Bahasa Melayu Kontekstual

June 8, 2018 | Author: Hung Siew Siew | Category: N/A


Comments



Description

11.0 PENGENALAN Pembentangan kertas kerja merupakan salah satu bentuk penulisan berformat yang mengandungi idea-idea tertentu untuk disampaikan kepada pihak-pihak tertentu bagi mendapatkan kelulusan. Oleh itu, khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Dengan itu, khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan. Kertas kerja juga boleh dibentangkan kepada khalayak dalam bentuk lisan dalam keadaan tertentu. Walau bagaimanapun, komunikasi lisan tersebut hanya berperanan dalam menyampaikan maklumat yang memang telah disediakan dalam kertas kerja atau dengan kata lain menerangkan apa yang terkandung dalam kertas kerja itu. Perkara yang lebih diutamakan ialah hasil penulisan kertas kerja itu sendiri. Kertas kerja yang akan dibentangkan perlu melalui proses penulisan dan disemak dengan teliti. Pengucapan awam ialah satu proses berkomunikasi antara seorang pengucap dengan sekumpulan pendengar (audiens). (Khairuddin Mohamad, 2012: 169) Pidato pula merupakan ucapan yang disampaikan dalam khalayak ramai untuk menghuraikan dan menjelaskan tentang sesuatu tajuk atau persoalan. Aliran komunikasi dalam pidato adalah sehala, iaitu maklumat disampaikan oleh pemidato kepada pendengar. Tujuan pidato adalah untuk memberi penerangan tentang sesuatu tajuk kepada pendengar, memaklumkan tentang sesuatu yang baru kepada pendengar, menyakinkan pendengar tentang pendirian pemidato terhadap sesuatu persoalan dan juga mempengaruhi pendengar supaya memberi perhatian serius terhadap sesuatu perkara. Terdapat lima bahagian utama dalam pidato iaitu pembuka kata, bahagian menarik minat dan membina keyakinan pendengar, bahagian isi, penutup isi dan penutup pidato. Pidato yang baik perlu dimulakan dengan baik juga. Untuk memberikan pidato yang sempurna, dua peringkat perlu dilalui iaitu peringkat persediaan dan peringkat permulaan ucapan. Akhir sekali, pendapat atau pandangan dalam sesuatu pidato adalah intipati pidato itu sendiri. Oleh itu, kemahiran melahirkan pendapat adalah signifikan. Hal ini demikian kerana pendapat yang baik tetapi tidak dapat dizahirkan dalam pidato tidak akan sampai kepada pendengar. Terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat dalam soal kemahiran melahirkan pendapat ini iaitu pemilihan kata, pemilihan ayat, penyusunan fakta, kesepaduan, koheran, pertautan, ringkas dan padat. 2 2.0 KEMAHIRAN PENYAMPAIAN Terdapat sepuluh bentuk kemahiran menyampai yang berkesan secara lisan, iaitu pengumuman, pembentangan kertas kerja, pengacaraan majlis, pembentangan laporan, pengucapan awam, pidato, ucapan, syarahan, taklimat dan ceramah. 2.1 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA Saya telah memilih pembentangan kertas kerja yang merupakan salah satu bentuk daripada kemahiran menyampai. Saya telah membuat nota ringkas termasuklah definisi, ciri- ciri dan strategi penyampaian yang baik serta alat bantu dalam penyampaian dalam bentuk grafik atau power point yang menarik dan kreatif. 3 3.0 PENGUCAPAN AWAM Pengucapan awam merupakan satu proses komunikasi yang melibatkan penghantaran mesej oleh seorang pengirim kepada sekumpulan pendengar. Pengucapan awam dapat dikategorikan kepada tiga jenis yang utama, iaitu ceramah umum, pidato umum dan sesi diskusi umum. 3.1 PIDATO Sebagai syarat memenuhi kerja kursus, saya dikehendaki untuk menulis teks pidato bertemakan pendidikan dengan menggunakan tatabahasa Melayu yang betul. Setelah menulis teks pidato, saya dikehendaki untuk menyampaikan pidato dalam masa tujuh minit dengan menggunakan bahasa yang gramatis. Tajuk pidato yang telah saya pilih ialah “NEGARAKU CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG”. Teks pidato saya adalah seperti berikut: “NEGARAKU CEMERLANG,GEMILANG,TERBILANG” Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Cuba kita renung, kita berfikir sejenak. Lipatan sejarah yang membawa kepada siapa kita pada hari ini. Bermula dari zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman sehinggalah kini di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Semuanya membawa intipati yang sama, iaitu untuk memastikan Malaysia terus dijulang. Maka mauduk pidato saya mendukung cokmar yang sama iaitu “Negaraku Cemerlang, Gemilang, Terbilang”. Sekalung apresiasi saya hulurkan buat saudara pengerusi, kombinasi kehakiman berintegriti, pendidik bangsa yang disanjungi dan hadirin yang dihormati. Sebelum idea dikupas indah, saya ingin mengajak anda semua untuk turut sama-sama memahami, menyelami dan mendalami tadahan mauduk bicara saya. Menurut Stogdil, negara cemerlang, gemilang, terbilang didefinisikan sebagai sebuah negara yang menikmati kejayaan secara berterusan. Secara konsepnya, pendefinisian ini membawa pengertian bahawa sebuah negara yang dihormati perlulah menguasai setiap aspek kehidupan. Kulawangsa dewan yang budiman, Rempuhan idea pertama ialah kepimpinan integriti dijadikan asas utama, membawa kepada kedaulatan negara, politik terus diperkasa, agar negara tetap merdeka. Kini kita 4 boleh berbangga dengan apa yang kita nikmati hasil daripada usaha anak watan Malaysia yang tekad berani. Mengimbau sejarah perjuangan Rentap yang menggegar Sungai Saribas, Sharif Masahor membuka pencak mempertahankan Sarikei yang dipijak- pijak kedaulatannya lantas memantapkan kekuda menyelamatkan bangsa demi anak bumi tercinta. Akhirnya, lebih lima dasawarsa kita merdeka hasil pengorbanan khalifah penjulang bangsa. Malaysia kini menduduki tangga ke-19 dalam senarai negara paling aman di dunia daripada 156 buah negara dan negara yang paling selamat di rantau Asia Tenggara. Kejayaan Malaysia dalam bidang politik juga terserlah apabila sistem politik negara kita dijadikan contoh bagi meningkatkan kualiti dasar politik di Negara Ghana. Ringkasnya, Malaysia cemerlang, gemilang, terbilang dalam aspek politik hasil kepimpinan berintegriti yang dijana. Hadirin sekalian, Rempuhan idea yang kedua ialah kesaksamaan dijadikan asas utama, membawa kepada keharmonian bangsa, ekonomi terus diperkasa, agar negara tetap sejahtera. Semua peringkat masyarakat, dari golongan raja sehinggalah rakyat biasa, semuanya menikmati kekayaan ekonomi tanpa mengira agama, bangsa dan juga budaya. Bermula dari Dasar Ekonomi Baharu sehinggalah Model Ekonomi Baharu, semuanya kita laksanakan bagi menjaga kepentingan ekonomi rakyat jelata dan negara. Tatkala kemelesetan ekonomi melanda dunia, Amerika, Greece dan Portugal menjadi mangsa, tetapi Malaysia tetap di puncak dunia. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sekata, meninggalkan negara-negara nusantara. KDNK Malaysia berada pada angka 5.3%, 5.3%! Bahkan, Malaysia kini berada pada tangga ke-2 dalam senarai negara paling berdaya saing di Asia, ke-6 di Asia Pasifik dan ke-25 di dunia. Pendek kata, Malaysia cemerlang, gemilang, terbilang dalam bidang ekonomi hasil kesaksamaan dalam ekonomi. Hadirin dan hadirat sekalian, Pencetus minda yang ketiga ialah sukan maju bangsa sejahtera, sukan berjaya negara perkasa. Malaysia kini boleh berbangga dengan kejayaan atlet negara. Inilah gambaran rangkuman kejayaan atlet Malaysia mengharumkan nama negara di persada dunia. Misalnya, kejayaan Datuk Lee Chong Wei dengan badmintonnya, Datuk Nicol Ann David dengan skuashnya, Azizulhasni dengan basikalnya dan semua kejayaan yang mereka miliki pada hari ini tidak dikecapi tanpa pimpinan jurulatih mereka yang berkualiti. 5 Tamsilnya, kejayaan Ong Kim Swee yang membimbing pasukan bola sepak Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea telah mengangkat Malaysia sebagai antara pasukan terbaik di Asia. Kejayaan pasukan bola sepak Malaysia meraih emas dalam acara bola sepak pada sukan sea 2011 telah menjulang negara sebagai antara negara kuasa besar bola sepak di rantau asia. Tuntasnya, Malaysia terus cemerlang, gemilang, terbilang dalam arena sukan. Dasar satu murid satu sukan dilaksanakan untuk melahirkan atlet-atlet bertaraf dunia. Hadirin budiman, Keempatnya, bidang pendidikan teras utama, memacu negara ke puncak jaya, melahirkan bangsa berjaya, bagi mendaulatkan negara tercinta. Pendeta Za’ba pernah menegaskan bahawa ilmu pengetahuan adalah asas terpenting yang menyelamatkan manusia daripada belenggu kemunduran. Atas bimbingan guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis dan lain-lain lagi. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, “Lahirnya seorang Perdana Menteri, doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya baca dan tulis.” Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Tepuk dada tanya selera. Oleh itu, pendidikan dan penghayatan ilmu perlu sentiasa dimantapkan agar kita kekal relevan dalam persaingan menuju negara maju. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dijana telah berjaya meningkatkan kualiti pendidikan negara. Kini, enrolmen murid daripada pelajar sekolah rendah hinggalah pelajar sekolah menengah telah berjaya ditransformasi dengan kadar sebanyak 97% berbanding 40% pada tahun 1950. Kadar literasi negara juga meningkat kepada kadar 95% pada hari ini. Benarlah nukilan pantun, berburu ke padang datar, dapat rusa belang di kaki, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi. Kesimpulannya, Malaysia cemerlang, gemilang, terbilang dalam bidang pendidikan. Hadirin sekalian, Konklusinya, dunia kita mula sedar dari tidur lena, kejayaan Malaysia mula dimartabat, politik stabil menjamin kesejahteraan sejagat, ekonomi negara berkembang pesat, sukan pula menjadi mandat, dan pendidikan pula diperkasakan untuk menjulang nama Malaysia. Kita perlu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah, gunung sama didaki, lurah sama dituruni untuk memastikan Malaysia terus cemerlang, gemilang, terbilang dalam aspek politik, ekonomi, sukan dan pendidikan. Sekian, terima kasih. 6 4.0 RUMUSAN Untuk menghasilkan kertas kerja yang baik, terdapat pelbagai kaedah dan format yang boleh digunakan. Sebenarnya format penulisan kertas kerja bergantung kepada beberapa faktor iaitu apa tujuannya, siapa khalayaknya, bagaimana penyampaiannya, apa isi kandungannya dan sebagainya. Walau bagaimanapun, terdapat format umum yang boleh diikuti oleh penulis sebagai panduan dalam menyediakan kertas kerja. Untuk penulisan sesuatu kertas kerja, perkara yang dominan ialah ketekalan bentuk penulisannnya. Selain itu, kertas kerja perlu memenuhi beberapa kriteria dan ciri-ciri penulisan tertentu untuk mencapai matlamat penulisannya. Penggunaan bahasa yang baik dan tepat sangat penting dalam penulisan kertas kerja. Maklumat dalam kertas kerja juga perlu dijelaskan oleh penulis secara ringkas, tepat dan padat agar mudah difahami oleh pembaca. Penggunaan laras yang tepat termasuk pemilihan kata, frasa, ayat, khalayak dan bidang yang diperkatakan amat penting dalam penghasilan kertas kerja. Wacana yang merupakan satu satuan bahasa terlengkap dengan koheren dan kohesi tinggi yang berkesinambungan juga perlu dalam penulisan kertas kerja. Di samping itu, bentuk penulisan harus dipersembahkan dalam bentuk yang tekal dan konsisten terutama dari segi ejaan agar kertas kerja yang sempurna dapat dihasilkan. Penomboran juga penting dalam penulisan kertas kerja kerana terdapat beberapa tajuk kecil yang perlu ada dalam satu kertas kerja. Penulis juga digalakkan untuk membuat rujukan atau semakan dengan pihak-pihak tertentu supaya maklumat yang diperlukan tidak tertinggal. Penulis boleh merangka kepanjangan yang sesuai bagi kertas kerja bergantung kepada tujuan, khalayak, perkara yang diperkatakan, peruntukan kewangan dan sebagainya. Penulis juga perlu menggunakan halaman lampiran untuk menyampaikan maklumat tambahan agar kertas kerja yang dihasilkan tidak menjadi terlalu panjang. Bukan itu sahaja, pidato yang baik perlu dimulakan dengan baik juga. Pada peringkat permulaan ucapan, penyampaian yang menarik akan meningkatkan kualiti pidato dan memudahkan usaha menyakinkan pendengar tentang tajuk yang cuba diketengahkan dalam pidato tersebut. Antara elemen penting dalam penyampaian yang baik ialah kelancaran, nada dan intonasi, kecekapan berbahasa, dan gaya penyampaian. Kelancaran bermakna pemidato menyampaikan pidatonya secara berterusan tanpa tempoh masa henti yang agak panjang. Tempoh masa henti yang panjang di tengah-tengah pidato akan memberi gambaran seolah-olah pemidato sudah kehabisan idea. Pidato yang lancar dan berterusan akan menyakinkan pendengar. Selain itu, nada dan intonasi iaitu naik turun suara perlu dikawal dan dipelbagaikan supaya pidato tidak bersifat mendatar dan 7 membosankan. Nada tinggi dan bersemangat adalah untuk menarik perhatian. Nada perlahan dan mendayu ialah apabila ingin merayu dan meminta simpati. Nada sederhana dan mesra apabila memujuk manakala nada tinggi dan lantang apabila ingin membakar emosi. Sementelahan pula, kecekapan berbahasa bermakna kemahiran menggunakan istilah yang tepat dan menguasai tatabahasa yang baik untuk menghasilkan ayat-ayat yang tersusun. Bahasa yang tunggang-langgang akan mengelirukan pendengar. Aras bahasa perlulah disesuaikan dengan sifat umum pendengar. Misalnya, jika berpidato dalam kalangan kaum nelayan, tidak perlulah menggunakan bahasa yang terlalu bombastik. Unsur-unsur keindahan bahasa perlu diselitkan untuk menarik minat pendengar. Misalnya, penggunaan pantun, bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan. Seterusnya, gaya penyampaian atau bahasa badan (body language) adalah aspek dominan dalam pidato. Pemidato perlu bijak menggunakan gerak tangan, gerak mata dan gerak badan yang diselaraskan dengan fakta-fakta tertentu dalam pidatonya. Mimik muka juga perlu dijaga. Pemidato perlu senyum apabila memberi fakta gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila sampai peringkat emosi tinggi. Contohnya, pemidato tidak wajar ketawa gembira apabila menceritakan tentang kesengsaraan masyarakat. Sebelum menamatkan pidato, pemidato perlu membuat rumusan keseluruhan tentang tajuk pidatonya. Jangan biarkan pendengar membuat rumusan mereka sendiri kerana mereka mungkin lupa tentang persoalan utama pidato tersebut. Pemidato juga perlu menegaskan semula pendiriannya tentang tajuk. Hal ini bertujuan untuk menyakinkan semula pendengar tentang isu yang disampaikannya. 8 5.0 RUJUKAN Sumber Buku: Abdul Mua’ti. (2008). Panduan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Sukor Shaari. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Eddy Rosyadie. (2007). Juara Pentas: Panduan Praktikal Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd. Khairuddin Mohamad et.al. (2012). Bahasa Melayu Kontekstual. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mohd. Baharudin Othman, & Mohd. Khairie Ahmad. (2007). Pengantar Komunikasi. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Nuraini Yusoff et.al. (2005). Bahasa Melayu untuk Pengurusan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Rahmat Ismail. (2000). Pidato Berpidato Seni dan Teknik. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz. (1997). Siri Pendidikan Perguruan: Aktiviti Lisan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Sumber Internet:  2010. Dr. Khairuddin Mohamad. Kemahiran Menyampai. http://literasibahasamelayu.blogspot.com/2010/09/seperti-kelazimannya-ramai- kalangan.html Dipetik pada: 6/8/2013  2010. Mohd Fairullah Bin Muhammad. Penulisan Kertas Kerja. http://www.slideshare.net/fairullahs/penulisan-kertas-kerja Dipetik pada: 7/8/2013 9  2011. Panduan Menulis Kertas Kerja. http://www.samizul.net/2011/07/panduan-menulis-kertas-kerja.html Dipetik pada: 7/8/2013  2012. Syafawani Jamil. Pengucapan Awam. http://teachersyafa.blogspot.com/2012/08/pengucapan-awam.html Dipetik pada: 9/8/2013  2012. Pidato Syarahan. http://putramail.blogspot.com/2012/05/pidatosyarahan.html Dipetik pada: 9/8/2013  2007. Abdul Mua’ti @ Zamri Bin Ahmad, Ph.D. Keberkesanan Penyampaian. http://disertasi.blogspot.com/2007/07/kertas-kerja-ii-keberkesanan.html Dipetik pada: 10/8/2013  2009. Mohd. Syamsul Salleh. Kebejatan Moral Petanda Keruntuhan Tamadun. http://www.youtube.com/watch?v=D0H0Yxymv3g Dipetik pada: 12/8/2013  2011. Amirrudin Abdul Rahman. Bangsa Berilmu, Bangsa Bertamadun. http://www.youtube.com/watch?v=Fo5tmqlNZHc Dipetik pada: 13/8/2013  2012. Fathiah. Keluarga Bahagia, Masyarakat Sejahtera. http://www.youtube.com/watch?v=FJbtX3cNZt0 Dipetik pada: 14/8/2013 10 6.0 LAMPIRAN
Copyright © 2026 DOKUMEN.SITE Inc.