi dan Penanggapan. membanding dan membezakan pengertian dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. 2. Ingatan dan Lupaan.2 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini. 6. Menjelaskan bagaimana pemindahan pembelajaran dapat dilakukan. Menjelaskan proses ingatan dan Lupaan dalam proses pembelajaran. pandangan dan persepsi. EDUP2033 PEDAGOGI TAJUK 2 PROSES PEMBELAJARAN 2. Menghuraikan implikasi proses pembelajaran terhadap pengajarann pembelajaran. 4. 5. Piaget dan Burner telah memberi pendapat mereka mengenai kesediaan belajar mengikut teori pembelajaran tertentu. Manakala Piaget dan Bruner memberi pendapat mereka berdasarkan teori pembelajaran bermazhab Kognitif.4. Kesediaan Kognitif.1 KESEDIAAN BELAJAR Pengenalan Kesediaan belajar bermaksud keadaan dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru.4 KANDUNGAN 2. Tiga ahli psikologi iaitu Thorndike. 19 . Thorndike mengemukakan pendapatnya mengikut teori pembelajaran bermazhab Behavioris. EDUP2033 PEDAGOGI Proses Pembelajaran Kesediaan Belajar Persepsi dan Penanggapan Ingatan dan Lupaan Pemindahan Pembelajaran Implikasi proses pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran 2. Edward Lee Thorndike (1874- 1949) telah mengemukakan Hukum Kesediaan (1913) yang dirumuskan secara ringkas seperti berikut: Jenis Jenis Kesediaan Belajar 1. ketekunan. 20 . menaakul. semangat. keinginan. disayangi) dan keinginannya (minat) dipenuhi. maka kesediaan afektifnya juga adalah rendah. EDUP2033 PEDAGOGI Kesediaan Kognitif merujuk kepada kesediaan mental untuk aktiviti seperti berfikir. menganalisis. pencapaian ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukannya Aktiviti 2. jika motivasi intrinsiknya rendah. Dengan erti kata yang lain.4. Kesediaan kognitif yang dimiliki oleh pelajar pada masa kini menentukan keberkesanan proses pembelajaran yang baru. Motivasi intrinsik merupakan ransangan dalaman yang wujud apabila seseorang pelajar merasakan keperluan asas (contoh: rasa selamat. mensistensis (menbentuk konsep) dan menilai (menyelesaikan masalah). Seseorang pelajar mempunyai kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu yang baru apabila seseorang pelajar sanggup dan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya. perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan motivasi intrinsik. Kesediaan Afektif Kesediaan afektif merujuk kepada sikap kesedaran.1(1) Banding beza jenis-jenis kesediaan belajar mengikut tahap pembelajaran 2. Sebaliknya. maka pelajar akan bersedia untuk belajar (kesediaan afektif adalah tinggi) dan pelajar mendapat faedah yang banyak daripada proses pembelajaran. Jika motivasi intrinsik pelajar adalah tinggi. Kebiasaannya. 2. Kesediaan psikomotor adalah tinggi apabila tubuh badan mencapai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan. sikap dan tingkahlaku murid itu sendiri. Setiap pelajar yang ingin mengikutisesuatu proses pembelajaran akan melalui proses dimana perlu bersiap sedia untuk menerima proses pembelajaran dan pengajaran. Menurut Lee. Oleh itu. Maka. minat dan sikap seseorang dikaitkan dengan kematangan emosi dan faktor persekitaran keluarga atau murid-murid. dan pengawalan serta penyelarasan pergerakkan badan. Peringkat kesediaan psikomotor kanak-kanak adalah berbeza bergantung kepada perkembangannya fizikalnya. kita sering mendapati ada murid yang minat dalam pelajaran dan ada pula yang tiada minat untuk belajar. Kesediaan Psikomotor Psikomotor merujuk kepada tindakan fizikal. minat dan sikap serta pengalaman pada seseorang. kesediaan pembelajaran pelajar adalah disumbangkan oleh faktor utama seperti sejauh mana matangnya seseorang pelajar itu dan juga berapa banyak pengalaman yang ada dalam diri seseorang pelajar itu dapat membantu pelajar terbabit bersedia untuk proses pembelajaran dan pengajaran. tulang anggota. guru memainkan peranan yang penting ketika memulakan satu tajuk khasnya dalam peringkat set induksi. Jadi Kesediaan belajar tidak wujud secara semulajadi.4. Kesediaan psikomotor 2.3 Langkah-langkah membantu kesediaan belajar pelajar 21 . kanak tersebut akan bersemangat yang mendadak untuk belajar.4. EDUP2033 PEDAGOGI 3. Shok Mee (1998) menyatakan kesediaan belajar seseorang murid itu bergantung kepada perkembangan fizikal.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar Apa yang dapat diperhatikan ialah dalam sesebuah kelas yang sama. Seseorang yang mempunyai kesediaan psikomotor telah bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam proses pembelajaran yang baru. Kesediaan belajar adalah dipengaruhi oleh kematangan. Jika seseorang kanak mempunyai minat dan sikap yang positif. Kesediaan psikomotor pula bermaksud seseorang yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal yang melibatkan otot. benda maujud. guru haruslah memberi tunjuk ajar yang lebih atau mengajar dengan berulangkali agar pelajar dapat menjalani aktiviti serta matlamat pelajaran yang sama dapat dicapai. iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu). menyusun semula maklumat dan memberi makna kepadanya. Guru juga haruslah mempelbagaikan aktiviti seperti secara kumpulan. gambar. pengamatan diertikan sebagai pengawasan atau penelitian.1 Konsep Pengamatan Mengikut Kamus Dewan (1998). EDUP2033 PEDAGOGI Kesediaan belajar murid yang berbeza memerlukan layanan yang berbeza dari pihak guru. Manakala bagi pelajar yang lemah pula. Aktiviti-aktiviti yang diberikan juga harus berbeza. Pengamatan adalah satu proses yang mana otak kita menerima maklumat dari deria-deria kita (seperti deria lihat. deria menghidu dan 22 . pandangan (menerusi pancaindera). deria merasa. pengamatan adalah bererti dengan perkataan persepsi. Secara spesifiknya. Guru boleh membenarkan murid-murid memilih rakan-rakan sendiri supaya keselesaan belajar dapat dirasai oleh murid-murid. Dari pengertian ini adalah jelas bahawa untuk melakukan pengamatan kita tidak sahaja memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan tetapi kita hendaklah memberi makna kepada rangsangan-rangsangan yang tiba pada deria-deria kita (Ee Ah Meng. 2. kepelbagaian aktiviti turut dapat membantu kesediaan belajar pelajar. 1997). audio dan video klip bagi memenuhi keperluan-keperluan murid yang berbeza kesediaan belajarnya. mendefinisikan pengamatan sebagai suatu interpretasi yang memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh deria seseorang itu. atau tanggapan.5 Pengamatan 2. Terdapat beberapa langkah yang dibuat oleh pihak guru untuk memastikan setiap pelajar boleh benar-benar bersedia belajar. Definisi Pengamatan Pengamatan atau persepsi merupakan satu proses di mana otak menerima maklumat dari deria-deria. Bagi murid-murid yang cerdik latihan yang lebih mencabar harus diberi supaya dapat mengukuhkan lagi kemahiran yang dikuasai.5. Tujuannya supaya murid-murid mendapat keselesaan dan bertambah seronok untuk belajar. Antara langkah-langkahnya adalah seperti guru haruslah memilih isi kandungan yang sesuai bagi kelas yang berlainan. Menurut Slavin (1997). Guru boleh menggunakan pelbagai jenis sumber pengajaran-pembelajaran seperti carta. deria mendengar. 23 . Gestalt dan latar boleh bertukar kedudukannya bergantung kepada salah satu aspek yang utama. 2. maka gambaran ‘motosikal’ dengan cepat terbayangnya. menyusun semula maklumat itu dan memberi makna kepadanya. pola atau tatarajah). EDUP2033 PEDAGOGI deria menyentuh). penetapan makna maklumat tersebut bergantung kepada pengamatan seseorang individu. seterusnya mengorganisasikan maklumat kederiaan dan seterusnya menginterpretasikan rangsangan tersebut. Namun begitu. Individu akan memilih rangsangan yang bermakna bagi dirinya. seseorang individu yang tidak ada pengalaman seperti ini tidak akan mampu memberikan makna kepada bunyi ini. manusia mempunyai struktur kognitif di mana otak akan menyusun maklumat dalam ingatan dalam proses pembelajaran. maklumat yang diterima adalah berdasarkan pengalaman yang berkaitan. malah bukan terpisah-pisah. kebanyakan rangsangan yang kita menerima bukan terdiri daripada satu-satu.2 Organisasi Pengamatan Ini bermakna rangsangan yang dipersepsikan adalah sentiasa disusun dan diorganisasikan dalam bentuk yang baik iaitu mudah. Di dalam kehidupan harian kita.3 Teori Pembentukan Pengamatan Ahli-ahli psikologi berusaha menggunakan Teori Gestalt dan Hukum Pragnanz untuk menghuraikan pembentukan pengamatan manusia. 2.5. makna atau konsep rangsangan tersebut. Kebiasaanya. Mengikut teori Gestalt (bentuk. bayangan. menginterpretasi dan membentukkan gambaran. elok dan simetri. Sebagai contoh. Perkataan gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud bentuk. jika sebuah motosikal lalu. Ahli-ahli psikologi Gestalt pula berpendapat bahawa manusia cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan tersebut. pola atau konfigurasi yang dipersepsi.5. Contoh : Ilustrasi di bawah mengandungi gestalt dan latar. Jadi. Teori gestalt menyatakan terdapat dua aspek penting iaitu gestalt dan latar dalam pengamatan manusia. organisasi pengamatan merupakan proses mental yang menyusun maklumat. seseorang itu mendengar bunyi (deria pendengaran) tersebut dan dia telah pernah melihat objek (motosikal) mengeluarkan bunyi tersebut (pada masa yang lalu). membuat tafsiran dan membentuk konsep berdasarkan pengalaman lampau. Akan tetapi. 5. persepsi yang diperoleh ialah sebuah pasu bunga manakala jika perhatian ditumpu kepada latar (bahagian hitam) maka kita akan melihat sebagai dua muka orang. Ahli-ahli psikologi gestalt mengemukakan enam prinsip pengamatan (persepsi) dikenali sebagai Hukum Pragnanz seperti berikut: (a) Prinsip Kedekatan (b) Prinsip Bentuk dan Latar (c) Prinsip Kesamaan (d) Prinsip Simetri (e) Prinsip Lengkapan ( f) Prinsip Terangkum 2. EDUP2033 PEDAGOGI Apabila kita memberi perhatian kepada gestalt (bahagian putih). Teori ini juga turut menekankan aspek pemikiran. kepercayaan. sikap dan nilai pelajar. Ini adalah bergantung kepada pilihan pemerhati tentang bentuk dan latarnya.4 Teori Pengajaran-Pembelajaran yang berkaitan dengan Pengamatan 24 . Menurut Ridzuan Hussin (2009) yang penting bagi teori Gestalt ialah bagaimana para pelajar memproses maklumat untuk menentukan apa yang mereka pelajari. Dalam kajiannya. Sebagai contoh. manakala sebiji pisang pula diletakkan di luar sangkar. Beliau tidak bersetuju dengan penggunaan hafalan. EDUP2033 PEDAGOGI Wetheirmer ialah pengasas teori Gestalt. Kohler pula menjalankan eksperimen terhadap perlakuan seekor chimpanzi telah mengemukakan konsep celik akal yang bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara tiba-tiba. chimpanzi yang lapar dimasuk ke dalam sangkar dan beberapa batang kayu panjang diletak berhampirannya. Cara pengkategorisasi ini membolehkan kita mengenal pasti.1 Konsep Penanggapan Hilgard. reptilian dan amfibia. Chimpanzi mendapat idea dengan memahami masalah dan cari penyelesaian iaitu. Dengan ini. penanggapan merupakan suatu proses pembentukan konsep. Namun. mempelajari ataupun mengingati mereka dengan lebih mudah lagi. dalam proses membuat tanggapan yang tepat. Beliau mahu kanak-kanak mencapai kefahaman. Beliau mengambil berat tentang cara kanak-kanak belajar terutama di sekolah. Atkinson dan Atkinson (1979) telah menerangkan penanggapan sebagai sifat-sifat umum bagi suatu kelompok objek atau idea. memahami.6. pelajar sering terganggu sekiranya banyak rangsangan wujud di sekelilingnya 25 . Bruner (1973) menggunakan perkataan pengkategorisasikan sebagai pembentukan konsep iaitu membuat kategori dengan membezakan perkara-perkara atau benda-benda yang beraneka jenis mengikut ciri-ciri yang sama masing-masing. haiwan adalah diklasifikasikan berdasarkan sifat- sifat khusus seperti jenis binatang yang terbahagi kepada mamalia. menyambungkan kayu-kayu tersebut dan berjaya mengaitkannya dengan buah pisang. dan mempunyai celik akal dalam sesuatu masalah.6 Penanggapan 2. Penanggapan merupakan satu proses pembentukan konsep di mana pembelajaran bergantung kepada pengamatan pelajar terhadap sesuatu rangsangan dan membuat tanggapan yang tepat terhadap sesuatu konsep yang hendak disampaikan. 2. Chimpanzi ini menunjukkan apa yang dipanggil oleh Kohler sebagai celik akal dan Kohler merasakan bahawa ia berlaku terutama dalam pembelajaran manusia. EDUP2033 PEDAGOGI 2.6.6. d. guru hendaklah memikirkan. bahasa yang mengelirukan boleh menyebabkan murid-murid membentuk penanggapan yang salah. Kecerdasan yang tinggi seseorang individu maka mempercepatkannya untuk membuat generalisasi serta membentuk penanggapan. setiap kanak-kanak dapat diajar dan mereka berhak mendapat bimbingan yang sepatutnya. Ini kerana murid-murid perlu mengetahui segala cirri-ciri konsep dengan baik untuk pembentukan konsep. Kecerdasan Merujuk kepada kebolehan mental seseorang untuk melihat perkaitan serta menggunakan perkaitan-perkaitan ini dalam proses penyelesaian masalah. Penguasaan Bahasa Pembentukan konsep memerlukan perbendaharaan kata dan pengungkapan ayat yang baik. Daya imaginasi yang tinggi juga mempercepatkan pembentukan penanggapan seseorang individu. murid-murid tidak dapat membentuk penanggapan yang betul. Tanpa pengalaman lalu yang boleh dikaitkan. Imaginasi Imaginasi adalah kebolehan mental seseorang untuk membayangkan sesuatu walaupun objek atau orang itu tiada di hadapannya.2 Faktor-faktor Mempengaruhi Pembentukan Penanggapan atau Konsep a. Jadi. 2. setiap kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalah yang berbeza dan memerlukan pendekatan yang berbeza. Namun begitu. Pengalaman Pengalaman seseorang akan membantunya membentuk konsep. e. c. merancangkan strategi pengajaran- 26 . Contoh-contoh Contoh-contoh yang diberi hendaklah mencukupi ketika guru menyampaikan satu-satu konsep. b.3 Kesimpulan Menurut Razhiyah (2006). Verno (1980) berpendapat ingatan merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman pada masa hadapan. menyimpan dan mengeluarkannya. seperti menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. beliau mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya. memproses dan menyimpannya dalam otak.7. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan jangka pendek. adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan faktor-faktor yang meningkatkan pengamatan dan penanggapan murid-murid dapat diwujudkan. Kesimpulannya. Maklumat yang dikodkan akan disimpan dalam masa 15-30 saat sahaja dan kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang untuk disimpan dalam beberapa minit atau selama-lamanya. Menurut Gagne. 2. kemudian dihantar ke stor ingatan jangka panjang dan seterusnya ke penggerak tindak balas melalui sistem saraf. ransangan-ransangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. maklumat. Selain itu. ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat. 2.7 Ingatan Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan. Menurut Fein (1978). Sebagai guru.maklumat yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru. 2. Di dalam stor ingatan jangka pendek. EDUP2033 PEDAGOGI pembelajaran mengikut tahap murid-murid. maklumat yang diterima akan dikodkan secara bermakna dalam rangka yang lebih mudah diingati. demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. iaitu dalam bentuk gambar mental atau simbol bahasa ringkas berdasarkan jenis maklumat yang diterima.7. kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.1 Proses Ingatan Menurut Teori Gagne.2 Jenis-jenis ingatan 27 . Dengan itu penumpuan murid-murid terhadap pelajaran yang disampaikan oleh guru dapat ditimbulkan. Masa proses ingatan sensori ini adalah sangat singkat. Ini bermakna ia berfungsi menerima dan proses maklumat yang telah diekodkan secara kasar dari ingatan jangka pendek untuk disimpan dalam masa yang lebih lama. Keempat. di mana dikenali sebagai ingatan deria kerana ia berfungsi sebagai rakaman deria. ia melibatkan langkah-langkah yang terlibat dalam membuat kuih. Ingatan ini berfungsi menerima maklumat dari ingatan sensori untuk diproses untuk sementara waktu sahaja. lebih sistematik dan lebih sempurna. ingatan perdana di mana ia melibatkan segala maklumat amalan seharian yang sudah menjadi 28 . ingatan episodik. maklumat yang berkaitan dengan persekolahan. Jenis ingatan yang ketiga ialah ingatan jangka panjang. pembacaan. ingatan episodik di mana ia merujuk kepada semua maklumat yang telah diperolehi daripada pengalaman lampau seperti tarikh. iaitu ingatan sensori. ingatan prosedural. tetapi dihantar terus ke stor ingatan jangka pendek dengan serta merta. hari konvokesyen seseorang dan sebagainya. Ia menggunakan tempoh yang singkat ini untuk memerhati maklumat yang berguna. kemudian menghantarnya ke stor ingatan jangka panjang. Ia melibatkan langkah-langkah dan prosedur- prosedur amalan seharian. mengekodkannya dalam satu sistem yang mudah diingat. mungkin di antara beberapa minit hingga bertahun- tahun. Ia merangkumi segala fakta dan pengalaman yang dialami oleh seseorang. iaitu dalam 15-30 saat sahaja. ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. seperti dalam sistem fail yang dibahagikan mengikut jenis dan kategori supaya mudah disimpan dan mudah dikeluarkan. ingatan sematik ialah ingatan di mana maklumat berbentuk fakta yang dikuasai sepanjang hayat daripada interaksi manusia dengan persekitarannya. penontonan filem dan dari pengalaman-pengalaman lain. Ini adalah kerana ransangan yang diterima sampai ke bahagian organ deria tidak akan kekal lama. mandi dan lain-lain. hari jadi ke-21. ingatan prosedural dan ingatan perdana. penglibatan seseorang dalam kemalangan. Sebagai contoh. biasanya berlaku beberapa saat sahaja. memandu kereta ke tempat kerja. biasanya dianggap kurang penting ataupun kurang berguna akan lenyap dalam proses lupaan. tahun yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa khas. Kedua. Pertama. EDUP2033 PEDAGOGI Ingatan boleh digolongkan kepada tiga jenis kategori. Terdapat empat jenis ingatan jangka panjang iaitu ingatan sematik. Jenis ingatan yang kedua ialah ingatan jangka pendek. sama ada yang manis atau pahit yang tidak dapat dilupakan oleh seseorang individu. Ingatan ini boleh mengalami proses lupaan kalau ia tidak digunakan secara kerap. tempat. Contohnya. Sebagai contoh. ingatan sensori. Manakala yang ketiga. Maka maklumat yang diterima akan diproses semula dan dipindahkan kepada satu sistem yang lebih mudah. Pertama. pekerjaan. Maklumat yang tidak diberi perhatian. iaitu faktor bahan pembelajaran. nombor telefon polis atau ambulan. Kedua. faktor kaedah pembelajaran dan faktor peribadi. kesukaran bahan. mendapati bahan pembelajaran yang terlalu mudah. beliau mendapati pembelajaran suku kata yang tidak bermakna dan tidak melebihi 7 bilangannya. nombor kad pengenalan dan kad ATM dan sebagainya. minat pembelajaran tidak dapat ditimbulkan. Ketiga. panjang bahan pembelajaran di mana menurut kajian H. ianya kesukarannya boleh diatasi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Bagi bahan pembelajaran yang terlalu sukar.Ebbinghaus. kedudukan bahan pembelajaran menurut Kingsley (1957). dan jika ditambah 16 suku kata lagi. dalam kajian ingatan terhadap set-set suku kata dan perkataan tunggal yang disenaraikan mengikut susunan 29 . Kadang-kadang.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan. Satu masalah dalam proses ingatan ialah kegagalan dalam proses endkoding akan menghalang maklumat ini daripada memasuki ingatan jangka panjang. tetapi cepat berundur dalam masa yang singkat. kemajuan dalam peringkat awal bergerak dengan sangat cepat. kedudukan bahan dan bahan bermakna. Sekiranya ditambah sehingga 12 suku kata. 2. iaitu panjang bahan. Kategori ini merangkumi empat aspek. nama ahli keluarga. Ini adalah kerana bahan pembelajaran yang kurang mencabar. biasanya boleh mengingatnya selepas membaca sekali. maklumat dalam peringkat ini dilupai bila ia tidak sampai ke ingatan jangka panjang. faktor kesukaran bahan pembelajaran. menurut Kruegar (1946). maka diperlukan membaca 17 kali sebelum boleh mengingatnya. oleh itu ingatannya tidak akan kekal lama. Kategori pertama ialah faktor bahan pembelajaran. Bagi bahan pembelajaran yang mempunyai kesukaran yang berpatutan. Pertama. dalam kajiannya. Faktor-faktor yang mempengaruhi ingatan boleh dikategorikan kepada tiga kategori utama. ia memerlukan membacanya sebanyak 30 kali baru boleh mengingatnya.7. Beberapa contoh ingatan perdana ialah nombor rumah. kemajuannya boleh dikekalkan secara terus-menerus. EDUP2033 PEDAGOGI sebati dan automatik untuk seseorang. tidak ada kemajuan langsung kerana kekurangan keupayaan untuk mempelajarinya. selepas mencapai seratus peratus pembelajaran. perlu membacanya beberapa kali. Di dalam tempoh latihan. khasnya bagi ingatan set suku kata yang tidak bermakna. Contohnya. Ini bermakna cara pembelajaran secara bahagian diikuti dengan masa rehat yang cukup adalah lebih mudah diingat kembali daripada cara pembelajaran yang menggunakan masa lebih daripada masa rehat. kita lebih mudah mengingati peristiwa yang berlaku dalam hari persekolahan pertama dan terakhir daripada peristiwa-peristiwa di antara mereka. bolehlah dikatakan telah mencapai seratus peratus pembelajarannya. pembelajaran setakat ini adalah amat mudah dilupai. barulah disebut sebagai pencapaian seratus peratus pembelajaran. kumpulan B belajar dua minit. Dengan perkataan lain. EDUP2033 PEDAGOGI secara tertib. Contohnya. mendapati suku kata dan perkataan yang terletak di tempat awal dan tempat akhir adalah lebih mudah diingat daripada yang terletak di tempat pertengahan. Terdapat banyak contoh harian yang kita boleh huraikan fenomena ini. kumpulan A belajar satu minit. Hasil kajian menunjukkan cara pembelajaran kumpulan C adalah terbaik. diikuti dengan kumpulan B. menghafaz sebuah puisi yang lengkap memerlukan lima kali membacanya. Menurut kajian Kingsley menunjukkan pembelajaran perkataan-perkataan yang bermakna adalah lebih mudah daripada set suku kata yang tidak bermakna. Cara pembelajaran ini merangkumi dua aspek utama iaitu pertama. 30 . kita lebih mudah mengingat peristiwa yang berlaku dalam hari Tahun Baru dan hari akhir tahun daripada peristiwa-peristiwa berlaku di antara perayaan-perayaan yang lain sepanjang tahun. Begitu juga. Ia merupakan cara pembelajaran yang digunakan semasa pembelajaran yang mempengaruhi ingatan. kumpulan A dan akhir sekali kumpulan D. Di dalam kajian Done dan Hilgard (1937). calon ujian dibahagikan kepada empat kumpulan seperti berikut. pembelajaran bahan yang bermakna adalah lebih mudah diingati daripada pembelajaran bahan yang tidak bermakna. kumpulan C belajar satu minit. Keempat ialah bahan pembelajaran yang bermakna. pembelajaran berlebihan (over-learning) pula merupakan faktor yang penting untuk pembelajaran yang berkesan. Sungguhpun telah berjaya mencapai seratus peratus pembelajaran. untuk mengekalkan ingatan. rehat satu minit. Kedua. Manakala kategori yang kedua ialah kaedah pembelajaran. masa belajar secara bahagian adalah lebih berkesan daripada masa belajar secara sekali gus. rehat satu minit. rehat sebelas minit dan kumpulan D belajar tiga minit. Justeru itu. sekiranya telah berjaya menguasai semua langkah pembelajaran. rehat tiga minit. sedangkan kesan motivasi hukuman adalah negatif. manakala hukuman menghalang tingkah laku yang diingini diteruskan. kebolehan belajar mula menurun. perkaitan motivasi dengan pembelajaran iaitu ramai ahli psikologi percaya motivasi berkait rapat dengan pembelajaran. kebolehan perempuan dan lelaki tidak banyak bezanya. Di dalam kajian Thorndike (1928). beberapa kajian telah menunjukkan peringkat pembelajaran yang terkuat sebenarnya ialah di antara umur 8-20 tahun. ia telah diturun sebanyak 22 peratus daripada peringkat kemuncaknya. Contohnya. Keupayaan kemahiran teknik. Kedua. kebolehan. motif. Oleh itu. tidak perlu menggunakan ganjaran atau hukuman untuk mengawal mereka. 31 . calon-calon ujian dari umur 8 hingga 70 tahun adalah dipilih untuk mengkaji pembelajaran bahasa esperanto. Terdapat sesetengah aktiviti pembelajaran yang sama perkaitannya dengan motivasi adalah diwujudkan secara semulajadi dan tanpa memerlukan sebarang ganjaran. Ini adalah kerana ganjaran menggalakkan tingkah laku yang diingini diteraskan. faktor umur iaitu ramai orang percaya bahawa peringkat pembelajaran yang terkuat ialah pada waktu kanak-kanak. di antara lelaki dan perempuan adalah hampir sama. menjahit. kerana banyak kajian telah membuktikan pemberian ganjaran adalah lebih berkesan daripada mengenakan hukuman. EDUP2033 PEDAGOGI Kategori yang ketiga ialah faktor peribadi. maka motivasi untuk pembelajaran akan berlaku dan dikekalkan dalam ingatan. dan apabila sampai umur 42 tahun.berumur 8-9 tahun. Di dalam pembelajaran bahasa. jantina. faktor jantina iaitu kebolehan pembelajaran dan daya ingatan di antara lelaki dan perempuan tidak banyak perbezaan. Selepas umur 35 tahun. emosi. manakala hukuman menghalang tingkah laku diteruskan. malah ia tidak pula menunjukkan atau membawa tingkah laku ke arah yang positif. iaitu satu bahasa internasional yang dicipta oleh Dr. ganjaran lebih diutamakan sebagai motivasi untuk mendorong pembelajaran. Hasil kajian beliau menunjukkan kemajuan terbaik ialah peringkat umur 8-20 tahun. menulis. Selepas 20 tahun. melukis dan sebagainya. seperti bermain alat muzik. juga mempengaruhi ingatan selepas pembelajaran. Ini adalah kerana mereka mendapat kepuasan daripada aktiviti tersebut. Zamenlof pada tahun 1887. Secara ringkasnya. Ketiga. kemajuannya dilambatkan dan mencapai puncaknya dalam umur 25 tahun. Pertama. kesan motivasi ganjaran merupakan positif. kanak-kanak yang melibatkan diri dalam permainan bola atau alat muzik. sekiranya pelajar sendiri melibatkan diri dalam situasi pembelajaran. Antara faktor peribadi seperti umur. kesihatan. personaliti dan sebagainya. dan daripada aktiviti pembelajaran memperoleh kejayaan atau pencapaian yang memuaskan. khasnya kanak. Di dalam sekolah. Bagaimanapun. Menurut Erikson (1963). kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan kesedaran mental seseorang. ia boleh mengakibatkan kelumpuhan mental seseorang. 32 . lupaan merupakan satu motif di mana maklumat yang tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting.8 Lupaan Proses lupaan adalah bertentangan dengan proses ingatan. ia akan lama kelamaan hilang begitu sahaja. Lupaan gangguan ialah lupaan yang berlaku akibat gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru atau pembelajaran lama. Ketiga.1 Jenis-jenis lupaan Manusia sebagai insan dikurniakan untuk melupakan peristiwa-peristiwa pahit yang dilalui pada masa lampau. gembira. Terdapat tujuh jenis lupaan iaitu pertama. Sebagai contoh. lupaan keusangan berlaku apabila maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang dilupai akibat jarang digunakan. Pertama. otak akan mewujudkan satu tanda halus ingatan untuk maklumat tersebut. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis utama iaitu seronok (gembira) atau kurang seronok (sedih). seperti sedih. Jika maklumat ini tidak dilatih dan dipanggil balik. takut dan lain-lain. Segala maklumat yang telah diterima dalam stor ingatan tetapi tidak dapat diingat atau dikeluarkan kembali sebagai tindak balas adalah dilenyapkan dalam proses lupaan. Kebiasaannya manusia lebih boleh ingat peristiwa atau pengalaman yang seronok dan mempunyai kecenderungan agar sengaja melupai peristiwa atau pengalaman yang sedih atau kurang seronok. Kedua. 2.8. 2. lupaan keusangan. Setiap kali manusia mempelajari maklumat baru. Lupaan juga ada kebaikannya. lupaan kegagalan di mana individu-individu gagal untuk memanggil semula maklumat yang spesifik. Ini bermaksud kod-kod maklumat yang disimpan tidak aktif dan tidak dipanggil semula. emosi di mana ia merupakan perasaan jiwa yang kuat. Jenis lupaan yang keempat ialah lupaan gangguan. dan cemas (risau) atau tenang. Maka lupaan ditafsir sebagai kelenyapan atau kehilangan dalam persepsi seseorang terhadap maklumat-maklumat yang telah dipelajari. lupaan penggantian di mana ia berlaku apabila maklumat baru menggantikan segala ingatan yang lama. pembelajaran rumus matematik yang dapat dikira secara pendek akan menggantikan pembelajaran rumus matematik sama yang lebih panjang dan yang mengelirukan. EDUP2033 PEDAGOGI Keempat. Jika penyimpanan kod melimpah- melimpah. individu akan sengaja menolaknya ke otak sebagai mekanisme helah bela diri. Faktor ketiga ialah peredaran masa.2 Faktor-faktor lupaan Pertama. EDUP2033 PEDAGOGI Terdapat dua jenis lupaan gangguan iaitu gangguan retroaktif dan proaktif. Jenis lupaan keenam iaitu lupaan kebimbangan dan ketakutan. Makin lama jarak di antara masa sesuatu bahan yang dipelajari dan diingat kembali.8. Ini bermakna seseorang itu mungkin enggan untuk menerima pembelajaran baru. Ia berlaku apabila bahan pembelajaran yang lama tidak difahami dengan baik atau belum mencapai tahap pembelajaran yang berkesan. Maklumat penting dilupakan apabila tidak sampai ke dalam ingatan jangka panjang. Keenam. pembelajaran yang baru akan mengganggu pembelajaran yang lama. Guru yang garang dan tidak peramah juga akan menyebabkan keupayaan pelajar untuk berfikir dan mengingati pelajaran terjejas. Fikiran murid-murid buntu dan menyebabkan mereka panik dan melupai fakta-fakta yang penting. faktor minat di mana. Gangguan retroaktif adalah gangguan yang berlaku akibat pembelajaran baru mengganggu pembelajaran lama. Pelajar yang berperasaan takut dan bimbang amat sukar utk mengingat kembali fakta yg diajar oleh guru. 2. Lupaan ini berlaku apabila murid-murid tidak dapat mengingati nota-nota penting dan proses ini dikenali sebagai “mental block”. Lupaan ini berlaku dalam keadaan yang tertekan seperti individu yang bimbang atau semasa murid-murid berada di dalam dewan peperiksaan. Oleh itu. manakala gangguan proaktif pula ialah pembelajaran lama yang kekal dan mantap dalam fikiran mengganggu pembelajaran baru. ialah perasaan takut dan bimbang. Jenis lupaan yang terakhir ialah kegagalan untuk menyimpan. kebanyakan perkara yang tidak diminati oleh pelajar akan mudah dilupai oleh mereka kerana mereka tidak memberi penumpuan 100% semasa guru mengajar. semakin kabur maklumat yang disimpan dalam ingatan 33 . Justeru itu maklumat pembelajaran lama dilupakan. lupakan ledakan maklumat. Kelima. jenis lupaan terdesak di mana ia berlaku akibat sesuatu pengalaman pahit atau sesuatu peristiwa yang menyakitkan. Kegagalan dalam proses enkoding menghalang maklumat daripada memasuki ingatan jangka panjang. Faktor kedua. Oleh itu. Maklumat yang terlalu banyak untuk dipelajari dan yang tidak mempunyai kaitan di antara satu sama lain juga boleh menyebabkan proses lupaan. Mereka juga kurang berminat untuk melihat perkaitan bahan yang telah dipelajari dan ini boleh menyebabkan mereka lupa dengan mudah. Maklumat lama dalam ingatan jangka panjangnya sudah tidak boleh digunakan lagi. Aras keyakinan yang tinggi memudahkan proses ingatan manakala aras keyakinan yang rendah memudahkan proses lupaan. maklumat tersebut akan hilang dari ingatan. pengalaman yang pahit. Faktor kesembilan. pengaburan berlaku dengan peredaran masa yang lama. Contohnya. Individu mengelakkan pengalaman yg pahit dengan menolak pengalaman pahit secara sengaja kepada bahagian otak tidak sedarnya kerana tidak mahu mengingatinya lagi. Faktor keenam. guru yang berkeyakinan dalam menyampaikan isi pengajarannya akan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. selepas dia balik 25 tahun kemudian. gangguan proaktif dan gangguan retroaktif. Maklumat baru ini tidak dapat dikaitkan dengan baik kepada pengetahuan sedia ada pelajar. Maklumat baru tidak dapat diintegrasikan ke dalam struktur kognitif dengan baik kerana penerangan guru kurang baik dan kefahaman pelajar adalah rendah. 2. Namun. maka pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan betul. masa yang tidak cukup untuk mengingat. Kesan ingatan (memory trace) beransur lemah. Pelajar akan menghadapi kesukaran untuk mengingat jika terlalu banyak maklumat yg perlu diingati. Gangguan proaktif berlaku apabila pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru. keusangan di mana persekitaran yang berubah akan menyebabkan kesukaran mengingat kembali peristiwa atau pengalaman lama yang berkaitan dengan dirinya. Dan faktor yang ketujuh. Oleh itu.8. Maklumat ini tersimpan kekal dalam ingatan tetapi tidak timbul ke paras otak sedar manusia. iaitu aras keyakinan. Ini biasa berlaku semasa musim peperiksaan apabila terlalu banyak fakta atau isi pembelajaran yang perlu diingati. Gangguan retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran lama masih tidak difahami dengan baik namun guru telah mengajar pembelajaran yang baru. Jika guru meminta jawapan dengan segera. Faktor keempat. konsep-konsep yang diajar guru perlulah dikategorikan secara berkesan untuk menentukan kelicinan kepada ingatan. Maklumat lama yang disimpan dalam ingatan jangka panjang akan usang dan tidak sesuai digunakan di dalam persekitaran yang baru. Ini merupakan satu cara helah bela diri manusia untuk menyesuaikan diri kepada persekitarannya. Contohnya. kekurangan kejelasan kepada ingatan.Fikiran akan buntu dan tertekan dan akan menyebabkan lupaan. dia mendapati kampungnya sudah berubah dengan pesat. EDUP2033 PEDAGOGI jangka panjang pelajar.3 Cara meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan lupaan 34 . Faktor kelima. Ahmad mempunyai pengalaman manis tentang kampungnya. Faktor kelapan. Ini kerana pelajar berasa tertekan dan otak memerlukan masa yg cukup ingat kembali sesuatu fakta. Faktor yang terakhir ialah terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. teknik pengurusan masa. guru haruslah menggunakan bahan pengajaran yang bermakna. guru perlu menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna dan berkaitan dengan kehidupan murid-murid. 2. Sebagai guru adalah penting mengambil langkah- langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran. memeringkatkan kaedah pembelajaran melalui interaksi guru murid dua hala. maujud kepada abstrak. Kesembilan. guru perlu menjarakkan isi pelajaran yang ingin disampaikan. pelajar bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat serta merancang aktiviti pembelajaran menarik dan berkesan. menggunakan kaedah mnemonik dan singkatan. guru membimbing pelajar bagaimana cara belajar dengan betul atau Kemahiran Meta-kognitif iaitu dengan teknik membuat rumusan atau ringkasan nota.8. membuat peta minda atau peta kosep dan sebagainya. Di mana guru menekankan kepada isi-isi pengajaran yang sangat penting. guru meningkatkan isi pembelajaran dengan menggunakan pelbagai cara iaiti daripada senag kepada susah. Elakkan mengajar satu sesi pengajaran dengan maklumat atau isi pelajaran yang terlalu padat. Kelima. Keempat.9 Pemindahan Pembelajaran (Transfer of Learning) 35 . guru menggunakan bahan bantu mengajar secara visual. dekat kepada jauh dan kecil kepada besar. Ketujuh. EDUP2033 PEDAGOGI Pertama. menyusun jadual waktu di mana subjek yang susah seperti matematik. Guru perlu menggunakan banyak alat bantuan pengajaran visual. manakala subjek seperti seni di sebelah tengah hari atau petang.4 Kesimpulan Ingatan dan lupaan merupakan dua perkara penting yang berkaitan dengan pembelajaran. 2. Keenam. Kelapan. Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang dipelajari itusebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan. Ketiga. Ia digunakan bagi mengingat jenis memori dalam ingatan jangka panjang. kimia dan fizik di sebelah pagi. Kedua. Sebab-sebab berlaku pemindahan pembelajaran negatif ialah gangguan proaktif. Contohnya. pemindahan set pembelajaran dan pemindahan sifar. selepas belajar Bahasa Inggeris. mempelajari Fizik menganggu pelajaran Kimia. 2. ganggunan retroaktif dan gangguan tabiat. Kedua. murid yang mempunyai tabiat menulis tangan kiri akan mengganggu pembentukan tabiat menulis tangan kanan. mengambil sesuatu yang kita telah pelajari dan menggunapakainya semula di situasi yang berlainan. Manakala pemindahan menegak merujuk kepada penambahbaikan pengalaman sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi. pemindahan positif dan pemindahan negatif. Pertama.9. Dengan perkataan lain.1 Jenis-jenis pemindahan pembelajaran Terdapat beberapa jenis pemindahan pembelajaran antaranya. pemindahan pengantara. Selain itu terdapat jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang lain iaitu pemindahan bilateral. Ia melibatkan pemindahan pembelajaran dalam bidang dan latihan kemahiran seperti 36 . segiempat tepat dan segiempat selari. EDUP2033 PEDAGOGI Pemindahan pembelajaran bermaksud kemampuan seseorang untuk mengaplikasi dan menggunapakai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari satu dalam satu konteks kepada situasi dan konteks yang baru atau berlainan. pemindahan bilateral juga dikenali sebagai pendidikan bersilang (cross education). Contohnya. Gangguan proaktif berlaku di mana pembelajaran sebelum menganggu pembelajaran berikutnya. Ia melibatkan pembelajaran prinsip. hukum dan teorem. pemindahan positif (Positive Transfer) dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu Pemindahan mendatar (lateral transfer) dan Pemindahan menegak (vertical transfer). Contohnya. Pemindahan mendatar merujuk kepada pengalaman seseorang dan individu tersebut dapat mengaplikasikannya kepada suatu situasi yang serupa atau peringkat kesukaran yang sama. Contohnya. murid-murid mempelajari konsep sisi empat. pemindahan negatif ialah pembelajaran lama yang mengganggu pembelajaran baru dan menyebabkan kekeliruan dan menyebabkan pemindahan pembelajaran yang salah. Contohnya. Manakala pembelajaran retroaktif pula berlaku apabila pembelajaran baru menganggu pembelajaran sebelumnya. maka murid-murid dapat menyelesaikan konsep segiempat sama sisi. Gangguan tabiat pula berlaku apabila tabiat lama mengganggu tabiat baru. murid melupai struktur Bahasa Melayu yang dipelajari sebelumnya. Pertama. Kanak-kanak mempelajari maksud perkataan untuk memperolehi lebih banyak pengetahuan. Seseorang berusaha menggunakan kemahiran atau konsep untuk pembelajaran baru tetapi tidak mendatangkan sebarang kesan. terdapat beberapa prinsip-prinsip pemindahan pembelajaran iaitu pertama. pemindahan pengantara. Contohnya. Semakin banyak latihan asas diadakan untuk pembelajaran awal. semakin banyak pemindahan pembelajaran terhadap pembelajaran berkaitan. Prinsip yang terakhir ialah prinsip celik akal. Set pembelajaran (learning set) ialah teknik pembelajaran yang diperoleh hasil pengalaman pembelajaran yang berulang-ulang. Contohnya.3 Strategi & prinsip meningkatkan pemindahan pembelajaran positif ` dalam pengajaran dan pembelajaran. Prinsip kedua ialah prinsip banyak latihan asas. selepas menguasai sebutan suku kata. murid lebih mudah mempelajari ejaan perkataan.2 Prinsip-prinsip Pemindahan Pembelajaran Menurut C. Penguasaan konsep. pemindahan sifar. Keempat. pemindahan set pembelajaran. ia berlaku setelah murid menguasai satu tindak balas dan menggunakannya sebagai pengantara untuk membentuk satu tindak balas baru. Contohnya. menggunakan konsep operasi tambah untuk mempelajari operasi bahagi. Fenomena pemindahan pembelajaran lebih mudah berlaku apabila kedua-dua pembelajaran mempunyai unsur-unsur sama dan seiras. Prinsip yang ketiga. Ketiga. 2. ia bermaksud tidak berlaku sebarang pemindahan. Contohnya. latihan menggunakan tangan kiri dipercayai boleh membantu latihan tangan kanan. prinsip unsur kesamaan. Ellis (1965). 37 . prinsip atau hukum yang kukuh lebih memudahkan pemindahan pembelajaran. Ini berlaku kerana penggunaan konsep atau kemahiran sedia ada tidak mempunyai perkaitan langsung dengan konsep baru. Kedua.9. Semakin banyak latihan dipelbagaikan untuk pembelajaran awal. prinsip kepelbagaian rangsangan.9. EDUP2033 PEDAGOGI Pendidikan Jasmani. Manakala prinsip keempat ialah prinsip pengukuhan konsep. murid diberi latih tubi berkaitan topik mendarab dan murid dapat menguasai operasi mendarab dengan baik. Pemindahan pembelajaran mudah berlaku dengan kecekapan menggunakan celik akal melalui latih tubi. semakin banyak pemindahan pembelajaran terhadap pembelajaran berkaitan. 2. kita dapat memikirkan sesuatu prinsip untuk mewakilinya. perkara yang tidak bermakna akan boleh menjadi sesuatu yang bermakna. Untuk mengingati sesuatu perkara. Oleh itu. 2. berani mengambil risiko.9.Pertama. mengajar konsep dengan contoh sesuai. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran . Pemindahan pembelajaran positif dapat dipupuk sekiranya murid- murid bermotivasi tinggi. guru menerangkan konsep tuas dan memberikan contoh dacing.4 Kesimpulan Amalan-amalan pemikiran yang menggalak proses pemindahan pembelajaran ysng positif di kalangan murid-murid. Contohnya. Kedua. mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran berfikir. Mengikut kajian Ausubel (1957) didapati bahawa pelajar yg diberitahu objektif pembelajaran dan bentuk peperiksaan sebelum pembelajaran mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding diberitahu selepas pembelajaran. rod pemancing dan penukul sebagai contoh tuas. Ketiga. Ini kerana pelajar mempunyai persediaan mengingat fakta atau konsep penting. Kedua. huraian konsep dengan contoh yang sesuai akan memudahkan pelajar memahami konsep tersebut. menentukan pencapaian objektif eksplisit. memberi perhatian serta mempunyai perasaan tanggungjawab untuk menguasai pembelajaran. Keempat. pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik dan yang keempat. menentukan pencapaian objektif eksplisit. contohnya konsep Matematik dikaitkan dengan konsep Fizik. jongkang-jongket. antaranya pertama. pengalaman berkumulatif dan organisasi sistematik. 38 . Sekiranya berlaku pembelajaran negatif. EDUP2033 PEDAGOGI Beberapa strategi dan prinsip yang dicadangkan untuk meningkatkan pembelajaran positif dalam pengajaran dan pembelajaran. kita boleh gunakan perkataan yang bermakna “Merdeka. iaitu pengalaman lama yang dikuasai kurang tepat untuk pembelajaran baru maka dua prinsip berikut perlu dilaksanakan iaitu pengalaman disusun secara sistematik iaitu dari pengalaman asas kepada yang lebih kompleks dan mengaitkan antara mata pelajaran. Contohnya. mengutamakan pemerolehan konsep dan memupuk kemahiran berfikir. mengajar konsep dengan contoh sesuai. Wawasan” Ketiga. untuk mengingat nombor “19572020” dengan lebih mudah. ed. (1997). Rahill Mayyuddin dan Habibah Elias (2007). Ridzuan Hussin. R. Bhd. (1998). Psikologi Pendidikan 2. From the http://pmr. Bhd. Mok Soon Sang. PhD.penerangan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan: Untuk PraSarjana Muda Dan KPLI.blogspot. Bhd. Razhiyah K. Ee Ah Meng. (2009). Psikologi Pendidikan Untuk Pengurusan. Psikologi Dalam Bilik Darjah. Bhd. Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Bhd. Ramlan Hamzah Lily Mastura Harun. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.wordpress. Edisi 2. A. (2006). Educational psychology. 2012. Teori Gestalt. Retrived Ogos 23. Tg. Boston: Ally & Bacon. (2006).com/2011/06/pengamatan.html 39 . (2008). Retrived Ogos 24. Theory and practice. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Ee Ah Meng. From the http://ibnuziad.gov. Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran. Pengamatan. From the http://cintakudikeningau. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.E. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. (1997). Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Slavin. Lee Shok Mee. Bhd. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.php/isu-nasional/36-mengenai- pendidikan/5584-kesediaan-penentu-keberkesananan-pembelajaran.my/index. 2012. Retrived Ogos 24. Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar. Psikologi Pendidikan II (Semester II). Edisi 2. (1995). EDUP2033 PEDAGOGI Bibliografi Ee Ah Meng. Penerbitan Multimedia Sdn. 2012. 5th.com/2010/03/05/psaikoloji-pp/ Kesediaan Penentu Keberkesanan Pembelajaran. (1994). Bhd.html Psikologi P&P. (Kurikulum dan Pedagogi) UKM Pensyarah B. Sc Biologi.Ed. UPM Pensyarah B. Perguruan (Pengajian Melayu Sekolah Jln College Rendah) 93200 KUCHING. UPM 93200 KUCHING Pengalaman: Pensyarah Sains dan Matematik Guru Sains dan Kemahiran Hidup HJH DYG PUTRI BINTI HJ AWG MAHBI Kelulusan: M.Sc Hons (Management) Forestry. Pertanian . Dip.Sc Hons (Science Human Development) UPM IPG Kampus Batu Lintang. UIA Jln College Dip. EDUP2033 PEDAGOGI PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN EDUP 2033 PEDAGOGY NAMA KELAYAKAN EN NOR AZNAN B HJ MAHMOOD Kelulusan: M. Pengalaman: Pensyarah Pedagogi Pendidikan Guru Bahasa Melayu 40 . UPM IPG Kampus Batu Lintang Dip Edu.