Bahasa dan Internet

June 9, 2018 | Author: A.N.A Shaharuddin | Category: Documents


Comments



Description

Bahasa dan Internet

Bahasa dan Internet

BAHASA DAN INTERNET

Editor Utama

ADIBA NUR’AIN SHAHARUDDIN Pereka Bentuk Kulit Buku

NUR AFIFAH LOKMAN

Editor Bersama

FATIN SYAZWANI ZULLKIFLI MELISSA ONELLIA EDWARD NOYED NOR AZAH AZLIN ZAKARIA NUR ATIKAH JUSOH NUR ZURAINI NORDIN

PELAJAR HMT411 TEORI DAN KAEDAH DALAM PENYELIDIKAN LINGUISTIK PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Bahasa dan Internet

KANDUNGAN

Kata-kata Penghargaan

vi

Analisis Wacana Bahasa Laras Sains (Fizik) Di Dalam MajalahSains.Com Berdasarkan Teori Leech & Short (1981) Adiba Nur’ain Shaharuddin

1-19

Analisis Bahasa Dalam Laras Resepi Di Laman Web Myresepi.Com Mengikut Teori Pendekatan Ure Dan Ellis (1977) Fatin Syazwani Zullkifli

20-43

Kajian Tentang Penggunaan Unsur Sarkastik Atau Ironi Dalam Kalangan Pengguna Twitter Laila Amira Rozli

44-52

Analisis Penggunaan Kata Kerja Melalui Laras Berita Dalam Utusan Online Berlandaskan Teori Relevan Sperber Dan Wilson (1986) Lim Yu Wei

53-65

Analisis Makna Penggunaan Emoji Dalam Ruangan Komen Status Di Laman Facebook Melissa Onellia Edward: Suatu Kajian Semantik Dan Komunikasi Melissa Onellia Edward Noyed

66-76

Analisis Penggunaan Percampuran Kod (Bahasa Rojak) Dalam Laman Sosial Facebook Melalui Teori Sperber Dan Wilson (1986) Nor Azah Azlin Zakaria

77-95

Kajian Semantik Kata Buah Dalam Perspektif Teori Semantik Kognitif Lakoff Dan Johnson 1980: Analisis Berbantukan Data Korpus Nur Afifah Lokman

96-111

Analisis Ketidaksantunan Bahasa Dan Kesantunan Bahasa Dalam Laman Sosial Facebook Berdasarkan Model Ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005) Dan Strategi Kesantunan Brown Dan Levinson (1978, 1987) Nur Atikah Jusoh

112-128

ii

Bahasa dan Internet Analisis Kata Kerja Transitif Dalam Bahasa Melayu Tak Standard Yang Digunakan Dalam Komunikasi Di Laman Sosial Facebook Nur Zuraini Nordin

129-138

Analisis Faktor Pemilihan Identiti Nama Di Laman Sosial Facebook Sarolin Binti Sarail

139-148

Satu Tinjauan: Meneliti Konsep Pertembungan Bahasa Dari Sudut Sosiolinguistik Berdasarkan Bahasa Sms Menerusi Media Sosial Facebook Nur Shahirah Mansor, Syahrul Ninie Nadhirah Mohd Baroyi

149-170

Glosari

171-174

Penyumbang

175-176

Indeks

177

iii

Bahasa dan Internet

KATA-KATA PENGHARGAAN

‫لَاه الرّحْ من الرّحيم‬ ِّ ‫ْـــــــــم ل‬ ِ‫ه‬ ‫بهس‬ Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Alhamdulillah, kami merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya kami telah berjaya menghasilkan sebuah buku elektronik yang bertemakan bahasa dan internet. Sesungguhnya, kejayaan dalam penghasilan buku elektronik ini merupakan sebuah kejayaan yang disulami dengan pelbagai nilai rasa di dalamnya. Semoga segala penat lelah yang dirasai sepanjang penghasilan buku elektronik ini menjadi pengalaman manis buat kami di masa akan datang. Kami yang merupakan pelajar Linguistik Bahasa Melayu di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepada ibu dan bapa kami yang tidak pernah lelah dalam memberikan semangat dan dorongan kepada kami sama ada dari segi idea dan kewangan. Ribuan terima kasih juga ditujukan buat pensyarah HMT 411 – Teori dan Kaedah dalam Penyelidikan Linguistik, ibunda kesayangan kami, Dr Radiah Yusoff atas segala tunjuk ajar yang diberikan sepanjang kami berada di bawah penyeliaan Dr. dalam menghasilkan buku elektronik ini. Kami juga berharap agar Dr. Radiah sentiasa mendoakan kami dan menghalalkan segala ilmu yang telah dicurahkan kepada kami. Terima kasih juga ingin ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses pembikinan buku elektronik ini sehinggalah kami berjaya menyempurnakannya. Pelbagai ilmu yang dapat kami perolehi sepanjang kami menyiapkan tugasan ini dan kami berharap agar hasil penulisan kami ini mampu memberi manfaat kepada orang lain. Sekian, Terima kasih. "Kesusahan tidak semuanya pahit dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya kepahitan itu lebih bermakna kerana itulah yang akan mengajar kita dan menjadikan kita dewasa. Terima kasih untuk segala-galanya." (Pelajar HMT 411 2017/2018)

iv

Bahasa dan Internet

ANALISIS WACANA BAHASA LARAS SAINS DI DALAM MAJALAHSAINS.COM BERDASARKAN TEORI LEECH & SHORT (1981) Adiba Nur’ain Shaharuddin

ABSTRAK Analisis wacana merupakan analisis yang dijalankan ke atas bahasa yang digunakan. Oleh itu, kajian ini adalah kajian yang menganalisis bahasa laras sains di dalam MajalahSains.com dengan menggunakan teori Leech & Short (1981) sebagai kerangka teori yang utama. Kajian ini merupakan kajian yang melibatkan analisis deskriptif iaitu kajian yang dilakukan hanya berasaskan teori laras bahasa bagi mengenal pasti istilahistilah yang digunakan di dalam artikel sains fizik di MajalahSains.com dengan berpandukan teori yang telah dipilih. Ure dan Ellis mengatakan bahawa terdapat empat aspek yang boleh dilihat untuk menerangkan ciri-ciri laras iaitu kategori leksikal, kategori tatabahasa, bentuk atau gaya penceritaan serta ketenunan dan konteks. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya membincangkan dua aspek yang dipilih iaitu kategori leksikal serta aspek ketenunan dan konteks. Bahagian aspek leksikal akan membincangkan tentang istilah-istilah khusus yang boleh dianggap sebagai penanda bagi laras sains fizik dari kategori kata nama, kata kerja, kata adjektif dan frasa. Manakala, aspek ketenunan dan konteks akan membincangkan tentang unsur-unsur tertentu yang digunakan di dalam laras sains untuk mewujudkan kesatuan wacana yang utuh dan konteks-konteks luaran yang melibatkan pembaca dan pengarang.

Kata kunci: Laras sains, Teori Leech dan Short (1981), sains fizik, . (5-10 perkataan)

1.0 PENGENALAN Analisis wacana merupakan analisis yang dijalankan ke atas bahasa yang digunakan (Brown dan Yule, 1983). Stubbs (1987) pula mengatakan bahawa analisis wacana adalah merupakan analisis linguistik terhadap wacana tulisan atau lisan yang wujud secara alamiah. Selain mengkaji teks berdasarkan aspek linguistik, analisis wacana juga turut memperlihatkan satu pendekatan baharu yang dinamakan sebagai pendekatan lakuan tutur (speech act). Berdasarkan pandangan dua orang tokoh di atas, dapat disimpulkan bahawa analisis wacana merupakan sebuah kajian yang menganalisis sesebuah teks bertulis atau lisan berdasarkan maklumat-maklumat linguistik dan bukan linguistik. 1

Bahasa dan Internet Oleh itu, kajian ini akan memperlihatkan kajian analisis wacana yang menganalisis laras bahasa sains yang wujud di dalam sebuah majalah atas talian iaitu MajalahSains.com berdasarkan teori laras bahasa yang dikemukakan oleh Leech & Short (1981:75-80). Nikِ Safiahِ (2008)ِ adaِ mengatakanِ bahawaِ Za’ba,ِ adaِ membincangkan tentang ragam bahasa di dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu dan salah satunya adalah berkenaan variasi bahasa yang wujud sejak bahasa Melayu berkembang menjadi bahasa moden, iaitu variasi bahasa yang hanya memfokuskan kepada bidang-bidang tertentu. Bahasa Melayu digunakan untuk memperkatakan berkenaan bidang ilmu tertentu sebagai contoh, para doktor membincangkan hal-hal perubatan atau ahli ekonomi yang menggunakan bahasa Melayu untuk memperkatakan tentang hal-halِekonomiِdanِdiِdalamِbidangِilmuِbahasa,ِvariasiِiniِdipanggilِ‘laras’.ِ Laras bahasa merupakan satu bidang kajian di bawah cabang ilmu sosiolinguistik, iaitu bidang khusus yang mengkaji bahasa dan penggunaannya (Shahida,2016). Kamus DewanِEdisiِKeempatِ(2005:893)ِmentakrifkanِ‘larasِbahasa’ِsebagaiِvariasiِbahasaِ berdasarkan penggunaannya misalnya bahasa klasik, bahasa sains, dan lain lain.. Variasi-variasi bahasa ini muncul disebabkan oleh perkara yang diperkatakan mempunyai ciri-ciri khusus yang tersendiri. Hal ini disokong oleh Halliday (1968:149) yang mendefinisikan laras sebagai variasi bahasa yang digunakan berdasarkan fungsi. Dengan kata lain, laras bahasa digunakan dalam konteks, suasana dan situasi yang berlainan.

Manakala, laras sains merupakan variasi bahasa yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi. Menurut Abdullah Hassan (1986), sains tulen terbahagi kepada empat bidang utama iaitu fizik, biologi, kimia dan teknologi. Laras sains dan teknologi ini merupakan laras yang bersifat ilmiah dan formal. Penggunaan bahasanya bersifat intelektual, saintifik dan bersifat objektif. Setiap maklumat yang diberikan adalah berdasarkan kajian dan fakta serta disokong oleh bukti-bukti yang diperoleh daripada penyelidikan. Istilahistilah yang digunakan dalam laras ini juga banyak menggunakan istilah sains dan teknikal yang kebanyakannya merupakan istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris. Laras sains ini juga banyak menggunakan kata nama dan ragam ayat pasif di dalam penulisannya.

2

Bahasa dan Internet Walau bagaimanapun, kajian ini hanya akan berfokus kepada artikel-artikel yang tergolong di dalam bidang Sains Fizik. Untuk menganalisis wacana bahasa yang terkandung dalam laras sains, penggunaan teori laras bahasa yang dikemukakan oleh Leech & Short (1981) akan digunakan. Menurut teori ini, terdapat empat aspek penting yang perlu dilihat untuk menerangkan ciri-ciri penggunaan bahasa atau laras sesuatu bahasa iaitu:

a) Kategori leksikal: merangkumi 5 aspek utama iaitu umum, kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata keterangan. b) Kategori tatabahasa: membincangkan aspek-aspek ciri ayat, klausa, frasa, dan c) Bentuk dan gaya pertuturan: melihat kepada aspek urutan cerita, gaya bahasa yang digunakan dan bentuk bahasa d) Ketenunan dan konteks: melihat hubungan antara ayat dan hubungan luaran teks yang memperlihatkan hubungan antara pengarang dan pembaca. Leech & Short mengatakan bahawa keempat-empat kategori ini penting untuk menerangkan serta menghuraikan aspek laras bahasa. Namun demikian, dalam kajian ini, hanya dua aspek yang akan dibincangkan iaitu kategori leksikal serta ketenunan dan konteks. Segala aspek ini akan dilihat daripada beberapa buah artikel yang diambil daripada sebuah majalah atas talian iaitu MajalahSains.Com MajalahSains.Com merupakan sebuah wadah baru alam siber yang bertujuan menyampaikan berita, penemuan atau rencana yang berkaitan dengan dunia sains dan teknologi. Majalah atas talian ini diuruskan oleh sekumpulan sukarelawan yang mempunyai kerjaya di dalam bidang sains dan teknologi. MajalahSains.Com banyak berkongsi artikel-artikel atau berita-berita semasa yang berkaitan bidang sains dan teknologi. MajalahSains.Com boleh diakses melalui http://www.majalahsains.com.

2.0 TUJUAN, BATASAN DAN KAEDAH Bahagian ini akan membincangkan tujuan kajian ini dilakukan, batasan-batasan yang perlu dipatuhi dalam menjalankan kajian ini dan kaedah kajian yang akan digunakan bagi mendapatkan data dan melengkapkan keperluan kajian.

3

Bahasa dan Internet

2.1 TUJUAN KAJIAN Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kajian kualitatif. Kajian ini merupakan kajian yang melibatkan analisis deskriptif iaitu kajian yang dilakukan hanya berasaskan teori laras bahasa bagi mengenal pasti istilah-istilah yang digunakan di dalam artikel sains di MajalahSains.com. Pengkaji telah memilih teori laras bahasa yang dikemukakan oleh Leech & Short (1981) sebagai kerangka utama bagi kajian ini. Oleh itu, analisis bagi kajian ini hanya dilakukan berlandaskan teori yang diperkenalkan oleh Leech & Short. Selain itu, kajian ini juga akan mengenal pasti kohesi dan konteks yang terkandung di dalam laras bahasa sains yang digunakan oleh MajalahSains.Com.

2.2 BATASAN KAJIAN Pengkaji akan memilih lima artikel yang diambil daripada MajalahSains.Com dan menganalisisnya menggunakan teori yang telah dipilih. Kelima-lima artikel yang dipilih ini merupakan artikel yang mempunyai kaitan dengan bidang sains yang berfokus kepada fizik. (Rujuk lampiran A) Pengkaji hanya akan membincangkan dua aspek yang dipilih daripada kategori yang dikemukan oleh Leech & Short (1981) iaitu kategori leksikal dan kategori ketenunan dan konteks. Aspek bentuk dan gaya pertuturan serta aspek tatabahasa tidak akan dianalisis kerana objektif bagi kajian ini tidak memberi fokus terhadap dua aspek tersebut. Walau bagaimanapun pengkaji akan mengaitkan pendekatan yang dikemukakn oleh Ure dan Ellis (1977) untuk membincangkan aspek ketenunan dan konteks dalam kajian ini.

2.3 KAEDAH KAJIAN Proses pengumpulan maklumat pada mulanya dibuat dengan mencari sumber-sumber primer seperti buku, artikel dan kajian-kajian lepas yang berkaitan laras bahasa. Proses ini penting untuk memberikan gambaran awal kepada pengkaji tentang keseluruhan kajian yang ingin dilakukan. Seterusnya, proses pengumpulan data kajian daripada sumber sekunder bagi kajian ini dibuat dengan meneliti sebuah laman sesawang yang merupakan sebuah majalah atas talian iaitu MajalahSains.Com. Pengkaji telah memilih data-data kajian dengan memilih artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang sains. Walau bagaimanapun, pengkaji mendapati bahawa berlaku lambakan artikel kerana bidang sains merupakan sebuah bidang yang mempunyai banyak cabang. Oleh itu, 4

Bahasa dan Internet pengkaji membuat keputusan untuk hanya berfokus kepada artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang sains fizik semata-mata. 3.0 ANALISIS

WACANA

LARAS

SAINS

DI

MAJALAHSAINS.COM

BERDASARKAN TEORI LEECH DAN SHORT (1981) Bagi mencapai objektif kajian ini, pengkaji telah menganalisis 5 buah artikel-artikel berkenaan sains fizik yang diambil daripada laman web yang menyediakan platform majalah secara atas talian kepada pembacanya iaitu MajalahSains.Com. Keseluruhan artikel telah disalin semula dan dimasukkan ke dalam perisian Microsoft Word untuk memudahkan pengkaji meneliti keseluruhan isi kandungan bagi artikel tersebut dan menganalisisnya. Artikel-artikel ini telah dijadikan sumber utama data kajian dengan kebenaran pengasasnya, Encik Mohd Faizal Aziz yang juga merupakan ketua editor bagi MajalahSains.Com. (Rujuk lampiran B)

Oleh itu, wacana yang digunakan di dalam majalah atas talian MajalahSains.com akan dianalisis berdasarkan aspek leksikal serta ketenunan dan konteks berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Leech dan Short (1981). Aspek leksikal yang dikemukakan oleh dua tokoh ini membincangkan lima aspek umum, kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata keterangan. Manakala, aspek ketenunan dan konteks pula akan melihat kepada hubungan antara ayat yang saling berkohesi dan hubungan luaran konteks yang wujud antara pengarang dan pembaca. Bagi membincangkan berkenaan konteks, pengkaji akan melihat dan menganalisisnya menggunkan pendekatan yang diperkenalkan oleh Ure dan Ellis (1977).

3.1 ASPEK KATEGORI LEKSIKAL Menurut Leech & Short, penggunaan kategori leksikal dapat memberikan jenis makna yang berlainan dengan mengenal pasti bagaimana pemilihan sesuatu perkataan digunakan. Oleh itu, aspek leksikal akan membincangkan pemilihan diksi atau istilahistilah yang melibatkan pelbagai jenis makna dalam bahasa laras sains. Istilah-istilah ini akan diperlihatkan di dalam kategori-kategori kata seperti Kata Nama (KN), Kata Kerja (KK), Kata Adjektif (KA), dan frasa.

5

Bahasa dan Internet 3.1.1 Analisis Istilah Kata Nama Beberapa istilah khusus yang berbentuk kata nama digunakan dalam laras bahasa sains di dalam artikel sains fizik daripada MajalahSains.Com. Pengkaji mendapati bahawa terdapat 98 istilah kata nama yang digunakan dalam laras sains fizik di dalam artikelartikel yang diambil daripakan MajalahSains.Com. Jadual 1.0 menunjukkan senarai istilah kata nama yang ditemui digunakan di dalam artikel-artikel yang telah dianalisis. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33

Istilah KN fenomena purata jarak bebayang pencerap bumi kejadian graviti permukaan matahari elektron stabil uji kaji interaksi magnet takion galaksi halimunan bintang foton halaju andaian antitakion planet udara abnormal suhu pencecairan kapilari rekabentuk parameter perisai taburan

Bil Istilah KN Bil 34 jisim 67 35 objek 68 36 pemalar 69 37 nilai 70 38 momentum 71 39 daya 72 40 eksperimen 73 41 fizik 74 42 elektromagnetik 75 43 bukti 76 44 zarah 77 45 saintis 78 46 kajian 79 47 laporan 80 48 pergerakan 81 49 cahaya 82 50 letupan 83 51 hipotesis 84 52 keelektromagnetan 85 53 medan 86 54 positron 87 55 kebarangkalian 88 56 mekanisma 89 57 jasad 90 58 saintifik 91 59 superbendalir 92 60 kelikatan 93 61 haba 94 62 transistor 95 63 formulasi 96 64 matematik 97 65 moderator 98 66 ketumpatan Jadual 1.0 Istilah Kata Nama (KN)

Istilah KN penemuan antizarah neutrino cas bom penyelidik penyelidikan teori penemuan implikasi kuantum arus superkonduktor jirim tenaga elektrik kerelatifan model fizikawan spesis pengembungan pepejal cecair gas transformasi termodinamik laser reaktor pemodelan populasi kuasa teras

Jadual 1.0 memperlihatkan 98 istilah kata nama yang muncul di dalam artikelartikel yang dianalisis. Istilah-istilah seperti elektron, graviti, jisim, pepejal, model, 6

Bahasa dan Internet tenaga, cahaya dan pelbagai lagi seperti yang disenaraikan di dalam Jadual 1.0 memperlihatkan kategori kata nama yang sering digunakan di dalam bidang sains fizik dan jarang ditemui penggunaanya dalam bidang-bidang lain seperti bidang sastera, undang-undang dan sebagainya. Penggunaan-penggunaan istilah khusus dalam laras bahasa sains fizik seperti positron, termodinamik, fizikawan, keelektromagnetan dan kuantum ini hanya akan dapat difahami oleh mereka yang terlibat di dalam bidang ini sahaja.

Seterusnya, penggunaan istilah seperti cahaya, bintang, planet, galaksi, udara, spesis, dan populasi sering digunakan di dalam bidang penyelidikan fizik kerana fizik merupakan suatu cabang sains yang mengkaji fenomena-fenomena alam semula jadi. Penggunaan sistem pengiraan bagi bidang fizik ini pula dapat dilihat dengan kemunculan istilah seperti jisim, purata, suhu, dan nilai. Secara keseluruhannya, penggunaan-penggunaan istilah sebegini jelas menjadi penanda kepada bahasa laras sains fizik.

3.1.2 Analisis Istilah Kata Kerja Bagi istilah khusus yang berbentuk kata kerja, sebanyak 29 istilah kata kerja yang digunakan dalam laras bahasa sains di dalam artikel sains fizik daripada MajalahSains.Com. Jadual 2.0 menunjukkan senarai istilah kata nama yang diperoleh daripada data kajian ini.

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Istilah KK dilaporkan dikaitkan menyaksikan dijelaskan bergabung menegakkan dikemukakan meneutralkan berfungsi menjalankan

Bil Istilah KK Bil Istilah KK 11 menyangkal 21 membatalkan 12 ditemui 22 menyingkirkan 13 mengalirkan 23 menyerap 14 menghasilkan 24 ditunjukkan 15 bergerak 25 dikaji 16 berhenti 26 membina 17 bertukar 27 mengkaji 18 menyimpulkan 28 dianalisa 19 membuak 29 menunjukkan 20 diukur Jadual 2.0 Istilah Kata Kerja (KK) Jadual 2.0 memperlihatkan istilah kata kerja yang muncul di dalam artikel-

artikel yang dianalisis dan boleh dianggap sebagai penanda kata kerja yang sering 7

Bahasa dan Internet digunakan di dalam bidang ini.. Istilah-istilah seperti menyerap, menyangkal, mengkaji, menjalankan, berfungsi, bergerak, dan pelbagai lagi seperti yang disenaraikan di dalam Jadual 2.0 memperlihatkan kategori kata kerja yang sering digunakan di dalam bidang sains fizik. Hal ini kerana, istilah kata kerja seperti menjalankan, mengkaji, dan menyangkal sangat sinonim digunakan dalam menjalankan sesebuah kajian atau penyelidikan yang melibatkan bidang sains. Istilah-istilah bagi kata kerja juga banyak memperlihatkan istilah yang wujud dalam ayat pasif seperti dilaporkan, ditemui, dianalisa dan pelbagai lagi seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 2.0. Hal ini kerana bidang sains menggunakan bentuk ayat yang formal dan kebanyakan ayat-ayat yang digunakan bagi laras ini merupakan ayat berbentuk pasif. Hal ini kerana, ragam ayat pasif banyak digunakan di dalam wacana ilmiah seperti laras sains untuk memberikan fokus kepada perkara yang sedang dibincangkan. 3.1.3 Analisis Istilah Kata Adjektif Seterusnya, istilah khusus yang berbentuk penggolongan kata dalam kata adjektif juga dapat dilihat kewujudannya di dalam artikel sains fizik daripada MajalahSains.Com. Jadual 3.0 menunjukkan senarai istilah kata adjektif yang diperoleh daripada data kajian ini. Bil 1 2 3 4 5

Istilah KA kecil besar gelap berat kompleks

Bil Istilah KA Bil Istilah KA 6 pantas 11 kuat 7 sejuk 12 rendah 8 tinggi 13 malar 9 lembab 10 lemah Jadual 3.0 Istilah Kata Adjektif (KA)

Jadual 3.0 memperlihatkan 13 istilah kata adjektif yang muncul di dalam artikel-artikel yang dianalisis. Antara istilah kata adjektif yang muncul adalah sejuk, tinggi, rendah, dan lembap yang sering dikaitkan dengan suhu dalam kajian sains. Manakala, istilah seperti malar dan pantas sering digunakan dalam kajian berkenaan pergerakan sesuatu objek dalam bidang sains fizik. Istilah-istilah kata adjektif amat kurang digunakan di dalam bahasa laras sains fizik. Namun kewujudan istilah ini boleh dijadikan penanda bagi laras bahasa sains.

8

Bahasa dan Internet 3.1.4 Analisis Istilah Frasa Jadual 4.0 memperlihatkan istilah-istilah khusus berbentuk frasa yang digunakan dalam laras bahasa sains di dalam artikel sains fizik daripada MajalahSains.Com.

Bil Istilah Frasa 1 gerhana matahari penuh 2 lokasi cerapan 3 gerhana penuh 4 gerhana anulus 5 gerhana hybrid 6 gerhana separa 7 posisi bulan 8 cahaya matahari

Bil Istilah Frasa 13 tarikan graviti

Bil Istilah Frasa 25 uji kaji

14 15 16 17 18 19 20

tidak relevan objek kuantum fizik kuantum fizik teori medan magnet fermion majorana hasil kajian

26 27 28 29 30 31 32

9 10 11 12

21 zarah neutron 22 bit binari 23 penebat topologi 24 nobel fizik Jadual 4.0 Istilah Frasa

33 34 35 36

garis medan graviti alam semesta model piawai tenaga nuklear

hampagas kuantum titik musnah takat beku sifat mutlak mekanik kuantum fizik reaktor taburan fluks neutron bahan api jangka hayat tindak balas gerhana matahari

Istilah-istilah frasa yang wujud di dalam artikel-artikel yang telah dianalisis memperlihatkan istilah-istilah yang hanya akan digunapakai di dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidang sains fizik. Istilah-istilah seperti gerhana matahari, posisi bulan, cahaya matahari, dan garis medan graviti merupakan istilah yang sinonim diperkatakan dalam bidang kajian sains fizik kerana bidang sains fizik ini merupakan suatu bidang yang mengkaji tentang alam semesta dan kejadian semula jadi. Istilahistilah lain seperti penebat topologi, fermion majorana, mekanik kuantum, dan taburan fluks neutron merupakan istilah yang diambil daripada pinjaman kata daripada bahasa Inggeris dan hanya akan digunakan di dalam bahasa bagi laras sains, serta hanya akan difahami oleh individu yang terlibat dalam bidang ini. Kemunculan istilah-istilah ini merupakan penanda utama bagi bahasa laras sains.

9

Bahasa dan Internet 3.2 ASPEK KETENUNAN DAN KONTEKS

Aspek lain yang dikemukan oleh Leech & Short dalam menentukan penggunaan bahasa bagi sesuatu laras adalah aspek kohesi atau ketenunan dan konteks. Aspek kohesi atau ketenunan melihat kepada kesinambungan bahasa yang merujuk kepada jalinan fikiran serta unsur-unsur yang digunakan di dalam bahasa laras sains. Aspek konteks pula merupakan aspek yang melihat kepada kepada hubungan sesebuah teks yang dihubungkan dengan yang lain seperti hubungan antara penutur dan penulis. Bagi menghuraikan aspek ketenunan dan konteks ini, pengkaji akan mengaitkannya dengan aspek ketenunan dan unsur bukan linguistik (konteks) yang diperkenalkan oleh Ure dan Ellis (1977).

3.2.1 Aspek Ketenunan Menurut Ure dan Ellis (1977), aspek ketenunan membincangkan tentang unsur-unsur tertentu yang digunakan di dalam laras yang dikaji untuk mewujudkan kesatuan wacana yang utuh atau sebaliknya. Analisis yang dilakukan terhadap bahan-bahan wacana yang terkandung di dalam MajalahSains.Com mendapati bahawa unsur ketenunan sememangnya wujud di dalam wacana laras sains fizik. Ketenunan atau keutuhan teks akan tergambar melalui unsur pengulangan (kohesi) dan pertautan ayat (koheren).

Unsur pengulangan yang dapat dilihat di dalam wacana laras sains fizik ini adalah pengulangan leksikal dan pengulangan perujukan. Pengulangan leksikal memperlihatkan sesuatu kata yang akan diulang-ulang dalam sesebuah wacana. Katakata yang diulang ini kata yang penting untuk menggambarkan perkara yang sedang diperkatakan. Manakala, pengulangan rujukan adalah kata-kata yang diulang dalam bentuk yang berlainan tetapi merujuk kepada apa-apa perkara yang telah diperkatakan terlebih dahulu. Pengulangan leksikal dan pengulangan rujukan yang wujud di dalam wacana laras sains ini akan diperlihatkan di dalam contoh seperti di dalam jadual 5.0.

10

Bahasa dan Internet Jenis Pengulangan Pengulangan Leksikal

Contoh Ayat Takion ialah zarah hipotesis yang bergerak lebih pantas daripada cahaya. Menurut Teori Kerelatifan KhasِEinsteinِdanِujiِkajiِterkiniِdalamِduniaِ‘nyata’ِ kita, zarah tidak boleh bergerak lebih pantas daripada cahaya. Jika tidak dipatuhi, idea kita tentang sebab dan akibat sudah tentu disampahkan sahaja kerana suatu kesan dilihat boleh terjadi sebelum sebabnya. http://www.majalahsains.com/takion-zarah-lebih-pantasdaripada-cahaya/

Pengulangan Perujukan

Fried dan Gabellini mengusulkan model berasaskan takion ini ketika cuba mencari penjelasan tentang penyebaran tenaga gelap dalam ruang yang bertindak seolah-olah sebagai sumber yang memacu pengembangan alam semesta. Pada awalnya mereka mengusulkan bahawa tenaga gelap terhasil daripada ketakstabilan pasangan maya elektron dan positron. http://www.majalahsains.com/takion-zarah-lebih-pantasdaripada-cahaya/

Jadual 5.0 Jenis Pengulangan

Berdasarkan contoh yang diberikan di dalam Jadual 5.0 , pengulangan leksikal memperlihatkan pengulangan bagi kata zarah, cahaya dan bergerak lebih pantas. Ketiga-tiga kata ini diulang untuk menunjukkan pertautan yang wujud di dalam wacana yang dihasilkan. Secara amnya, kita mendapat gambaran bahawa keseluruhan wacana ini memperkatakan tentang kelajuan zarah cahaya. Di dalam bagi pengulangan perujukan pula, dapat dilihat bahawa kata mereka sebenarnya merujuk kepada Fried dan Gabellini. Kata mereka itulah yang merupakan rujukan bagi Fried dan Gabellini.

Seterusnya, unsur pertautan ayat (koheren) adalah merupakan aspek ketenunan pada unit ayat yang berbeza. Pengulangan akan berlaku kepada unit ayat sama ada dalam bentuk yang berderetan atau berlaku secara rawak. Contoh bagi unsur pertautan ini akan diperlihatkan di dalam Jadual 6.0.

11

Bahasa dan Internet

• …denganِpenemuanِzarahِfermionِMajoranaِyangِmendapatِliputan… • Zarah fermion Majorana telah ditemui oleh sekumpulan saintis Universiti Stanford… • ZarahِfermionِMajoranaِialahِtentangِzarahِfermion… • Oleh itu fermion Majorana yang bersifatِseparaِzarahِsubatomik… • ZarahِtersebutِmiripِfermionِMajoranaِdalamِbentukِzarahِkuasi… Jadual 6.0 Contoh Bagi Unsur Pertautan. Kelima-lima ayat di dalam jadual 6.0

merupakan ayat yang mempunyai

pengulangan struktur kata tetapi dalam ayat yang berlainan dan perenggan yang berlainan. Jenis pengulangan ini wujud untuk menggambarkan topik keseluruhan wacana yang dihasilkan. Dengan pengulangan ini, dapat disimpulkan bahawa wacana laras sains mempunyai pertautan antara ayat dan menepati aspek ketenunan.

3.2.2 Aspek Konteks Menurut Ure dan Ellis (1977), konteks merupakan ciri-ciri luaran teks yang turut mempengaruhi sesuatu laras yang dihasilkan oleh penutur ataupun anggota masyarakat. Ure dan Ellis (1977) menyebut konteks sebagai ciri-ciri yang menyumbang kepada variasi bahasa berlainan yang dihasilkan oleh penutur. Oleh itu, Ure dan Ellis membahagikan ciri-ciri keperihalan ini kepada dua aspek utama, iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran. Situasi luaran adalah keadaan ataupun faktor yang mempengaruhi sesebuah teks yang dihasilkan oleh masyarakat. Situasi ini sangat berkait dengan latar belakang sosial atau kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi cara hidup dan struktur sosial setiap anggota masyarakat. Manakala, situasi persekitaran pula meliputi aspek-aspek yang terlibat secara langsung di dalam penggunaan bahasa dalam sesuatu laras. Antara aspek-aspek yang akan menyumbang kepada penggunaan bahasa yang berlainan adalah cara penyampaian sesuatu bahasa, perhubungan sosial yang wujud di dalam sesuatu laras, bahan yang diperkatakan dan fungsi sosial perlakuan bahasa.

12

Bahasa dan Internet 3.2.2.1 Situasi Luaran

MajalahSains.com merupakan majalah yang muncul di abad ke 20 dan 21 seiring dengan kewujudan perkembangan internet. MajalahSains.Com ditubuhkan dan diuruskan oleh sekumpulan sukarelawan yang mempunyai latar belakang di dalam bidang sains teknologi. Mereka mengumpulkan artikel, jurnal dan bahan-bahan yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi.

Mereka terdiri daripada golongan

berpendidikan tinggi yang kini mempunyai karier-karier tersendiri di dalam bidang sains dan teknologi. Pendek kata, walaupun mereka hanya merupakan sukarelawan yang menguruskan MajalahSains.Com, mereka bukanlah golongan tangkap muat kerana mereka sendiri sangat memahami ilmu sains dan teknologi. Penulis-penulis serata dunia boleh berkongsi artikel dan jurnal untuk dimuatkan ke dalam majalah alam maya ini.

Teks-teks wacana yang wujud di dalam MajalahSains.Com hanya berfokuskan kepada bidang sains dan teknologi semata-mata. Penggunaan istilah-istilah sains fizik menunjukkan bahawa wacana yang wujud di dalam MajalahSains.Com sangat menepati ciri-ciri laras sains yang ingin dikaji. Contohnya dapat dilihat daripada tajuk artikel-artikel yang ditunjukkan di dalam jadual 7.0:

Bil 1 2 3

Contoh Tajuk Yang Bertepatan dengan Laras Sains Fizik Tajuk Istilah Penemuan Zarah dan Anti Zarah Fermion Zarah, Fermion Majorana oleh Mohd Faudzi Umar Majorana Tanya Saintis : Apakah Keradioaktifan? oleh Radioaktif, Saintis Mohd Faudzi Omar Bagaimana Pembelahan Nuklear Berlaku? Nuklear oleh Zamir Mohyedin Jadual 7.0 Contoh Tajuk Artikel

Tajuk-tajuk yang diperlihatkan di atas menunjukkan bahawa MajalahSains.Com merupakan majalah alam maya yang bertepatan dengan bidang sains dan teknologi. Penggunaan-penggunaan istilah tertentu menunjukkan bahawa ragam bahasa yang digunakan adalah ragam bahasa laras sains. 13

Bahasa dan Internet 3.2.2.2 Situasi Persekitaran Empat aspek yang dibincangkan oleh Ure dan Ellis berkenaan situasi persekitaran adalah cara penyampaian, hubungan sosial atau peribadi, bahan yang diperkatakan dan fungsi sosial perlakuan bahasa.

• Cara Penyampaian Wacana-wacana yang wujud di dalam MajalahSains.Com disampaikan dalam bentuk tulisan kepada pembacanya. Bahan yang digunakan untuk analisis ini merupakan bahan berbentuk tulisan yang ditulis dalam bentuk digital dan diakses melalui alam maya (online). Wacana-wacana laras sains yang wujud di dalam MajalahSains.Com kebanyakkannya terdiri daripada artikel, berita atau rumusan berkenaan bidang-bidang sains dan teknologi. • Hubungan Sosial/Peribadi Hubungan sosial yang wujud dalam teks ini merupakan hubungan antara penulis teks dengan pembaca. Hubungan ini bukanlah bersifat peribadi kerana penulisan teks yang dibuat bersifat tidak mesra. Hubungan yang wujud antara penulis dan pembaca adalah bersifat formal. Hal ini kerana, penulis teks tidak mengenali pembaca dan sebaliknya. • Bahan Yang Diperkatakan MajalahSains.Com merupakan sebuah gudang pengumpulan wacana-wacana laras sains. MajalahSains.Com memberikan kemudahan percuma kepada pembacanya untuk mengakses segala maklumat jurnal atau artikel berkaitan bidang sains dan teknologi. Selain itu, majalah alam maya ini juga memberi peluang kepada pembaca untuk berkongsi artikel atau jurnal. Walau bagaimanpun, perkongsian jurnal dan artikel hanyalah terhad kepada bidang sains dan teknologi semata-mata. • Fungsi Sosial Perlakuan Bahasa Fungsi sosial perlakuan bahasa menggabungkan dua perkara iaitu fungsi sosial dan perlakuan bahasa. Walau bagaimanapun, tiada fungsi sosial perlakuan bahasa yang wujud di dalam wacana laras sains di MajalahSains.Com 14

Bahasa dan Internet 4.0 KESIMPULAN Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, jelas menunjukkan bahawa larasa sains Fizik merupakan laras yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Antara ciri-ciri utama yang dapat dilihati wujud di dalam laras sains Fizik adalah laras ini merupakan laras yang menggunakan bahasa yang agak formal dan bersifat fakta semata-mata serta aspek kosa katanya kaya dengan istilah yang berkaitan. Laras bahasa sains boleh dibezakan dengan laras bahasa lain dengan melihat kepada penggunaan istilah khususnya. Istilah-istilah dalam laras sains Fizik ini kebanyakannya dipinjam daripada kosa kata bahssa Inggeris. Selain itu, wacana laras sains Fizik ini juga merupakan wacana yang mementingkan keutuhan dan pertautan. Oleh itu, Kajian ini juga telah mengesahkan pernyataan Bloor dan Bloor (2007) bahawa wacana sains bertujuan menyampaikan sesuatu yang bersifat dakwaan, iaitu melaporkan hasil eksperimen tentang sesuatu topik untuk memahami dunia dengan lebih baik.

15

Bahasa dan Internet RUJUKAN

Ab. Razak Ab. Karim. (2005). Kitab Tib: Satu Analisis Laras Perubatan dalam Jurnal Bahasa, hlm 77-111, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Asmah Haji Omar, (2007) Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bloor, M. & Bloor, T. (2007). The Practice of Critical Discourse Analysis: An Introduction. London: Hodder Education Brown, Gillian dan George Yule. (1993) Discourse Analysis. Cambridge: Cambridge University Press. Depdiknas. (2008) Kamus Besar Indonesia Edisi Keempat. Gramedia, Jakarta. Gibson, L. S. (2007). Considering critical thinking and History 12: One teacher’s story (Master’sِ thesis).ِ Dicapaiِ padaِ 17ِ Disemberِ 2017ِ padaِ jamِ 3.00ِ pagi.ِِ Halliday, M.A.K. (1978) Language as Social Semiotic: The Social Interpretation of Language and Meaning. Ed- ward Arnold, London. Halliday, M.A.K. (1991) The notion of "context" in language education. In T. Le & M. McCausland (Eds), Language development: Interaction and development, University of Tasmania, Launceston dicapai pada 06.11.2017 pada pukul 6.00 petang. Indirawati Zahid. (2012). Kesantunan Melayu ke Arah Situasi Bebas Konflik. Dlm. Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa, disunting oleh Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar dan Maslida Yusof, 170-189. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Leech, G.N dan Short, M.H. (1981). Style in Fiction: A Linguistic Introduction to English Fictional Prose, London: Longman. Md Adama, Mohd Nur Hafizudin (2011) Kesantunan Berbahasa dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah. Tesis Master, Universiti Putra Malaysia. Noor Shahida Wahab. (2016). Analisis Laras Bahasa Kesihatan Dalam Akhbar Atas Talian Al-Jazeera (Tesis Sarjana) dicapai pada 06.11.2017 pada pukul 6.00 petang. Nor Hashimah Jalaluddin (1991). Keimplisitan Ujaran: Satu Analisis Teori Relevans. Jurnal Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Norazlina Mohd Kiram & Raja Masittah RajaAriffin. (2012). Kesantunan Berbahasa Orang Melayu menerusi Gaya Pengurusan Air Muka dalam Saga: Aplikasi Teori Ting- Toomey, Jurnal Bahasa: 12 (2), 284-300, dicapai pada 13.12.2017 pada jam 4.00 petang. < http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=70531> 16

Bahasa dan Internet

Prihatmi, Th Sri Rahayu (1999) Nh. Dini : Karya dan Dunianya. Gramedia, Jakarta. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Producer). (2017). Internet User Survey 2017. Dicapai pada 13 Disember 2017, jam 9.00 malam. https://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/MCMC-InternetUsers-Sur vey-2017_v2.pdf\> Widawati. C. W. (2010) Makna Konstruksi, Makna Kontektual dan Makna Konseptual, dicapai pada 05.11.2017, pukul 11.00 malam, Wong, Nai Kung (2003) Penggunaan laras ekonomi dalam akhbar Melayu : satu analisis leksikal / Wong Nai Kung. Tesis Master, Universiti Malaya. Dicapai pada 13 Disember 2017, jam 9.00 malam. Ahn, Young Ho (2004) Laras bahasa : suatu analisis tajuk-tajuk berita dalam Berita Harian tahun 1996-1997 / Ahn Young Ho.PhD thesis, Universiti Malaya. Dicapai pada 17 Disember 2017, jam 6.00 petang. Wahab, Noor Shahida (2016) Analisis laras bahasa kesihatan dalam akhbar atas talian al-Jazeera / Noor Shahida Wahab.Masters thesis, University of Malaya. dicapai pada 06 Disember 2017, jam 6.00 petang. Md Sallehuddin, Nur Hakimah (2016) Terminologi ekonomi Bahasa Arab dalam majalah Aswaq.. Tesis Master, University of Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/6476/ Lee, Ai Chat (2001) Analisis teks ucapan politik bahasa Melayu dari segi retorik : satu kajian kes terhadap ucapan politik Dr. Mahathir Mohamad / Lee Ai Chat. Tesis Master, Universiti Malaya. Dicapai pada 06 Disember 2017, jam 6.00 petang. Idris Aman, and Norsimah Mat Awal, and Mohammad Fadzeli Jaafar, (2014) Strategi wacana teks akademik sains dan teknologi. GEMA: Online Journal of Language Studies, 14 (1). ISSN 1675-8021 pp. 189-202. Dicapai pada 17 Disember 2017, jam 3.00 pagi.

17

Bahasa dan Internet Lampiran A MAJALAHSAINS.COM

Majalah Maya : MajalahSains.Com url : http://www.majalahsains.

Tajuk Artikel Yang Digunakan Sebagai Data Kajian Bil 1

2

3

4

5

Tajuk Artikel Yang Digunakan Sebagai Data Kajian Mitos Telur Berdiri Semasa Gerhana: Sains Menjelaskan! Oleh: Muhammad Musoddiq Jaafar & Mohd Faizal Aziz https://www.majalahsains.com/mitos-telur-berdiri-sewaktu-gerhana/ Penemuan Zarah Dan Anti-Zarah Fermion Majorana Oleh: Mohd Faudzi Umar https://www.majalahsains.com/penemuan-zarah-dan-anti-zarah-fermion-majorana/ Takion, Zarah “Lebih Pantas Daripada Cahaya”? Oleh: Shahrul Kadri Ayop https://www.majalahsains.com/takion-zarah-lebih-pantas-daripada-cahaya/ Superbendalir: Bendalir Kuantum Luar Biasa Oleh: Anir Syazwan Sharbirin https://www.majalahsains.com/superbendalirbendalir-kuantum-luar-biasa/ Sains Di Sebalik Reaktor Nuklear Oleh: Mohamad Hairie Rabir https://www.majalahsains.com/sains-di-sebalik-reaktor-nuklear/

18

Bahasa dan Internet Lampiran B

KEBENARAN MEMOHON MENGGUNAKAN LAMAN WEB MAJALAHSAINS.COM

19

Bahasa dan Internet

ANALISIS BAHASA DALAM LARAS RESEPI DI LAMAN WEB MY RESEPI.COM MENGIKUT TEORI PENDEKATAN URE DAN ELLIS (1977) Fatin Syazwani Binti Zullkifli

ABSTRAK Memperlihatkan kajian bahasa dalam laras resepi di laman web my. resepi.com berlandaskan teori pendekatan Ure dan Ellis (1977). Laras resepi merupakan satu laras yang sememangnya menggunakan maklumat yang disampaikan secara terperinci dan dijadikan sebagai rujukan bagi individu yang ingin memasak. Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan bahasa dalam laras resepi dengan melihat kepada teori yang dikaji. Penganalisis data dibuat berdasarkan teori pendekatan Ure dan Ellis pada tahun 1977 yang mengambil kira aspek linguistik dan bukan linguistik. Pengkaji mendapati bahawa kajian mengenai laras bahasa dengan menggunakan teori ini salah satunya dapat menjelaskan ciri-ciri keperihalan dan juga ciri-ciri linguistik dalam sesuatu bahasa. Selain itu, kajian ini menggunakan kaedah menemu bual dan merakam suara responden. Perbualan tersebut perlu ditranskripsikan semula ke dalam bahasa Melayu standard (BMS) untuk memudahkan pembaca memahami bahasa yang digunakan oleh subjek kajian dan hasilnya dianalisis dari sudut linguistik. Kemudian, kajian ini juga menggunakan kaedah soal selidik dengan tinjauan ringkas menggunakan Google Form telah dilakukan dengan menyediakan beberapa soalan berkaitan laras resepi. Akhir sekali menggunakan kaedah pemerhatian dengan merakam video responden memasak dengan menggunakan resepi di laman web my.resepi.com. Tujuan penelitian adalah untuk melihat penggunaan bahasa dalam laras resepi di laman web my resepi.com. Oleh itu, laras bahasa adalah penting terhadap masyarakat dalam pelbagai urusan kehidupan. Dapatan kajian ini juga diharapkan menjadi pemangkin kepada kajian yang berkaitan dengan laras bahasa dengan tumpuan kepada aspek yang lain.

kata kunci: laras, laras resepi, bahasa, my resepi.com, teori

20

Bahasa dan Internet

1.0

PENDAHULUAN

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa bahasa adalah alat komunikasi yang merujuk kepada lambang bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Menurut Hall (1968: 5), bahasa adalah institusi untuk manusia berkomunikasi dan berinteraksi melalui simbol-simbol lisan pendengaran yang arbitrari mengikut tabiat.1 Hal ini bermakna melalui bahasa, manusia dapat menyampaikan

sesuatu keinginan atau

kehendak mereka. Oleh itu, terdapat pelbagai laras bahasa yang dapat dilihat dalam penggunaan bahasa dalam sesuatu laras. Secara umumnya, laras merupakan konvensi sosial dan sesuatu laras digunakan untuk sesuatu situasi. Ahli-ahli masyarakat menunjukkan bahawa mereka menyedari akan situasi-situasi sosial yang berlainan dengan memilih laras yang berbeza untuk situasi-situasi yang berlainan. Menurut Nik Safiah Karim (1983: 1), laras atau register bermakna cara atau gaya penggunaan sesuatu bahasa. Jadi sesuatu laras dikatakan variasi yang dipilih daripada sekumpulan variasi yang terdapat pada setiap penutur. Hal ini bermakna penggunaan bahasa berubah mengikut konteks bidang dan juga peringkat sosial. Menurut Asmah Haji Omar (1984: 92) pula, laras bahasa merujuk kelainan bahasa yang digunakan mengikut sesuatu bidang, misalnya bidang ilmu dan bidang sosial. 2 Bahasa yang digunakan dalam bidang keilmuan tertentu memperlihatkan beberapa perbezaan daripada bahasa yang digunakan dalam ilmu yang lain (ibid.). Oleh itu, perbezaan yang wujud bukanlah satu perbezaan sistem bahasa akan tetapi kesukaran yang wujud dalam pemahaman konsep-konsep yang dilihat oleh istilah-istilah tertentu atau khusus. Dalam kajian ini, pengkaji telah melakukan kajian dengan cara menemu bual seorang responden yang merupakan pelajar Universiti Sains Malaysia untuk mengetahui penggunaan bahasa dalam laras resepi di laman web my resepi.com. Selain itu, tinjauan yang dilakukan dengan merakam suara responden untuk dijadikan sebagai bahan bukti dan rujukan. Kemudiannya, perbualan tersebut perlu ditranskripsikan semula ke dalam bahasa Melayu Standard (BMS) bagi memudahkan pembaca memahami bahasa yang digunakan oleh subjek kajian. Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik di Google Form dengan menyatakan beberapa soalan sebagai data dalam kajian. Di samping itu, kaedah pemerhatian juga dilakukan dengan 1

2

John Lyons. (1932). Bahasa dan Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 5. Asmah Hj.Omar. (1982). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

21

Bahasa dan Internet merakam video responden memasak dengan menggunakan resepi di laman web my resepi.com. Pengkaji memfokuskan kajian dengan melihat sejauhmanakah penggunaan bahasa dalam laras resepi di laman web my resepi.com. Bukan itu sahaja, pengkaji juga memberi penekanan kepada kajian mengenai resepi berdasarkan pendekatan Ure dan Ellis (1977) berdasarkan ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik yang terdapat dalam sesuatu penggunaan bahasa itu. Di akhir penulisan, rumusan kecil akan dinyatakan bagi memperlihatkan dengan jelas mengenai segala aspek yang dinyatakan dalam topik perbincangan ini.

2.0

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk : 2.1

Menghuraikan dan menjelaskan penggunaan laras resepi di laman web my resipi.com mengikut teori pendekatan Ure dan Ellis (1977).

2.2

Mengenalpasti dan menganalisis ciri-ciri keperihalan dalam laras resepi di laman web my.resepi.com mengikut teori pendekatan Ure dan Ellis (1977).

2.3

Mengenalpasti dan menganalisis ciri-ciri linguistik dalam laras resepi di laman web my.resepi.com mengikut teori pendekatan Ure dan Ellis (1977).

3.0

BATASAN KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji membataskan kajian ini supaya dapatan kajian adalah memuaskan. Pengkaji meletakkan skop yang agak sempit dalam batasan kajian, namun begitu keseluruhan aspek dalam ayat merupakan intipati yang menyeluruh. Dalam kajian ini, pengkaji membataskan bahan kajian kepada skop yang sempit iaitu pengkaji hanya melakukan kajian bahasa dalam laras resepi di laman web my resepi.com. Selain daripada itu, teori yang digunakan oleh pengkaji dalam menganalisis resepi ini berdasarkan teori yang telah dikemukakan oleh Ure dan Ellis pada tahun 1977. Pendekatan yang dilakukan oleh kedua-dua tokoh ini adalah meninjau melalui satu situasi sosial ataupun peristiwa sesuatu bahasa. Oleh yang demikian, kedua-dua tokoh 22

Bahasa dan Internet ini menamakannya sebagai ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik dalam penggunaan bahasa. Oleh itu, pengkaji juga membataskan penggunakan teori sebagai satu landasan kajian iaitu pengkaji hanya menggunakan satu proses dan konsep untuk melihat penggunaan sesuatu bahasa yang dikaji. Pengkaji juga akan menggunakan teori ini sebagai rujukan dalam bahan kajian.

4.0

KAEDAH KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan kaedah menemu bual seorang pelajar di Universiti Sains Malaysia dengan merakam suara. Sebelum menemu bual, pengkaji menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan latar belakang diri, penggunaan bahasa dalam laras resepi dan sebagainya. Kemudiannya, perbualan tersebut perlu ditranskripsikan semula ke dalam bahasa Melayu Standard (BMS) untuk memudahkan pembaca memahami bahasa yang digunakan oleh subjek kajian. Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dengan merakam video

responden memasak

dengan menggunakan resepi di laman web my resepi.com. Akhir sekali, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik berdasarkan tinjauan ringkas menggunakan Google Form dengan menyediakan beberapa soalan berkaitan dengan laras resepi di laman web my.resepi.com untuk dijadikan sebagai bahan kajian.

5.0

DAPATAN DAN ANALISIS

5.1

KONSEP DAN DEFINISI

Laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan seharian masyarakat. Sememangnya penutur akan mengubah dengan sendiri sesuatu laras bergantung kepada keadaan ataupun situasi sesuatu peristiwa bahasa itu sedang berlaku. Abdullah Hassan (1989: 26), mengatakan laras adalah satu pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteks ayat. Sememangnya sesuatu laras yang sesuai digunakan adalah pengolahan bahasa yang baik, mempunyai hubungan rapat antara isi dengan perkara yang dibincangkan dalam sesuatu laras. Selain itu, menurut Za’baِ (1962:ِ 23),ِ menerangkanِ larasِ ialahِ rupaِ susukِ bahasaِ yangِ dipakaiِ apabilaِ bercakap atau mengarang iaitu mengenai perkataan, ikatan ayat, penyusunan ayat

23

Bahasa dan Internet ataupun bentuk sesuatu peribahasa.3 Di samping itu juga, Halliday (1968: 4) pula, mendefinisikan laras sebagai variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi atau dengan kata yang lebih mudah adalah laras berubah mengikut situasi.4 Hal ini demikian kerana beliau berdasarkan perbezaan laras yang digunakan kepada dua faktor. Faktor tersebut adalah pengguna dan penggunaan. Jadi, variasi bahasa yang timbul berkaitan dengan pengguna adalah ‘dialek’ ataupun melibatkan tempat asal seseorang manakala variasi bahasa pula berkaitan dengan penggunaan, merujuk kepada kumpulan sosial dalam sesebuah masyarakat. Begitu juga dalam kalangan pengkaji-pengkaji barat yang menyatakan definisi mengenai konsep yang dikemukakan oleh mereka mengenai laras. Dalam hal ini, laras ataupun dipanggil sebagai register pertama kali telah digunakan oleh tokoh yang bernama Reid pada tahun 1956 untuk menerangkan perbezaan perlakuan bahasa individu akan tetapi yang dilakukan oleh pengkaji yang bernama Malinowksi dianggap sebagai satu kajian terawal yang berkaitan dengan konsep laras bahasa. Hal ini demikian kerana pengkaji ini telah melakukan kajian di gugusan Pulau Pasifik Selatan iaitu di Kepulauan Trobrian atau dikenali sebagai Kepulauan Kiriwina. Oleh itu, dalam kajian yang dilakukan oleh mereka adalah cuba menterjemahkan teks-teks dalam bahasa Kiriwina yang diperoleh daripada kajiannya ke dalam bahasa Inggeris walaupun tidak dapat difahaminya. Sememangnya kajian beliau mengenai ujaran manusia dan hubungannya dengan masyarakat adalah memperlihatkan hubungan antara ujaran manusia dengan konteks bahasa yang dilafazkan. Dengan berbuat demikian, beliau berpendapat bahawa ujaran-ujaran hanya akan bermakna jika dilafazkan dalam konteks tertentu dan makna bagi sesuatu akan ditentukan sendiri oleh konteks ujaran yang berkaitan. Oleh itu, pendapat Malinowski ini kemudiannya dikembangkan oleh pengikutnya yang bernama J.R. Firth dan kemudiannya meluaskan konsep yang digunakan oleh Malinowski tersebut. Oleh itu, dalam kajian ini lama-kelamaannya dikenali sebagai laras bahasa.

3

Viani Sillv. (2014). Laras Bahasa, dicapai pada 7 December 2017. https://vianisilv.wordpress.com/2014/10/17laras bahasa-2/. 4 Nik Safiah Karim. (1990). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 4-5.

24

Bahasa dan Internet Jika ditinjau dari aspek lain pula, resepi merujuk kepada satu formula bertulis yang sememangnya digunakan untuk menghasilkan sesuatu makanan pada tahap kualiti serta kuantiti yang diingini bagi setiap premis perniagaan makanan. Hal ini demikian kerana resepi haruslah menyatakan secara terperinci dan jelas kuantiti dan kualiti sesuatu bahan yang digunakan. Tujuannya adalah untuk memudahkan individu memasak. Selain itu, resepi juga menunjukkan jalan kerja bagi menyediakan sesuatu hidangan yang perlu diikuti. Oleh itu, laras resepi merupakan salah satu daripada laras moden dan kebanyakannya ramai tidak mengetahui dan menyedari bahawa kewujudan laras ini dalam masyarakat. Berdasarkan aspek sejarah, laras resepi ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi namun begitu resepi ini tidak dinyatakan secara bertulis dan disampaikan secara lisan misalnya disampaikan daripada seorang tukang masak kepada orang lain. Tidak dapat dinafikan lagi dalam sesebuah keluarga, ibu akan mewariskan cara-cara memasak sesuatu jenis resepi kepada anak-anak . Oleh itu, anak-anak akan mewarisi dan mengajar pula kepada generasi yang lain. Jadi secara tidak langsung laras resepi akan berkembang dengan pesat dalam kalangan masyarakat. Kemudiannya, kewujudan laras resepi pada zaman moden ini bukanlah hanya untuk keperluan keluarga akan tetapi terdapatnya faktor-faktor lain yang mempengaruhinya. Sebagai contoh, faktornya adalah untuk tujuan perniagaan di pasar-pasar, hotel-hotel, warungwarung dan juga untuk tujuan yang lain. Hal ini disebabkan kerana berlakunya perubahan pada cara memasak sesuatu jenis resepi, sukatan terhadap bahan-bahan untuk memasak, alat-alat yang digunakan ketika memasak, dan lain-lain lagi. Selain itu, laras resepi ini juga diperluaskan penggunaannya untuk tujuan para perniaga dan juga untuk perkongsian ilmu masakan dengan orang lain. Berdasarkan pendekatan kajian laras bahasa, ramai pengkaji telah melakukan kajian dan mengemukakan pendekatan. Pendekatan yang digunakan dalam kajian laras adalah pendekatan Halliday (1968), Ure dan Ellis (1977) dan juga pendekatan Leech dan Short (1981). Jadi, penulis akan membincangkan pendekatan yang digunakan berdasarkan pendekatan Ure dan Ellis (1977) dalam kajian ini. Ure dan Ellis (1977) menyatakan laras adalah jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. Pendekatan ini meninjau kepentingan peristiwa bahasa sebagai fokus utama dalam satu kajian sesuatu laras yang hendak dikaji. Hal ini demikian kerana setiap penggunaan bahasa sememangnya memerlukan situasi sosial atau satu peristiwa bahasa. Secara tidak langsung, mereka menamakannya sebagai ciri-ciri keperihalan dan 25

Bahasa dan Internet ciri-ciri linguistik yang hadir dalam sesuatu penggunaan bahasa. Sebagaimana yang kita ketahui, ciri-ciri keperihalan adalah merupakan ciri-ciri luaran yang terdapat dalam peristiwa bahasa dan tokoh ini telah membahagikan ciri keperihalan ini kepada dua bahagian. Antaranya adalah situasi luaran dan juga situasi persekitaran. Dalam konteks situasi luaran, ia merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat. Hal ini menggambarkan bahawa struktur sosial ini adalah menunjukkan latar belakang sosial dan juga budaya sesebuah masyarakat bahasa. Situasi persekitaran pula merujuk kepada aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan laras. Antaranya adalah cara penyampaian, hubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan dan juga fungsi sosial perlakuan bahasa. Aspek kedua yang diperkatakan oleh Ure dan Ellis mengenai laras adalah ciriciri linguistik. Seperti yang sedia maklum, kata linguistik berasal dari bahasa Latin ‘Lingua’ yang bermaksud bahasa. Sememangnya perkataan itu digunakan dalam bahasa-bahasa lain menjadi langue (Perancis), lingua (Itali), lengua (Sepanyol) dan linguistics (Inggeris). Linguistics ditakrifkan sebagai ‘the science of languages’atau ‘comparative grammar’ (Cassell Concise English Dictionary, 1957: 790).5 Menurut KamusِDewanِEdisiِKetigaِ(1996:ِ814)ِpulaِmendefinisikanِlinguistikِsebagaiِ‘ِkajianِ tentangِ bahasa’.ِ Bukanِ ituِ sahaja,ِ linguistikِ jugaِ adalahِ pengkajianِ sainsِ mengenaiِ bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan misalnya pengkajian sains yang lain. Hal ini dapat membuktikan bahawa bahasa adalah aset manusia yang paling penting dan berharga dalam mengekalkan kemanusiaan itu sendiri. Jadi, melalui bahasalah segala bentuk peradaban dan ilmu pengetahuan disampaikan daripada satu generasi ke satu generasi sejak zaman berzaman. Melihat kepada aspek kedua yang diperkatakan oleh Ure dan Ellis mengenai laras adalah ciri-ciri linguistik. Antaranya adalah aspek kosa kata, aspek ayat dan juga aspek ketenunan. Sememangnya aspekaspek ini adalah sangat penting sebagai kajian dalam penggunaan bahasa sesuatu kajian tentang laras. Oleh itu, melalui ciri-ciri linguistik ini penulis dapat mengkaji penggunaan bahasa dalam laras resepi yang dikaji. Berikut adalah rumusan pendekatan

5

Fadzilyiana Ramli. (2000). Definisi Linguistik, dicapai pada https://www.scribd.com/document/59269069/Definisi-Linguistik.

8

December

2017.

26

Bahasa dan Internet Ure dan Ellis (1977) yang akan dikaji dalam laras resepi di lawan web my resepi.com dalam bentuk carta yang tentera di bawah ini. LARAS

Ciri-ciri keperihalan

Ciri-ciri linguistik - aspek kosa kata

Situasi luaran

Situasi persekitaran

- aspek ayat -

aspek ketenunan

- cara penyampaian - hubungan sosial & peribadi - bahan yang diperkatakan - fungsi sosial perlakuan bahasa Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas terdapat pendekatan yang digunakan adalah hampir sama dengan pendekatan Ure dan Ellis (1977). Pendekatan tersebut adalah dikenali sebagai pendekatan Leech dan Short (1981). Pendekatan Leech dan Short adalah pendekatan yang mengkaji sesuatu laras bahasa. Perbezaan pendekatan Leech dan Short (1981) dengan pendekatan Ure dan Ellis (1977) adalah dalam aspek tatabahasa dan juga leksikal serta tambahan pada aspek keindahan bahasa yang digunakan dalam sesuatu laras. Oleh itu, Leech dan Short membincangkan empat aspek dalam kajian laras. Menurut kedua-dua tokoh ini, gaya persembahan sesebuah laras dirujuk sebagai suatu cara untuk membezakan antara satu laras dengan laras yang lain. Kedua-dua tokoh ini menggunakan gaya persembahan sebagai kajiannya. Mereka telah mengemukakan keempat-empat aspek seperti tatabahasa, leksikal, gaya ataupun keindahan bahasa, aspek ketenunan dan konteks. Oleh itu, tujuan pengkaji menjelaskan pendekatan ini adalah untuk menunjukkan terdapatnya pendekatan lain yang boleh digunakan sebagai rujukan kepada pengkaji lain untuk melakukan kajian laras bahasa. Sememangnya terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan oleh para pengkaji dan pendekatan tersebut adalah hampir sama sahaja akan tetapi yang membezakannya adalah keterperinciannya sahaja yang berlainan. Lantaran itu, sesetengah pengkaji menggunakan pendekatan yang lebih mudah untuk melakukan 27

Bahasa dan Internet kajian. Jadi, pengkaji membincangkan kajian ini berdasarkan pendekatan Ure dan Ellis kerana ia mencakupi pelbagai aspek-aspek penting berkaitan dengan teks.

5.2 CIRI-CIRI KEPERIHALAN Seperti yang telah dijelaskan di atas, perbincangan mengenai laras bahasa tidak akan terlepas daripada membincangkan ciri-ciri keperihalan yang telah dikemukakan oleh pendekatan teori Ure dan Ellis (1977). Sememangnya penggunaan laras bahasa yang berlainan ditentukan oleh faktor utama iaitu ciri-ciri keperihalan. Ciri-ciri keperihalan merujuk kepada ciri-ciri luaran yang terdapat dalam sesuatu peristiwa bahasa. Ciri-ciri keperihalan terbahagi kepada dua bahagian. Antaranya adalah situasi luaran dan juga situasi persekitaran. Situasi luaran didefinisikan sebagai latar belakang sosial dan juga budaya sesebuah masyarakat bahasa yang mencakupi struktur sosial dan juga merujuk kepada

keseluruhan cara hidup masyarakat yang menyatakan pelakuan anggota

masyarakat. Selain itu, situasi persekitaran pula merujuk kepada aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa. Antaranya ialah cara penyampaian, hubungan sosial dan peribadi, bahan-bahan yang diperkatakan dan akhir sekali ialah fungsi sosial perlakuan bahasa. Berikut adalah definisi bagi setiap aspek yang telah dinyatakan dalam jadual 1 : Aspek-aspek situasi persekitaran Cara penyampaian -Jenis-jenis bahasa (lisan,isyarat, tulisan dll)

Hubungan sosial dan peribadi -Hubungan pameran dengan pameran yang lain.

Bahan-bahan yang diperkatakan -Kandungan yang dibincangkan dalam peristiwa sesuatu bahasa.

Fungsi sosial perlakuan bahasa -Peristiwa bahasa yang berlaku dalam laras.

Jadual 1 : Definisi setiap aspek dalam situasi persekitaran. Berdasarkan analisis data resepi yang telah diperoleh, pengkaji mendapati bahawa keseluruhan laras resepi yang telah dikaji mempunyai ciri-ciri keperihalan yang sama bagi kelima-lima resepi yang telah diambil. Sememangnya aspek-aspek penting dalam ciri-ciri keperihalan yang dikemukakan oleh Ure dan Ellis (1977) ini turut disokong oleh Halliday (1968). Hal ini dapat dibuktikan lagi bahawa Halliday juga turut menggunakan ciri-ciri keperihalan dalam mengkaji sesuatu laras bahasa dengan 28

Bahasa dan Internet menggunakan beberapa aspek yang berkaitan dengan laras. Aspek-aspek yang digunakannya adalah mengenai tajuk wacana, saluran dan juga gaya wacana. Ketigatiga aspek ini juga dilihat dari sudut yang hampir sama dengan bahan yang hendak diperkatakan dalam mengkaji sesuatu laras. Oleh itu, aspek-aspek yang dikemukakan oleh Halliday (1968) ini juga boleh digunakan sebagai kajian bahasa sesuatu laras yang hendak dikaji. Ciri-ciri keperihalan yang pertama ialah situasi luaran. Seperti yang telah dinyatakan, situasi luaran merujuk kepada latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup bagi menentukan perlakuan-perlakuan anggota masyarakat. Berdasarkan kandungan yang terdapat dalam teks ini, pengkaji mendapati bahawa teks di dalam laras resepi ini dihasilkan oleh masyarakat zaman moden atau dalam linkungan abad ke-20. Hal ini demikian kerana laras resepi ini memaparkan perkara-perkara baharu dalam masyarakat dan banyak menggunakan bahan-bahan yang moden dalam penyediaan sesuatu masakan. Hal ini dapat dibuktikan lagi bahawa resepi-resepi yang telah diambil di dalam laman web my resipi.com ini adalah masakan-masakan yang pelbagai jenis aneka serta resepi-resepi daripada negara-negara jiran iaitu Jepun, India, dan juga Thailand. Berdasarkan data yang diperoleh, situasi persekitaran pertama yang akan dikaji adalah melalui cara penyampaian. Seperti yang telah dinyatakan dalam jadual 1, cara penyampaian merujuk kepada bentuk perhubungan yang digunakan dalam sesuatu bahasa. Hasil kajian mendapati bahawa cara penyampaian teks di dalam laras resepi my resepi.com ini dapat dilihat melalui bentuk tulisan. Sememangnya pada peringkat awalnya, kemunculan laras resepi ini disampaikan melalui bentuk lisan sahaja. Jadi memandangkan masyarakat pada hari ini telah moden dan semakin maju, kebanyakan resepi-resepi telah dipamerkan di dalam laman sesawang. Sememangnya tujuan utama laras resepi ini adalah untuk menyampaikan maklumat dan tunjuk ajar tentang sesuatu masakan kepada masyarakat terutama sekali bagi golongan para wanita. Hal ini dapat dibuktikan lagi melalui hasil temu bual, responden memasak dengan menggunakan resepi di laman web my resepi.com. Antara masakan yang dimasak oleh responden adalah masakan Asam Pedas.

29

Bahasa dan Internet Situasi persekitaran yang kedua yang akan dikaji adalah mengenai aspek hubungan sosial dan peribadi. Seperti yang telah dinyatakan dalam jadual 1, aspek peribadi adalah berdasarkan kepada hubungan kekeluargaan manakala aspek tidak peribadi pula merujuk kepada penulis dan juga pembaca. Oleh itu, berdasarkan aspek hubungan sosial dan peribadi yang dapat dilihat melalui teks di dalam my resepi.com ini adalah kerana laras resepi ini tidak mempunyai unsur-unsur hubungan peribadi dan juga sosial. Hal ini disebabkan kerana laras resepi ini adalah lebih kepada bersifat formal ataupun rasmi. Jadi, apabila laras ini bersifat formal secara tidak langsung ia tidak mempunyai sebarang bentuk kemesraan dan keakraban antara hubungan penulis ataupun pereka resepi dengan pembaca. Oleh itu, hasil kajian dapat dibuktikan dengan jelas bahawa laras resepi ini adalah bersifat formal. Selain itu, melihat kepada aspek persekitaran yang dikemukakan oleh Ure dan Ellis pada tahun 1977 adalah melalui bahan yang diperkatakan. Sememangnya bahan yang diperkatakan ini adalah merujuk kepada isi yang menjadi bahan perbincangan sesuatu bahasa ataupun dipanggil sebagai topik utama. Hasil kajian didapati bahawa bahan-bahan teks dalam laras resepi di my resepi.com lebih merujuk kepada penceritaan penyediaan sesuatu masakan. Salah satunya adalah penyediaan resepi yang dinamakanِ sebagaiِ ‘kerabu udang’ِ (jadualِ 4).ِ Kemudiannya,ِ teksِ iniِ jugaِِ mengemukakan bahan-bahan yang perlu ada dalam sesuatu masakan. Sebagai contoh, antara bahan yang terdapat dalam analisis data resepi ini ialah bawang merah, cili, lada hitam, gula, dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, resepi di dalam my resepi.com ini juga memaparkan langkah-langkah dalam menyediakan resepi dan memaparkan cara-cara untuk memasak. Akhir sekali merujuk kepada hubungan sosial perlakuan bahasa, pengkaji mendapati bahawa hubungan sosial perlakuan bahasa tidak terdapat di dalam laras resepi ini.

5.3 CIRI-CIRI LINGUISTIK Aspek kedua yang diperkatakan oleh Ure dan Ellis (1977) mengenai laras ialah ciri-ciri linguistik. Berdasarkan pendekatan ini, terdapat tiga aspek penting yang perlu dibincangkan. Antaranya adalah aspek kosa kata, aspek ayat, dan aspek ketenunan. Perkara utama yang diberikan tumpuan dalam aspek kosa kata adalah penggunaan kata 30

Bahasa dan Internet dalam sesuatu laras. Aspek ayat pula melihat kepada jenis ayat serta binaan ayat yang digunakan dalam sesuatu laras. Kemudian, dalam aspek ketenunan pula merujuk kepada keutuhan sesuatu laras sebagai sebuah teks iaitu berkaitan dengan unsur-unsur tertentu yang digunakan oleh pemeran dalam sesuatu laras. Sememangnya ciri-ciri linguistik adalah sangat penting dalam pengkajian sesuatu bahasa. Berikut adalah aspek-aspek yang akan dibincangkan berdasarkan resepi di laman web my resepi.com berdasarkan di dalam jadual 1, 2, 3, 4, dan 5 yang terletak di bahagian lampiran.

5.3.1

ASPEK KOSA KATA

Seperti yang kita ketahui, tatabahasa adalah salah satu bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan juga proses pembinaan ayat sesuatu bahasa misalnya dalam penyusunannya sesuatu ayat. Sememangnya tatabahasa menjadi satu asas untuk penglahiran bahasa yang baik dan indah serta mudah difahami oleh pengguna. Menurut Abdullah Hassan (2008), tatabahasa adalah susunan perkataan yang menjadi ayat. Dalam konteks ini, cara perkataan-perkataan dibina dan kemudiannya disusun dalam ayat yang sememangnya mempunyai makna. Terdapat beberapa aspek yang berkaitan dengan tatabahasa iaitu dari segi kosa kata yang digunakan dalam laras ini. Antaranya ialah kata kerja, kata hubung, dan kata bilangan. Menurut Asmah Haji Omar (1982: 81), kata kerja adalah merupakan perkataan yang mengandungi perbuatan atau menunjukkan keadaan perbuatan serta kata yang berfungsi pada predikat dalam ayat. Berdasarkan kajian analisis resepi yang dilakukan, kata kerja yang digunakan adalah untuk memberi makna perbuatan dalam mesej yang ingin disampaikan oleh penutur. Antara contoh kata kerja yang terdapat dalam laras resepi ini adalah seperti berikut :

Kata Kerja a)

Masak

e) Gaul

b)

Potong

f) Goreng

c)

Hiris

g) Masuk

d)

Buang

h) Hidangkan

31

Bahasa dan Internet Oleh itu, laras ini menggunakan kata kerja untuk menyatakan atau menunjukkan sesuatu perbuatan dan keadaan dalam melakukan sesuatu perkara. Pada masa yang sama, terdapat juga penggunaan kata kerja di dalam resepi ini yang mengalami proses peleburanِ imbuhan.ِ Berikutِ terdapatِ dalamِ resepiِ ‘Donut Bergula’ِ (jadualِ 5).ِ Sememangnya kata kerja ini kebanyakannya adalah kata kerja pasif yang digugurkan imbuhannya apabila menjadi ayat perintah. Sebagai contoh adalah seperti berikut : a) memasukkan  masukkan b) dipanas

 panas

c) dituangkan  tuangkan d) diterapkan  terapkan e) digaul

 gaul

Seterusnya adalah kata hubung. Kata hubung adalah kata yang menghubungkan dua kata, frasa dan klausa. Kata hubung boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan jenis klausa yang dihubungkan, iaitu kata hubung setara dan kata hubung tak setara. Dalam resepi yang dikaji, terdapat penggunaan kata hubung yang sering digunakan dalam menggandingkan dua unsur dan lebih. Berikut adalah contoh yang diambil di dalam masakan Thailand dalam jadual 4 : a) Sendukkan pulut yang sudah masak di atas pinggan dan bentukkan bulat. b) Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukusan dan kukus lagi sehingga naik wap semula. c) Hidangkan bersama kuah santan dan mangga yang dihiriskan.

Oleh itu, kata hubung di dalam laras ini sangat penting untuk menghubungkan rangkai kata dengan rangkai kata yang lain. Memandangkan laras resepi adalah bersifat ilmiah. Jadi secara tidak langsung penggunaan kata hubung harus digunakan untuk menyampaikan mesej kepada pembaca. Di samping itu, menurut Asmah Haji Omar (1940: 98), kata bilangan adalah satu daripada subgolongan kepada kata benda. Kata bilangan juga termaktub di dalamnya ciri jumlah dan untuk menyatakan bilangan serta jumlah frasa nama. Oleh itu,terdapat banyak penggunaan kata bilangan tentu untuk menyatakan sukatan bahan 32

Bahasa dan Internet dalam masakan. Kata bilangan tentu ini menunjukkan bilangan tertentu dan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Hampir semua resepi di dalam jadual 1, 2, 3, 4 dan 5 menggunakan kata bilangan tentu untuk menyatakan sukatan bahan masakan. Berikut adalahِresepiِِ‘Kerabu Udang Bersama Tomato Hijau’ yang mempunyai kata bilangan tentu : a) 1 mangkuk isi udang b) 3 biji tomato hijau c) 2 sudu makan kacang tanah goreng d) 3 sudu makan santan pekat Jadi melihat kepada contoh ayat yang diberikan di atas ini adalah hasil daripada kajian yang dilakukan dalam kata bilangan tentu. Ternyata dapat dibuktikan bahawa dalam laras resepi ini penggunaan kata bilangan tentu sering digunakan oleh penutur untuk menyatakan bilangan tertentu dalam bahan yang hendak dimasak dan sangat penting dalam penggunaan laras resepi ini. Seperti yang sedia maklum, terdapat beberapa kata khusus yang digunakan dalam laras ini sebagai penanda kepada laras resipi. Sememangnya unsur-unsur istilah khusus dalam laras resepi ini sukar ditemui penggunaannya dalam laras yang lain. Hal ini demikian kerana laras resepi adalah laras yang mudah dibaca dan difahami. Antara kata yang terdapat dalam laras resepi ini ialah :

5.3.2

a) Masakkan

e) gaul

b) Masukkan

f) Potong

c) Rebuskan

g) Gaul

d) Hiriskan

h) Gorengkan

ASPEK AYAT

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa. Sememangnya ayat mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonansi yang sempurna. Berdasarkan analisis data, terdapat beberapa penggunaan ayat yang terdapat dalam

33

Bahasa dan Internet resepi-resepi yang telah dipilih. Antaranya ialah ayat perintah, ayat relatif dan ayat tunggal. Pertama, kebanyakan ayat yang digunakan dalam teks resepi yang dipilih ini adalah ayat perintah. Sememangnya penggunaan ayat perintah di dalam laras ini sangat bersesuaian dan bertepatan kerana laras ini bertujuan untuk mengajar seseorang itu menyediakan resepi. Oleh itu, ayat perintah adalah ayat yang paling sesuai untuk menunjukkan segala perintah dan juga arahan atas tujuan untuk menyampaikan kepada pembaca. Menurut Nik Safiah Karim (2015: 448), ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya dan biasanya akan digugurkan. Walaubagaimanapun, berdasarkan teks di dalam resepi yang digunakan ini, ayat perintah yang digunakan adalah jenis ayat suruhan. Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberikan perintah atau arahan. Berikut adalah contoh ayat suruhan yang di ambil dalam resepi masakan Thailand (jadual 3) : a) Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukusan dan kukus lagi sehingga naik wap semula. b) Sendukkan pulut yang sudah masak di atas pinggan dan bentukkan bulat. Kedua-dua ayat ini merupakan ayat suruhan yang mengalami peleburan subjek ayat. Pengkaji mendapati bahawa kelima-lima jenis masakan yang terdapat di dalam jadual 1, 2, 3, 4, dan 5 banyak mengalami proses peleburan subjek ayat. Peleburan subjek ayat iaitu kata ganti nama diri kedua atau orang yang diperintah untuk membuat sesuatu adalah perkara biasa yang digunakan dalam ayat suruhan. Jadi, subjek ayat tidak dinyatakan dalam laras resepi ini. Jika dilihat dalam ayat (a) dan (b) ini, subjek atau pelakunya adalah orang yang hendak memasak. Kebanyakan laras ini juga menggunakan predikat-predikat ayat sahaja kerana mesej utamanya pada bahagian predikat ayat. Selain itu, terdapat juga penggunaan ayat relatif . Ayat relatif merupakan ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunakan kata hubung yang, bahawa, kerana, jika dan sebagainya. Terdapat dua

34

Bahasa dan Internet ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan ‘yang’. Berikut adalah contoh ayat relatif yang terdapat dalam resepi masakan India. a) Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk kasar dan daun kari. b) Hidangkan bersama kuah santan dan mangga yang dihiriskan. Berdasarkan pada ayat (a), ia sebenarnya terdiri daripada dua ayat, iaitu : 1)Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan. 2) Bahan itu ditumbuk kasar. Ini kerana apabila kedua-dua ayat ini dimajmukkan, ayat (2) dipancangkan ke dalam ayat induk pada ayat (1). Oleh itu, ternyata dapat dibuktikan dengan jelas bahawa terdapat ayat relatif dalam resepi di laman web my.resepi.com. Seterusnya adalah ayat tunggal. Ayat tunggal adalah merujuk kepada ayat yang mempunyai satu subjek dan juga satu predikat. Sememangnya ayat tunggal adalah ayat yang mudah atau ayat yang selapis. Berikut adalah contoh ayat tunggal yang terdapat dalam resepi masakan Jepun yang bernama Kimbap (Korean Rice Roll). a) Anda potong tomato kecil-kecil. b) Anda bentangkan seaweed. Oleh itu, ternyata dapat dibuktikan bahawa ayat tunggal turut digunakan dalam laras ini dan sememangnya ayat ini terbina daripada dua bahagian iaitu subjek dan juga predikat. Oleh itu, pengkaji mengatakan bahawa setiap laras bahasa sudah semestinya mempunyai ayat tunggal untuk menyatakan maksud teks yang digunakan. 5.3.3

ASPEK KETENUNAN

Apabila membincangkan soal tetenunan, ada teori yang telah dihasilkan oleh pengkajipengkaji terdahulu. Teori tetenunan telah dikemukakan oleh Halliday dan Hassan (1976). Menurut tokoh-tokoh ini,

tetenunan diperlihatkan sebahagiannya melalui

‘alatanِ nahuan’ِ (grammatical device) danِ sebahagianِ lagiِ melaluiِ ‘alatanِ leksikal’ِ (vocabulary device).6 Aspek ketenunan ialah keutuhan sesuatu laras sebagai sebuah teks. Hal ini berkaitan dengan unsur-unsur tertentu yang digunakan pemeran dalam sesuatu laras. Terdapat sesetengah laras yang mempunyai kesatuan isi yang utuh dari

6

Idris Amman. (1958). Analisis Wacana. Selangor: Penerbit Universiti Sains Malaysia.hlm.55.

35

Bahasa dan Internet segi jalinan idea yang hendak disampaikan. Oleh itu, laras ini memperlihatkan unsur ketenunan yang utuh. Aspek ketenunan yang dapat diperlihat dalam laras ini adalah dimulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak dan diikuti oleh cara-cara menyediakan sesuatu resepi. Sememangnya unsur-unsur ini menjadikan sesuatu ketenunan itu sangat bermakna. Jika dilihat dalam resepi di dalam jadual 1, 2, 3, 4, dan 5, setiap bahan diberikan dengan kuantiti yang diperlukan dan juga berat timbangan yang dikehendaki. Di samping itu, merujuk kepada bahagian cara membuat resepi ini, aspek ketenunan jelas terbukti kerana setiap proses penyediaan makanan dan juga caracara untuk memasak ditandai oleh angka 1, 2, 3, 4, 5 dan seterusnya. Hal ini bermakna, individu yang ingin memasak haruslah mengikuti langkah-langkah tersebut berdasarkan angka yang telah diberikan. Jika langkah-langkah ini tidak dikuti dengan baik, resepi yang dibuat tidak akan menjadi. Berdasarkan hasil temu bual, responden yang menggunakan resepi ini mengikut langkah-langkah yang sedia ada dan hasil masakannya sangat berhasil dan berpuas hati. Oleh itu, ketenunan teks terbukti dengan jelas kerana ia mempunyai hubungan antara langkah pertama, kedua, dan seterusnya dalam resepi ini. Sememangnya ketenunan ini jelas membuktikan bahawa hasil dalam langkah pertama akan menjadi bahan untuk langkah yang kedua serta seterusnya. Oleh itu, jelaslah ia menunjukkan unsur ketenunan yang digunakan adalah melalui proses pengulangan kata. Pengulangan ini bertujuan untuk menegaskan maksud yang disampaikan melalui pengulangan kata atau kalimat sesuatu kata. Berikut adalah contoh proses pengulangan yang terdapat dalam resepi ini. 1. Masukkan serbuk kari. Masakkan sehingga pecah minyak. 2. Masukkan daging dan kacau rata. 3. Masukkan air dan biarkan sehingga daging lembut. 4. Masukkan kentang, santan, kerisik, dan garam. Biarkan sehingga kentang empuk.

36

Bahasa dan Internet 5.4

TINJAUAN MENGGUNAKAN GOOGLE FORM

Selain carian di Google , satu tinjauan ringkas menggunakan Google Form telah dilakukan. Tinjauan ini dilakukan bagi melihat sama ada responden mengetahui tentang penggunaan laras resepi di laman web my resepi.com. Bagi mencari responden, jemputan diedarkan melalui emel dan Whatsapp. Hasilnya 13 maklum balas telah diterima. Beberapa maklumat responden yang diambil, dan didapati bahawa seramai 8 responden yang pernah membuka laman web my resepi.com untuk mencari resepi, selebihnya tidak pernah membuka laman web my resepi.com ini. Hal ini mungkin disebabkan responden jarang membuka laman web untuk melihat resepi masakan. Apabila ditanya tentang maksud laras resepi, hampir semua responden iaitu seramai 13 orang menerangkan bahawa laras resepi ini adalah laras yang menyediakan bahanbahan masakan dan menunjukkan langkah-langkah untuk menyediakan masakan tersebut. Selain itu, hasil tinjauan menggunakan Google Form daripada 4 maklum balas responden mengetahui laman web my resepi.com daripada rakan-rakan, selebihnya mengetahui daripada internet (4 responden) dan 5 responden tidak mengetahui laman web my resepi.com kerana mungkin responden tidak berminat untuk melihat resepiresepi di internet. Seterusnya adalah soalan mengenai bahasa yang digunakan dalam laras resepi, 8 responden mengatakan bahawa bahasa yang digunakan dalam laras resepi adalah sangat mudah untuk dibaca dan faham akan penggunaan bahasa dalam laras resepi tersebut. Kemudiannya untuk perkataan yang sering digunakan di dalam laras resepi, 2 responden mengatakan perkataan seperti masukkan, goreng, hiriskan, potong dan lainlain lagi yang sering terdapat dalam laras resepi. Selain itu, terdapat juga 3 responden mengatakan bahawa penggunaan kata kerja pasif dalam laras resepi mengalami peleburan imbuhan dan menjadi kata perintah contoh perkataan yang diberikan adalah dimasukkanmasukkan. Beberapa responden memberikan perkataan seperti tumis, rebus, gaul, kacau, panaskan, sejukkan dan lain-lain lagi.

37

Bahasa dan Internet Di samping itu, apabila ditanya mengenai penggunaan laras resepi di my resepi.com mengikut hukum tatabahasa, didapati bahawa 8 responden mengatakan my resepi.com ini mengikut hukum tatabahasa dan sangat berpuas hati dengan penggunaan bahasa di dalam laman web my resepi.com ini.

6.0

PENUTUP

Berdasarkan perbincangan dalam penulisan ini, dapatlah disimpulkan bahawa kajian ini telah memenuhi objektifnya melalui persoalan-persoalan kajian terjawab. Secara umumnya, kajian ini telah berjaya menyingkap semula penggunaan bahasa dalam laras resepi menurut teori Ure dan Ellis pada tahun 1997. Sememangnya laras resepi merupakan keunikan yang terletak pada jenis ayat digunakan dalam teks. Salah satunya adalah ayat perintah dan mempunyai kata-kata istilah yang khusus. Kelebihan laras resepi ini adalah mudah dibaca dan difahami oleh masyarakat dan sesiapa sahaja boleh memahami laras ini. Bukan itu sahaja, penggunaan laras dalam sesebuah kelompok manusia telah menunjukkan bahawa manusia menyedari situasi dan peraturan sosial dalam kelompok mereka sendiri. Jadi melalui laras, secara tidak langsung ia dapat menggunakan corak kelakuan sosial untuk mengawal situasi sosial mereka sendiri. Oleh yang demikian, berdasarkan saranan kajian masa hadapan, masih terdapat banyak lagi aspek yang memerlukan kajian mendalam bagi mengkaji laras bahasa dalam masyarakat bahasa sesuai dengan hakikat bahawa terdapat pelbagai ragam manusia dan organisasi sosial manusia. Jadi, kajian juga diharapkan menjadi pemangkin kepada kajian yang berkaitan dengan laras dengan tumpuan kepada aspek yang lain pula.

38

Bahasa dan Internet

RUJUKAN Asmah Hj. Omar. (1982). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

adzilyiana Ramli. (2000). Definisi Linguistik, dicapai pada 8 December 2017. https://www.scribd.com/document/59269069/Definisi-Linguistik.

Idris Amman. (1958). Analisis Wacana. Selangor: Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm. 55.

John Lyons. (1932). Bahasa dan Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 5. Nik Safiah Karim. (1990). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 4-5.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn dan Hashim Haji Musa. (1990). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penulis tidak diketahui. (2015). Ciri dan Jenis Laras Bahasa., dicapai pada 6 December 2017. http://mte3012-farahnadiyaabdulrahim.blogspot.my/2015/10/.

Viani

Silly. (2014). Laras Bahasa, dicapai pada 7 http://vianisilv.wordpress.com/2014/10/1laras-bahasa-2.

December

2017.

39

Bahasa dan Internet Lampiran 1

ANALISIS DATA RESEPI Dalam bahagian ini akan dinyatakan lima contoh data resepi yang diambil dari laman web my resipi.com untuk dibuat sebagai analisis mengenai laras resepi seperti di bawah. Nama Resipi

Masakan Jepun :

Kimbap ( Korean Rice Roll)

Bahan-bahan diperlukan • • • • •

• • • •

1 paket kepingan seaweed 1 1/2 cawan beras 1 bungkus crab meat 1 biji timun dihiris memanjang 3 biji telur digoreng dan dihiris memanjang Sedikit garam dan gula Sedikit cuka Mayonis Bahan kicap : Kicap, kiub ikan bilis, gulai

Cara menyediakan dan memasak 1. Masak nasi seperti biasa. Setelah masak, sejukkan. 2. Gaul nasi yang telah sejuk dengan sedikit garam, gula, ajinomoto dan cuka untuk beri sedikit rasa masin, manis dan masam pada nasi. 3. Sediakan semua bahanbahan : crab meat, hirisan timun, telur dan mayonis. 4. Anda bentangkan seaweed. 5. Spread nasi di atasnya (jangan banyak sangat nasi). 6. Sapukan mayonis nipis dan rata di atas nasi. 7. Kemudian susunkan pula crab meat, hirisan timun dan telur di atasnya. Jika suka, boleh tambah/ganti dengan tuna, carrot etc. 8. Gulungkan kepingan seaweed yg berisi bahanbahan itu tadi. 9. Potongkan pendek2 dan hidangkan. 10. Untuk kicap; rebuskan 1/2 cawan air bersama kiub ikan bilis hingga mendidih. 11. Tambahkan 1 sudu besar gula dan kicap. 12. Masak hingga sedikit pekat.

Jadual 1 : Masakan Jepun

40

Bahasa dan Internet

Nama Resipi

Bahan-bahan diperlukan

Cara menyediakan memasak

dan

Masakan Melayu : •

KerabuUdang Bersama Tomato Hijau

• • • • • • •

1 mangkuk isi udang 3 biji tomato hijau 2 sudu makan kacang tanah goreng 3 sudu makan santan pekat 1 labu bawang besar (Dihiris) 3 biji cili merah 5 biji cili api 1 sudu teh lada

c) Buang kulit udang dan sangai (goreng tanpa minyak) di dalam kuali sehingga isinya kemerahmerahan. d) Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. e) Gaulkan supaya sebati dan rata. f) Sedia dihidangkan

Jadual 2 : Masakan Melayu Nama Resipi

Masakan India : Kari Kambing

Bahan-bahan diperlukan • • • • • • • • • • • •

1 kg daging kambing 8 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2 inci halia 3 tangkai daun kari 5 sudu makan serbuk kari 5 biji kentang (Dipotong 6) 4 cawan santan 2 sudu makan kerisik (Dibancuh dengan air) 1 cawan air ½ cawan minyak masak Garam secukup rasa.

Cara menyediakan dan memasak 5. Potong kecil daging kambing. Basuh daging dan tuskan. 6. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk kasar dan daun kari. Masakkan sehingga wangi dan agak garing. 7. Masukkan serbuk kari. Masakkan sehingga pecah minyak. 8. Masukkan daging dan kacau rata. 9. Masukkan air dan biarkan sehingga daging lembut. 10. Masukkan kentang, santan, kerisik, dan garam. Biarkan sehingga kentang empuk.

41

Bahasa dan Internet 11. Biarkan masak sehingga pecah minyak dan pekat 12. Sedia dihidangkan Jadual 3 : Masakan India Nama Resepi

Masakan Thai: Pulut Mangga Ala Thai

Bahan-bahan diperlukan •

• •

• • • • •

yang Cara menyediakan dan memasak 1. Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukusan dan 1 cawan beras pulut kukuskan sehingga (Direndam 3-4 jam masak (naik wap). dan tuskan) 2. Masukkan pulut ke 1 cawan santan cair dalam mangkuk Sedikit garam tahan panas dan (Santan dibancuh tuangkan santan cair dengan sedikit garam) yang dibancuh 2 biji mangga masak garam. Gaul sebati. (Dihiris) 3. Masukkan semula 1 cawan santan pekat pulut ke dalam periuk 1 sudu makan tepung kukusan dan kukus jagung lagi sehingga naik 3 sudu makan gula wap semula. pasir 4. Masukkan santan Garam secukup rasa. pekat, tepung jagung, gula pasir, dan garam ke dalam periuk dan masakkan sehingga naik wap sambil sentiasa mengacau sehingga agak pekat. 5. Sendukkan pulut yang sudah masak di atas pinggan dan bentukkan bulat. 6. Hidangkan bersama kuah santan dan mangga yang dihiriskan.

Jadual 4 : Masakan Thai.

42

Bahasa dan Internet

Nama Resepi

1) Pencuci mulut: Donut Bergula

Bahan-bahan yang Cara menyediakan dan digunakan memasak • 3 cawan tepung 1. Gaul tepung gandum (Diayak) gandum, gula kastor, • ½ cawan gula kastor yis, dan garam • 1 peket yis kering (1 supaya sama rata. sudu makan) 2. Masukkan marjerin • 1 sudu teh garam dan air perlahan• 2 sudu makan lahan. Gaul rata marjerin sehingga adunan • 1 cawan air suam lembut dan tiada (330 mililiter) tepung melekat pada • 3 cawan minyak tangan. masak. 3. Perapkan selama 1 • 1 cawan gula kastor jam ataupun sehinga naik sekali ganda. 4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut. 5. Biarkan donat naik lagi selama 20 minit. 6. Panaskan minyak dan masukkan donut. Perlahankan api. 7. Goreng donat sehingga kuning keemasan. 8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. 9. Sedia dihidangkan. Jadual 5 : Pencuci Mulut.

43

Bahasa dan Internet

KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN UNSUR SARKASTIK ATAU IRONI DALAM KALANGAN PENGGUNA TWITTER Laila Amira Binti Rozli

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan unsur sarkastik atau ironi dalam kalangan pengguna Twitter. Sarkastik merupakan salah satu unsur yang menjadi kebiasaan masyarakat kini. Penggunaan unsur ini sering kali diguna di media sosial seperti Twitter dan Facebook yang bertujuan untuk menyatakan sesuatu secara tidak jelas atau seakan memerli seseorang dengan menggunakan ayat tertentu. Namun, jika ayat sarkastik ini boleh difahami oleh pembaca, ianya dikira sebagai ayat sarkastik itu berjaya disampaikan walaupun dalam bentuk tidak terus.

Kata kunci : sarkastik, ironi, tweet

1.0 PENGENALAN

Sarkastik ataupun ironi merupakan suatu ungkapan yang dituturkan secara tidak langsung yang bercanggah dengan makna asal atau maksud yang sebenar. Kebiasannya, sarkastik merupakan sejenis ironi verbal atau bukan verbal yang digunakan untuk bergurau senda tetapi mempunyai unsur penghinaan atau ejekkan dalam konteks ayat yang menjurus kepada unsur negatif. Unsur ini juga merupakan berkaitan dengan unsur peribadi yang digunakan sebagai suatu jenaka (Gibbs, 2000). Konteks ayat yang digunakan dalam sarkastik ini juga boleh membawa unsur penghinaan (Gottman & Silver, 1999). Majoritinya pengguna memahami sarkastik yang cuba disampaikan oleh penulis "tweet", dan mereka juga membalas "tweet" tersebut secara sarkastik juga. Fenomena sarkastik dan ironi sangat berpengaruh dalam media sosial terutamanya "Twitter".ِ “Sarcasm is the lowest form of wit but the highest form of intellingence (Oscar Wilde)”. Golongan pengguna "Twitter" ini seakan-akan memahami maksud 44

Bahasa dan Internet yang ingin disampaikan oleh penulis "tweet", dan terdapat sesetengah "tweet" yang disokong dan disokong oleh pengguna-pengguna "Twitter" yang lain. Cara mereka menyokongِ adalahِ denganِ menekanِ butangِ “retweet"”ِ danِ ianyaِ tandaِ bersetujuِ dengan apa yang diperkatakan. Terdapat kepelbagaian dan tujuan sarkastik ini diungkapkan, antaranya dari sudut negatif ianya bertujuan untuk mengejek dan menghina orang secara tidak terus. Manakala dari sudut positif, unsur sarkastik ini lebih bertujuan menjaga air muka seseorang dengan menjelaskan keadaan secara berlapik walapun tidak ikhlas.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk :

1. Mengkaji sejauh manakah pemahaman pengguna "Twitter" terhadap unsur sarkastik yang diungkapkan. 2. Menganalisis jenis sarkastik yang sering terdapat di media sosial "Twitter".

3.0 KAEDAH KAJIAN 1. Pemerhatian Pengkaji membuat pemerhatian dan analisis mengenai penggunaan unsur sarkastik yang terdapat di laman sosial "Twitter". Pengkaji juga mengikuti beberapa "tweet"famous untuk menkaji unsur sarkastik yang mereka gunakan. 2. Temu bual Pengkaji menemu bual secara tidak formal dengan pengguna "Twitter" mengenai isu sarkastik dan ironi di "Twitter". 3. Kajian perpustakaan Pengkaji membuat ulangkaji mengenai kajian lepas dengan membuat pembacaan sama ada dalam bentuk buku, jurnal atau laman web.

45

Bahasa dan Internet 4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 PEMAHAMAN UNSUR SARKASTIK 4.1.1 Pemahaman Secara Tidak langsung Kebanyakkan pengguna "Twitter" dapat mengesan unsur sarkastik ini secara tidak langsung. Secara tidak langsung bermaksud Kata dan ungkapan yang tidak sopan atau perli juga akan membawa kepada unsur ironi atau sarkastik ( Leech, 1983). Hal ini demikian kerana pengguna lama sosial "Twitter" sudah terbiasa dengan isu sarkastik yang bagi mereka ianya merupakan benda wajib yangِbolehِ“dibahan”ِwalaupunِianyaِmelibatkanِperkaraِperibadi seseorang. Hal ini juga menjadikan para pengguna yang sudah mahir dalam pengunaan unsur sarkastik atau ironi lebih mudah memahami ungkapan tersebut keran mungkin faktor mereka sudah terbiasa dengan pautan-pautanِatauِ“retweet-retweet" yang mengandungi unsur sarkastik. Terdapat juga "tweet" yang unsur sarkastiknya diterima dan ianya dipersetujui sabagai sesuatu jenaka dan mendapat respon daripada pembacanya walapun "tweet" tersebut mengancam peribadi seseorang (Toplak & Katz, 2000). Unsur sarkastik ini amat menyakitkan jika ianya terkena pada diri sendiri, seperti lawak yang terkena pada batang hidung sendiri. Walau bagaimanapun, dalam komunikasi, unsur sarkastik ini boleh digunakanِ sebagaiِ “indirect-language” atau bahasa halus kerana sesetengah ungkapan sarksastik akan menjadi sopan dan menjaga imej. Sebagai contoh, gambar dibawah :

46

Bahasa dan Internet

Gambar 1 : Penggunaan nama Cinderellla

Gambar 2 : Komen berunsur sarkastik

Sarkastik juga merupakan satu jenis ungkapan ironi yang merupakan kritikan implisit terhadap sesuatu atau target tertentu melalui isyarat paralinguistik. Hal ini juga akan meningkatkan fungsi sosial untuk meningkatkan kesan dramatik ( McDonald, 1999). Berdasarkan gambar pertama, penulis "tweet", menggunakan unsur sarkastik terhadap nama Cinderella. Seperti yang kita sedia maklum, Cinderella merupakan watak kartun yang sangat popular dan dikenali oleh masyarakat dan watak ini juga sinonim dengan puteri diraja. Apabila nama Cinderella menjadi watak lain selain daripada watak asal, ianya akan menjadi satu perkara yang pelik, sebagai contoh, menjadi Penolong Kanan Petang untuk sebuah sekolah, dan masyarakat akan menggunakan unsur ayat sarkastik seperti “ Tak rela hanyut dengan cerita dongeng, Cinderella kini bangga menjadi Penolong Kanan Petang sekolah.” Terdapat juga jenis sarkastik yang bersifat ejekan. Berdasarkan komen yang dibalas pada "tweet" tesebut, ianya menunjukkan bahawa pengguna laman sosial "Twitter" memahami maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh penulis tersebut. Merujuk komen yang diberikan, iaitu “bukti Cinderella mencemar duli dengan hanya memegang jawatan penolong kanan petang sahaja” menunjukkan bahawa pengguna memahami maksud yang cuba disampaikan iaitu wujudnya manusia bernama Cinderella dan ianya bukan sekadar fantasi. Terdapat pengguna "Twitter" yang menjadikan "tweet" sebagai suatu platform untuk menyampaikan sarkastik secara halus dan berunsur positif. Merujuk gambar 3, penulis "tweet" cuba menyampaikan maksud yang tersirat mengenai yang juga merupaka sarkastik kerana ianya juga merupakan suatu ayat sindiran. Bagi sesiapa yang membaca dan merasai situasi ini, maka mereka akan terasa dengan isu yang diutarakan. 47

Bahasa dan Internet Hal ini kerana “ it is hard to interpret the communicative situation and the target of the message” (Gibbs, 2007). Berdasarkan teori Gibbs ini, beliau berpendapat bahawa sukar untuk menentukan siapa mesej itu ditujukan. Secara umumnya, sarkastik atau ironi ini akan terkesan apabila mesej atau ungkapan itu terkena pada diri sendiri walaupun mesej tersebut bukan ditujukan khas kepada seseorang.

Gambar 3 : Sarkastik secara halus.

Kebanyakkan situasi di "Twitter" adalah apabila penulis "tweet" A menulis sarkastik untuk pengguna B, namun, yang terkesan dengan ungkapan tersebut adalah pengguna C dan D. Unsur sarkastik ini merupakan ungkapan umum yang tidak dilabelkan nama dan ianya bersifat tidak terus. Berdasarkan gambar 3, perbualan antara penulis "tweet" dan ibunya sedang berbincang mengenai isu menantu. Penulis "tweet" serius dengan pertanyaan beliau, apabila dia menyoal ibunya, namun, jawapan ibu penulis menunjukan unsur sarkastik kerana bagi penulis, jawapan dijangkakan ialah dekat atau jauh. Jawapan yang diberikan oleh ibu penulis sememangnya benar, namun, ironi yang diberikanِmenjadikanِjawapanِituِ‘pahit’.ِ

4.1.2 Pemahaman Secara Langsung Pemahaman secara langsung merupakan suatu ungkapan sarkastik yang setiap orang sudah mengetahui kepada siapa sarkastik itu ditujukan. Kebanyakkan golongan artis atau golongan yang menjadi viral kini. Kebiasaanya, perkara seperti ini, pembaca tidak perlu berfikir siapa yang dimaksudkan dalam ungkapan tersebut dan mereka juga akan bertindak mengecam atau membalas sarkastik tersebut secara sinis. 48

Bahasa dan Internet

Gambar 4: Contohِ“Direct Sarcastic”

Gambar 5: Komen yang berunsur sarkastik

Merujuk gambar 4, masyarakat Malaysia sudah sinonim dengan Sajat, yang diperkatakan beliau bukan wanita tulen. Namun, penulis "tweet" menjadikan status FB Sajat sebagai satu isu dan mengutarakan kembali dalam bentuk sarkastik. Berdasarkan ayat yang ditulis oleh penulis "tweet" iaitu “ rimas dihambat konterversi, status FB jutawan kosmetik lenyapkan segala spekulasi - dirinya seorang wanita tulen”. Hal ini dikatakan sebagai sarkastik secara terus kerana, semua pihak telah mengemukakan dan sedia tahu bahawa Sajat itu seorang lelaki, namun, status yang beliau muatnaik itu merupakan salah satu usaha beliau untuk membuktikan dirinya sebagai seorang wanita. Tujuan Sajat melakukan perkara demikian kerana Kotex atau tuala wanita begitu sinonim dengan wanita, oleh itu, dengan memuat naik status sedemikian akan membuktikan beliau adalah seorang wanita tulen. 49

Bahasa dan Internet Manakala bagi gambar 5, komen yang dibalas juga mengandungi unsur sarkastik, berdasarkan ayat yang ditulis “ sapa ada kotek lebih? Bagilah dia pinjam.. kesian dia tgh2 malam mana nak p cari.. bahaya wanita keluaq malam2..”. Maksud yang sinis dan mendalam kerana secara logiknya wanita sebenar tidak akan memuat naik status untuk menunjukkan dia seorang wanita dan isu seperti merupakan suatu aib yang wanita takkan cakap secara terbuka.

4.1.3 Unsur Gurau dalam Sarkastik. Terdapat juga sarkastik yang bertujuan sekadar bergurau kerana ia merupakan suatu bahan yang memang untuk berjenaka atau tingkah laku itu menjadikan sesuatu objek menjadi lawak.

Gambar 6 : Contoh unsur jenaka. Merujuk gambar 6, perkataan “perjuangan ayam” mungkin merupakan maksud yang khas bagi nama menu tersebut. Namun, ianya seakan tidak sesuai untuk berada dalam menu. Tambahan pula, penulis "tweet" ini mengarang ayat dan menjadikan ianya nampak sarkastik dan ironi, iaitu, “ tidak mahu ayamnya mati sia-sia, Tauke Yong perkenal menu Perjuangan Ayam peringati jasa setiap lauk yang dihidang.” 50

Bahasa dan Internet Berdasarkan ayat penulis "tweet" ini, pembaca dapat mengesan unsur sarkastik yang cuba disampaikan olehnya. Hal ini demikian kerana kesilapan penggunaan ayat yang terdapat dalam menu restoran itu telah menjadi subjek kepada penulis "tweet" untuk membuat ayat sarkastik. Oleh itu, sesetengah jawapan yang diberikan merupakan luar daripada kotak pemikiran masyarakat, begitu juga dengan sarkastik dan ironi. Unsur ini kadang kala tidak dapat dijangka oleh akal pendek dan ianya bergantung kepada tahap pemahaman seseorang untuk memahaminya.

5.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan unsur sarkastik dan ironi

pengguna

"Twitter". Kebanyakkan pengguna

laman sosial

"Twitter"

menggunakan unsur sarkastik dan ironi secara meluas dan sesetengah daripadanya tiada batas. Kedua-dua unsur ini saling berkait rapat kerana ianya membawa maksud secara tidak terus dan tidak semua memahaminya dengan jelas. Namun, pengguna "Twitter" kini semakin arif dalam menggunakan unsur sarkastik danِ ironiِ terutamanyaِ dalamِ “membahan”ِ orangِ lainِ dalamِ perbualanِ mereka.ِ Ketidakikhlasan dalam berbicara atau tidak jujur juga dikategorikan sebagai sarkastik kerana secara umumnya sarkastik merupakan ungkapan tidak benar atau implisit. Oleh itu, fenomena sarkastik dan ironi sangat berpengaruh dalam media sosial terutamanya "Twitter". Golongan pengguna "Twitter" ini seakan-akan memahami maksud yang ingin disampaikan leh penukis "tweet", dan terdapat sesetengah "tweet" yang disokong oleh pengguna-pengguna "tweet" yang lain. Cara mereka menyokong adalahِdenganِmenekanِbutangِ“retweet"”ِdanِianyaِtandaِbersetujuِdenganِapa yang diperkatakan. Dek kerana zaman yang makin moden ini, masyarakat lebih mudah terguris hatinya walaupun tidak bercakap secara berdepan.

6.0 BIBLIOGRAFI

51

Bahasa dan Internet C. Taylor. (2015) Journal of Pragmatics Beyond Sarcasm: The Metalanguage and Structures of Mock Politeness. University of Sussex Gibbs, R. W. (1986) On psycholinguistics of sarcasm. Journal of Experimental Psycology : General 115(1), 3. Mansor, N, Ahmad, F& Yaakub,. (2010). Kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar IPT: Satu kajian perbandingan etnik (pp.337-352). Institude of Tun Dr Mahathir Mohamad’sِThoughts,ِUniversitiِUtaraِMalaysia. Sulis, E., Farias, D. I. H., Rosso, P., Patti, V., & Ruffo, G. (2016). Figurative messages and affect in "Twitter": Differences between #irony, #sarcasm and #not. Knowledge Based Systems, 108, pp.132-143.

52

Bahasa dan Internet

ANALISIS PENGGUNAAN KATA KERJA MELALUI LARAS BERITA DALAM UTUSAN ONLINE BERLANDASKAN TEORI RELEVAN SPERBER DAN WILSON (1986) Lim Yu Wei

ABSTRAK Kajian linguistik mengandungi kajian tentang unsur penggunaan bahasa yang melibatkan perkataan, ayat dan sebagainya dalam bentuk lisan atau tulisan. Kajian ini merupakan kajian linguistik mengenai penggunaan kata kerja dalam laras bahasa berita. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan kata kerja dalam laras berita kejadian terpilih. Kajian ini turut memperlihatkan perbandingan kata kerja bersinonim yang digunakan dalam laras berita yang sama dari segi maknanya. Menurut Asmah Haji Omar (1993), kata kerja sebagai kata yang berfungsi pada predikat yang mengandungi subjek dan predikat untuk melengkapkan ayat yang bermakna. Kata kerja boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata kerja leksikal dan kata kerja bantu. Kata kerja leksikal merujuk kepada kata kerja yang mendukung makna leksikal dan boleh dikenali sebagai kata kerja utama dalam ayat. Kata kerja bantu pula ialah kata kerja yang mendahului kata kerja leksikal dalam ayat dan telah membantu kata kerja leksikal dalam memberi ciri aspek atau modalitas. Kajian ini telah memberikan tumpuan terhadap kata kerja leksikal yang membawa makna daripada makna leksikal untuk menyampaikan makna yang tepat dan sesuai dalam laras berita. Kata kerja leksikal akan dipilih dan dianalisiskan untuk memperoleh makna yang paling tepat dan sesuai dengan ayat atau laras tertentu berdasarkan konteks atau situasi yang tertentu. Dalam kajian ini, kerangka Teori Relevan Sperber dan Wilson (1986) telah digunakan untuk menjalankan analisis terhadap penggunaan kata kerja yang terdapat dalam laras berita. Kata Kunci: Kata kerja, Laras berita, Makna leksikal, Konteks, Teori Relevan

1.0 PENDAHULUAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN Laras merujuk kepada ragam atau variasi sesuatu bahasa berdasarkan penggunaannya sama ada sistem dan struktur bahasa tertentu. Laras boleh merujuk kepada perkataan atau ungkapan khusus dan struktur ayat tertentu yang digunakan dalam sesuatu ragam bahasa (Asmah, 1995: ix). Selain itu, bidang laras juga boleh sebagai sesuatu bentuk bahasa yang digunakan berdasarkan konteks atau situasi yang tertentu (Ure dan Ellis, 1977: 7). Dengan ini, dapat dilihat bahawa laras mempunyai hubungan kaitan dengan 53

Bahasa dan Internet bahasa dan disebut sebagai laras bahasa kerana laras boleh berlatarkan bidang penggunaan bahasa secara khususnya. Terdapat pelbagai jenis laras dalam bahasa Melayu berdasarkan ragam atau gaya bahasa dalam penggunaan bahasa yang berbeza. Laras yang berlainan dapat dihasilkan dengan penggunaan bahasa yang khusus terhadap bidang yang tertentu agar membawa maksud yang tepat dan lengkap dalam sesuatu wacana. Laras berita merupakan salah satu laras yang umum dalam bidang linguistik bahasa Melayu. Laras berita digunakan untuk menyampaikan sesuatu berita atau maklumat mengenai sesuatu kejadian. Berita berfungsi sebagai alat untuk memaparkan pelbagai maklumat yang berkenaan dengan sesuatu kejadian atau peristiwa yang telah berlaku dalam kalangan masyarakat. Laras berita perlu mementingkan penggunaan bahasa yang tepat dan sesuai supaya dapat memaparkan kebenaran terhadap maklumat atau kejadian tertentu. Berita perlu memilik beberapa ciri seperti penggunaan bahasa yang mudah, gaya penulisan yang jelas dan fakta atau perkara yang benar dan tepat. Hal ini dapat membantu untuk memudahkan pembaca dalam membaca dan memahami berita yang diterbitkan. Oleh sebab itu, penggunaan bahasa dan perbendaharaan kata memainkan peranan yang amat penting untuk menghasilkan berita yang berkualiti. Tambahan pula, terdapat juga strategi yang lain seperti penggunaan kata kerja diperlukan untuk menghasilkan laras berita yang baik dan lengkap (Evans, 1974: 13 dalam Kamaruddin Haji Husin, 1995:57). Hal ini disebabkan kata kerja boleh digunakan untuk menggambarkan sesuatu perkara atau tindakan secara tepat dan juga dapat membantu untuk menghidupkan berita yang ingin disampaikan kepada pembaca. Penggunaan kata kerja yang tepat penting untuk membawa maksud yang jelas dan langsung dalam laras berita. Secara umumnya, berita akan diterbitkan untuk melaporkan perkara-perkara yang melibatkan pelbagai aspek atau bidang dalam ilmu pengetahuan dunia ini. Dengan ini, kata kerja yang digunakan dalam berita juga perlu ditepati dengan makna yang sesuai dari aspek bidang linguistik sama ada semantik atau pragmatik. Makna terhadap kata kerja yang tepat dan sesuai bukan sahaja mengambil kira makna tersendiri pada kata kerja tertentu tetapi juga perlu mengambil kira makna yang ingin disampaikan berdasarkan konteks atau situasi tertentu dalam sesuatu berita. Hal yang demikian menyebabkan makna dari aspek semantik dan pragmatik perlu diutamakan dalam pemilihan kata kerja semasa menghasilkan struktur ayat dalam laras berita supaya dapat mencapai interpretasi makna yang tepat. Interpretasi makna bagi 54

Bahasa dan Internet ujaran penting terhadap pembaca berita untuk memahami sesuatu ujaran dalam berita secara tepat terutamanya berita secara talian yang berbentuk tulisan. Tegasnya, interpretasi terhadap kata kerja yang digunakan dalam berita perlu dikaitkan dengan kerelevanan maknanya supaya dapat mencapai pemahaman terhadap makna berdasarkan konteks kejadian berita tertentu dalam kalangan pembaca.

2.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan kata kerja dalam laras berita kejadian terpilih dalam Utusan Online, Malaysia. Kajian ini juga dilakukan untuk membandingkan dan menghuraikan makna bagi kata kerja bersinonim dengan kata kerja terpilih yang digunakan dalam laras berita kejadian tersebut berlandaskan kerangka Teori Relevan Sperber dan Wilson (1986) melalui analisis kajian ini untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih tepat.

3.0 KAEDAH KAJIAN Kajian ini telah menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan dan kaedah soal selidik sebagai kaedah kajian. Kaedah penyelidikan kepustakaan dijalankan untuk mengumpulkan data bahan kajian yang berkaitan dengan bidang kajian yang dikaji, iaitu penggunaan kata kerja dalam laras berita Utusan Online. Kaedah ini dapat mengenal pasti kata kerja yang digunakan dalam laras berita yang terpilih secara teliti. Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dengan menyediakan soalan yang berkaitan dengan penggunaan kata kerja dari segi makna. Melalui kaedah kajian yang dilakukan, dapat menganalisiskan data kajian dan dapatan soal selidik yang telah dikenal pasti supaya mewujudkan hasil kajian yang terperinci dan lengkap. Teori Relevan Sperber dan Wilson (1986) turut digunakan bersama dengan kaedah kajian semasa melakukan analisis data kajian dalam kajian ini. Dengan ini, dapat menghasilkan analisis terhadap penggunaan kata kerja yang terpilih daripada laras berita dari segi makna dalam kajian ini.

4.0 BATASAN KAJIAN Dalam kajian ini, pengkaji telah membataskan kajian ini dengan memilih laras berita sebagai bahan kajian untuk menyempitkan skop kajian supaya dapat melakukan analisis yang lebih terperinci. Pengkaji juga hanya menumpukan golongan kata kerja yang 55

Bahasa dan Internet digunakan dalam laras berita terpilih sebagai bidang perbincangan dalam kajian ini. Berita mengenai kejadian bencana banjir yang berlaku di Pulau Pinang, Malaysia pada 4 November 2017 telah dipilih sebagai data kajian dan data kajian ini telah diperoleh daripada Utusan Online, sejenis akhbar bahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia secara dalam talian. Kata kerja yang memenuhi ciri-ciri makna semantik dan pragmatik dalam laras berita tersebut akan dipilih untuk melakukan analisis Teori Relevan Sperber dan Wilson (1986). Kajian ini juga melibatkan 10 orang responden kajian untuk menyempurnakan soal selidik supaya dapat memperoleh maklumat yang lebih terperinci dalam analisis kajian ini.

5.0 KERANGKA TEORI Kajian ini telah menggunakan Teori Relevan Sperber dan Wilson (1986) untuk melakukan analisis data kajian yang diperoleh. Teori Relevan diasaskan oleh Dan Sperber dan Deirde Wilson pada tahun 1986 dan telah diperkemas pada tahun 1995. Teori Relevan merupakan teori linguistik yang digunakan dalam analisis aspek pragmatik. Pragmatik merupakan unsur yang penting bagi sesuatu bahasa sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan untuk memahami makna ujaran yang diperoleh. Teori Relevan ialah teori yang menekankan kerelevanan dalam komunikasi berasaskan sistem kognitif manusia secara umumnya. Hal ini menunjukkan bahawa makna yang relevan dapat membantu dalam penginterpretasian ujaran atau maklumat untuk mencapai kesan kognitif terhadap ujaran atau maklumat melalui kognisi manusia. Oleh itu, wujudnya prinsip kerelevanan turut terkandung dalam Teori Relevan untuk memperlihatkan kerelevanan dalam sesuatu ujaran (Sperber dan Wilson, 1986). Prinsip kerelevanan lebih menekankan dalam bentuk komunikasi supaya ujaran dalam komunikasi dapat difahami dan diinterpretasi antara penutur dan pendengar (Nor Hashimah Jalaluddin, 1992). Teori Relevan (1986) menekankan konsep seperti konteks, kesan kognitif dan usaha pemprosesan dalam aspek pentafsiran makna ujaran. Konteks yang dinyatakan dalam bidang linguistik merujuk kepada fitur atau situasi persekitaran yang berhubung kait dengan pelbagai aspek selain bahasa dan tatabahasa. Semua konteks dalam sesuau ujaran perlu diambil kira dalam penyampaian maklumat dan penginterpretasian makna sesuatu maklumat. Secara umumnya, konteks yang lebih diketahui ialah konteks situasi yang terdapat dalam pertuturan yang dilakukan. Konteks situasi telah digunakan dalam 56

Bahasa dan Internet bidang pragmatik yang mengkaji makna berdasarkan konteks. Selain itu, konteks juga ditanggapkan bahawa konteks digunakan secara luas dalam unit linguistik berdasarkan kerelevanan (Yan Huang, 2015: 14). Konteks boleh terdiri daripada konteks fizikal, konteks linguistik dan konteks pengetahuan umum untuk dijadikan sebagai latar dalam pentafsiran dan penginterpretasian makna ujaran. (Yan Huang, 2015: 15). Bagi kesan kognitif dan usaha pemprosesan pula, telah dikemukakan sebagai prinsip kognitif kerelevanan dalam Teori Relevan (1986) untuk memperlihatkan kerelevanan makna dari segi pragmatik. Kesan kognitif juga boleh dikenali sebagai kesan konteks, iaitu pemahaman awal terhadap sesuatu maklumat yang relevan pada pendengar sendiri sekali gus dengan usaha pemprosesan sesuatu ujaran. Usaha pemprosesan pula ialah usaha untuk memproseskan sesuatu maklumat yang diperoleh untuk menginterpretasikan makna dengan relevan dan mencapai kesan kognitif yang mencukupi kepada pendengar (Hasmidar HJ Hassan, 2007:172). Usaha pemprosesan makna ujaran penting kepada pendengar supaya dapat lebih memudahkan dalam pemahaman sesuatu maklumat dan mencapai interpretasi makna yang relevan. Hal ini menunjukkan bahawa kesan kognitif perlu berhubung kait dengan usaha pemprosesan semasa mentafsirkan dan menginterpretasikan makna ujaran untuk mencapai kerelevanan dalam maklumat yang ingin disampaikan.

6.0 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN Kajian ini mengumpulkan sumber data dari berita kejadian bencana banjir dalam Utusan Online yang dilaporkan selama empat hari, iaitu bermula 4 November 2017 sehingga 7 November 2017. Kajian ini mengenal pasti dan mengumpulkan kata kerja yang digunakan untuk menghasilkan berita tersebut. Kata kerja yang digunakan telah disenaraikan dalam jadual seperti yang berikut:

Jadual 1 Senarai kata kerja dan jumlahnya dalam berita kejadian bencana banjir Kata Kerja melanda dilanda dilaporkan dinaiki berpunca menyebabkan mengakibatkan melimpah

Jumlah 2 4 3 1 1 2 1 1

Kata Kerja membantu meninggalkan melanggar ditangguhkan beroperasi mengalami meragut ditemukan

Jumlah 1 1 1 1 1 1 2 5 57

Bahasa dan Internet dibuka ditutup dijangka menjejaskan dipindahkan menjelang berhenti bermula berlaku menyaksikan ditenggelami membabitkan membersihkan

4 2 1 1 3 1 1 1 1 1 3 1 1

ditempatkan disifatkan berdepan meningkat menghempap memohon memaklumatkan menghubungi dihantar diikuti menumbangkan dikenal pasti

4 3 1 3 1 2 1 1 1 1 1 1

Jadual 1 telah menunjukkan penggunaan kata kerja yang diperoleh dalam berita kejadian bencana banjir yang terpilih untuk kajian ini berserta dengan jumlah penggunaannya. Kata kerja yang digunakan perlu sesuai dan relevan untuk menggambarkan tindakan atau kejadian bencana banjir yang berlaku. Laras berita perlu mementingkan penggunaan perkataan yang tepat untuk membawa makna terhadap gambaran kepada perkara yang ingin disampaikan dengan jelas. Oleh sebab itu, penggunaan kata kerja telah memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan sebuah berita yang baik dan berkualiti. Berdasarkan Jadual 1, kajian ini akan memilih beberapa kata kerja untuk melakukan analisis makna berlandaskan Teori Relevan Sperber dan Wilson (1986). Analisis makna antara kata kerja yang terpilih akan memperlihatkan kerelevanan kata kerja tertentu yang digunakan berdasarkan konteks ayat dalam laras berita tentang kejadian bencana banjir. Selain itu, kata kerja yang terpilih juga akan dilakukan perbandingan dengan menggantikan kata kerja yang lain tetapi bersinonim dalam ayat yang sama untuk memperlihatkan kerelevanan makna bagi kata kerja yang digunakan dalam berita dari aspek semantik dan pragmatik. Antara kata kerja yang dipilih untuk analisisِ dalamِ kajianِ iniِ ialahِ kataِ kerjaِ ‘melanda’ِ danِ ‘dilanda’,ِ ‘meragut’ِ danِ ‘meningkat’.ِ Denganِ ini,ِ pengkajiِ dapat memperoleh hasil kajian yang mengenai analisis penggunaan kata kerja terpilih dan maknanya yang perlu dikaitkan dengan konteks dan prinsip kerelevanan melalui Teori Relevan (1986) dalam laras berita.

58

Bahasa dan Internet 6.1 KATA KERJA ‘MELANDA’ DAN ‘DILANDA’ Kataِkerjaِ‘melanda’ِdanِ‘dilanda’ِdidapatiِbahawaِtelahِdigunakanِdalamِdataِkajian,ِ iaitu laras berita kejadian bencana banjir yang terpilih. Kedua-dua kata kerja ini telah dipilih daripada pelbagai kata kerja dalam berita tersebut untuk menganalisis maknanya berkait denganِkonsepِkerelevanan.ِKataِkerjaِ‘melanda’ِdigunakanِsebagaiِkataِkerjaِ aktifِdalamِayatِaktifِmanakalaِkataِkerjaِ‘dilanda’ِdigunakanِsebagaiِkataِkerjaِpasifِ dalamِ ayatِ pasifِ yangِ terbentukِ dalamِ dataِ kajian.ِ Kataِ kerjaِ ‘melanda’ِ membawaِ maksud memasuki atau menimpa sesuatu secara paksa atau keras (Kamus Dewan Edisi Keempat,ِ 2005).ِ Kataِ kerjaِ ‘dilanda’ِ jugaِ membawaِ maksudِ yangِ samaِ denganِ ‘melanda’ِ namunِ dalamِ bentukِ pasif.ِ Berdasarkanِ dataِ kajianِ yangِ diperoleh,ِ mendapatiِ bahawaِ kataِ kerjaِ ‘melanda’ digunakan untuk menggambarkan kejadian bencana banjir akibat hujan lebat. Dalam data kajian ini, didapati bahawa kata kerja ‘melanda’ِdanِ‘dilanda’ِdikaitkanِdenganِbencanaِalamِsepertiِbanjir,ِrebutِdanِanginِ kencang dalam laras berita terpilih. Ayat yangِterkandungِdenganِkataِkerjaِ‘melanda’ِ danِ‘dilanda’ِtelahِdisenaraikanِdalamِJadualِ2ِdanِ3ِsepertiِyangِberikut:

Jadual 2 Ayat-ayatِyangِmengandungiِkataِkerjaِ‘melanda’ Bil. Kata Kerja 1. Ribut dan angin kencang melanda berterusan 2. Seramai 1968 orang melanda dipindahkan ke pusat pemindahan di seluruh negeri ini sehingga kini selepas terjejas ekoran banjir yang

dalam tempoh hampir 24 jam sejak pagi semalam. sejak petang semalam.

Jadual 3 Ayat-ayatِyangِmengandungiِkataِkerjaِ‘dilanda’ Bil. Kata Kerja 1. Beberapa kawasan di negeri dilanda ini 2.

dilanda Kurang sebulan

banjir kilat berikuti hujan lebat sejak awal pagi tadi. banjir yang disifatkan terburuk dalam tempoh 10 tahun pada 15 September lalu.

Kataِ kerjaِ ‘melanda’ِ iniِ jugaِ memilikiِ kataِ kerjaِ yangِ bersinonimِ denganِ maknanyaِsepertiِkataِkerjaِ‘mengalami’ِdanِ‘menghadapi’.ِKataِkerjaِ‘mengalami’ِ 59

Bahasa dan Internet danِ ‘menghadapi’ِ didefinisikanِ sebagaiِ menemui,ِ menempuhِ atauِ menanggungِ sesuatu. Walaupun ketiga-tiga kata kerja ini merupakan kata kerja bersinonim yang membawa makna yang hampir sama tetapi penggunaan ketiga-tiga kata kerja tersebut secaraِberlainanِberdasarkanِkonteks.ِSekiranyaِ menggantikanِkataِkerjaِ‘melanda’ِ atauِ‘dilanda’ِdenganِkataِkerjaِbersinonimِyangِlainِdalamِayatِasal,ِkemungkinanِ wujud ketidakrelevanan berdasarkan konteks ayat bagi ayat asal tersebut. Sebagai contoh,ِ kataِ kerjaِ ‘dilanda’ِ digantikanِ denganِ ‘dialami’ِ untukِ membentukِ ayatِ ‘Beberapaِkawasanِdiِ negeri ini dialami banjir kilat berikuti hujan lebat sejak awal pagiِ tadi’.ِ Ayatِ tersebutِ dilihatِ dariِ segiِ maksudnyaِ lebihِ kurangِ denganِ ayatِ asal.ِ Namunِ begitu,ِ semuaِ respondenِ telahِ bersetujuِ denganِ kataِ kerjaِ ‘dilanda’ِ palingِ sesuai digunakan dalam ayat asal,ِiaituِ‘Beberapaِkawasanِdiِnegeriِiniِdilanda banjir kilatِberikutiِhujanِlebatِsejakِawalِpagiِtadi’.ِHalِiniِdisebabkanِkataِkerjaِ‘dilanda’ِ merujuk kepada perbuatan yang menyebabkan sesuatu dan sesuai dengan konteks kejadian bencana banjir menurut pandangan responden yang diperoleh melalui soal selidik.ِ Berdasarkanِ Teoriِ Relevanِ (1986)ِ pula,ِ kataِ kerjaِ ‘melanda’ِ danِ ‘dilanda’ِ lebih relevan terhadap konteks kejadian bencana banjir kerana banjir yang berlaku akibat bencana yang tidak dapat disangkai dan kesannya daripada bencana banjir. Situasiِkejadianِbencanaِbanjirِlebihِsesuaiِdenganِpenggunaanِkataِkerjaِ‘melanda’ِ atauِ ‘dilanda’ِ semasaِ inginِ memberiِ gambaranِ bahawaِ sesuatuِ perkaraِ yangِ seriusِ sedang memasuki atau mendekati secara bertenaga di tempat tertentu. Dengan ini, boleh dilihatِ bahawaِ maknaِ kataِ kerjaِ ‘melanda’ِ atauِ ‘dilanda’ِ dalamِ beritaِ kejadianِ bencana banjir dapat difahami mengikuti definisi yang ditafsirkan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) dan diinterpretasi berdasarkan konteks dengan menggunakan Teori Relevan (1986). 6.2 KATA KERJA ‘MERAGUT’ Kataِkerjaِ‘meragut’ِjugaِdigunakanِdalamِdataِkajianِyangِdipilihِuntukِmenerangkanِ perkara atau kesan yang akibat kejadian bencana banjir yang berlaku. Kata kerja ‘meragut’ِditafsirkanِdalamِduaِpengertian,ِiaituِ(1)ِmenarikِatauِmencabutِdenganِ paksa atau dengan kekuatan dan (2) merampas atau menyebabkan kehilangan sesuatu secara paksa (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Secara umumnya, definisi kata kerjaِ‘meragut’ِialahِkehilanganِsesuatuِakibatِpaksaanِatauِsebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Berdasarkan tema berita yang mengenai kejadian bencana banjir, kata 60

Bahasa dan Internet kerjaِ ‘meragut’ِ yangِ bermaksudِ merampasِ atauِ menyebabkanِ kehilanganِ sesuatuِ seperti nyawa akibat bencana banjir yang mendatangkan kebahayaan kepada penduduk tempatan telah digunakan supaya dapat menyampaikan makna yang lebih relevan dengan situasi tersebut. Jadual 4 akan menunjukkan ayat- ayat yang mengandungi kata kerjaِ‘meragut’ِdalamِlarasِdataِkajianِini.ِ

Jadual 4 Ayat-ayatِyangِmengandungiِkataِkerjaِ‘meragut’ Bil. 1.

2.

Setakat pukul 11 kejadian itu telah

malam

Kata Kerja ini, meragut

Hingga kini, kejadian banjir yang meragut dikatakan terburuk di negeri ini telah

tujuh nyawa.

tujuh nyawa.

Kataِ kerjaِ ‘meragut’ِ jugaِ didapatiِ bahawaِ memilikiِ kataِ kerjaِ yangِ bersinonim.ِ Antaraِ kataِ kerjaِ bersinonimِ denganِ ‘meragut’ِ ialahِ kataِ kerjaِ ‘merampas’ِdanِ‘merebut’.ِMenurutِKamusِDewanِEdisiِKeempatِ(2005),ِkataِkerjaِ ‘merampas’ِdanِ‘merebut’ِmembawaِerti mengambil sesuatu secara kekerasan yang hampirِ samaِ maknanyaِ denganِ kataِ kerjaِ ‘meragut’.ِ Dalamِ kajianِ ini,ِ kataِ kerjaِ ‘meragut’ِtelahِdigantikanِdenganِkataِkerjaِ‘merampas’ِdanِ‘merebut’ِdalamِayatِasalِ untuk memperlihatkan kerelevanan makna dalam penggunaan kata kerja melalui soal selidik terhadap responden kajian. Semua responden kajian telah memilih kata kerja ‘meragut’ِsebagaiِjawapanِyangِlebihِsesuaiِdaripadaِkataِkerjaِyangِlainِdalamِayatِ asal.ِHalِiniِdisebabkanِkataِkerjaِ‘meragut’,ِ‘merampas’ِdanِ‘merebut’ِmempunyaiِ perbezaan dalam penggunaan dan penyampaian makna berdasarkan konteks situasi sesuatuِmaklumatِatauِperkara.ِAntaranyaِsepertiِkataِkerjaِ‘merampas’ِdanِ‘merebut’ِ dirujukkan kepada perbuatan mengambil sesuatu yang berbentuk atau bersifat kebendaanِmanakalaِkataِkerjaِ‘meragut’ِdirujukِkepadaِperbuatanِmengambilِsesuatuِ yang bersifat abstrak seperti nyawa. Dengan ini, dapat memperlihatkan bahawa penggunaan kata kerja perlu dikaitkan dengan konteks dan kerelevanan makna seperti yang dikemukakan dalam Teori Relevan (1986) dalam penyampaian sesuatu maklumat. 6.3 KATA KERJA ‘MENINGKAT’

61

Bahasa dan Internet Kataِkerjaِ‘meningkat’ِtelahِdidapatiِdalamِdataِkajianِ yangِdipilihِdaripadaِberitaِ UtusanِOnline.ِKataِkerjaِ‘meningkat’ِsebagaiِkataِkerjaِaktifِdanِmembawa beberapa maksud berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Antara makna yang ditafsirkan dalam Kamus Dewan termasuk (1) menginjak untuk naik ke atas, (2) memanjat atau menaiki, (3) mencapai tingkat atau bertambah banyak, dan (4) berubah dalam keadaanِtertentu.ِِMaknaِbagiِkataِkerjaِ‘meningkat’ِdalamِberitaِterpilihِialahِ makna sesuatu yang mencapai tingkat atau bertambah menjadi semakin banyak. Hal ini dapat diperlihat daripada ayat-ayat yang diperoleh dalam data kajian ini seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.

Jadual 5 Ayat-ayatِyangِmengandungiِkataِkerjaِ‘meningkat’ Bil. 1. Paras air mula

Kata Kerja meningkat

2.

Jumlah mangsa banjir meningkat. di Pulau Pinang terus

3.

Jumlah mangsa banjir meningkat yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pulau Pinang

hampir keseluruhan kewasan di negeri ini awal pagi ini selepas hujan lebat.

kepada 7294 orang daripada 1774 keluarga tengah hari ini berbanding 6080 mangsa membabitkan 1572 keluarga pagi tadi.

Kataِkerjaِ‘meningkat’ِyangِdigunakanِdalamِayat-ayat berdasarkan Jadual 5 didapati bahawa untuk menunjukkan makna semakin bertambah atau menjadikan banyak terhadap sesuatu benda yang boleh dikira. Sebagai contoh, paras air dan jumlah bangsa banjir boleh dikira dengan angka dan boleh berubah menjadi lebih banyak atau kurang.ِ Kataِ kerjaِ ‘meningkat’ِ bersinonimِ denganِ kataِ kerjaِ ‘menambah’ِ danِ ‘menaik’ِdariِsegiِmaknanyaِtetapiِmasihِterdapatِperbezaanِdalamِpenggunaanِantaraِ ketiga-tiga kata kerja tersebut berdasarkan konteks yang berlainan. Dalam kajian ini, semuaِ respondenِ kajianِ memilihِ kataِ kerjaِ ‘meningkat’ِ sebagaiِ jawapanِ bagiِ ayatِ ‘JumlahِmangsaِbanjirِdiِPulauِPinangِterusِ meningkat’ِdaripadaِtigaِpilihanِyangِ bersinonim tersebut. Secara umumnya, kata kerjaِ ‘menaik’ِ seringِ digunakanِ untukِ sesuatuِyangِtidakِdapatِdikiraِdenganِangkaِmanakalaِِkataِkerjaِ‘menambah’ِbolehِ digunakan terhadap sesuatu yang boleh dikira dan menjadi semakin banyak. Namum begitu,ِ kataِ kerjaِ ‘meningkat’ِ lebihِ sesuaiِ digunakanِ berbanding dengan kata kerja 62

Bahasa dan Internet ‘menambah’ِ untukِ menggambarkanِ sesuatuِ yangِ bersifatِ angkaِ keranaِ kataِ kerjaِ ‘meningkat’ِ yangِ berasalِ dariِ perkataanِ ‘tingkat’ِ bolehِ menunjukkanِ sesuatuِ perubahan yang mengikuti lapisan atau susunan secara bertingkat-tingkat dengan lebih jelas.ِHalِiniِjugaِmenunjukkanِkataِkerjaِ‘meningkat’ِdigunakanِdenganِmenekankanِ kerelevanan pada makna leksikal dan konteks bagi berita kejadian bencana banjir berlandaskan Teori Relevan (1986).

7.0 PENUTUP Kajian ini dilakukan untuk mengkaji dan menganalisis penggunaan kata kerja dalam laras berita dari segi makna berdasarkan Teori Relevan Sperber dan Wilson (1986). Berita berfungsi untuk melaporkan pelbagai maklumat atau kejadian yang berlaku setiap hari dan maklumat tersebut akan disebarkan secara luas kepada pembaca. Oleh itu, penggunaan bahasa termasuk penggunaan kata kerja perlu diutamakan untuk menyampaikan maklumat dengan makna yang tetap dan relevan. Kajian ini telah menganalisis penggunaan kata kerja terpilih daripada laras berita yang bertema kejadian bencana banjir dan maknanya dari segi kerelevanan dan berkaitkan dengan konteksِberita.ِKataِkerjaِyangِdipilihِuntukِmelakukanِanalisisِmaknaِialahِ‘melanda’ِ danِ ‘dilanda’,ِ ‘meragut’ِ sertaِ ‘meningkat’ِ yangِ diperolehِ daripadaِ dataِ kajianِ ini. Ketiga-tiga kata kerja yang terpilih tersebut memiliki kata kerja yang bersinonim masing-masing dan telah dibandingkan untuk memperlihatkan penggunaan makna kata kerja berdasarkan konteks data kajian. Dengan ini dapat mengenal pasti kerelevanan penggunaan kata kerja terpilih dan maknanya untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan kejadian bencana banjir. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kata kerja bersama dengan maknanya perlu memenuhi kerelevanan yang dikemukakan dalam Teori Relevan Sperber dan Wilson (1986) dan menekankan konteks untuk pentafsiran dan penginterpretasian makna bagi sesuatu maklumat yang ingin disampaikan. Kerelevanan penggunaan kata kerja dari segi makna amat penting dan perlu dikaitkan dengan konteks dan prinsip kognitif kerelevanan yang melibatkan kesan kognitif dan usaha pemprosesan untuk menginterpretasikan sesuatu makna. Tegasnya, penggunaan kata kerja dalam laras berita yang menyampaikan maklumat seharian perlu mementingkan kerelevanan makna supaya dapat mencapai interpretasi makna yang lebih tepat dalam kalangan pembaca.

63

Bahasa dan Internet RUJUKAN

Asmah Haji Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dan Sperber dan Deirdre Wilson. (1986). Relevance: Communication and Cognition. Oxford: Blackwell Publishers. F. R. Palmer. (1989). Semantik (Abdullah Hassan, Trans.). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia dan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasmidarِ Hj.ِ Hassan.ِ (2007).ِ Kataِ Hubungِ ‘Dan’:ِ Satuِ Analisisِ Semantikِ danِ Pragmatik, dalam Nor Hashimah Jalaluddin, Imran Ho Abdullah dan Idris Aman (Eds.). (2007). Linguistik: Teori dan Aplikasi, hlm. 166-185. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Henry Guntur Tarigan. (1985). Pengajaran Semantik. Bandung: Penerbit Angkasa Bandung. Ho, W. S. (2013). Keharmonian Kaum Dalam Ucapan Tunku Abdul Rahman: Analisis Teori Relevans. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, 11, 1-20. Ho, W. S. (2014). Penggunaan Simbol dalam Teks Ucapan Tunku Abdul Rahman: Analisis Teori Relevans. Jurnal Bahasa, 14(1), 60-92. Kamaruddin Haji Husin. (1995). Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mary Fatimah Subet. (2012). Teori Relevans dalam Personifikasi, dalam Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Norsimah Mat Awal dan Harishon Radzi (Eds.). Pemantapan dan Pembinaan Ilmu Linguistik Berasaskan Korpus, hlm. 207223. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Aris Anis dan Ahmad Esa. (2016). Implikatur Dalam Kesantunan Berbahasa: Analisis Teori Relevans. Jurnal Pemikir Pendidikan, (2016), 7: 101–112.

64

Bahasa dan Internet Nik Hassan Basrin Nik Ab. Kadir. (2009). Teori Bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran Tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit UniversitiPendidikan Sultan Idris. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashin Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahawa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Hashimah Jalaluddin dan Norsimah Mat Awal. (Julai-Disember 2006). Citra Lelaki Dulu dan Kini dalam Prosa Melayu: Analisis Teori Relevans. Jurnal e-BANGI, 1(1), 1-21. Rusmadi Baharudin. (2008). Menangani Sinonim dalam Kamus: Satu Pendekatan Semantik Ranahan, dalam Norhashimah Jalaluddin dan Rusmadi Baharudin (Eds.). Leksikologi dan Leksikografi Melayu, hlm. 372-387. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Yan Huang. (2015). Pragmatik (Puteri Roslina Abdul Wahid, Trans.). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

65

Bahasa dan Internet

ANALISIS MAKNA PENGGUNAAN EMOJI DALAM RUANGAN KOMEN STATUS DI LAMAN FACEBOOK MELISSA ONELLIA EDWARD: SUATU KAJIAN SEMANTIK DAN KOMUNIKASI Melissa Onellia Edward Noyed

ABSTRAK Kajian ini merupakan salah satu kajian yang menganalisis makna penggunaan emoji dalam ruangan komen status yang dimuat naik dalam Facebook Melissa Onellia Edward. Kajian ini menumpukan kepada jenis-jenis dan fungsi penggunaan emoji tersebut dalam ruangan komen. Terdapat penggunaan emoji yang bertentangan dengan maksud sebenar emoji tersebut. Perkara ini melibatkan konteks penggunaan emoji tersebut. Selain itu, faktor yang mendorong sesuatu emoji dalam ruangan komen status yang dimuat naik dalam laman Facebook juga akan dikaji di samping melihat kesan yang wujud kepada pengguna dan pembaca akibat daripada penggunaan emoji tersebut. kajian ini mensasarkan beberapa orang subjek yang memberi komen dalam ruangan komen status yang dimuat naik dalam Facebook Melissa Onellia Edward. Data dikumpul dan diperoleh melalui kaedah kualitatif dan sedikit pembacaan bahan daripada beberapa buah buku dan laman internet. KATA KEKUNCI: makna, emoji, ruangan komen status, Facebook Melissa Onellia Edward, komunikasi, bahasa, fungsi, kesan, jenis

1.0 PENGENALAN Setiap makhluk di bumi ini telah dikurniakan dengan sistem bahasa baik manusia mahupun bukan manusia seperti haiwan. Lufti Abas (1975:4) menyatakan bahawa bahasa terdiri daripada beberapa sistem yang bersimbol atau berlambang. Sistem simbol atau lambang ini boleh merangkumi bunyi-bunyian yang diucapkan dan dipersetujui oleh kumpulan manusia. Beliau juga menyatakan bahawa sistem berbahasa boleh dipelajari dengan penggunaan pelbagai simbol atau lambang yang bersesuaian. Sistem berbahasa ini menggunakan atur rumus yang tertentu.

Komunikasi merupakan salah satu cara untuk manusia berhubung. Perhubungan komunikasi ini penting bagi menyampaikan maklumat antara satu sama lain. Maklumat yang disampaikan ini seterusnya akan diterima dan dianalisis oleh fungsi otak manusia 66

Bahasa dan Internet sebelum memberi tindak balas kepada maklumat tersebut. Wilbur Schramm (1971 dalam Werner J. Severin dan James W. Tankard Jr., 1988:8) menyatakan komunikasi berbentuk suatu perkongsian idea yang terdiri daripada sekumpulan lambang-lambang yang memberi maksud tertentu.

Media massa merupakan cara manusia berkomunikasi antara satu sama lain. Kini terdapat banyak teknologi yang digunakan untuk manusia berhubung termasuk laman sosial seperti Facebook, Whatsapp, Twitter dan lain-lain. Penggunaan emoji secara berleluasa dalam laman sosial seperti Facebook sudah menjadi tidak asing lagi. Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah apakah faktor yang menyumbang kepada penggunaan emoji ini. Selain itu, apakah kesan-kesan yang timbul akibat daripada penggunaan emoji ini dalam laman Facebook baik terhadap pengguna mahupun pembacanya. Kajian ini akan merungkai persoalan-persoalan ini berlandaskan teoriteori yang dianggap bersesuaian dengan data yang dibincangkan dalam bab Dapatan dan Analisis.

2.0 TUJUAN Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk: i.

Mengenal pasti dan menghuraikan jenis-jenis dan fungsi emoji yang digunakan dalam ruangan komen status laman sosial Facebook Melissa Onellia Edward Noyed,

ii.

Mengenal pasti dan menghuraikan faktor penggunaan emoji dalam ruangan komen status Facebook Melissa Onellia Edward, dan

iii.

Mengenal pasti kesan penggunaan emoji dalam ruangan komen status Facebook Melissa Onellia Edward.

3.0 BATASAN Kajian ini dibataskan kepada penyelidikan terhadap jenis-jenis emoji yang digunakan dalam ruangan komen status Facebook Melissa Onellia Edward. Di samping itu, pengkaji juga akan memberi tumpuan kepada fungsi penggunaan emoji, faktor penggunaan emoji serta kesan penggunaan emoji tersebut dalam ruangan komen status yang dimuat naik dalam Facebook Melissa Onellia Edward. Penyelidik menggunakan

67

Bahasa dan Internet data daripada laman Facebook milik Melissa Onellia Edward kerana terdapat kekerapan penggunaan emoji dalam ruangan komen status yang dimuat naik olehnya.

4.0 KAEDAH Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan membuat aktiviti menemu bual beberapa orang respondan yang menggunakan emoji dalam ruangan komen status yang dimuat naik dalam laman Facebook Melissa Onellia Edward Noyed. Selain itu, penyelidik turut menggunakan kaedah pembacaan di perpustakaan dan beberapa laman internet bagi membantu pemerolehan data. Data yang diperoleh dan dikumpul kemudiannya dianalisis dan dihuraikan dalam hasil dapatan kajian.

5.0 KERANGKA TEORITIS Teori yang melatari kajian ini ialah Teori Semantik oleh Ruth M. Kempson. Ruth M. Kempson menggunakan teori ini untuk memberi pendedahan kepada bidang analisis komponen makna, makna sejagat, dan perdebatan sintaksis – semantik dalam kalangan ahli bahasa (Ruth M. Kempson, 1977 dalam Zaiton Ab. Rahman, 1991). Selain itu, kajian ini turut berlandaskan kepada Teori Komunikasi Werner J. Severin dan James W. Tankard Jr. (dalam Vincent Lowe dan Abdullah Bin Hassan, 1988). Teori ini menerangkan tentang komunikasi dalam media massa.

6.0 DAPATAN DAN ANALISIS 6.1 Jenis-jenis dan Fungsi Emoji yang Digunakan dalam Ruangan Komen Status Facebook Melissa Onellia Edward Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat membawa banyak perubahan dalam kehidupan kita seharian. Emoji merupakan salah satu daripada penggunaan simbol atau lambang yang berbentuk benda atau tindakan yang mewakili ujaran yang diucapkan (Lufti Abas, 1975:4). Emoji berasal daripada perkataan Jepun yang mewakili gambar atau lambang yang digunakan dalam gadjet seerti telefon pintar. Perkataan emoji diambil daripada kata e yang merujuk kepada gambar dan kata moji yang merujuk kepada huruf. Emoji terbahagi kepada ratusan karakter termasuk emoji yang bersifat klasik, bendera, perayaan, perasaan, olahraga, haiwan, cuaca dan sebagainya (Wikipedia,

diakses

pada

6

Disember

2017

di

laman

web

https://id.wikipedia.org/wiki/Emoji). 68

Bahasa dan Internet

Penggunaan emoji dalam laman Facebook sudah menjadi fenomena biasa dalam terutama apabila pengguna laman Facebook memuat naik status atau pun memberi komen terhadap status yang dimuat naik tersebut. Penyelidik mendapati emoji kini terdiri daripada pelbagai jenis: (i) reaction (reaksi) (ii) emoticon dan (iii) smiley. Gambar 1 menunjukkan contoh-contoh emoji yang digunakan dalam laman Facebook. Emoji-emoji ini terdiri daripada pelbagai simbol atau lambang yang menggantikan tindak balas atau reaksi manusia dalam proses komunikasi.

Gambar 1: Contoh Emoji dalam Laman Facebook (Sumber: https://www.google.com/search?q=contoh+emoji&client=firefox-b&sour ce=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwiAufrnpZPYAhVHPI8KHZRFC8gQ_A UICigB&biw=1252&bih=601 )

Penggunaan emoji kerap digunakan dalam ruangan komen status yang dimuat naik di laman Facebook Melissa Onellia Edward. Sebagai contoh:

Gambar 2: Contoh Penggunaan Emoji (1) Emoji ini berfungsi untuk mewakili reaksi manusia yang ketawa sambil berpeluh. Walau bagaimanapun, penggunaan emoji ini dalam ruangan komen status Facebook Melissa Onellia Edward membawa kepada maksud ragu-ragu atau gelisah.

69

Bahasa dan Internet

Gambar 3: Contoh Penggunaan Emoji (2) Emoji ini berfungsi untuk mewakili reaksi manusia yang ketawa sambil menangis. Lazimnya emoji ini digunakan bagi menggambarkan keadaan yang sangat menggembirakan yang membuatkan seseorang ketawa sehingga mengeluarkan air mata.

Gambar 4: Contoh Penggunaan Emoji (3) Emoji ini berfungsi untuk mewakili reaksi bahagia dengan mata tersenyum. Namun, dalam ruangan komen Facebook Melissa Onellia, emoji ini digunakan bagi menunjukkan ekspresi ragu-ragu terhadap status yang dimuat naik.

Gambar 5: Contoh Penggunaan Emoji (4) Emoji ini mewakili perbuatan seseorang yang berteriak dalam ketakutan. Emoji ini digunakan dalam ruangan komen Facebook Melissa Onellia bagi menunjukkan ekspresi terkejut terhadap status yang dimuat naik.

Gambar 6: Contoh Penggunaan Emoji (5) Emoji ini digunakan bagi mewakili perasaan meluat atau tidak berpuas hati terhadap sesuatu diucapkan. Keadaan ini ditunjukkan dengan memutar mata ke atas.

70

Bahasa dan Internet Penggunaan emoji jenis ini juga menggambarkan rasa tidak suka atau berbentuk sindiran terhadap status yang dimuat naik di laman Facebook Melissa Onellia.

Berdasarkan contoh-contoh penggunaan emoji dalam ruangan komen status yang dimuat naik di laman Facebook Melissa Onellia Edward penyelidik mendapati bahawa terdapat berbagai macam bentuk emoji dan fungsi penggunaannya. Walau bagaimanapun, fungsi penggunaannya agak berbeza dari segi konteks penggunaan seperti yang ditunjukkan dalam beberapa contoh yang diberikan.

6.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan Emoji dalam Ruangan Komen Status Facebook Melissa Onellia Edward Manusia berkomunikasi bagi menyampaikan maklumat atau ideanya. Lazimnya ideaidea yang disampaikan merangkumi unsur-unsur yang tertentu atau disebut sebagai leksem. Leksem ini merujuk kepada suatu satuan yang membawa makna leksikal. Sesuatu leksem hadir bersama-sama dengan leksem-leksem yang lain. Walau bagaimanapun, tidak semua leksem dapat dikenal pasti dengan mudah. Bloomfield (1933 dalam Mansoer Pateda, 1986:28) menyatakan bahawa leksem atau kata terdiri daripada bentuk bebas yang minimal (minimal free form) yang dapat diisolasikan.

Penggunaan emoji dalam ruangan komen status yang dimuat naik di Facebook Melissa Onellia Edward berlaku disebabkan beberapa faktor. Antaranya termasuklah penyampaian mesej atau maklumat tertentu melalui emoji. Maklumat yang dimaksudkan ini ialah paparan perasaan atau ekspresi terhadap status yang dimuat naik di Facebook tersebut. Paparan perasaan ini menunjukkan hasil tindak balas individu terhadap sesuatu yang diucapkan. Segelintir individu memaparkan ekspresi tindak balas tersebut melalui huruf seperti “hahaha”, “hehehe” “hihihi” dan sebagainya. Sementara itu, terdapat juga segelintir individu yang memaparkan ekspresi tindak balas tersebut melalui penggunaan emoji.

Di samping itu, faktor penggunaan emoji ialah lebih menjimatkan ruang dan memudahkan pengguna berbanding dengan penggunaan huruf. Pengguna emoji kebiasaannya kurang rajin untuk menaip perkataan, jadi mereka menggunakan emoji bagi memudahkan mereka dalam proses berkomunikasi. Emoji secara langsung dapat 71

Bahasa dan Internet mewakili benda atau hal yang berkaitan dengan jenis emoji yang digunakan tersebut. Penggunaan perkataan kadang-kala boleh menimbulkan perselisihan faham. Tambahan pula, penggunaan emoji dalam penyampaian maklumat sedikit sebanyak dapat berperanan sebagai pelembut. Bentuk dan warna emoji yang ceria akan mewujudkan suasana yang agak santai dalam proses berkomunikasi. Hal ini demikian kerana keperluan untuk menjaga kesantunan antara pengguna emoji dengan pemilik laman Facebook Melissa Onellia Edward agar tidak menyinggung perasaan sesama sendiri. Jadi emoji digunakan bagi mengungkapkan perasaan kita ketika sedang sedih, gembira, takut dan sebagainya. Penggunaan emoji yang betul penting agar makna yang dipaparkan melalui emoji tersebut sesuai dengan sikap maklumat yang ingin disampaikan oleh penggunanya. Sebagai contoh: (6) Gambar 7 menunjukkan contoh penggunaan emoji sebagai pelembut semasa berkomunikasi. Emoji digunakan selepas ayat yang diujarkan. Keadaan ini disebabkan pengguna tidak ingin menimbulkan rasa tidak puas hati kepada individu lawan tuturnya. Penggunaan emoji ketawa sambil menangis tersebut mewujudkan suasana yang gembira dan lucu kepada pembacanya.

Gambar 7: Contoh Penggunaan Emoji Sebagai Pelembut Ujaran (7)

Gambar 8 menunjukkan contoh penggunaan emoji sebagai pelembut. Emoji

digunakan bagi menyatakan rasa penghargaan atas dorongan yang diberikan. Emoji yang digunakan mewakili perbuatan yang tertawa kecil disebabkan perkara yang agak lucu. Walau bagaimanapun, dalam konteks penggunaan emoji dalam Gambar 8, emoji memaparkan perasaan penghargaannya kepada individu lawan tutur tersebut.

72

Bahasa dan Internet Gambar 8: Contoh Penggunaan Emoji Sebagai Pelembut Ujaran Selain itu, faktor penggunaan emoji yang seterusnya ialah sebagai daya penarik dalam proses berkomunikasi. Hal ini demikian kerana kepelbagaian corak emoji memudahkan pengguna untuk memilih emoji yang bersesuaian dengan ekspresi yang ingin mereka paparkan. Corak emoji ini terdiri daripada corak haiwan, tumbuhtumbuhan, kenderaan, emosi, bendera dan sebagainya. Penggunaan warna yang terang dan ceria menjadikan emoji menarik perhatian para penggunanya.

6.3 Kesan-kesan Penggunaan Emoji dalam Ruangan Status Facebook Melissa Onellia Edward Penggunaan emoji dalam ruangan komen status yang dimuat naik di laman Facebook Melissa Onellia Edward tidak akan lengkap tanpa melihat kesan yang terhasil akibat daripada penggunaan tersebut. Penyelidik tidak dapat menafikan bahawa penggunaan emoji dalam ruangan komen membawa kepada kesan-kesan yang tertentu kepada pembaca baik kesan positif mahupun kesan negatif. Hal ini demikian kerana penyampaian sesuatu mesej melalui penggunaan emoji sangat dipengaruhi oleh konteks penggunaannya dan juga persepsi penerima. Bab ini akan membincangkan kesan-kesan yang wujud hasil daripada perkara tersebut. Kesan utama yang terhasil ialah kesan emosional dalam kalangan pengguna dan pembaca komen tersebut. Sebagai contoh, penggunaan emoji yang menggambarkan perasaan atau ekspresi muka seseorang akan mempengaruhi emosi pembacanya. Walau bagaimanapun,

tanggapan

penerima

akan

berbeza

berdasarkan

konteks

penggunaannya. Penyelidik mendapati terdapat unsur berbeza yang dinyatakan disebalik emoji yang digunakan. Sebagai contoh:

Gambar 9: Contoh Penyampaian Perasaan Melalui Emoji

73

Bahasa dan Internet

Gambar 10: Penyampaian Mesej Tersirat melalui Emoji

Gambar 9 merupakan salah satu contoh balasan mesej daripada Gambar 10. Subjek dalam Gambar 10 menyatakan perasaannya untuk terjun daripada Jambatan Pulau Pinang diikuti dengan penggunaan emoji yang mewakili perasaan marah yang melampau. Walau bagaimanapun, subjek tersebut sebenarnya menyatakan perasaan sedih tetapi menggunakan emoji tersebut untuk memaparkan ekspresi mengeluh. Kemudian, subjek dalam Gambar 9 memujuk subjek dalam Gambar 10 dengan mengajaknyaِ keِ Mc’Donaldsِ sambilِ diikutiِ denganِ penggunaanِ emoji menangis. Keadaan ini menunjukkan bahawa subjek dalam Gambar 9 menggunakan pemujukan melalui emoji menangis tersebut. penggunaan emoji dalam konteks ini tidak menunjukkan hubungan secara tersurat tetapi mempunyai makna yang tersirat, iaitu subjek dalam Gambar 9 ingin memujuk atau mengambil hati subjek dalam Gambar 10.

Di samping itu, kesan penggunaan emoji dalam ruangan komen status yang dimuat naik di laman Facebook Melissa Onellia Edward Noyed ialah perbualan dalam komen tersebut menjadi lebih santai. Hal ini demikian kerana penggunaan emoji dalam komunikasi mewujudkan suasana yang lebih akrab antara pengguna dan pembacanya. Penggunaan emoji lebih menarik berbanding dengan pengunaan perkataan sahaja ketika memberi komen dalam Facebook. Sebagai contoh:

Gambar 11: Contoh Perbezaan Penggunaan Emoji dengan Penggunaan Perkataan dalam Ruangan Komen Gambar 11 menunjukkan contoh penggunaan perkataan dengan penggunaan emoji dalam ruangan komen di laman Facebook. Penyelidik mendapati penggunaan emoji lebih menarik berbanding dengan penggunaan perkataan sahaja. Subjek 1 dalam Gambar 11 menggunakan emoji ketawa sambil menangis yang memaparkan suasana 74

Bahasa dan Internet yang lucu. Sementara itu, subjek 2 dalam Gambar 11 pula hanya menggunakan perkataanِ “hahahaha”ِ bagiِ menggambarkanِ perasaanِ lucuِ tersebut.ِ penggunaanِ kedua-dua unsur tersebut membawa makna yang sama tetapi komen subjek 1 menjadikan perbualan dalam komen itu lebih menarik dan akrab. Contoh-contoh yang dibincangkan di atas menunjukkan kesan-kesan penggunaan emoji dalam ruangan komen status yang dimuat naik dalam Facebook. Penerimaan mesej melalui emoji tersebut sebenarnya bergantung kepada persepsi ataupun cara pemikiran pembaca atau penggunanya. Jenis dan fungsi sebenar emojiemoji tersebut kadang-kala diketepikan dan adakalanya memaparkan perasaan atau ekspresi yang sebaliknya oleh pengguna laman sosial Facebook.

7.0 PENUTUP Sebagai kesimpulan, kajian ini telah menghuraikan objektif-objektif yang ingin dicapai. Jenis-jenis emoji beserta fungsi penggunaannya telah diterangkan di samping menyatakan faktor yang menyebabkan pengguna menggunakan emoji dalam ruangan komen status yang dimuat naik di Facebook Melissa Onellia Edward. Faktor-faktor inilah yang menyumbang kepada kesan secara emosional terhadap kedua-dua pengguna dan pembaca. Kajian yang dijalankan ini tidak dinafikan agak serba kekurangan dan diharap agar kajian terhadap makna emoji akan ditambah baik oleh penyelidik-penyelidik yang lain pada masa akan datang. Penyelidik juga berharap agar kajian ini dapat menjadi platform bagi penyelidik-penyelidik lain yang ingin mendalami dengan lebih terperinci makna emoji yang digunakan dalam laman sosial ini. Selain itu, diharapkan agar kajian ini turut memberi serba sedikit pengetahuan tentang makna disebalik emoji dan fungsi-fungsinya yang memberi kesan baik kepada pengguna mahupun pembaca. Sekian.

75

Bahasa dan Internet RUJUKAN Buku bercetak. Eugene A. Nida. (1941) Menerokai Struktur Semantik yang diterjemah daripada buku Exploring Semantic Structures oleh Mashudi Kader. (1996), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Frank Parker. (1986) Linguistik Untuk Bukan Ahli Linguistik yang diterjemah daripada buku Linguistics For Non-Linguists First Edition oleh Raja Rahawani Raja Mamat. (1994), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Lufti Abas. (1975) Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Mansoer Pateda. (1986) Semantik Leksikal, Indonesia, Nusa Indah. Ruth M. Kempson. (1977) Teori Semantik yang diterjemah daripada buku Semantic Theory oleh Zaiton Ab. Rahman. (1991), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Werner J. Severin dan James W. Tankard Jr. (1979) Teori Komunikasi yang diterjemah daripada buku Communication Theories, Origins, Methods, Uses oleh Vincent Lowe dan Abdullah Bin Hassan. (1988), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Wimal Dissanayake. (1988) Teori Komunikasi yang diterjemah daripada buku Communication Theory: The Asian Perspective First Edition oleh Rahmah Hashim. (1993), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dokumen Internet: Jofinno Herian. (2017) Jangan Ngaku Anak Gaul Kalo Kamu Belum Tau Arti Emoji Berikut,

diakses

pada

9

Disember

2017,

di

laman

web

https://jalantikus.com/tips/arti-semua-emoji/. Thanushah A/P P Soniyasee dan rakan-rakan. (2017) Bahasa dan Komunikasi: Penggunaan Emoji dalam Komunikasi di Atas Talian yang Dipengaruhi oleh Gender Pengguna, diakses pada 9 Disember 2017, di laman web http://thanushahsoniyasee96.blogspot.my/2017/07/penggunaan-emoji-dalamkomunikasi-di.html. Wikipedia. (2017) Emoji, dicapai pada 6 Disember 2017, pukul 11:00 pagi di laman web https://id.wikipedia.org/wiki/Emoji. 76

Bahasa dan Internet

ANALISIS PENGGUNAAN PERCAMPURAN KOD (BAHASA ROJAK) DALAM LAMAN FACEBOOK MELALUI TEORI RELEVANS SPERBER DAN WILSON (1986) Nor Azah Azlin binti Zakaria

ABSTRAK Percampuran kod merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan penutur yang mengamalkan lebih daripada dua bahasa. Kajian ini tertumpu pada percampuran kod (bahasa rojak) yang digunakan oleh responden dalam laman sosial Facebook beliau. Penggunaan alih kod/campur kod ini merupakan sebahagian daripada ciri masyarakat multilingual yang wujud di Malaysia. Kajian ini merupakan sebuah kajian berdasarkan kajian mendapatkan data daripada responden, pemerhatian, temu bual dan kajian ke perpustakaan. Sebuah negara yang penduduknya berbilang kaum seperti Malaysia, fenomena percampuran kod ini tidak dapat dielakkan, malahan menjadi satu kelaziman dalam pertuturan dan penulisan di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Dengan hal yang demikian pemilihan terhadap teori dan gagasan haruslah bertepatan dengan kajian ini dan pengkaji telah memilih Teori Relevans yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986). Teori ini menekankan kerelevanan sesuatu ujaran yang bergantung pada konteks, kesan konteks ataupun kognisi dan usaha pemprosesan maklumat antara penutur dan pendengar. Dalam menelusuri perkaitan Teori Relevans, penggunaan perkataan yang berkait dengan percampuran kod disenaraikan mengikut jenis bahasa yang digunakan. Pengkhususan melalui Rangka Rujuk Silang oleh Kempson (1986) tentang sesuatu ujaran yang tidak mempunyai anteseden juga dilakukan dalam kajian ini. Perkaitan antara ayat kedua dengan ayat pertama dalam wacana bagi membantu pendengar mentafsir ujaran tersebut serta ujaran implisit (tersirat) terselindung di sebalik status subjek yang menggunakan perumpamaan dan simpulan bahasa. Oleh hal yang demikian, Teori Relevans akan menjadi panduan untuk menjalankan kajian ini.

KATA KEKUNCI : Facebook, percampuran kod, bahasa Rojak, Teori Relevans, Rangka Rujuk Silang (RRS), ujaran, implisit.

77

Bahasa dan Internet

1.0 PENDAHULUAN DAN LATAR BELAKANG Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum mempunyai bahasa, budaya dan kepercayaan yang tersendiri dan unik. Dengan hal berkenaan wujudnya percampuran kod dalam komunikasi rakyat Malaysia, khususnya para pelajar di sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi. Percampuran kod dan peralihan kod ini merupakan sebahagian daripada ciri multilingual yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut Janet Holmes (2001) dalam buku An Introduction to Sociolinguistics ada mengatakan bahawa percampuran kod sebagai satu keadaan atau cara berbahasa di pengguna-pengguna bahasa mencampurkan satu atau lebih bahasa atau ragam bahasa lain ke dalam satu lakuan pertuturan atau wacana (speech act atau discourse). Dalam keadaan sedemikian, hanya kesantaian penutur atau kebiasaannya yang menyebabkan mereka mencampurkan kod lain ke dalam sesuatu bahasa yang dituturkan atau digunakan (ibid.). Kajian bahasa rojak ini berlandaskan kajian pilihan bahasa. Kajian pilihan bahasa terjadi apabila terdapat lebih daripada satu bahasa atau kelainan bahasa digunakan dalam sesuatu komuniti yang mempunyai pelbagai latar belakang, keturunan, bahasa ibunda, budaya dan cara hidup yang berbeza-beza (Fishman, 1972). Percampuran kod (code mixing) merupakan satu fenomena yang biasa berlaku di kalangan mereka yang boleh berbahasa lebih daripada satu dan percampuran kod berlaku apabila seorang bertutur mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain (ibid.). Menurut Asmah (2007) dalam kertas kerja “Taksonomi Pertemuan Bahasa: Di Manakah Letaknya Bahasa Rojak?” Kertas kerja dalam Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu, bahasa rojak sebenarnya bahasa campur kod dan alih kod. Bahasa Rojak bermaksud kewujudan perkataan atau frasa daripada bahasa asing dalam bahasa yang dituturkan (ibid.). Gejala ini merupakan ciri yang sangat lazim dalam pertuturan orang di Malaysia daripada semua suku kaum, dan melibatkan semua peringkat sosial, apatah lagi penggunaan dalam laman sosial, seperti Facebook, Twitter ataupun filem yang berbentuk komersial (ibid.). Merujuk konsep yang telah dikemukakan oleh Asmah (2007) juga, mereka mempunyai bahasa matriks, iaitu bahasa 78

Bahasa dan Internet Melayu. Oleh sebab bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua, maka kod daripada bahasa Inggeris seolah-olah timbul dengan sendirinya dalam pertuturan mereka (ibid.). Teori Relevans yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986) melalui buku Relevance Theory: Communication & Cognition menekankan kerelevanan sesuatu ujaran adalah bergantung pada usaha pemprosesan maklumat antara penutur dan pendengar. Dalam kajian ini, aplikasi Teori Relevan berupaya memperoleh makna implisit, eksplisit, mampu menjalankan tugas mencari rujukan serta menggayakan maklumat yang tidak lengkap. Dalam teori ini, ujaran akan diproses berdasarkan konteks dengan andaian latar belakang yang dibekalkan oleh ujaran yang terdahulu serta selari dengan konsep yang relevan (ibid.). Kesemua ini apabila diproses akan menghasilkan kesan konteks dan implikasi konteks pada sesuatu ujaran. Oleh hal yang demikian, subjek menggunakan ujaran yang bercampur kod dalam perbualan seharian melalui status Facebook dan masih menggunakan struktur ayat (ujaran) SKO dengan betul walaupun ada sisipan perkataan bahasa Inggeris dan Dialek Kedah.

2.0 TUJUAN, BATASAN, DAN KAEDAH KAJIAN Berikut merupakan tujuan, batasan dan kaedah kajian yang digunakan semasa menganalisis data kajian ini. 2.1 TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji jenis perkataan atau percampuran kod (bahasa Rojak) yang digunakan di status subjek. Kedua, data kajian dianalisis dengan merujuk Rangka Rujuk Silang oleh Kempson (1986) yang menganalisis terhadap perkaitan ayat pertama dan ayat kedua. Ketiga ialah menganalisis makna ujaran implisit di sebalik status yang dimuat naik oleh subjek di laman sosial Facebook. 2.2 BATASAN KAJIAN Kajian ini dibataskan kepada status yang dimuat naik di laman sosial Facebook oleh subjek/responden yang terdiri daripada dua orang pelajar universiti yang bertujuan untuk menganalisis dapatan kajian dari aspek pragmatik menerusi Teori Relevans oleh Sperber dan Wilson (1986).

79

Bahasa dan Internet 2.3 KAEDAH KAJIAN Dalam menjalankan kajian ini, saya menggunakan beberapa kaedah kajian : i.

Kaedah kepustakaan. Saya telah pergi ke perpustakaan Hamzah Sendut 1 untuk mencari maklumat dan meminjam buku-buku yang berkaitan dengan aspek yang ingin dikaji dalam kajian ini. Salah satu buku yang dipinjam ialah Janet Holmes. (2001). An Introduction To Sociolinguistics (Second Edition). Harlow: Longman dan Sperber, D., & Wilson. (1986). Relevance Theory: Communication & Cognition. Oxford: Basil Blackwell.

ii.

Kaedah mendapatkan data dari dapatan Saya telah memilih beberapa status laman Facebook daripada dua orang subjek/informan yang saya pilih untuk dijadikan bahan kajian. Kaedah ini dijalankan setelah diberikan surat keizinan ataupun kebenaran untuk menggunakan beberapa status yang subjek muat naik di laman Facebook. Hanya beberapa status sahaja digunakan untuk dijadikan bahan dalam bahan kajian ini.

iii.

Kajian Temu bual Melalui dapatan yang diperoleh daripada informan berkaitan status yang dimuat naik oleh beliau, pengkaji menemu bual dengan informan untuk mengetahui lebih lanjut tentang status berkenaan dan serba sedikit maklumat yang diberikan akan dijadikan bahan dalam kajian ini. Temu bual dilakukan ke atas dua orang subjek daripada pelajar IPTA yang mempunyai Facebook. Surat keizinan juga diberikan sebagai makluman kepada pihak informan berkaitan kajian yang dijalankan oleh pengkaji.

iv.

Pemerhatian Kaedah pemerhatian dilakukan ke atas subjek yang temu bual dan melihat cara beliau bertutur dalam keadaan biasa. Melalui cara ini, pengkaji dapat menganalisis percampuran kod yang digunakan bertepatan dengan data yang dimuat naik di Facebook dan latar belakang subjek atau tidak.

80

Bahasa dan Internet

3.0 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN Kajian ini tertumpu kepada percampuran kod dalam sesuatu bahasa yang dikemukakan mengikut Teori Relevans yang dipelopori oleh Sperber dan Wilson (1986) dalam aspek pragmatik. 3.1 JENIS PERKATAAN YANG DIGUNAKAN DI FACEBOOK Berdasarkan data yang diperoleh, jelas bahawa walaupun subjek terdiri daripada bangsa Melayu yang menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa natif/bahasa ibunda, namun terdapat juga sebilangan pengguna Melayu yang memilih untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dalam laman sosial. Pengaruh bahasa Inggeris dilihat telah mengatasi kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat responden yang menggunakan kedua-dua bahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) untuk mengemas kini status dalam Facebooknya. Golongan yang menggunakan kedua-dua bahasa ini merupakan golongan yang cenderung melakukan percampuran bahasa. Berikut merupakan contoh yang diperoleh daripada data responden kedua: i.

Nampak tak betapa bersungguhnya aku nak score goal. (status dimuat naik pada 27 November 2017)

ii.

Nurani Handballers! Kali ni main atas bendang, entah boleh perform ke tak ni. Tapi yang penting, kena enjoy! (status dimuat naik pada 24 November 2017)

iii.

Tak dapat hike Gunung Jerai sampai atas. Nasib baik MTO, dapat juga bergambar atas ni. (status dimuat naik pada 20 Oktober 2017)

Rodolfo Jacobson (2005) melalui buku Codeswitching Worldwide II, menyatakan pandangannya terhadap fenomena alih kod bahasa di Malaysia dengan beberapa jenis bentuk peralihan kod dalam lingkungan. Penutur yang menggunakan pelbagai bahasa merupakan satu kebolehan dan mengisi ruang konteks berbahasa. Berdasarkan contoh, kajian ini terdapat beberapa perkataan dan rangkai kata yang berlaku alih kod antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang mempengaruhi penutur untuk menggunakan dan menyisipkan perkataan tersebut dalam perbualan. Dalam ayat ini contohnya, nampak tak betapa bersungguhnya aku nak score (mata, jaringan, skor) goal (gol). Pengalihan perkataan jaringan kepada perkataan daripada bahasa Inggeris score dan gol kepada goal telah ditukarkan dan masih diterima pakai dalam sesebuah ayat. Alih 81

Bahasa dan Internet rangkaian/campur kod yang melibatkan penyelitan kata untuk menyambung sesuatu bahasa dalam perbualan. Alih kod jenis ini biasanya digunakan dengan menyelitkan perkataan-perkataan dari bahasa asing seperti bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu semasa berbual. Seterusnya dalam contoh yang kedua pula ialah ‘Nurani’s Handballers! Kali ni main atas bendang, entah boleh perform ke tak ni. Tapi yang penting, kena enjoy!’ Perkataan Nurani’s handballers ditukar daripada pemain bola baling Nurani, perform ditukar daripada lakukan dan enjoy ditukar daripada menikmati. Melalui hasil kutipan ini, dapat dilihat bahawa subjek ini lebih selesa menggunakan percampuran kod dalam perbualan seharian di Facebook dang mengalihkan perkataan tersebut dengan bahasa Inggeris. Kini, peralihan kod ini boleh diterima dalam penggunaan seharian kerana masyarakat kini lebih selesa berbahasa dengan pelbagai jenis bahasa. Tambahan lagi dengan percampuran kod yang digunakan ini dapat dikaitkan dengan Teori Relevans yang digunakan oleh Sperber dan Wilson (1986) dan Asmah Hj Omar (2007), gejala campur kod merupakan satu ciri yang sangat lazim dalam pertuturan masyarakat Malaysia dari semua suku kaum dan melibatkan semua peringkat sosial. Subjek mempunyai bahasa matriks, iaitu bahasa Melayu dan oleh kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua, maka kod-kod dari bahasa Inggeris seolah-olah timbul dengan sendirinya dalam pertuturannya (ibid.). Menurutnya lagi, campur kod Melayu-Inggeris dalam pertuturan orang-orang Malaysia berlaku juga dalam situasi formal, seperti dalam mesyuarat, taklimat berkenaan dengan dasar kerajaan, wawancara dengan wartawan dan sebagainya (ibid.). Percampuran kod ini juga disokong oleh Carol Myers Scotton dan W. Ury (1977:5),ِpercampuranِkodِberertiِ“Penggunaanِduaِragamِlinguistikِatauِlebihِdalamِ perbualan atau interaksi yang sama. Penukaran itu mungkin hanya melibatkan sepatah kata dalam pertuturan. Ragam itu mungkin terdiri daripada dua bahasa yang tidak berhubungِsecaraِgenetikِataupunِdaripadaِduaِgayaِdalamِbahasaِyangِsama.” Walau bagaimanapun, ayat yang digunakan melalui kutipan data ini dapat dilihat bahawa walaupun subjek menggunakan percampuran/penukaran kod (bahasa rojak) dalam status di Facebook tetapi masih menggunakan struktur ayat yang betul iaitu SKO dan hanya menukarkan beberapa perkataan sahaja. Sebenarnya, status subjek memperlihatkan suatu teori penukaran kod. Kaedah penukaran kod berkembang 82

Bahasa dan Internet daripada ungkapan yang bergaya atau kata-kata yang diambil atau dipinjam daripada bahasa asalnya. Kemudian melalui tahap yang berikut, penukaran kepada bahasa kedua menjadi lebih fungsional. Pada tahap itu, bahasa kedua itu membekalkan suatu matriks, dan penukaran kembali kepada kod bahasa pertama beku dengan sendirinya

3.2 TEORI RANGKA RUJUK SILANG (KEMPSON, 1986) Rangka Rujuk Silang (RRS) merupakan satu konsep yang diperkenalkan oleh Teori Relevans dalam ilmu pragmatik. Kempson (1986) (dalam Nor Hashimah Jalaluddin, 1992: 57-63), RRS ialah sesuatu ujaran yang tidak mempunyai anteseden yang dapat mengaitkan ayat kedua dengan ayat pertama dalam wacana bagi membantu pendengar mentafsir ujaran tersebut. Anteseden bermaksud sesuatu (peristiwa, keadaan dsb) yang berlaku atau wujud sebelum sesuatu (peristiwa, keadaan dan sebagainya) yang lain, yang masing-masing berkaitan antara satu sama lain (diakses daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu:2017). Oleh itu, Kempson (1986) juga ada menyatakan bahawa RRS melibatkan sekurang-kurangnya dua ayat selapis. Premis tambahan boleh membantu menjelaskan lagi maklumat yang hendak disampaikan (ibid.). Selain itu, premis tambahan juga dapat membentuk konteks dan kesan kognitif (ibid.). Hal ini selari dengan konsep dalam Teori Relevans yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1995) Percampuran kod pada peringkat masyarakat ditemui pada situasi-situasi formal atau tidak formal dan lebih banyak berlaku di kalangan orang muda. Sebagai contoh dalam status yang dimuat naik ini, terdapat beberapa percampuran kod yang berlaku. Dengan adanya konsep RRS ini, maka struktur yang mengalami penukaran kod ini dapat menyingkap makna sebenar yang ingin disampaikan oleh subjek. Contoh ayat yang diperoleh daripada data responden pertama yang dikutip seperti yang berikut: i.

Hakikatnya, Tuhan tahu apa yang terbaik buat kamu. Awak, please be strong. (status dimuat naik pada 22 Oktober 2017)

ii.

Nasib baik tak I crush dekat foreigner student iras-iras Westlife. Terpikat I melihatnya. (status dimuat naik pada 17 November 2017)

Berdasarkan contoh data yang diperoleh tersebut, didapati bahawa subjek sedar bahawa sesuatu konstruksi ayat perlulah mempunyai subjek dan predikat. Yang 83

Bahasa dan Internet menarik dengan konstruksi ayat ini ialah meskipun subjek gagal menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya tetapi leksikal Bahasa Melayu yang digunakan adalah tepat. Hal ini menunjukkan mereka faham maksud ayat yang hendak ditulis tetapi kerana kelemahan kosa kata Bahasa Inggeris maka mereka memilih menggunakan leksikal Bahasa Melayu. Mereka tetap mahu memastikan ayat yang gramatis diperoleh walaupun terpaksa menggunakan percampuran kod. Melalui contoh pertama yang diberikan, RRS dapat dibuktikan melalui perkaitan ayatِ pertamaِ danِ ayatِ kedua.ِ Sebagaiِ contoh,ِ ‘Hakikatnya, Tuhan tahu apa yang terbaik buat kamu. Awak, please be strong.’ Perkataan kamu dan awak membawa makna dalam golongan kata nama kedua yang menunjukkan kepada orang yang bertentangan bercakap. Sungguhpun frasa nama awak tidak muncul dalam ujaran yang terawal, penutur telah menggunakan ekspresi awak sebagai kata sapa panggilan umum bagi memanggil seseorang dalam ayat kedua. Pendengar pula akan membuat kesimpulan bahawa subjek telah pun membuat andaian yang pendengar dapat menilai premisِ tambahanِ iaituِ ‘subjekِ menyuruhِ siِ pembacaِ untukِ lebihِ kuatِ menghadapiِ cabaran’ِdalamِayatِtersebut.ِSeterusnyaِkitaِdapatِlihatِfungsiِkeduaِfrasaِnamaِawak memperlihatkan hubungan sosial yang sama dengan kamu. Hal ini kerana kamu dan awak merujuk dalam golongan kata nama yang sama. Hal ini dapat dilakukan dengan merujuk kepada konteks terawal sebagai anteseden. Oleh itu, RRS mempunyai fungsi yang tersendiri dalam penerapan status ini. Bagi huraian untuk contoh keduaِpula,ِRRSِdapatِdikenaliِmelaluiِ‘Nasib baik tak I crush dekat foreigner student iras-iras Westlife. Terpikat I melihatnya.’ Di sini kita lihat kepada perkataan foreigner dan -nya. Berlandaskan konsep -nya dan foreigner berada dalam urutan yang paling hampir dan membawa kepada kata nama ketiga. Pengenalan anteseden telah dibantu dengan penggunaan kata nama -nya. Kata nama ketiga -nya tersebut merujuk kepada foreigner. Oleh hal yang demikian untuk mewujudkan perkaitan. Subjek mengaitkan perkataan foreigner tersebut dengan menggantikan dengan -nya kerana perkataan ini masih dalam golongan perkataan yang sama. Oleh itu, melalui cara RRS ini, ayat pertama dan kedua dapat menunjukkan perkaitan yang baik.

84

Bahasa dan Internet Tambahan lagi dengan pengetahuan yang dimiliki oleh subjek, beliau juga menggunakan dialek Utara (Kedah) dalam komunikasi beliau. Contoh ayat yang diperoleh daripada responden pertama seperti yang berikut: i.

Secara automatik, loghat utaqa ceq kena kurang mai tang ni. Nasib depa faham apa ceq habaq. (status dimuat naik pada 25 November 2017)

ii.

Oqang luaq tak paham, bila kami nasihat tak mau dengaq. Dah kena baru depa tau bahaya. Cuba dengaq bila kami habaq. err (status dimuat naik pada 22 Disember 2017) Berdasarkan contoh berikut, ayat yang diperoleh ini ditafsir kerana subjek

mempunyai pengetahuan bahasa yang meliputi bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan dialek Utara (Kedah). Hal ini membuktikan bahawa subjek mempunyai idea yang jelas mengenai status yang dimuat naik tetapi kelemahan penguasaan perbendaharaan kata dalam bahasa Inggeris telah menjejaskan penulisan mereka. Di sini, kekreatifan subjek untuk mencampurkan kod dalam status tersebut dengan memilih leksikal bersesuaian serta berjaya membawa maksud yang hendak disampaikan. Penggunaan RRS dilihat melalui contoh satu dan dua. Berdasarkan contoh pertama, penggunaan dialek Kedah digunakan dalam ayat pertama dan ayat kedua. Dengan ini, perkaitan di sini dapat dilihat bahawa subjek begitu fasih dengan dialek yang digunakan sehinggakan dapat membuat perkaitan dalam ayat berikutnya. Tambahan pula, menerusi contoh kedua subjek membuat perkaitan dalam dua ayat yang salingِmenghubungِantaraِsatuِsamaِlain.ِPerkataanِ‘oqang luaq’, ‘depa’, ‘dengaq’, dan ‘habaq’ telah menunjukkan bahawa subjek menerangkan peristiwa berkaitan nasihat kepada masyarakat. Untuk mewujudkan kelainan dalam berbahasa subjek memuatِnaikِstatusِtersebutِmenggunakanِdialek.ِPerkataanِ‘oqang luaq’ dan ‘depa’ telah menunjukkan kata nama ketiga yang menjadikan ayat-ayat ini saling berkait dan masih menjalinkan peristiwa yang sama. Nor Hashimah (2013) mengkaji percampuran kod dari aspek pragmatik yang bertajuk Manglish dalam Konstruksi Kreatif Karangan Pelajar: Analisis Pragmatik tidak membincangkan masalah tatabahasa tetapi menjelaskan kekreatifan pelajar untuk menyelesaikan masalah kelemahan perbendaharaan BI mereka dengan melakukan percampuran kod. Kemudian, kajian ini menggunakan

rangka rujuk silang (RRS)

untuk memberikan makna yang sempurna pada ayat tersebut. RRS membantu untuk 85

Bahasa dan Internet memahami mesej yang hendak disampaikan terutamanya apabila tidak wujudnya anteseden (ibid.). Fenomena ini terjadi apabila mereka menggantikan perkataan atau frasa daripada bahasa yang sedang dituturkan atau ditulis dengan perkataan atau frasa daripada bahasa lain (ibid.).

3.3 UJARAN IMPLISIT DALAM STATUS FACEBOOK Kenyataan yang eksplisit biasanya mempamerkan makna praandaian implisit . Daripada eksplisit akan berlaku proses inferensi dan akhirnya tercungkillah maklumat implisit. Menurut Verschueren (1999) dalam bukunya Understanding Pragmatics, setiap yang eksplisit lazimnya akan mengandungi maksud implisit. Pandangan Veschuren sangat sesuai dengan gagasan Teori Relevans yang mengaitkan komunikasi dan kognisi mampu membantu kita memahami ujaran yang dihasilkan dengan sistematik. Ujaran yang berbentuk eksplikatur sangat mudah dikesan, bersifat harfiah dan tidak mengandungi maksud yang tersirat yang sukar dikesan, sementara ujaran implikatur lebih menarik dan mencabar (ibid.). Implikatur ialah ujaran yang mempunyai maksud yang tersirat (ibid.). Ujaran implikatur menuntut usaha memproses yang tinggi dan dianggap sebagai bertentangan dengan Teori Relevans (ibid.). Namun begitu, kekayaan kesan konteksnya dan konteks persekitaran yang menjadi taruhan menjadikan ujaran itu tetap relevan (ibid.). Kekuatan sesuatu implikatur bergantung pada sebanyak mana maklumat implisit yang cuba disampaikan mampu disingkap oleh pendengar atau pembaca. Tidak kira sama ada mesej yang disampaikan itu secara eksplisit mahupun implisit, konteks yang melatarinya harus diambil kira dan penutur mesti memastikan yang dia telah membekalkan maklumat yang jelas untuk ditafsirkan seterusnya oleh pendengar. Oleh sebab itu teori relevans menegaskan: If a speaker wishes to constrain the interpretation recovered by a hearer, he must constrain the hearer’s choice of context. And since the constructions we are considering ensure correct context selection at minimal processing cost, they can be regarded as effective means for constraining the interpretation of utterances in accordance with the principle of relevance” (Blackmore, 1992). 86

Bahasa dan Internet Justeru, perkara yang penting dalam Teori Relevans ini ialah kerelevanan sesuatu ujaran dan pemahaman bahawa kerelevanan sesuatu ujaran bergantung kepada kesan konteks atau kognitif dan usaha memproses maklumat (Sperber & Wilson, 1986). Hal ini kerana, semakin banyak kesan konteks atau kognitif yang dapat dihasilkan, semakin relevan sesuatu ujaran itu dan semakin rendah kos pemprosesan maklumat, maka semakin relevanlah ujaran tersebut (Sperber & Wilson, 1986). Rentetan itu, terdapat tiga elemen utama yang diberi penekanan dalam Teori Relevans yang diterangkan dalam buku Bahasa dalam Perniagaan: Satu Analisis Semantik dan Pragmatik yang ditulis oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2007), iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses yang amat penting dalam menghujahkan makna sesuatu ujaran. Berikut merupakan penerangan mengenai ketiga-tiga konsep ini: a. Konteks Konteks ialah satu set andaian yang digunakan dalam menginterpretasi maklumat yang diberikan oleh penutur. Selain itu, konteks merangkumi seberkas andaian tentang dunia yang dibina secara psikologi oleh pendengar (Nor Hashimah Jalaluddin, 2007). Dalam aspek ini, konteks tidak terbatas kepada maklumat tentang persekitaran fizikal yang paling dekat dan ujaran yang terdahulu yang paling hampir, malah melibatkan masa depan, hipotesis saintifik atau kepercayaan keagamaan, kenangan lucu dan pemikiran penutur (ibid.). Konteks dapat dijelaskan melalui tiga cara iaitu yang pertama berdasarkan ujaran terdahulu, kedua adalah melalui alam persekitaran dan ketiga melalui catatan ensiklopedia yang tersimpan dalam memori seseorang yang dirujuk apabila kata-kata itu timbul dalam ujaran (Nor Hashimah, 2007; Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2006). Misalnya, konteks yang merujuk kepada alam sekitar ialah sebarang indikator sama ada verbal atau bukan verbal yang berlaku di sekeliling yang mampu membantu dalam mentafsir makna implisit (tersirat) dalam sesuatu ujaran (ibid.).

b. Kesan Konteks Seterusnya ialah kesan konteks yang merupakan andaian awal yang ada pada pendengar tentang maklumat yang relevan dengan diri pendengar itu (Sperber & Wilson, 1986). Kesemuanya tersimpan sebagai catatan ensiklopedia penutur dan pendengar (ibid.). Hal ini berlaku apabila pendengar mendapat maklumat konteks 87

Bahasa dan Internet dalam ujaran penutur lantas diproses dengan tiga cara sama ada digabungkan, dikukuhkan atau digugurkan dengan konteks sebenar suatu ujaran untuk mendapatkan kesan konteks yang tinggi (Nor Hashimah Jalaluddin, 2007; Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2006). c. Usaha Memproses Konsep Teori Relevans yang ketiga iaitu kos memproses atau disebut usaha memproses. Menurut Zaitul Azma Zainon Hamzah (2006), kos memproses berkait rapat dengan usaha pendengar memproses maklumat, manakala Nor Hashimah Jalaluddin (2007) menjelaskan usaha memproses ialah usaha yang terlibat dalam menginterpretasikan makna ujaran. Berdasarkan definisi ini, Teori Relevans menyimpulkan bahawa semakin rendah atau mudah usaha memproses maklumat, maka semakin relevanlah sesuatu ujaran dan begitu jugalah sebaliknya. Data yang digunakan ialah melalui status daripada subjek pertama. Subjek ini menggunakan dialek asal dan dari situ pengkaji kaji makna di sebalik frasa yang digunakan. Hal ini dapat dibuktikan melalui contoh daripada responden pertama: i.

Patut lah mak dia kuruih semedang. Tak reti doq diam. (status dimuat naik pada 26 Oktober 2017)

ii.

Bila makanan tradisi bawak mai 'qumah',. Semerbak haruman bagaikan bunga sundal malam. (status dimuat naik pada 27 Disember 2015)

UJARAN PERTAMA Melalui contoh pertama iaitu ‘Patut lah mak dia kuruih semedang. Tak reti doq diam.’, andaian implikatur berlaku apabila subjek memberikan ujaran berkenaan tubuh badan ibu Misae Nohara (ibu kepada Shin Chan watak dalam cerita kartun Shin Chan) yang mempunyai susuk tubuh yang kurus. Kesan implikatur yang berlaku di sebalik status ini pula ialah ibu Misae Nohara bangun seawal pagi dan membuat pelbagai kerja rumah dan menjalankan tugas sebagai suri rumah. Menurut video yang dikongsi di status subjek di Facebook dapat dilihat bahawa ibunya mempunyai susuk tubuh yang kurus kerana sentiasa membuat kerja rumah. Tetapi, daripada video yang dikongsi tersebut dapat difahami bahawa subjek menerapkan dirinya dalam situasi ibu Misae Nohara tersebut. 88

Bahasa dan Internet

MenurutِanalisisِTRِterhadapِujaranِyangِdikemukakanِolehِsubjek,ِiaituِ“tak reti doq diam”ِmenunjukkanِujaranِtersebutِsangatِrelevan.ِUjaranِtersebutِrelevanِkeranaِ subjek mempunyai konteks implisit tentang ibu Misae Nohara, maka kesan konteks tentang ibu Nobitta tersebut sangat tinggi berikutan subjek menambah input berkenaan ‘kuruih semedang’ِ danِ ‘tak reti doq diam’. Data ini mudah diproses oleh pembaca setelahِ menentukanِ kodِ ‘kuruih semedang’ (dialekِ Kedah)ِ yangِ bermaksudِ ‘kurus selalu’, membuat inferens dan menentukan andaian sebagaimana yang disyaratkan dalam Teori Relevans. Daripada data/contoh analisis TR dilakukan, konteks status yang digunakan adalah tentang susuk tubuh ibu Misae Nohara yang kurus kerana rajin membuat kerja rumah. Selain itu, ujaran yang dikemukakan oleh subjek juga tidak memerlukan kos memproses yang tinggi kerana subjek menjawab semula video yang dikongsi dan membuat kesimpulan dengan video berkenaan. Oleh sebab kesan konteksnya tinggi dan ditambah dengan kos memproses yang rendah, maka ujaran subjek dianggap relevan dalam perbicaraan kes ini. Tambahan pula huraian berkaitan status berkenaan disokong oleh Nor Hashimah (2003: 51) dalam buku Bahasa Dalam Perniagaan: Satu Analisis Semantik dan Pragmatik iaitu penggabungan maklumat berlaku apabila andaian awal pendengar (status: Patut lah mak dia kuruih semedang) dapat digabungkan dengan maklumat baharu (sambungan status: Tak reti doq diam) subjek untuk menghasilkan kesan konteks yang dapat membantu pendengar memproses mesej penutur dengan mudah. Dalam buku Bahasa, Makna dan Konteks yang ditulis oleh John Lyons (1994) (diterjemahkan oleh Zahrah Abd Ghafur) ada menyatakan bahawa konteks sesebuah ayat menentukan makna-ujaran pada tiga paras yang dapat dibezakan iaitu pertama, ia mungkin memberitahu kita ayat apakah yang telah diujarkan-jika sebenarnya sebuah ayat yang telah diujarkan, kedua pula biasanya ia memberitahu kita apakah susulan yang telah diungkapkan jika sebuah usulan telah diungkapkan, dan ketiga pula ia mungkin menolong memberitahu kita bahawa usulan yang telah diperkatakan telah diungkapkan dengan satu jenis daya ilokusionari yang tertentu (ibid.). Dari ketiga-tiga sudut itu, konteks adalah relevan kepada penentuan yang di muat naik ke dalam status subjek.

89

Bahasa dan Internet Mengikut huraian Sperber dan Wilson (1986), tiga cara sesuatu maklumat atau andaian baharu diproses untuk mencapai kesan kognitif adalah seperti yang berikut: •

Penggabungan – andaian baharu yang boleh digunakan bersama-sama dengan maklumat yang sedia ada dalam konteks untuk menghasilkan implikasi konteks.



Pengukuhan andaian sedia ada – andaian baharu yang boleh mengukuhkan sesetengah andaian konteks yang sedia ada.



Pertentangan dan pengguguran andaian sedia ada – pengguguran andaian sedia ada akibat berlakunya pertentangan antara andaian baharu dengan andaian lama.

Tetapi dalam ujaran yang diberikan, subjek mempunyai gabungan dua ayat yang mempunyai konteks yang sama untuk menghasilkan implikasi dan pengukuhan sedia ada wujud dalam ayat kedua iaituِ‘Tak reti doq diam’. Pengguguran atau pertentangan andaian sedia ada tidak berlaku kerana perkaitan antara ayat satu dan ayat kedua telah bergabung dalam menyampaikan maklumat. Salah satu ayat tersebut tidak dapat berdiri sendiri kerana ia akan membawa makna yang saling memerlukan.

UJARAN KEDUA Apabilaِdilihatِdalamِcontohِkeduaِiaituِ‘Bila makanan tradisi bawak mai 'qumah',. Semerbak haruman bagaikan bunga sundal malam.’ِ Dalamِ ujaranِ ini,ِ subjekِ menggunakan gaya bahasa simile untuk menyampaikan maksud tersirat atau implisit. Simile dikenali sebagai persamaaan, perumpamaaan atau perbandingan yang bersifat eksplisit. Menurut Keraf (2000:138), yang dimaksudkan dengan perbandingan bersifat eksplisit ialah bahawa ia langsung menyatakan sesuatu itu sama dengan hal yang lain. Menurutِ Tariganِ (1985:9),ِ “perumpamaanِ adalahِ perbandinganِ duaِ halِ yangِ padaِ hakikatnya berlainan dan yang sengaja kita anggap sama. Perbandingan ini secara eksplisitِditandaiِolehِpemakaianِkataِ“seperti”ِdanِsejenisnyaِ(ibarat,ِbak,ِsebagai, umpama,ِlaksana,ِpenaka,ِserupa,ِdll).” Dalam status yang dimuat naik ini dapat dilihat bahawa subjek menggunakan simile sebagai memperkuatkan ujaran implisit. Kajian ini juga mendapati, data/contoh iaituِ ‘Semerbak haruman bagaikan bunga sundal malam’ dan ‘makanan’ mengemukakan konteks yang sama, iaitu makanan tradisi ketika berada di rumah harum dan sedap. Hal ini demikian kerana apabila mengambil kira maksud konteks sebagai andaian tentang dunia yang dibina secara psikologi oleh pendengar, hal ini 90

Bahasa dan Internet membantu dalam penginterpretasian makna menjadi lebih mudah, di samping menjadikan maksud yang dikemukakan sangat relevan kerana kemampuan untuk menghubungkan konteks adalah penting bagi membolehkan ujaran menjadi relevan. Hal ini kerana dalam Teori Relevans: Sesuatu andaian menjadi relevan dalam sesuatu konteks, jika dan hanya jika ia mempunyai beberapa kesan konteks ketika berada dalam satu konteks. Kemampuan untuk menghubungkan konteks adalah penting bagi membolehkan ujaran menjadi relevan. (Nor Hashimah 1992: 35) Apabila kita memahami maksud yang cuba diterangkan dalam ujaran status subjek, bau makanan tradisi di rumah beliau dengan haruman bunga sundal malam berkait rapat dengan makna bau yang menyelerakan. Menurut web Wikipedia (2013), bunga sundal malam yang dimaksudkan oleh subjek ialah Pokok Harum Sundal Malam atau juga dikenali sebagai Polianthes Tuberosa dalam nama saintifik. Pokok ini dinamakan sedemikian kerana bunga ini mengembang pada waktu malam dan mempunyai haruman semerbak (ibid.). Oleh hal yang demikian, subjek mengaitkan konteks makna bau makanan tradisi dengan pokok haruman sundal malam ini sama dan mampu membuat subjek tertarik dengan masakan ketika di rumah. Jadi, jelaslah bahawa contoh kedua daripada status subjek merupakan perumpamaan/simile ini mengundang kita sebagai pembaca untuk mentafsir makna tersiratnya. Daripada hanya menerima sahaja baris literal yang berbunyi ‘Semerbak haruman bagaikan bunga sundal malam’, kajian makna di sebalik baris literal ini menjadi semakin menarik apabila kajian ini mendapati dengan analisis TR yang dilakukan, baris literal ini menyembunyikan makna tersirat yang menjangkau lebih daripada makna literalnya. Oleh itu dapat dikesan makna tersirat data ini iaitu makanan yang disediakan di rumah begitu menyelerakan dan sedap dihidu sehingga membuatkan subjek boleh menerapkan perumpamaan ke dalam ayatnya. Oleh itu, pengkaji dapat simpulkan bahawa daripada TR, dapat ditentukan kod, inferensi dan andaian-andaian. TR memberi peluang mencipta andaian yang terbaik yang dapat difokuskan iaitu dengan memahami maksud di sebalik perumpamaan atau simile yang diberikan. Andaian-andaian yang dikemukakan melalui proses penggabungan ayat pertama dan ayat kedua perlu dilakukan untuk melihat penggabungan idea yang menarik sehingga dapat mewujudkan makna yang sebenar 91

Bahasa dan Internet yang ingin diampaikan oleh subjek kerana data-data ini boleh digabungkan untuk tujuan pengukuhan makna. Penggunaan percampuran kod yang digunakan dalam status ini juga diguna pakai supaya menjadi kreatif dalam berbahasa yang menunjukkan subjek bertutur dengan menggunakan dialek Kedah iaitu ‘mai’ danِ‘qumah’. Melalui cara ini penilaian dengan menggunakan TR masih lagi baik kerana ujaran yang digunakan mempunyai maksud yang mudah dikenal pasti maksud di sebaliknya. 4.0 KESIMPULAN Sebagai masyarakat Malaysia, kita perlu akui bahawa penguasaan dua atau tiga bahasa dalam kalangan pelajar telah memberi ruang untuk bahasa campuran (bahasa Rojak) atau alih kod secara selesa dan bebas dalam perhubungan komunikasi sama ada antara kaum mahupun sesama kaum. Pengkajian bahasa Melayu daripada pelbagai sudut ini, dapat memperlihatkan kebolehan berbahasa dalam kalangan pelajar yang sesuai dengan konteks sosial dan budaya Melayu. Dari segi linguistik, peranan Rangka Rujuk Silang (Kempson, 1986) dalam memahami ujaran bagi yang mengalami fenomena percampuran dan penukaran kod adalah sangat penting. Tidak dapat dinafikan bahawa RRS berjaya memberikan makna yang sempurna pada ayat dan seterusnya kandungan ujaran. Malah premis tambahan yang membentuk konteks mampu membantu kita untuk mencari rujukan bagi pemprosesan maklumat seterusnya. Dalam Teori Relevans teori ini juga dapat membantu menginterpretasikan makna secara implisit. Sesuatu ujaran itu harus diinterpretasi berlandaskan kepada makna konteks, kesan konteks dan usaha untuk memproses ujaran tersebut. Teori ini juga

bertujuan

untuk

menjelaskan

keterlibatan

ciri

proses

mental

dalam

menginterpretasikan ujaran ataupun maklumat dan dalam memproses makna ujaran, pendengar akan berusaha mencapai interpretasi yang relevan secara optimum dan setiap interpretasi yang optimum mestilah mencapai kesan kognitif yang mencukupi untuk mendapatkan perhatian daripada pendengar. Pendengar juga tidak perlu berusaha lebih untuk mencapai makna yang dimaksudkan. Setiap ujaran menimbulkan andaian yang relevan kerana matlamat untuk mencapai kerelevanan merupakan ciri asas kognisi manusia, yang boleh dieksploitasi oleh penutur. 92

Bahasa dan Internet RUJUKAN Asmahِ Hajiِ Omar.ِ (2007).ِ “Taksonomi Pertemuan Bahasa: Di Manakah Letaknya Bahasa Rojak?” Kertas kerja dalam Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 1819 Julai 2007. Blackmore,D. (1992). Understanding Utterances: An Introduction to Pragmatics. Oxford: Blakewell Fishman, Joshua A. (1972). Readings In The Sociology Of Language. Berlin : Mouton. Jacobson, R. (2005). Codeswitching Worldwide II. Berlin: Mouton de Gruyter. Janet Holmes. (2001). An Introduction to Sociolinguistics (Second Edition). Harlow: Longman Keraf, Gorys. (2000). Diksi dan Goya Bahasa. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama. Lyons, J. (1994). Bahasa, Makna dan Konteks. Zahrah Abd.Ghafur (terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Nor Hashimah Jalaluddin. (1992). Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Hashimah Jalaluddin. (2003). Bahasa Dalam Perniagaan: Satu Analisis Semantik Dan Pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Bahasa dalam Perniagaan: Satu Analisis Semantik dan Pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Hashimah Jalaluddin. (2013). “Manglish dalam Konstruksi Kreatif Pelajar Luar Bandar: Isu dan Cabaran” dalam Nor Hashimah Jalaluddin et al. Linguistik dan Literasi Bahasa Inggeris. Bangi: Penerbit UKM. Penulis Tidak Diketahui. (2013). Pokok Harum Sundal Malam. Diakses pada 10 Disember 2017, pada pukul 3.48 pagi pada web https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Harum_Sundal_Malam#cite_note-1 Pusat Rujukan Persuratan Melayu, (2017). Dicapai pada 12 Disember 2017, pukul 12.46 petang, http://prpm.dbp.gov.my/ 93

Bahasa dan Internet

Scotton, C. & Ury, W. (2009). Bilingual Strategies: The Social Functions of CodeSwitching. International Journal of the Sociology of Language, 1977(13), pp. 5-20. Diakses pada 10 Dec. 2017, pukul 10 malam, daripada web https://www.degruyter.com/view/j/ijsl.1977.issue13/ijsl.1977.13.5/ijsl.1977.13 .5.xml Sperber, D., & Wilson, D. (1999). Relevans Komunikasi dan Kognisi. Diterjemah oleh Nor Hashimah Jalaludin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sperber, D., & Wilson. (1986). Relevance Theory: Communication & Cognition. Oxford: Basil Balckwell. Tarigan, Henry Guntur. (1985). Pengajaran Gaya Bahasa. Bandung: Angkasa. Verschueren, J. (1999). Understanding Pragmatics (Understanding Language Series). London: Arnold. Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2006). Memahami Pertuturan Kanak-Kanak Melalui Analisis Pragmatik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

94

Bahasa dan Internet LAMPIRAN Status Facebook daripada Responden (Pertama) i.

Hakikatnya, Tuhan tahu apa yang terbaik buat kamu. Awak, please be strong. (status dimuat naik pada 22 Oktober 2017)

ii.

Nasib baik tak I crush dekat foreigner student iras-iras Westlife. Terpikat I melihatnya. (status dimuat naik pada 17 November 2017)

iii.

Secara automatik, loghat utaqa ceq kena kurang mai tang ni. Nasib depa faham apa ceq habaq. (status dimuat naik pada 25 November 2017)

iv.

Oqang luaq tak paham, bila kami nasihat tak mau dengaq. Dah kena baru depa tau bahaya. Cuba dengaq bila kami habaq. err (status dimuat naik pada 22 Disember 2017)

v.

Patut lah mak dia kuruih semedang. Tak reti doq diam. (status dimuat naik pada 26 Oktober 2017)

vi.

Bila makanan tradisi bawak mai 'qumah',. Semerbak haruman bagaikan bunga sundal malam. (status subjek dimuat naik pada 27 Disember 2015)

Status Facebook daripada Responden (Kedua) i.

Nampak tak betapa bersungguhnya aku nak score goal. (status dimuat naik pada 27 November 2017)

ii.

Nurani Handballers! Kali ni main atas bendang, entah boleh perform ke tak ni. Tapi yang penting, kena enjoy! (status dimuat naik pada 24 November 2017)

iii.

Tak dapat hike Gunung Jerai sampai atas. Nasib baik MTO, dapat juga bergambar atas ni. (status dimuat naik pada 20 Oktober 2017)

95

Bahasa dan Internet

KAJIAN SEMANTIK KATA “BUAH” DARI PRESPEKTIF TEORI SEMANTIK KOGNITIF LAKOFF DAN JOHNSON (1980): ANALISIS BERBANTUKAN DATA KORPUS Nur Afifah binti Lokman

ABSTRAK Kataِ“buah”ِbukanِsahajaِmerujukِkepadaِsebahagianِdaripadaِtumbuhanِmalahِ turutِ melibatkanِ penggunaanِ kataِ “buah”ِ dalamِ simpulanِ bahasa.ِ Kajianِ iniِ membincangkanِ tentangِ peluasanِ maknaِ yangِ dialamiِ olehِ kataِ “buah”.ِ Peluasan makna tersebut menggunakan teori semantik kognitif yang diketengahkan oleh Lakoff dan Johnson (1980) sebagai sandaran utama. Teori semantik kognitif mempunyai pelbagai subteori tetapi penyelidik lebih menumpukan kepada dua subteori iaitu model kerangka jaringan radial dan metafora rantaian utama makhluk. Oleh itu, penyelidik menfokuskan kepada menghasilkanِ modelِ kerangkaِ jaringanِ radialِ bagiِ perkataanِ “buah”ِ danِ menganalisisِ kataِ “buah”ِ berdasarkanِ metaforaِ Rantaianِ Utamaِ Makhlukِ (RUM). Kajian ini telah menjalani kaedah penyelidikan dengan menggunakan perisian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) dan Dewan Bahasa dan Pustakaِuntukِmengumpulِpolisemiِmaknaِkataِ“buah”ِdanِkaedahِkepustakaan serta kaedah kajian lepas untuk mendapatkan maklumat tentang teori semantik kognitif.ِ Hasilِ daripadaِ kajianِ iniِ penyelidikِ mendapatiِ maknaِ kataِ “buah”ِ bukan sahaja melibatkan makna teras malah turut melibatkan makna pinggiran. Makna pinggiran kataِ“buah”ِturutِdipengaruhiِolehِsimpulanِbahasaِyangِkerapِ digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu kala. Terdapat lima simpulanِbahasaِyangِmengandungiِkataِ“buah”ِyangِdapatِdikenalِpastiِolehِ penyelidik dengan menggunakan perisian korpus. Simpulan bahasa yang diperolehi oleh penyelidik akan dianalisis dengan menggunakan metafora rantaian utama makhluk manakala model kerangka jaringan radial akan mempamerkan keseluruhan makna teras dan pinggiran yang terdapat dalam kata “buah”.

KATA KEKUNCI: teori semantik kognitif, model kerangka jaringan radial, metafora rantaian utama makhluk, simpulan bahasa

96

Bahasa dan Internet

1.0 PENDAHULUAN DAN LATAR BELAKANG Perkembangan bahasa mengikut arus kemodenan telah mempengaruhi manusia ketika berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi antara manusia melibatkan dua kaedah utama iaitu lisan dan tulisan. Kaedah lisan melibatkan keadaan di mana individu tersebut menyampaikan maklumat menggunakan suara. Antara keadaan yang terlibat dalam kaedah lisan ialah perbualan, nyanyian, ceramah dan sebagainya. Manakala bagi kaedah tulisan pula melibatkan penyampaian maklumat penggunaan teks yang sedikit kepada teks yang panjang. Kaedah tulisan melibatkan buku, teks pengacara, transkripsi, surat khabar, artikel dan selebihnya. Penggunaan bahasa yang kian meluas seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, telah membuatkan sesetengah perkataan mengalami peluasan makna. Ilmu tentang semantik merupakan sebahagian daripada bidang umum yang terdapat dalam kajian tentang linguistik. Menurut Ruth M. Kempson, semantik adalah satu bidang kajian saintifik tentang makna sesuatu perkataan berdasarkan andaian. Kebarangkalian untuk membuktikan sesuatu perkataan tersebut sama ada benar ataupun tidak memerlukan pengetahuan dengan menggunakan ilmu pengetahuan sesuatu bahasa. Setiap bahasa bergantung kepada perkataan dan ayat yang mempunyai makna yang tersendiri. Teori linguistik yang umum mempunyai beberapa perkara yang perlu diketahui. Antaranya ialah (i) membina sesuatu sistem yang abstrak iaitu teori sebahagian daripada struktur bahasa, (ii) mengenal pasti kesan ketika menggunakan sistem tersebut, (iii) menolak sistem yang menunjukkan sesetengah fakta yang tidak diperlukan, dan (iv) menyusun semula sistem alternatif lain yang lebih sesuai dengan peraturan. (Ruth M. Kempson) Kognitif linguistik merupakan sebuah batasan idea yang bukan sahaja menerangkan maknanya berlandaskan konsep dan kategori definisi abstrak untuk mencapai sesuatu pengetahuan pada tahap yang mencukupi. Dirk Geeraerts (2006) menambah lagi hujahnya dengan bukti yang kukuh. Beliau memberikan burung sebagai contoh untuk menyokong hujahnya. Apabila kita mendengar perkataan burung secara automatisnya kita membayangkan ciri-ciri yang terdapat pada burung (seperti mempunyai sayap, boleh terbang, dan kaedah pembiakan burung adalah secara bertelur). Tetapi sekiranya ingin mengetahui lebih terperinci tentang sesuatu jenis burung seperti burung pipit, burung merpati dan lain-lain, turut terdapat sejenis ciri-ciri 97

Bahasa dan Internet yang boleh dikategorikan sebagai burung seperti ayam dan burung unta. Ciri-ciri tersebut dapat dikenal pasti dengan menggunakan konteks saintifik berdasarkan teori iaitu spesifik sesuatu perkara. Prespektif spesifik memerlukan pemerhatian sesuatu topik. Selain itu, perlu mengetahui tentang sosiologi teori: yang melibatkan individu, lokasi dan latar belakang (Dirk Geeraerts, 2006).

2.0 TUJUAN, BATASAN, DAN KAEDAH Kajian ini menfokuskan kepada tiga perkara iaitu a) menjelaskan makna perkataan ‘buah’ِyangِterdapatِdalamِkorpusِPusatِRujukanِPersuratanِMelayu, korpus Dewan Bahasa dan Pustaka dan enjin carian Google; b) menghasilkan model kerangka jaringan radialِbagiِ perkataanِ‘buah’;ِdanِ c)ِmenganalisisِkataِ“buah”ِberdasarkanِmetaforaِ Rantaian Makhluk Utama (RUM) Kajian ini membataskan perkataan dan pemerolehan data untuk kajian ini. Penyelidikِ memilihِ kataِ “buah”ِ sebagaiِ dataِ kajianِ danِ memperolehiِ ayatِ yangِ mengandungi perkataan tersebut dengan menggunakan perisian Pusat Rujukan Persuratan Melayu, korpus Dewan Bahasa dan Pustaka dan enjin carian Google. Pembatasan kajian dilakukan agar kajian tidak mengalami kekurangan atau kelebihan maklumat. Seterusnya, kajian ini membataskan kajian dengan menggunakan teori semantik kognitif oleh Lakoff dan Johnson (1980). Kaedah kajian yang dilakukan adalah kajian kepustakaan untuk memperolehi maklumat tentang teori semantik kognitif, Lakoff dan Johnson (1980). Di samping itu, penyelidik turut menggunakan kaedah kajian lepas sebagai maklumat tambahan tentang teori semantik kognitif (1980). Seterusnya, penyelidik menjalankan kaedah penganalisian.ِ Penyelidikِ menganalisisِ dataِ kataِ “buah”ِ yangِ diperolehiِ daripadaِ konkordans menggunakan perisisan Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dan enjin carian Google.

3.0 DAPATAN DAN ANALISIS Kaedah analisis yang dijalankanِuntukِ mengenalِpastiِmaknaِbagiِ perkataanِ‘buah’ِ ialah kaedah menganalisis teks menggunakan perisian konkordans Pusat Rujukan PersuratanِMelayuِDewanِBahasaِdanِPustakaِ(DBP)ِperkataanِ‘buah’ Perkataanِ ‘buah’ِ telahِ disemakِ danِ dikenalِ pastiِ keberadaannya di dalam kamus umum. Hal ini menunjukkan penyelidik menggunakan Kamus Dewan edisi 98

Bahasa dan Internet keempat (2010) sebagai panduan untuk memperolehi makna perkataan tersebut. Setiap perkataanِ ‘buah’ِ akanِ disemakِ danِ dianalisisِ maknaِ yangِ telahِ terkandungِ diِ dalamnya. Maknaِ bagiِ perkataanِ ‘buah’ِ akanِ dikenalِ pastiِ berdasarkanِ konteksِ sesuatu ayat. 3.1 POLISEMI MAKNA Polisemi adalah sebahagian daripada bidang semantik. Menurut Taylor (1992), Geeraerts (1993), dan Tuggy (1993) (Dirk Geeraerts, 2010) polisemi merupakan kriteria yang melibatkan perbezaan tafsiran makna sesuatu perkataan yang dibahagikan dengan makna general dan makna kabur. Kedua-dua makna tersebut melibatkan makna yang saling bertentangan atau berkemungkinan mempunyai tafsiran konteks yang berbeza (Taylor 1992, Geeraerts 1993, dan Tuggy 1993 (Dirk Geeraerts, 2010).

Geoffrey Leech (1990) turut melontarkan pandangannya tentang polisemi. Menurutnya, polisemi adalah satu perkataan yang mempunyai dua atau lebih makna. Leech menguatkan lagi hujahnya dengan mengatakan polisemi merupakan makna yang saling berkesinambungan dengan makna teras. Kesinambungan makna melibatkan sejarah dan psikologikal yang tidak semestinya bertepatan. Makna yang mempunyai hubungan sejarah dapat dikenal pasti dengan sumber yang sama manakala makna hubungan psikologikal pula melibatkan peluasan makna intuitif yang masih mempunyai persamaan dengan sejarah (Geoffrey Leech, 1990). Oleh itu, walaupun satu perkataan tersebut mendukung makna yang berbeza, ianya masih memiliki kesinambungan makna.

Maknaِbagiِkataِ“buah”ِdianalisisِdenganِmenggunakanِKamusِDewanِEdisiِ Keempat (2010). Hasil daripada kaedah analisis yang dilakukan penyelidik mendapati terdapatِ beberapaِ maknaِ yangِ telahِ diperolehiِ untukِ perkataanِ “buah”.ِ Kedua-dua perkataan tersebut dapat dikenal pasti mempunyai lapan makna yang berbeza termasuklah penggunaan simpulan bahasa dengan menggunakan salah satu daripada perkataan tersebut. Makna-makna tersebut telah disenaraikan oleh Kamus Dewan seperti berikut:

99

Bahasa dan Internet Jadual 1: Kataِ“Buah”ِdanِmaknanyaِmengikutِKamusِDewanِ(2010) Leksis

Makna Leksis

Makna I

Bahagian tumbuh-tumbuhan yang terjadi daripada bunga atau putik dan biasanya berbiji

Makna II

Penjodoh bilangan untuk benda-benda yang tidak tentu bentuk atau jenisnya

Makna III

Pendapat

Makna IV

Hasil karangan seseorang; karya (simpulan bahasa)

Makna V

A. Hasil pekerjaan seseorang. B. Barang yang dibawa pulang dari perjalanan sebagai hadiah (simpulan bahasa)

Makna VI

Bahagian tubuh badan atau organ manusia

Makna VII

Orang yang disayangi (simpulan bahasa)

Makna

Orang yang disayangi (simpulan bahasa)

VIII Kataِ“buah”ِmerupakanِ kataِ yangِberadaِdalamِ kategoriِkataِnama.ِ Halِ iniِ boleh dibuktikan dengan makna teras bagi kedua-dua perkataan tersebut. Berdasarkan maknaِterasِbagiِkataِ“buah”ِadalahِtentangِbahagianِtumbuh-tumbuhan yang terjadi daripada bunga atau putik dan biasanya berbiji

Selain itu, kedua-dua perkataan ini boleh menerima kehadiran imbuhan kata kerja dan kata nama. Antaranya ialah imbuhan awalan ber-, dan imbuhan apitan ber…-kan, meN-…-kan manakala bagi imbuhan kata nama pula ialah akhiran –an. Contoh pembentukan imbuhan bagi perkataan tersebut ialah berbuah, berbuahkan, membuahkan, dan buahan.

3.1.1

Polisemi Kata “Buah”

Penyelidik telah menjalankan satu kajian analisis berbantukan data korpus daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemerolehan data daripada perisian tersebut merangkumi medium akhbar, majalah, buku, teks sastera, efemeral dan kertas kerja. Penyelidik telah memilih beberapa ayat yang menggunakan kataِ“buah”.ِBerdasarkanِjadualِyangِdinyatakan,ِmediumِPusat Rujukan Persuratan 100

Bahasa dan Internet Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka membantu penyelidik untuk mengenal pastiِpolisemiِmaknaِyangِterdapatِpadaِkataِ“buah” Jadual 2 : AnalisisِKataِ“Buah” Leksis

Makna

Makna I

Bahagian

Contoh Ayat tumbuh-tumbuhan Pohon rambutan ini lebat sungguh

yang terjadi daripada bunga atau buahnya putik dan biasanya berbiji Makna II

penjodoh bilangan untuk benda- Di kiri kanan sungai itu, terdapat benda yang tidak tentu bentuk beberapa atau jenisnya

buah

rumah

orang

Melayu.

Makna

Fikiran, apa-apa yang difikirkan Syarikat itu berjaya diselamatkan

III

oleh seseorang; pendapat

kerana

buah

fikirannya

yang

bernas. Makna IV hasil karangan seseorang; karya

Amirul telah berjaya menerbitkan buah pena yang menyentuh hati masyarakat

tentang

sifat

kemanusiaan. Makna V

a. hasil pekerjaan seseorang.

Jadikanlah sasaran terbaik di dunia

b. barang yang dibawa pulang sebagai buah tangan yang paling dari perjalanan sebagai hadiah

manis kepada peminat hoki negara di Kejohanan Piala Dunia, Belanda, Mei depan.

Makna VI Bahagian tubuh badan atau organ Rakan karibnya telah disahkan manusia

menghidapi

penyakit

buah

pinggang yang kronik. Makna VII

Orang yang disayangi

"Adalah tentang itu hai Zamrud anakku yang berbudi dan buah hati ayah

dan

emak

maka

telah

diperiksalah didapati tidak ada apaapaِkelakuan…”

101

Bahasa dan Internet Leksis

Makna

Contoh Ayat

Makna

Apa-apa perkara yang menjadi Berbelas buah mulut berteriak dari

VIII

sebut-sebutan orang.

jauh

Berdasarkanِ jadualِ analisisِ diِ atasِ dapatِ diperhatikanِ kataِ “buah”ِ bukanِ sahajaِ menunjukkan makna terasnya iaitu bahagian tumbuh-tumbuhan yang terjadi daripada bunga atau putik dan biasanya berbiji. Penggunaan kata “buah”ِlebihِmerujukِkeِarahِِ penghasilan daripada tumbuh-tumbuhan. Leksis ini telah mengalami peluasan makna dan mempunyai poliseminya yang tersendiri. Menurut Dirk Geeraerts (2010), beliau menyatakanِ “buah”ِ merupakanِ sebagaiِ satuِ bendaِ yangِ lembutِ danِ manis serta sebahagianِ daripadaِ pokokِ atauِ dahan.ِ Kataِ “buah”ِ telahِ mengalamiِ satuِ prosesِ generalisasi dan metafora di mana kata tersebut mempunyai makna perkataan yang berlainanِ tetapiِ masihِ mempunyaiِ kesinambunganِ denganِ maknaِ asalِ kataِ “buah”ِ (Dirk Geeraerts, 2010). Makna I iaitu bahagian tumbuh-tumbuhan yang terjadi daripada bunga atau putikِ danِ biasanyaِ berbijiِ merupakanِ maknaِ terasِ bagiِ kataِ “buah”.ِ Buahِ dapatِ diklafikasikan sebagai suatu benda yang dihasilkan oleh tumbuhan dengan menggunakan kaedah pembiakkannya yang tersendiri. Penghasilan buah selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang boleh dimakan oleh manusia. Kriteria general buah merupakan sesuatu ciptaan yang lembut, sedap, mempunyai warna yang berbeza, terhasil daripada pokok dan sebagainya. Prototaip yang dimiliki oleh sesuatu buah merupakanِ berbeza.ِ Halِ iniِ kerana,ِ kataِ “buah”ِ merangkumiِ kesemuaِ buahِ yangِ terdapat di alam. Bagi membezakan buah secara spesifik, kaedah prototaip diperlukan untuk membezakan di antara buah mangga dan buah rambutan sebagai contoh bentuk, warna, dan lain-lain. Misalnya penggunaan ayat bagi makna I iaitu Pohon rambutan ini lebat sungguh buahnya. Perkataan buah pada ayat tersebut merujuk kepada buah yang merupakan sebahagian daripada tumbuh-tumbuhan. Contoh ayat bagi maknaِIIِkataِ“buah’ِpulaِadalahِDi kiri kanan sungai itu, terdapat beberapa buah rumah orang Melayu. Kataِ“buah”ِyangِterdapatِpadaِayatِ tersebut merujuk kepada penjodoh bilangan. Menurut Nik Safiah Karim (2010), penjodoh bilangan adalah kata nama yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. 102

Bahasa dan Internet Penggunaanِkataِ“buah”ِdalamِayatِtersebutِadalahِbertujuanِuntukِmenggambarkanِ bilangan rumah orang Melayu di sesebuah tempat. Oleh itu, kataِ “buah”ِ telahِ mengalami proses polisemi iaitu sebagai makna pinggiran yang berlaku dengan menggunakan proses psikoligikal. Seterusnya ialah makna III. Contoh bagi ayat makna III ialah Syarikat itu berjaya diselamatkan kerana buah fikirannya yang bernas. Maknaِkataِ“buah”ِbagiِ ayat tersebut ialah tentang pendapat atau idea fikiran daripada seseorang. Kehadiran kataِ“buah”ِpadaِayatِِtersebutِmerupakanِsalahِsebuahِkategoriِperibahasaِMelayuِ iaitu simpulan bahasa. Berdasarkan kajian lepas yang dilakukan oleh Robiah Yaacob (2008), Abdullah Hussain (1989: vii) menyatakan simpulan bahasa ialah perkataan atau kelompok perkataan yang tertentu untuk menyatakan sesuatu maksud lain daripada erti lazimnya.ِ Bagiِ mencapaiِ maknaِ simpulanِ bahasaِ tersebut,ِ kataِ “buah” perlu hadir bergandinganِdenganِfikiran.ِHalِiniِkeranaِ“buahِfikiran”ِadalahِhasilِdaripadaِideaِ seseorang untuk menyelesaikan masalah atau menyampaikan maklumat. Oleh itu, maknaِIIIِbagiِkataِ“buah”ِtelahِmengalamiِprosesِpolisemi. Selain itu, makna kataِ“buah”ِIVِmerujukِkepadaِhasilِkaranganِseseorangِatauِ karya. Contoh ayat bagi makna tersebut ialah Amirul telah berjaya menerbitkan buah pena yang menyentuh hati masyarakat tentang sifat kemanusiaan. Kataِ“buah”ِdalamِ ayat tersebut merupakan simpulan bahasa.ِ Gabunganِ kataِ “buah”ِ danِ “pena”ِ menghasilkan makna hasil karangan seseorang atau karya. MaknaِVِbagiِ kataِ “buah”ِialahِhasilِpekerjaanِ seseorangِatauِbarangِ yangِ dibawaِ pulangِ dariِ perjalananِ sebagaiِ hadiah.ِ Maknaِ Vِ bagiِ kataِ “buah”ِ turutِ melibatkan simpulan bahasa. Hal ini boleh dibuktikan dengan contoh ayat yang diperolehi daripada data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh ayat bagi makna V ialah Jadikanlah sasaran terbaik di dunia sebagai buah tangan yang paling manis kepada peminat hoki negara di Kejohanan Piala Dunia, Belanda, Mei depan. Kehadiranِ gabunganِ kataِ “buah”ِ danِ “tangan”ِ membentukِ sebuahِ maknaِ baruِ meskipun ianya adalah makna hasil daripada strategi psikologikal Manakala makna ke VI ialah bahagian tubuh badan atau organ manusia. Contoh ayat bagi makna VI ialah Rakan karibnya telah disahkan menghidapi penyakit buah pinggang yang kronik. Hal ini disebabkan oleh bentuk buah pinggang mempunyai persamaan dengan bentuk buah-buahan. Oleh itu, masyarakat melayu menggunakan 103

Bahasa dan Internet kataِ“buahِpinggang”ِuntukِmerujukِkepadaِorganِdalamanِmanusiaِyangِberfungsiِ sebagai perkumuhan. Bentuk buah pinggang dianggap mempunyai persamaan dengan buah mangga kerana bentuknya. Contoh ayat bagi makna VII ialah "Adalah tentang itu hai Zamrud anakku yang berbudi dan buah hati ayah dan emak maka telah diperiksalah didapati tidak ada apaapa kelakuan…”.ِ Maknaِ kataِ “buah”ِ dalamِ perkataanِ tersebutِ ialahِ orangِ yangِ disayangi. Makna VII merupakan salah satu simpulan bahasa. Hal ini kerana kehadiran kataِ“buah”ِdanِ“hati”ِmenunjukkanِorangِyangِdisayangi.ِPerkaraِiniِdisebabkanِolehِ kataِ“buah”ِmerujukِkepadaِsesuatuِyangِsedap,ِbaikِuntukِkesihatanِmanakalaِkataِ “hati”ِmerujukِkepadaِperasaanِsayangِkepadaِseseorang.ِOlehِitu,ِbuahِhatiِmerujukِ kepada seseorang yang kita sayangi. MaknaِVIIIِbagiِkataِ“buah”ِialahِapa-apa perkara yang menjadi sebut-sebutan orang. Makna VIII juga salah satu simpulan bahasa. Hal ini boleh dibuktikan dengan kehadiran kataِ“buah”ِdenganِ“mulut”.ِContohِayatِtersebutِialahِberbelas buah mulut berteriak dari jauh. Walaupunِِkataِ“buah”ِmemilikiِperbezaanِmaknaِyangِketara,ِtetapiِmaknaِ tersebut masih berkesinambungan. Perkara ini dapat dilihat dengan makna teras kata “buah”ِdenganِsimpulanِbahasaِsepertiِ“buahِpena”,ِ“buahِtangan”,ِ“buahِfikiran”,ِ danِ “buahِ mulut”.ِ Kelima-lima perkataan tersebut menunjukkan satu hasil yang dilakukanِolehِseseorangِatauِsesuatu.ِManakalaِbagiِkataِ“buah”ِsebagaiِpenjodohِ bilangan,ِ “buahِ pinggang”ِ danِ “buahِ hati”ِ mempunyaiِ kesinambunganِ dariِ segiِ bentuk. Hal iniِ menunjukkanِ meskipunِ kataِ “buah”ِ mempunyaiِ perbezaanِ maknaِ dalam segi konteks ayat, kata tersebut tetap mempunyai kesinambungan dengan makna teras. 3.2

MODEL KERANGKA JARINGAN RADIAL KATA “BUAH”

Model kerangka jaringan radial merupakan sebuah model yang berasaskan teori protaip yang menerangkan tentang peluasan makna sesuatu kata. Teori protaip dihasilkan untuk menentukan kedudukan makna teras iaitu makna utama dengan makna pinggirannya. Norsimah Mat Awal (2002) mengatakan kedudukan sesuatu entiti akan dianalisis berdasarkan persamaan dan tidak persamaan makna pinggiran dengan makna teras

104

Bahasa dan Internet sesuatu kata. Oleh itu dalam pendekatan ini, kedudukan suatu kategori tidak berada pada tahap yang sama. Terdapat banyak makna kata yang menjadi ahli pinggiran. Rajah 1: Model Kerangka Jaringan Radial

BUAH Bahagian tumbuh-tumbuhan yang terjadi daripada bunga atau putik dan biasanya berbiji (MAKNA TERAS)

Penjodoh bilangan untuk bendabenda yang tidak tentu bentuk atau jenisnya

Fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat (simpulan bahasa)

Hasil karangan seseorang; karya (simpulan bahasa) a. Hasil pekerjaan seseorang. b. Barang yang dibawa pulang dari perjalanan sebagai hadiah (simpulan bahasa)

MAKNA PINGGIRAN

Bahagian tubuh badan atau organ manusia

Orang yang disayangi (simpulan bahasa)

Apa-apa perkara yang menjadi sebut-sebutan orang.

3.3

METAFORA RANTAIAN UTAMA MAKHLUK 105

Bahasa dan Internet Metafora Rantaian Utama Makhluk (RUM) merupakan sebuah proses yang melibatkan mekanisme metonimi iaitu memindahkan sesuatu tingkah laku spesifik kepada sesuatu yang lain. Metafora Rantaian Utama Makhluk (Great Chain of Being Metaphor) (Lakoff & Turner, 1989; Kovesces, 2002) merupakan kunci kepada makna dan tafsiran peribahasa berkaitan sesuatu benda. Pandangan tentang RUM ini pernah dibincangkan oleh Lovejoy (1936) dalam konteks falsafah Barat. Beliau menjelaskan RUM ini ialah model rakyat (folk model) atau model budaya (cultural model) yang menguasai dan menentukan tentang pandangan hidup atau manusia sejak zaman klasik (Yunani dan Rom), zaman pertengahan, dan zaman perkembangan Renaissance di Eropah. Model ini menunjukkan tentang segala objek dan entiti RUM dalam membentuk sesuatu hierarki (Lakoff & Turner, 1989 dalam Imran Ho-Abdullah, 2012) Rajah 2: Hierarki Rantaian Makhluk Utama

Tuhan

Malaikat

Manusia

Haiwan dan Tumbuhan

RUM juga membentuk Model Kognitif Terunggul (Idealized Cognitive Model) atau lebih dikenali sebagai metafora RUM. Metafora RUM mempunyai hubung kait di antara manusia dengan makhluk di bawahnya. Metafora RUM turut melibatkan tentang emosi, ciri-ciri psikologikal dan sosial serta perwatakan manusia (Lakoff & Turner, 1989). Penggunaan metafora RUM adalah untuk menganalisis tentang simpulan bahasa yangِterdapatِdalamِkataِ“buah”. Jadual 3: SimpulanِBahasaِkataِ“buah”ِdanِMakna Simpulan Bahasa

Makna

106

Bahasa dan Internet Buah fikiran

Fikiran apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat (simpulan bahasa)

Buah pena

Hasil karangan seseorang; karya (simpulan bahasa)

Buah tangan

A. Hasil pekerjaan seseorang. B. Barang yg dibawa pulang dr perjalanan sbg hadiah (simpulan bahasa)

Buah hati

Orang yang disayangi (simpulan bahasa)

Buah mulut

Apa-apa perkara yang menjadi sebut-sebutan orang.

Simpulanِbahasaِ“buahِfikiran”ِmerupakanِsesuatuِkeadaanِdimanaِbuahِyangِ merujuk kepada sesuatu ciptaan yang baik, elok, cantik dan lain-lain. Buah berada dalam kategori tumbuhan dan berada di bawah hierarki manusia. SUMBER

SASARAN

Buah

Ciptaan yang kaya dengan khasiat yang baik. Penghasilan daripada bunga

fikiran

Sesuatu yang berkaitan kognitif iaitu idea manusia

Simpulan bahasa ini merujuk kepada tingkah laku manusia dalam menghasilkan sesuatu idea yang bernas atau tidak bernas. Adegan ini secara tidak langsung mempunyaiِkesinambunganِdenganِmaknaِterasِkataِ“buah”ِiaituِpenghasilan.ِKataِ “buah”ِdalamِsimpulanِbahasa tersebut mungkin merujuk kepada kognitif atau sistem pemikiran manusia iaitu otak. Hal ini kerana otak manusia merupakan berbentuk bulat. Masyarakatِ Melayuِ menggunakanِ kataِ “buah”ِ untukِ menggantikanِ otakِ supayaِ bahasa yang dihasilkan lebih elok didengar dan digunakan ketika berkomunikasi. Perkara ini disebabkan oleh masyarakat Melayu amat dikenali oleh khalayal umum bangsa lain sebagai bangsa yang berlemah lembut dan bersopan santun ketika berbicara.

107

Bahasa dan Internet Simpulan bahasa kedua yang menggunakan kata “buah”ِialahِbuahِpena. SUMBER

SASARAN

Buah

Ciptaan yang kaya dengan khasiat yang baik. Penghasilan daripada pokok

pena

Merujuk kepada pen dan kertas dalam menghasilkan sesuatu tulisan

Buah pena merupakan sebuah simpulan bahasa yang jarang digunakan oleh masyarakat Melayu.ِMeskipunِpenggunaannyaِamatِkurang,ِsimpuulanِbahasaِ“buahِpena”ِmasihِ dapat dikenal pasti menggunakan perisian laman sesawang dalam enjin carian Google untuk mendapatkan data. Simpulan bahasa buah pena merupakan perkaitan penghasilan sesuatu karya daripada seseorang. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan sekali lagi simpulan bahasa berkait dengan penghasilan.

Simpulanِbahasaِketigaِyangِmenggunakanِkataِ“buah”ِialahِbuahِtangan. SUMBER

SASARAN

Buah

Ciptaan yang kaya dengan khasiat yang baik. Penghasilan daripada pokok

tangan

Anggota badan manusia

Simpulan bahasa buah tangan merujuk kepada perlakuan manusia dalam memberi sesuatu barang yang dibawa pulang kepada individu lain atau hasil pekerjaan seseorang. Sumber tangan menggambarkan sasaran sebagai anggota badan manusia. Fungsi anggota tangan adalah memberi atau menyampaikan sesuatu benda kepada individu lain.

108

Bahasa dan Internet Seterusnya adalah buah hati di mana turut tergolong dalam salah satu simpulan bahasa yang menggunakan kata buah. SUMBER

SASARAN

Buah

Ciptaan yang kaya dengan khasiat yang baik. Penghasilan daripada pokok

hati

Merujuk kepada organ dalaman manusia.

Hati merupakan satu organ manusia yang dianggap sebagai perasaan kasih sayang. Masyarakat menganggap bentuk hati sebagai sesuatu yang menggambarkan cinta kepada manusia atau benda lain. Oleh itu, simpulan bahasa buah hati membawa maksud orang yang disayangi. Hal ini kerana bentuk hati dan andaian masyarakat tentang hati. Akhir sekali adalah simpulan bahasa buah mulut. SUMBER

SASARAN

Buah

Ciptaan yang kaya dengan khasiat yang baik. Penghasilan daripada pokok

mulut

Anggota tubuh badan manusia

Makna simpulan bahasa buah mulut adalah pembawakkan maklumat dari seorang kepada orang lain. Menurut Kamus Dewan (2010), buah mulut ialah apa-apa perkara yang menjadi sebut-sebutan orang. Buah merupakan sebuah ciptaan yang kaya dengan khasiat yang baik dan penghasilannya adalah daripada pokok manakala mulut merupakan sebahagian daripada anggota tubuh badan manusia. Oleh itu, makna simpulanِ bahasaِ mempunyaiِ hubungِ kaitِ denganِ maknaِ terasِ kataِ “buah”.ِ Halِ iniِ kerana, simpilan bahasa tersebut menggambarkan penghasilan begitu juga dengan kata “buah”.

109

Bahasa dan Internet

4.0 PENUTUP Kebanyakkan kata yang terdapat dalam sesuatu bahasa memiliki makna yang berlainan disebabkan oleh penggunaan kata bergantung kepada konteks ayat tersebut. Penggunaan ayat memainkan peranan penting untuk mengenal pasti makna pinggiran bagiِsesuatuِkata.ِKataِ“buah”ِyangِasalnyaِmerupakanِsebahagian daripada tumbuhtumbuhan yang dihasilkan daripada pokok mengalami proses polisemi atau peluasan makna.ِKataِ“buah”ِmendukungِmaknaِbaruِbilaِbergandinganِdenganِkataِlainِsepertiِ mulut,ِhati,ِfikiran,ِpena,ِpinggang,ِdanِtangan.ِSelainِitu,ِkataِ“buah”ِturut mampu mendukung makna sebagai penjodoh bilangan yang menggambarkan sesuatu benda yang berbentuk besar seperti rumah, meja, kerusi, kereta dan sebagainya. Peluasan makna sesuatu kata mungkin akan terus berlaku seiring dengan arus pemodenan. Meskipun peluasan makna berlaku, keaslian makna iaitu makna teras masih dikekalkan dan makna baru atau makna pinggiran masih mempunyai kesinambungan dengan makna teras.

110

Bahasa dan Internet

RUJUKAN Dirk Geeraerts. (2006) Cognitive Linguistics: Basic Readings, Mouton de Gruyter, Berlin, New York. Dirk Geeraerts. (2010) Theories of Lexical Semantics, Oxford University Press, New York, United States Geoffrey Leech. (1990) Semantics The Study of Meaning. Second Edition, Penguin Books, England Imran Ho Abdullah. (2011) Analisis Kognitif Semantik Peribahasa Melayu Bersumberkan Anjing (Canis Familiaris), Journal of Language Studies, Gema Online, Vol. 11(1) 2011, No 125. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lovejoy, A.O. (1936) The great chain of being: A study of the history of an idea. Cambridge, Mass.: Harvard University Press. Muhamad Fadzillah bin Hj Zaini (2015) Analisis Pemetaan Metafora Unsur Flora dan Fauna Dalam Pantun Melayu : Satu Tinjauan Awal, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam. Dicapai pada 11 November 2017 pada 1.10 petang https://www.academia.edu/24930191/Analisis_Pemetaan_Metafora_Unsur_Fl ora_dan_Fauna_Dalam_Pantun_Melayu_Satu_Tinjauan_Awal_MUHAMAD_ FADZLLAH_BIN_HJ_ZAINI Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2010) Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noor Fazilah Noor Din. (2016) Peluasan Makna Payung dalam Kalangan Pengguna Bahasa Melayu Berdasarkan Analisis Semantik Kognitif, International Seminar on Generating Knowledge Through Research, Universiti Utara Malaysia, Malaysia. Dicapai pada 10 November 2017 pada pukul 11.11 pagi http://ojs.umsida.ac.id/index.php/icecrs Robiah binti Yaacob. (2008) Perbezaan antara Simpulan Bahasa dan Kata Majmuk dari segi Bentuk dan Makna, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ruth M. Kempson. (1992) Semantic Theory, Lecturer in Linguistics, Universtity of London, Cambridge University Press, Australia Sperber,D & D, Wilson. (1995) Relevance Theory: Communication and Cognition. Oxford, Blakewell

111

Bahasa dan Internet

ANALISIS KETIDAKSANTUNAN BAHASA DAN KESANTUNAN BAHASA DALAM LAMAN SOSIAL FACEBOOK BERDASARKAN MODEL KETIDAKSANTUNAN CULPEPER (1996, 2005) DAN STRATEGI KESANTUNAN BROWN DAN LEVINSON (1978, 1987) Nur Atikah Bt Jusoh

ABSTRAK Kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji strategi ketidaksantunan dan strategi kesantunan yang digunakan oleh responden-responden dalam memberi komen. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, kaedah kepustakaan, dan kaedah kualitatif. Data-data yang digunakan untuk dianalisis dikutip daripada salah satu page dalam laman sosial Facebook. Page yang telah dipilih tersebut merupakan page milik salah satu daripada universiti yang terdapat di Malaysia. Oleh itu, rata-rata responden adalah melibatkan mahasiswa dan mahasiswi. Data-data yang dianalisis adalah berdasarkan Model Ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005) dan Strategi Kesantunan Brown dan Levinson (1978, 1987). Pada akhir kajian ini, pengkaji dapat melihat sama ada mahasiswi dan mahasiswa lebih kerap menggunakan strategi ketidaksantunan atau strategi kesantunan sewaktu berkomunikasi dan pengkaji juga secara tidak langsung dapat mengetahui perkara yang menyebabkan individu menggunakan strategi yang dipilih. Kata kunci: Strategi ketidaksantunan, strategi kesantunan, Model Ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005), Strategi Kesantunan Brown dan Levinson (1978, 1987).

1.0 PENDAHULUAN DAN LATAR BELAKANG. Ketidaksantunan berbahasa merupakan strategi yang menggunakan penggunaan bahasa yang kasar dan tidak elok oleh penutur kepada pendengar atau pembaca (Zaitul Azma & Ahmad Fuad, 2012: 63). Perkara ini bertepatan dengan Culpeper (2003: 1564 dalam Noor Firdaus, 2016: 65) yang mengatakan bahawa ketidaksantunan berbahasa merupakan strategi yang digunakan oleh individu yang bertujuan untuk merosakkan air muka seseorang sehingga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan. Culpeper (1996, 2005) telah mengemukakan lima strategi ketidaksantunan, iaitu (a) ketidaksantunan secara langsung, (b) ketidaksantunan positif, (c) ketidaksantunan 112

Bahasa dan Internet negatif, (d) penggunaan sindiran, dan (e) menahan kesantunan (Zaitul Azma & Ahmad Fuad, 2012: 65). Kajian ini akan mengkaji strategi ketidaksantunan yang digunakan oleh responden dalam data yang dikutip berdasarkan kelima-lima strategi ketidaksantunan yang digunakan. Jika strategi ketidaksantunan yang digunakan boleh menimbulkan konflik, perkara ini berbeza dengan Strategi Kesantunan Brown dan Levinson (1978, 1987). Hal ini kerana penggunaan strategi kesantunan oleh pengguna adalah untuk mengelakkan sebarang konflik dengan pendengar atau pembaca (Fraser dan Nolan, 1981: 96, dalam Noor Firdaus, 2016: 48). Strategi kesantunan mementingkan konsep air muka, iaitu imej diri penutur di tempat awam (Marlyna Maros, 2011: 8). Konsep air muka dibahagikan kepada dua, iaitu (a) air muka positif yang merupakan keinginan individu yang menginginkan air mukanya dihargai dan (b) air negatif yang merupakan keinginan individu dalam merasai hak, kehendak, dan kuasa autonomi berdasarkan tindakannya (ibid.). keinginan individu untuk menjaga air mukanya atau mengelakkan daripada mengancam air muka individu, penggunanya perlu menggunakan strategi-strategi tertentu, iaitu (a) strategi tanpa rekod dan (b) strategi berekod yang menggunakan kesantunan negatif dan kesantunan positif (Noor Firdaus, 2016: 58).

2.0 TUJUAN, BATASAN, DAN KAEDAH. Bahagian ini akan menerangkan tujuan kajian, batasan kajian, dan kaedah kajian. 2.1 Tujuan Kajian Kajian ini dihasilkan adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis strategi ketidaksantunan yang digunakan oleh responden sewaktu memberi komen dalam salah satu halaman di laman sosial Facebook berdasarkan Model Ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005). Selain itu, kajian ini juga dilakukan adalah untuk melihat dan menghuraikan strategi kesantunan yang ada dalam data yang dikutip berdasarkan Strategi Kesantunan Brown Dan Levinson (1978, 1987).

113

Bahasa dan Internet 2.2 Batasan Kajian Data-data yang dikutip adalah daripada halaman di laman sosial Facebook milik salah satu universiti yang terdapat di Malaysia. Responden yang terlibat rata-ratanya terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi. Hal ini kerana status yang dipilih daripada halaman tersebut adalah melibatkan isu yang wujud dalam universiti tersebut. Datadata yang dipilih adalah melibatkan status asal yang dimuat naik (selepas ini disebut sebagai DATA ASAL) dan komen-komen yang dilontarkan oleh responden berkenaan DATA ASAL

tersebut. DATA ASAL oleh R1 ada dilampirkan di bahagian

LAMPIRAN. 2.3 Kaedah Kajian Pengumpulan data dilakukan adalah dengan menggunakan kaedah pemerhatian, kaedah kepustakaan, dan dihuraikan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah pemerhatian dilakukan adalah untuk mengenal pasti strategi-strategi ketidaksantunan dan strategi kesantunan yang ada dalam DATA ASAL dan komen-komen yang dilontarkan. Selain itu, kaedah kepustakaan juga digunakan untuk mendapatkan maklumat tambahan dan beberapa laman web juga diakses. Antaranya ialah sciencedirect.com. Maklumat-maklumat yang diperolehi tersebut akan dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif.

3.0 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN Bahagian ini akan menyentuh perihal strategi ketidaksantunan yang digunakan dalam data-data yang telah dikutip berdasarkan Model Ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005). Selain itu, bahagian ini juga akan menghuraikan strategi kesantunan yang digunakan berdasarkan Strategi Kesantunan Brown dan Levinson (1978, 1987). 3.1 ANALISIS STRATEGI KETIDAKSANTUNAN YANG DIGUNAKAN BERDASARKAN MODEL KETIDAKSANTUNAN CULPEPER (1996, 2005) Berdasarkan data yang telah dianalisis, terdapat beberapa strategi ketidaksantunan yang digunakan oleh responden berdasarkan Model Ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005). Berdasarkan lima strategi ketidaksantunan oleh Culpeper (1996, 2005) seperti yang 114

Bahasa dan Internet telah dinyatakan dalam bahagian PENDAHULUAN DAN LATAR BELAKANG, hanya empat strategi ketidaksantunan yang ditemui dalam data-data yang telah dikumpul. Empat ciri strategi ketidaksantunan yang digunakan tersebut ialah strategi ketidaksantunan secara langsung, strategi ketaksantunan positif, strategi ketaksantunan negatif, dan strategi penggunaan sindiran.

3.1.1 Strategi Ketidaksantunan Secara Langsung Strategi ketidaksantunan secara langsung adalah merupakan strategi yang digunakan oleh penggunanya yang berniat untuk memberi ancaman air muka kepada pendengar secara langsung (Nor Shahila Mansor et. al, 2014: 213). Hal ini kerana ungkapan yang diucapkan membawa makna negatif dan disampaikan dengan jelas, tidak kabur dan tiada ketaksaan ayat sehingga menyebabkan air muka pendengar jatuh dan diaibkan (ibid.). Strategi ketidaksantunan secara langsung dapat dilihat dalam data-data yang berikut: DATA 1 R5 : Hg mls keja tu xdak knderaan.. Kami pon beli atas usaha sndri ja, tu pon moto ja la.. Haha... Maw rajin ja.. Xya pon hg jln kaki.. Aku tgok org jln kaki pon kena debu truk bkn hat naik knderaan ja.. Mksdnya smua terkesan.. Ke debu yg bnyk tu ttup akal hg utk cakap mcm tu. Ungkapan yang ditebalkan tulisannya dalam DATA 1 menunjukkan bahawa adanya penggunaan strategi ketaksantunan secara langsung. Hal ini kerana penggunaan leksikal malas telah menunjukkan bahawa R5 ingin menjatuhkan air muka R1. Perkataan malas yang digunakan juga membawa maksud yang negatif iaitu tidak mahu berbuat sesuatu (diambil daripada http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=malas) dan sesiapa yang membaca DATA 1 dapat memahami dengan jelas perkara yang ingin disampaikan oleh R5 iaitu R1 merupakan seorang yang tidak mahu bekerja dan perkara itu menyebabkannya tidak mempunyai kenderaan. Oleh itu, perkara ini jelas menunjukkan bahawa adanya strategi ketidaksantunan dalam DATA 1 kerana analisis yang dibuat menepati konsep strategi ketidaksantunan secara langsung berdasarkan Model Ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005).

115

Bahasa dan Internet

DATA 2 R9 : Negatif betul pemikiran confessor... Adik, semua orang ada cabaran masingmasing... Hurmm, kalau ikut logik adik ni lah, x perlu lah buat apa2 pembangunan... Terus je hidup dalam kesusahan... Adik masuk U kenapa ye? Maaf ayat kasar tp adik masuk U mesti sebb nak baiki taraf kehidupan kan? Adakah itu membuat adik seorang yang manja dan tak boleh hidup pada taraf hidup adik yang lama...? Sama jugak yg ada kenderaan, salah ke mereka nak baiki taraf hidup diorang ? DATA 2 juga menunjukkan adanya strategi ketidaksantunan secara langsung kerana ungkapan yang diungkapkan oleh R9 (ungkapan yang telah dihitamkan dalam DATA 2) secara nyata boleh menyebabkan air muka R1 jatuh. Perkataan negatif yang digunakan bermaksud sesuatu yang tidak mempunyai nilai, ciri, kualiti yang membina (diambil daripada http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=negatif). Jadi perkara ini jelas menunjukkan bahawa R9 telah mengatakan dengan jelas dan nyata bahawa R1 tidak mempunyai kualiti yang membina dalam berfikir dan perkara ini bertepatan dengan konsep strategi ketidaksantunan secara langsung oleh Culpeper (1996, 2005). Berdasarkan kedua-dua data yang dikemukakan, perkara ini menunjukkan bahawa sememangnya wujud strategi ketaksantunan secara langsung yang digunakan oleh responden-responden dalam melontarkan komen-komen berkenaan isu yang dipilih melalui halaman milik salah satu universiti di Malaysia yang ada di Facebook. Strategi ketaksantunan secara langsung yang digunakan juga membawa maksud yang nyata dan tidak kabur. Hal ini kerana pemilihan perkataan-perkataan yang dijadikan sebagai penanda untuk membuktikan bahawa adanya strategi ketidaksantunan secara langsung yang digunakan mudah difahami oleh pembaca. Perkataan-perkataan yang digunakan tersebut juga boleh menyebabkan air muka individu yang dimaksudkan jatuh kerana penanda-penanda tersebut merupakan perkataan yang agak tidak sopan dan perkara ini memenuhi kriteria-kriteria dalam strategi ketidaksantunan secara langsung dalam Model Ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005). 3.1.2 Strategi Ketidaksantunan Positif Strategi ketidaksantunan positif merupakan strategi yang digunakan untuk menjatuhkan air muka seseorang dengan cara (a) tidak memberi perhatian dan mengabaikan kewujudan seseorang, (b) tidak menunjukkan perasaan simpati, (c) penggunaan identiti 116

Bahasa dan Internet yang tidak tepat, (d) penggunaan bahasa yang tidak jelas, (e) adanya ketidaksetujuan, (f) penggunaan bahasa yang tabu, dan (g) penggunaan panggilan nama yang lain untuk menyapa (Zaitul Azma & Ahmad Fuad, 2012: 65). Strategi ini dapat dilihat dalam beberapa data yang dikemukakan, iaitu; DATA 1 R36 : wuuuttooohhhhhhhh satu kali DATA 1 menunjukkan adanya penggunaan strategi ketidaksantunan positif. Adanya strategi ketidaksantunan positif yang digunakan adalah melalui penggunaan perkataan yang dihitamkan, iaitu wutoh atau butuh oleh R36. Hal ini kerana perkataan tersebut merupakan perkataan yang dilarang untuk disebut atau tabu. Perkataan wutoh atau butuh itu membawa maksud kemaluan atau alat sulit milik orang lelaki (diambil daripada http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword= BUTUH&d =112592&#LIHAT SINI) dan penggunaan perkataan tersebut boleh menyebabkan individu berasa tidak selesa dan penggunaannya juga melibatkan unsur lucah. Jadi, perkara ini secara tidak langsung boleh menjatuhkan air muka individu yang terlibat kerana perkataan tersebut merupakan perkataan yang sensitif. DATA 2 R17 : Ni lg bodoh confession pon.. dh klo duk luar tk dpt desa nk suh mai jln kaki ke .. umur dh lanjut otak duk kt lutut.. shame of you .. ckp pkai otak la bro Penggunaan perkataan bodoh dalam DATA 2 juga menunjukkan bahawa adanya penggunaan bahasa yang tabu (Zaitul Azma & Ahmad Fuad, 2012: 67). Perkataan bodoh

atau

tidak

pandai

(diambil

daripada

http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bodoh) boleh menyebabkan air muka R1 jatuh. Hal ini kerana penggunaan perkataan bodoh telah menunjukkan bahawa R17 menghina R1 dan penggunaannya juga adalah disebabkan oleh emosi marah (Zaitul Azma & Ahmad Fuad, 2012: 68). Perkara ini secara tidak langsung boleh menyebabkan R1 berasa tidak selesa (ibid.) dan perkara ini bertepatan dengan strategi ketidaksantunan positif. Berdasarkan kedua-dua data yang dikemukakan, perkara jelas membuktikan bahawa wujudnya strategi ketidaksantunan positif dalam data yang dikutip. Selain itu, kedua-dua data juga jelas menunjukkan bahawa penggunaan bahasa tabu boleh menyebabkan seseorang itu berasa maruahnya jatuh dan penggunaannya juga menyebabkan individu tersebut berasa tidak selesa. Perkara ini bertepatan dengan

117

Bahasa dan Internet definisi strategi ketidaksantunan positif oleh Model Ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005).

3.1.3 Strategi Ketidaksantunan Negatif Menurut Culpeper (2005: 41, dalam Noor Firdaus, 2016: 186), strategi ketidaksantunan negatif merupakan strategi yang digunakan untuk menyebabkan air muka negatif seseorang rosak. Strategi ketidaksantunan negatif dapat dikenal pasti sekiranya ada unsur menakutkan seperti mengugut, adanya ejekan atau penghinaan, adanya kaitan dengan aspek negatif, dan adanya serangan dengan menggunakan maklumat yang lain yang digunakan oleh penutur (ibid.). Strategi ketidaksantunan negatif dapat dikenal pasti dalam data-data yang dikemukakan seperti berikut; DATA 1 R8 : Family aku pun bukan org berada nak perbaik moto kalau dh hentam sampai moto gelong.. dh kemudahan ada, nak la jugak pakai.. memudahkan pergi kelas Sebelum ni pernah nampak org merungut pasal jalan dekat *****? Tak pernah kan? Sebabnya rungutan hanya wujud bila benda tu tk selesai2 berapa kurun... Sebenarnya pemikiran hang yg tkmau berubah la yg jd masalah...pastu perturunkan pemikiran tu pd org lain..tu yg org utara panggil makngot.. DATA 1 menunjukkan bahawa adanya penggunaan kesantunan negatif. Hal ini kerana adanya unsur ejekan dan penghinaan dalam DATA 1 oleh R8 terhadap R1. Wujudnya unsur tersebut dapat dibuktikan daripada penggunaan perkataan makngot yang merupakan dialek Utara, seperti yang dinyatakan oleh R8. Perkataan makngot yang merupakan kata adjektif bermaksud orang yang tidak cergas atau lembab (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=makngot&d= 150348&#LIHATSINI). Jadi, perkara ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa R8 menggelar R1 seorang yang lembab dalam berfikir. Perkara ini boleh menyebabkan air muka R1 rosak kerana penggunaan perkataan tersebut seolah-olah menunjukkan R8 mempunyai masalah dalam berfikir. Hal ini secara jelas bertepatan dengan ciri-ciri strategi ketidaksantunan negatif. 118

Bahasa dan Internet DATA 2 R27 : Eah engko ingat budak2 *** takde kumpul duit sendiri ke beli kenderaan . Aku kalau jumpa kau ni. Memang ak tendang ko masuk tasik biawak sana. Kau pegi kawan dgn natang2 tu. Ungkapan yang dihitamkan mempunyai unsur menakut-nakutkan R1. Unsur menakutnakutkan itu timbul disebabkan oleh R27 mengugut R1. Hal ini kerana R27 ingin menendang R1 masuk ke dalam tasik biawak sekiranya beliau berjumpa dengan R1. Perkara ini boleh menyebabkan R1 berasa takut disebabkan oleh ugutan yang dilemparkan oleh R27. Perkara ini menunjukkan bahawa R27 dalam DATA 2 menggunakan strategi ketidaksantunan negatif kerana adanya unsur menakut-nakutkan yang merupakan salah satu ciri yang terdapat dalam strategi ketidaksantunan negatif. Berdasarkan analisis bagi kedua-dua data yang dikemukakan, jelas menunjukkan bahawa sememangnya ada penggunaan strategi ketidaksantunan negatif dalam komen-komen yang dilontarkan berkenaan satu isu yang dipilih daripada halaman Facebook tersebut. Penggunaan strategi ketidaksantunan negatif dalam komen-komen tersebut adalah melibatkan unsur menakut-nakutkan dan unsur ejekan dan tohmahan. 3.1.4 Strategi Penggunaan Sindiran. Strategi penggunaan sindiran juga ada digunakan oleh responden-responden selain daripada strategi ketidaksantunan secara langsung, strategi ketaksantunan positif, strategi ketaksantunan negatif. Strategi penggunaan sindiran merupakan strategi yang digunakan untuk menunjukkan strategi kesantunan yang tidak benar, berpura- pura, atau nilai kesantunan itu hanya wujud secara tersurat sahaja (Zaitul Azma & Ahmad Fuad, 2012: 65). Perkara ini bermakna sekiranya makna ungkapan yang diungkapkan tersebut dilihat daripada segi pragmatik, nilai sebenar yang disampaikan adalah merupakan nilai ketidaksantunan. Strategi ketidaksantunan yang digunakan oleh responden-responden dapat dilihat dalam data-data yang diberikan seperti berikut; DATA 1 R25 : Weiii, bila free? Mai bilik amek kunci moto aq, nty aq blanja hang lunch kasut saiz8. Mau x? 119

Bahasa dan Internet Jika diteliti DATA 1 yang dikemukakan, adanya unsur sindiran. Unsur sindiran yang wujud dapat dilihat melalui ungkapan yang telah dihitamkan. Hal ini kerana jika diteliti secara tersurat R25 ingin membelanja R1 makan tengahari dengan berlaukkan kasut saiz lapan. Namun begitu, jika dilihat maknanya secara tersirat, R25 mengugut R1 tetapi dalam bentuk sindiran. Hal ini kerana tiada insan yang makan tengahari dengan berlaukkan kasut saiz lapan. Jadi perkara ini jelas menunjukkan wujudnya unsur sindiran dalam DATA 1 tersebut kerana R25 hanya berpura-pura menggunakan strategi kesantunan jika dilihat maknanya secara semantik walhal jika dilihat maknanya secara pragmatik, strategi sebenar yang digunakan ialah strategi penggunaan sindiran. DATA 2 R14 : Yelaaa bro padan muka kami. Padan muka hang jugak sebab tongong! Aah memang kami orang senang. Tak mintak kau kesian pun. Tak kesah laa jadi cacing kepanasan pun asal tak jadi manusia bahlol macam hg. Sekarang ni aku tak faham apa kaitan kami merungut-rungut ni dengan hg yg lagi susah? Kami merungut ni ada buat kau tak kenyang ke tak boleh tidur ke macam mana ekk? Bro! Hidup ni jangan cari salah orang tuu. Kau tuu sepatutnya muhasabah diri. Asyik nak cakap kami orang susah kami tak mampu nak minta simpati manusia sampai bila? Kami ni haa tak mampu jugaaa broo. Bawak moto tuu sebab keperluan dan kemudahan. Kalau dapat hostel kami pun JALAN KAKI jugak hawauuu. Jika dilihat dalam DATA 2 melalui ungkapan Aah memang kami orang senang, ungkapan tersebut menunjukkan adanya penggunaan strategi kesantunan iaitu strategi persetujuan (Noor Firdaus, 2016: 87). Penanda yang menunjukkan bahawa adanya strategi persetujuan ialah penggunaan perkataan Aah yang membawa maksud betul. Jadi, perkara ini menunjukkan bahawa R14 setuju dengan isi yang diucapkan oleh R1. Namun begitu, strategi persetujuan itu sebenarnya strategi kesantunan yang digunakan secara tersurat sahaja. Hal ini kerana jika diperhatikan ungkapan yang selanjutnya, iaitu Tak kesah laa jadi cacing kepanasan pun asal tak jadi manusia bahlol macam hg, perkara ini menunjukkan bahawa R14 sebenarnya tidak bersetuju dengan pendapat R1, tambahan lagi dengan adanya penggunaan perkataan tabu iaitu bahlol. Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa adanya penggunaan sindiran oleh R14 kerana makna tersirat bagi strategi persetujuan yang digunakan pada asalnya sebenarnya merupakan perlian kepada R1. Hal ini kerana R1 ada menyatakan bahawa 120

Bahasa dan Internet orang yang membawa motor semuanya merupakan orang yang senang (sila rujuk bahagian Lampiran), walhal sebaliknya. Jadi, perkara ini membuktikan bahawa sememangnya ada strategi penggunaan sindiran dalam DATA 2. Secara kesimpulannya, berdasarkan analisis data yang telah dibuat, strategi penggunaan sindiran digunakan oleh responden-responden untuk menunjukkan perlian kepada individu yang dituju. Penggunaan sindiran yang digunakan itu ditutupi dengan penggunaan strategi kesantunan. 3.2

ANALISIS

STRATEGI

KESANTUNAN

YANG

DIGUNAKAN

BERDASARKAN STRATEGI KESANTUNAN BROWN DAN LEVINSON (1978, 1987) Bahagian ini akan menyentuh perihal strategi kesantunan yang digunakan oleh responden-responden dan akan dihuraikan berdasarkan Strategi Kesantunan Brown dan Levinson (1978, 1987). Hal ini kerana walaupun data yang dikutip majoriti respondennya menggunakan strategi ketidaksantunan, namun begitu, masih ada responden yang menggunakan strategi kesantunan. Antara strategi kesantunan yang digunakan ialah strategi menjadi optimistik, strategi jenaka, strategi beri atau tanya alasan, dan strategi beri petunjuk. 3.2.1 Strategi Menjadi Optimistik Strategi optimistik yang merupakan salah satu strategi kesantunan positif dalam Brown dan Levinson (1978, 1987) digunakan untuk mengekalkan atau memperolehi imej yang positif terhadap dirinya (Noor Firdaus, 2016: 94). Strategi ini digunakan adalah kerana penuturnya berharap agar adanya perkara yang adil dalam sesuatu perkara (ibid.). Strategi menjadi optimistik dapat dilihat penggunaannya dalam data yang berikut;

121

Bahasa dan Internet DATA 1 R7 : Allah cipta setiap tgn ada 5 jari: Ibu jari Jari telunjuk Jari hantu Jari manis Jari kelingking Kalo ada yg ke6, tu bonus Setiap jari ada fungsi. Mcm tu juga mnusia, ada yg hardcore, miskin, middle, middleup, kaya dan high rich. Ada yg jln kaki, bertongkat, naik basikal, motor, kenderaan, bas dn mcm2 lagi. Hormat antra satu sama lain. Masih2 berperanan dan terkesan. Xperlu bangga dan x perlu scarcastic. Respect is to earn, not demanded. DATA 1 oleh R7 menunjukkan bahawa adanya penggunaan strategi kesantunan menjadi optimistik. Hal ini kerana R7 mengharapkan bahawa R1 menunjukkan keadilan dalam menyatakan sesuatu perkara. Penanda bagi strategi menjadi optimistik dapat dilihat melalui ungkapan Hormat antra satu sama lain. Penggunaan ungkapan tersebut menunjukkan bahawa R7 menuntut semua individu menghormati antara satu sama lain kerana setiap individu ada fungsinya yang tersendiri (berdasarkan ungkapan Setiap jari ada fungsi. Mcm tu juga mnusia, ada yg hardcore…). Perkara ini juga menunjukkan bahawa R7 masih mampu berfikir dengan positif dan waras sedangkan rata-rata responden yang memberi komen adalah berdasarkan emosi semata-mata kerana ada melibatkan penggunaan bahasa tabu (boleh dilihat di bahagian Strategi Ketidaksantunan Negatif). Oleh itu, perkara ini jelas membuktikan bahawa DATA 1 oleh R7 menggunakan strategi menjadi optimistik. 3.2.2 Strategi Jenaka Strategi jenaka yang merupakan strategi ke-8 dalam strategi kesantunan positif oleh Brown dan Levinson (1978, 1987) biasanya digunakan oleh penutur yang mempunyai latar belakang yang sama dengan seseorang dan jenaka yang dilakukan mempunyai kaitan dan dapat difahami oleh pengguna dan orang yang mempunyai latar belakang yang sama tersebut (Noor Firdaus, 2016: 100).

122

Bahasa dan Internet Data berikut menunjukkan adanya penggunaan strategi jenaka; DATA 1: R34

R34 menggunakan strategi jenaka. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan emoji yang membawa maksud ketawa sehingga mengeluarkan air mata. R34 mengatakan bahawa beliau menggunakan motor kerana memenangi hadiah cabutan bertuah dan ungkapan tersebut adalah bersifat jenaka kerana adanya penggunaan emoji tersebut. Jenaka yang disampaikan pula adalah melibatkan orang yang mempunyai pengalaman yang sama. Hal ini kerana individu yang disebut namanya di ruangan komen oleh R34 memahami jenaka yang disampaikannya. Individu tersebut memberikan respon kepada DATA 1: R34 dengan mengatakan bahawa R1 cemburu dengan R34 kerana tidak mempunyai tuah seperti R34. Penggunaan emoji gelak juga turut disertakan di penghujung komen yang dibalas oleh individu yang disebut namanya itu. Perkara ini menguatkan lagi kenyataan bahawa jenaka yang ingin disampaikan oleh R34 difahami oleh individu tersebut. Oleh itu, perkara ini jelas menunjukkan bahawa R34 menggunakan strategi jenaka dalam DATA 1. 3.2.3 Strategi Beri atau Tanya Alasan Penggunaan strategi ini menuntut pendengar mendapatkan air muka positif kepada dirinya sendiri dan strategi ini digunakan adalah kerana penggunanya ingin memberikan alasan dan menanyakan alasan kepada pendengar (Noor Firdaus, 2016: 107). Penggunaan strategi ini dapat dilihat dalam data yang berikut; DATA 1 R29 : Habistu yg beli motor pakai duit sendiri, penat lelah keja part time masa study utk beli motor yg memudahkan pergerakkan ni hg nak kata apa? Penggunaan tanda soal menunjukkan adanya pertanyaan. Hal ini kerana penggunaan tanda soal dalam penulisan adalah berfungsi untuk menanyakan soalan (diambil 123

Bahasa dan Internet daripada

http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=tanda+soal).

R29

bertanyakan

kepada R1 apa alasan yang ingin diberikan oleh beliau sekiranya ada pelajar yang bertungkus lumus mencari duit untuk membeli motor dengan menggunakan hasil titik peluh sendiri. Hal ini kerana DATA ASAL oleh R1 ada mengatakan bahawa kebanyakan pelajar yang menggunakan motor adalah kerana berasal daripada keluarga yang berada dan mereka boleh meminta sebuah motor daripada kedua-dua ibu bapa (sila rujuk Lampiran). Jadi, R1 ingin mengetahui pendapat atau alasan yang akan dikemukakan oleh R1 sekiranya ada pelajar yang membeli motor dengan duit sendiri. Jadi, secara tidak langsung perkara ini menunjukkan bahawa DATA 1 oleh R29 ialah strategi beri atau tanya alasan. 3.2.4 Strategi Beri Petunjuk Strategi beri petunjuk yang merupakan strategi tanpa rekod digunakan apabila penggunanya ingin memberitahu sesuatu tetapi dengan cara penggunaan isyarat (Noor Firdaus, 2016: 131). Secara ringkasnya, penutur ingin menyampaikan sesuatu perkara tetapi perkara yang ingin disampaikan tersebut tidak dinyatakan dengan jelas dan penutur mengharapkan pendengar atau pembaca memahami perkara yang ingin disampaikan itu berdasarkan isyarat yang diberikan. Penggunaan strategi beri petunjuk dapat dilihat dalam data yang berikut; DATA 1 R10 : Undergraduate sy dahulu di unimap, smbung pngjian di *** since 2012. Setiap hari kami kena travel approximately 15km utk ke kelas kerana rata2 kami kolej kediaman teragih di seluruh perlis. 15km ditempuhi dgn berebut naik bus yg u sediakn. Utk naik bus perlu tgu sejam awal, then naik bus pulak lebey kurang 40 min, then smpai ke kelas, kelas batal. Memang funny. Sbb kami perlu tgu lagi sejam utk bus dtg kembali, dan tmpuh 40min lagi utk balik ke hostel. Rasa xperlu buat kesimpulan, boleh pikirkn sendiri. R10 berkongsi pengalamannya dalam DATA 1. Pengalaman yang dikongsi adalah melibatkan perjalanan yang perlu beliau tempuhi sewaktu belajar di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Namun begitu, R10 tidak menyatakan dengan jelas perkara sebenar yang disampaikan oleh beliau melalui perkongsian pengalaman tersebut. R10 juga meminta pembaca membuat kesimpulan mereka sendiri berkenaan nilai yang ingin disampaikan oleh beliau melalui ungkapan yang telah dihitamkan dalam DATA 1. Jika dilihat dengan menggunakan petunjuk yang diberikan iaitu jarak 124

Bahasa dan Internet perjalanan yang perlu beliau tempuhi sejauh 15 kilometer dan masa yang beliau ambil untuk sampai ke kelas, kesimpulan yang boleh disimpulkan ialah beliau ingin memberitahu bahawa liku-liku yang perlu beliau tempuhi semasa belajar lagi sukar berbanding isu yang ditimbulkan dalam DATA 1. Sekiranya tiada petunjuk yang dikemukakan oleh R10, pasti sukar pembaca ingin memahami perkara yang disampaikan, namun begitu, disebabkan penggunaan strategi memberi petunjuk yang diaplikasikan oleh R10, maksud sebenar beliau dapat dikenal pasti.

4.0 PENUTUP Berdasarkan analisis dan huraian data-data yang telah dilakukan, perkara ini menunjukkan bahawa adanya penggunaan strategi kesantunan dan strategi ketidaksantunan dalam isu yang dipilih daripada halaman Facebook. Jika diperhati dengan teliti, majoriti strategi yang digunakan oleh responden-responden ialah strategi ketidaksantunan walaupun jika diikutkan seharusnya strategi yang perlu digunakan dengan kerap ialah strategi kesantunan kerana responden rata-ratanya terdiri daripada orang yang berilmu. Namun begitu, perkara ini tidak perlu menjadi kudis kerana penggunaan strategi ketidaksantunan tidak terhad kepada sesiapa termasuklah institusi sekolah dan institusi pengajian tinggi (Zaitul Azma & Ahmad Fuad, 2012: 62). Penggunaan strategi ketidaksantunan yang lebih kerap daripada penggunaan strategi kesantunan kemungkinan besar melibatkan DATA ASAL. Hal ini kerana R1 dalam DATA ASAL itu sendiri ada menggunakan strategi ketidaksantunan. Strategi ketidaksantunan yang digunakan dalam DATA ASAL oleh R1 adalah melibatkan strategi ketidaksantunan secara langsung, strategi ketidaksantunan positif, dan strategi penggunaan sindiran. Penggunaan strategi ketidaksantunan tersebut dapat dilihat dalam JADUAL 1.

125

Bahasa dan Internet JADUAL 1 Strategi Ketidaksantunan

Ungkapan Dalam Data Asal

Penanda Kepada Strategi Student-student *** sekarang R1 mengatakan pelajarStrategi ni manja ya amat pelajar merupakan Ketidaksantunan seorang yang manja dan Secara Langsung fikir diri sendiri je SELFISH pentingkan diri sendiri secara jelas Padan muka korang sapa suruh R1 tidak menunjukkan bawak kenderaan. Strategi adanya perasaan simpati Yang bawak kenderaan ni Ketidaksantunan kepada pelajar-pelajar orang senang je, aku tak kesian Positif yang membawa sikit pon kat korang ni kalau kenderaan. kenderaan korang rosak Adanya sindiran yang Orang yang senang ni bila pada dasarnya ditimpa kesusahan sikit mengunakan strategi Strategi Penggunaan memang macam cacing kesantunan dengan Sindiran kepanasan. yelah tak pernah menggunakan simpulan hidup susah. bahasa (Mohd Tajuddin, 2013:26). Jika dilihat dalam JADUAL 1, perkara ini membuktikan bahawa ungkapan dalam DATA ASAL penggunaan strategi ketidaksantunan secara kerap. Jadi, tidak mustahil sekiranya rata-rata komen yang diberikan oleh responden juga kebanyakannya menggunakan strategi ketidaksantunan kerana air muka mereka tidak dijaga oleh R1. Namun begitu, masih ada responden yang menggunakan strategi kesantunan walaupun hanya minoriti. Hal ini kerana kemungkinan disebabkan oleh mereka masih mengambil berat akan air muka mereka atau mereka ingin menjaga imej mereka. Perkara ini bertepatan dengan konsep air muka oleh Brown dan Levinsn (1978, 1987) seperti yang dihuraikan di bahagian PENDAHULUAN DAN LATAR BELAKANG. Oleh itu, secara keseluruhannya jelas menunjukkan bahawa jika seseorang itu ingin menjaga air muka mereka, strategi yang digunakan ialah strategi kesantunan. Namun begitu, sekiranya seseorang itu tidak mengambil berat tentang konsep air muka, mereka akan menggunakan strategi ketidaksantunan.

126

Bahasa dan Internet RUJUKAN Allan, K & Jaszczolt, (2012). The Cambridge Handbook of Pragmatics. Cambridge University Press, UK. Archer, D & Grundy, P (2011). The Pragmatics Reader. Routlegde, USA. Chambers, J.K & Trudgill, P (diterjemah oleh Annuar Ayub) (1990). Dialektologi. Cetakan Pertama, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor. Culpeper, J (2015). Impoliteness Strategies. Springer. Dicapai pada 8 Disember 2012, pukul 3 petang. < https://www.academia.edu/8368660/Impoliteness_strategies> Grundy, P (2000). Doing Pragmatics. 2nd Edition, Arnold Publisher, London. Kasher, A (1999). Pragmatics: Critical Concepts. Routlegde, USA Marlyna Maros (2011). Strategi Kesantunan Melayu dalam Membuat Teguran. Jurnal Elektronik, Jabatan Bahasa & Kebudayaan Melayu Jilid 3 (2011). 7-20. Dicapai pada 8 Disember 2012, pukul 3 petang. < http://www.mlc.alc.nie.edu.sg/docs/Vol_3_Marlyna_Maros.pdf> Mohd Tajuddin, (2013). Kamus Peribahasa. Edisi Keempat, Oxford Fajar, Shah Alam. Noor Firdaus (Ogos 2016). Analisis Strategi Kesantunan dan Ketaksantunan dalam laman Facebook. Tesis: Universiti Sains Malaysia. Nor Shahila et. al (2014). Ketidaksantunan Bahasa Sebagai Strategi Pujukan dalam Iklan Berbahasa Sepanyol. Journal of Language Studies Volume 14(3), September 2014. 207-223. Dicapai pada 8 Disember 2012, pukul 3 petang. < http://ejournals.ukm.my/gema/article/view/6025/2981> Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Capaian di < http://prpmv1.dbp.gov.my/Default.aspx> Taylor, Charlotte (2015). Beyond Sarcasm: The Metalanguage and Structures of Mock Politeness. Journal of Pragmatics 87 (2015) 127—141. Dicapai pada 8 Disember 2012, pukul 3 petang. < http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S037821661500243X?via%3 Dihub> Zaitul Azma & Ahmad Fuad, (2012). Penggunaan Strategi Ketidaksantunan dalam Kalangan Remaja di Sekolah. Jurnal Linguistik Jilid 16 Dis 2012. 62-74. Dicapai pada 8 Disember 2012, pukul 3 petang. < http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/25009/5_Zaitul_Azma_da n_Ahmad_Fuad.pdf>

127

Bahasa dan Internet LAMPIRAN 1

DATA ASAL R1: "Ni bro nak tambah skit dari confession akak #SyukurSelalu tu. Student-student *** sekarang ni manja ya amat. Baru jalan rosak 5 bulan dah menggelupur. rosak tayar lah, itu lah, ini lah. Padan muka korang sapa suruh bawak kenderaan. Yang bawak kenderaan ni orang senang je, aku tak kesian sikit pon kat korang ni kalau kenderaan korang rosak. Orang yang senang ni bila ditimpa kesusahan sikit memang macam cacing kepanasan. yelah tak pernah hidup susah. Family aku memang bukan dari golangan yang senang, aku nak mintak motor pon tak sampai hati. Nak beli motor sendiri memang tak mampu, memang naik bas dan jalan kaki. Korang memang tak faham eh yang ada orang lain lagi susah kat *** ni berbanding korang yang bawak kenderaan ni, lepas tu merunggut pasal jalan, pasal parking. Seriouly aku tak leh hadam.... fikir diri sendiri je SELFISH." #StudentLama #Bro #Induk

128

Bahasa dan Internet

ANALISIS KATA KERJA TRANSITIF DALAM BAHASA MELAYU TAK STANDARD YANG DIGUNAKAN DALAM KOMUNIKASI DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK Nur Zuraini Binti Nordin

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan bahasa Melayu tidak standard dalam komunikasi oleh pengguna laman sosial iaitu melalui Facebook. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan mengambil data melalui status yang diutarakan oleh responden di dalam media sosial Facebook. Selain itu, pengkaji juga membuat rujukan melalui rujukan internet dan rujukan buku ilmiah bagi menguatkan lagi hujan kajian ini. Responden kajian meliputi pengguna laman sosial dalam kalangan remaja, belia dan dewasa. Berdasarkan data primer dan sekunder ini, pengkaji dapat menganalisis tentang kata kerja transitif dalam bahasa Melayu tak standard yang digunakan dalam komunikasi di dalam laman sosial Facebook. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat beberapa kata kerja transitif yang digunakan oleh responden walaupun dalam bahasa Melayu tak standard mengikut teori deskripsi. Berdasarkan data yang diperoleh melalui objektif pertama, pengkaji dapat melihat ragam bahasa yang wujud di dalam status responden yang dikaji. Kesimpulannya, kata kerja transitif memainkan peranan penting dalam pembentukan ayat bagi membentuk makna yang gramatis dan mewujudkan ragam bahasa yang baik. Kata kunci: Linguistik, Ragam bahasa, Facebook, Kata Kerja Transitif

1.0 PENDAHULUAN DAN LATAR BELAKANG Zaman teknologi maklumat yang pantas merentas masa, komunikasi telah mula berubah dari segi kaedah, dan tujuan penggunaannya. Sebelum era teknologi, seseorang itu hanya menggunakan media masa bagi memperoleh maklumat. Era kini boleh dilihat lebih dominan berbanding dengan media tradisional seperti media cetak, media elektronik, media siaran, dan media interpersonal yang lain. Kewujudan teknologi maklumat sebagai alat rangkaian sosial telah menyebabkan berlakunya komunikasi dua hala di alam maya dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja. Melalui kemudahan yang ada dalam sistem komunikasi telah menyebabkan masyarakat mula beralih 129

Bahasa dan Internet menggunakan teknologi internet sebagai alat komunikasi. Sehubungan itu, kemunculan teknologi maklumat ini semakin berkembang, penggunaan laman web sosial turut mendapat perhatian setiap golongan masyarakat. Laman sosial dilihat sebagai revolusi terkini yang dapat menghubungkan seseorang dengan sekelip mata walau berada di merata dunia Penggunaan laman sosial khususnya Facebook bertujuan untuk berhubung dan merapatkan hubungan di antara satu sama lain. Facebook ini turut membuka ruang dan membentuk interaksi sosial dan pergaulan maya tanpa sempadan. Statistik pengguna yang tinggi menunjukkan kegilaan terhadap aktiviti melayari laman sosial kini ibarat satu budaya dan rutin kemestian dalam kehidupan masyarakat tempatan. Penggunaan laman sosial ini menyebabkan komunikasi yang berlaku tidak lagi dibatasi oleh waktu dan jarak. Sehubungan itu, penggunaan bahasa Melayu tak standard oleh pengguna internet semasa melakukan komunikasi bertulis dalam talian adalah satu persoalan yang menarik untuk dikaji. Oleh itu, secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk menganalisis kata kerja transitif yang wujud di laman sosial Facebook yang dinyatakan oleh responden berdasarkan teori deskripsi. Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan keadaan perbuatan. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen dan kata keterangan bagi membentuk ayat yang sempurna. Kata kerja transitif boleh didefinisikan sebagai kata kerja yang boleh diikuti oleh kata nama seperti Alia minum air. Kata kerja minum digolongkan sebagai kata kerja transitif, dan air sebagai objeknya. Linguistik deskriptif merupakan asas dalam ilmu Linguistik yang digunakan dalam menganalisis bahasa (Asmah Haji Omar, 1973). Kajian ini juga mengkaji dari aspek ragam bahasa berdasarkan dalam status responden yang terdapat di dalam media sosial Facebook. Ragam bahasa adalah variasi penggunaan bahasa. Ragam bahasa juga disebabkan oleh variasi bahasa yang berbeza disebabkan kerana pelbagai faktor yang terdapat di dalam masyarakat seperti umur, pendidikan, agama, budaya dan sebagainya. Oleh itu, melalui kajian ini pengkaji dapat menerangkan tentang kata kerja transitif yang sering digunakan dalam bahasa Melayu tak standard mengikut teori deskriptif dan ragam bahasa yang terdapat di dalam media sosial Facebook yang dikaji.

130

Bahasa dan Internet

2.0 TUJUAN, BATASAN, DAN KAEDAH

2.1 TUJUAN/OBJEKTIF

2.1.1

Menganalisis kata kerja transitif yang wujud di laman sosial Facebook yang

dinyatakan oleh responden mengikut teori deskriptif.

2.1.2

Mengenal pasti dan menganalisis ragam bahasa yang terdapat pada status

responden di laman sosial Facebook yang dikaji.

2.2 BATASAN

Kajian ini berfokus kepada status yang dinyatakan dalam status yang diambil daripada laman sosial Facebook. Status di laman sosial Facebook dipilih secara rawak dan hanya mengambil status yang ditulis dengan menggunakan bahasa Melayu tak standard. Datadata yang dikutip hanya dianalisis untuk melihat penggunaan kata kerja transitif yang wujud di laman sosial Facebook yang dinyatakan oleh responden mengikut teori deskriptif dan mengenal pasti ragam bahasa yang wujud dalam status dikaji.

2.3 KAEDAH KAJIAN

2.3.1

Kaedah Pengumpulan data

Melalui kaedah ini, pengkaji mendapatkan data responden melalui status Facebook dan dipilih secara rawak bagi mendapatkan data dan maklumat kajian. Setelah responden menjawab pengizinan bagi mendapatkan data, pengkaji menganalisis maklumat untuk memperoleh data yang tepat.

131

Bahasa dan Internet

2.3.2

Kaedah rujukan internet

Kajian ini juga, turut menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman web institusi yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat di dalam internet sebagai rujukan.

2.3.3

Kaedah penyelidikan perpustakaan

Kajian ini juga menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan di Universiti Sains Malaysia untuk menjalankan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, artikel, jurnal-jurnal dan sebagainya untuk menguatkan lagi kajian ini.

3.0 DAPATAN DAN ANALISIS

3.1 Menganalisis kata kerja transitif yang wujud di laman sosial Facebook yang dinyatakan oleh responden mengikut teori deskriptif. Kata kerja transitif terdiri daripada dua jenis iaitu kata kerja transitif yang berfungsi sebagai ayat aktif dan kata kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif. (Nik Safiah Karim, et al, 2004 hlm 143). Kata nama kerja ini juga boleh disebut sebagai kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- atau akhiran –kan atau –i. Kata kerja transitif pasif pula bermaksud kata kerja yang terhasil daripada proses transformasi atau perubahan dari aspek ayat aktif menjadi pasif. Linguistik deskriptif menerangkan tentang struktur bahasa yang dituturkan oleh penutur pada masa tertentu. Kata kerja boleh didefinisikan sebagai kata yang berfungsi pada predikat dalam ayat Subjek, Predikat, objek dan Anjung. (Asmah Haji Omar, 2015) Kata kerja transitif boleh dibahagikan kepada kata kerja ekatransitif dan dwitransitif. Kata kerja ekatransitif merupakan kata kerja yang mempunyai satu objek manakala dwitransitif pula mempunyai dua objek. (Asmah Haji Omar, 2015) 132

Bahasa dan Internet

Responden pertama

Akan ku cari motivasi utk membawa pulang kejayaan kpd keluarga di kg halaman. Rindu tempat bermain. Satu bulan jaa lg utk tamatkan jerit perih semester ini. Assignment banyok lg oih. Minggu yg mendebarkan sebelum final. Berdasarkan data responden pertama yang diperoleh melalui status responden di laman sosial Facebook, pengkaji dapat mengenal pasti terdapat kata kerja transitif iaitu tamatkan. Kata kerja transitif ini berlaku setelah berlakunya proses pengimbuhan di mana kata dasar tamat menerima imbuhan akhiran –kan. Kata dasar tamat merupakan kata nama dan berubah menjadi kata kerja setelah berlaku proses pengimbuhan. Akhiran –kan ini memberi makna pengertian kausatif iaitu menyebabkan berlakunya atau terjadi. Selain itu akhiran –kan juga memberi makna benefaktif atau melakukan sesuatu manfaat kepada orang lain. Melalui data ini, tamatkan memberi makna kepada kausatif iaitu responden memotivasikan dirinya agar bersabar buat seketika waktu bagi habiskan masa dalam situasi yang sukar baginya di mana responden menyatakan Satu bulan jaa lg untuk tamatkan jerit perih semester ini. Selain itu, kata kerja ini terdiri daripada dwitransitif kerana ayat ini mempunyai dua objek iaitu jerit perih dan semester ini. Objek ini berperanan sebagai penyambut yang hadir selepas kata kerja.

Responden kedua

Bersaing dengan sahabat itu wajar, tetapi harus tetap saling menghormati, menghargai, dan mendukung dan bekerjasama antara pasukan. Semoga dengan amanah dan tanggungjawab yang besar ini kita semua mampu untuk mengalasnya dengan baik dan sempurna bersama yang lain. Ingatlah setiap kesilapan merupakan laluan untuk mendaki ke puncak kejayaan. #caknapenerajumahasiswauum #Himsakkebangsaan Data ini diambil dari responden kedua berdasarkan status sosial di media sosial #anakperantauan Facebook mempunyai kata kerja transitif. Kata dasar daki menerima imbuhan kata kerja awalan meN- membentuk kata kerja transitif. Kata dasar daki sebenarnya kata 133

Bahasa dan Internet nama namun setelah menerima imbuhan kata kerja awalan meN- membentuk kata kerja. Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif sama ada transitif atau tak transitif. Dalam konteks ayat ini, mendaki merupakan kata kerja aktif tak transitif kerana kata kerja ini tidak memerlukan penyambut atau objek. Ingatlah setiap kesilapan subjek ayat, manakala merupakan laluan untuk mendaki ke puncak kejayaan merupakan predikat ayat. Responden ketiga

Alhamdulillah, sahabat kita saudara Mohamed Azam Bin Mohamed Aseri pelajar semester 1 kos kerja sosial yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan akibat kecederaan di bahagian muka dalam keadaan sihat sekarang. Semoga dengan sedikit sumbangan dari CAKNA ini dapat meringankan sedikit beban beliau. Moga dengan izin Allah saudara Azam cepat sembuh. #caknapenerajumahasiswakelateuum Mengikut data responden ketiga ini diperoleh berdasarkan status sosial di media sosial Facebook mempunyai kata kerja transitif. Kata kerja transitif berlaku apabila kata dasar jalan menerima imbuhan apitan kata kerja meN-…-i. Apitan meN-…-i membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif kerana kata kerja memerlukan objek. Kata transitif aktif ini terdiri daripada dua objek. Objek yang hadir selepas kata kerja ialah objek tepat dan objek sipi. Kata kerja ini terdiri daripada dwitransitif kerana ayat ini mempunyai dua objek iaitu pembedahan akibat kecederaan di bahagian muka dan dalam keadaan sihat sekarang. Pembedahan akibat kecederaan di bahagian muka merupakan objek utama yang berperanan sebagai objek tepat, manakala dalam keadaan sihat sekarang boleh dikategorikan sebagai objek sipi dalam ayat tersebut.

3.2 Mengenal pasti dan menganalisis ragam bahasa yang terdapat pada status responden di laman sosial Facebook yang dikaji. Berdasarkan data yang diperoleh melalui status responden di laman sosial Facebook, pengkaji dapat mengenal pasti ragam bahasa yang ada pada status tersebut. Ragam 134

Bahasa dan Internet bahasa dapat dilihat dari pelbagai aspek. Kajian ini menunjukkan ragam bahasa dari aspek gramatikal dan dari aspek leksikal. 3.2.1

Aspek gramatikal

Makna gramatikal merupakan makna yang terhasil apabila terjadinya proses gramatikal yang melalui proses pengimbuhan, pengulangan, dan pemajmukan. Proses pengimbuhan merupakan salah satu cara mengembangkan kata dasar (Ahmad Khair, 2007). Sedia maklum bahawa bahasa Melayu terdiri daripada empat jenis iaitu imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Bentuk imbuhan ini terdiri daripada dua jenis iaitu imbuhan asli bahasa Melayu atau imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing seperti Sanskrit, Arab-Parsi dan Yunani-Latin. i)

Imbuhan akhiran Responden pertama Akan ku cari motivasi utk membawa pulang kejayaan kpd keluarga di kg halaman. Rindu tempat bermain. Satu bulan jaa lg utk tamatkan jerit perih semester ini. Assignment banyok lg oih. Minggu yg mendebarkan sebelum final. Biasanya imbuhan akhiran terletak di belakang kata dasar. Berdasarkan kajian, pengkaji mendapati bahawa data yang diperoleh daripada responden pertama terdapat makna gramatikal di mana kata dasar tamat menerima imbuhan kata kerja akhiran –kan yang membentuk kata kerja transitif. Akhiran –kan merupakan imbuhan akhiran kata kerja di mana semua golongan kata utama seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas yang boleh bergabung dengan akhiran –kan untuk membentuk kata kerja. Ragam bahasa ini terbentuk daripada proses pengimbuhan menyebabkan ayat ini membentuk kata kerja aktif transitif. Walaupun ayat ini dinyatakan dalam bahasa Melayu tak standard namun bentuk pembinaan ayat yang sama dengan bahasa Melayu standard. Berdasarkan data ini, pengkaji dapat melihat faktor ragam bahasa berpunca daripada percampuran kod iaitu terdapat percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

135

Bahasa dan Internet ii)

Imbuhan apitan

Responden ketiga Alhamdulillah, sahabat kita saudara Mohamed Azam Bin Mohamed Aseri pelajar semester 1 kos kerja sosial yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan akibat kecederaan di bahagian muka dalam keadaan sihat sekarang. Semoga dengan sedikit sumbangan dari CAKNA ini dapat meringankan sedikit beban beliau. Moga dengan izin Allah saudara Azam cepat sembuh. #caknapenerajumahasiswakelateuum

Imbuhan apitan bermaksud imbuhan yang hadir serentak mengapit kata dasar di bahagian hadapan dan belakang. Apitan yang membentuk kata kerja dalam bahasa Melayu ialah meN-…-kan , beR-…--kan, beR-…-an, di-…-kan, meN-…-i, di-…-I, memper-…-kan, memper-…-I ,ke-…-an, diper-…-kan, dan diper-…-i. Kata kerja transitif berlaku apabila kata dasar jalan menerima imbuhan apitan kata kerja meN-…i. Proses pengimbuhan ini memperluaskan lagi makna jalan kepada melakukan kerja kerana kata dasar jalan merupakan kata nama. Namun, setelah menerima imbuhan apitan kata kerja membuatkan kata nama berubah menjadi kata kerja. Hasil proses pengimbuhan ini membuatkan ayat menjadi ayat yang gramatis.

3.2.2

Aspek leksikal

Kohesi leksikal merupakan perkaitan antara unsur yang terdapat di dalam wacana secara semantis. Hubungan antara kohesi yang dibina berdasarkan aspek leksikal iaitu melalui pemilihan kata yang serasi, menyatakan hubungan makna antara satuan lingual yang satu dengan satuan lingual yang lain dalam ayat. i)

Kolokasi Responden kedua Bersaing dengan sahabat itu wajar, tetapi harus tetap saling menghormati, menghargai, dan mendukung dan bekerjasama antara pasukan. Semoga dengan amanah dan tanggungjawab yang besar ini kita semua mampu untuk mengalasnya dengan baik dan sempurna bersama yang lain. Ingatlah setiap kesilapan merupakan laluan untuk mendaki ke puncak kejayaan. #caknapenerajumahasiswauum 136

Bahasa dan Internet

Kolokasi adalah asosiasi tertentu dalam menggunakan pilihan kata yang boleh digunakan secara berdampingan. Kata-kata yang berkolokasi adalah kata-kata yang digunakan mempunyai kaitan atau jaringan dengan kata utamanya. Contohnya, berdasarkan data responden kedua pengkaji dapat melihat dari aspek kolokasi di mana responden ada menyatakan bahawa Bersaing dengan sahabat itu wajar, tetapi harus tetap saling menghormati, menghargai, dan mendukung dan bekerjasama antara pasukan. Kata menghormati, menghargai, mendukung dan bekerjasama menunjukkan jaringan kepada pasukan.

4.0 PENUTUP Kesimpulannya, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis tentang melihat penggunaan bahasa Melayu tidak standard dalam komunikasi oleh pengguna laman sosial iaitu melalui Facebook. Berdasarkan kajian ini, pengkaji dapat menganalisis tentang kata kerja transitif dalam bahasa Melayu tak standard yang digunakan dalam komunikasi di dalam laman sosial Facebook. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat beberapa kata kerja transitif yang digunakan oleh responden walaupun dalam bahasa Melayu tak standard mengikut teori deskripsi. Berdasarkan data yang diperoleh melalui objektif pertama, pengkaji dapat melihat ragam bahasa yang wujud di dalam status responden yang dikaji. Status responden yang dikaji ini di analisis tentang ragam bahasa dari sudut gramatikal dan dari aspek leksikal. Kesimpulannya, kata kerja transitif memainkan peranan penting dalam pembentukan ayat bagi membentuk makna yang gramatis dan mewujudkan ragam bahasa yang baik

137

Bahasa dan Internet RUJUKAN Rujukan buku bercetak Abas, L. (1971). Linguistik deskriptif dan nahu bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Duhita, I., Purnomo, D., & Puspowardhani, R. (2013). RAGAM BAHASA UPDATE STATUS FACEBOOK Analisa Wacana Studi Kelompok Mio Salatiga Club Automatic Leader. Cakrawala, 2(1). Sultan, F. M. M., Jalaluddin, N. H., & Ahmad, Z. (2010). Struktur kata kerja transitif+ lagi dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Jurnal Linguistik, 10, 36-47. Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Nik Safiah Karim, et al (2015). Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Karim, N. S., Onn, F. M., Musa, H. H., & Mahmood, A. H. (2004). Tatabahasa Dewan: Edisi Baharu. Dewama Sdn. Bhd.

Rujukan Internet Nama

dan

tahun

tidak

diketahui.

Diakses

pada

18

Disember

2017.

18

Disember

2017.

http://www.pingming.edu.my/malay/kata_krja.html Nama

dan

tahun

tidak

diketahui.

Diakses

pada

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kkerja.htm

138

Bahasa dan Internet

SUATU TINJAUAN TENTANG IDENTITI PENGGUNAAN NAMA DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK Sarolin Binti Sarail

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meninjau penggunaan nama profil di laman sosial facebook. Dengan demikian, diharap dapat memperoleh alasan dengan menggunakan persoalan mengapa pengguna tidak menggunakan nama penuh mereka sebagai identiti asal dilaman sosial tersebut. Kajian ini, menggunkan pendekatan kuantitatif melalui borang soal selidik dan google form untuk dijadikan instrumen kajian. Responden terdiri daripada pengguna laman sosial facebook dalam kalangan rakan pengkaji itu sendiri. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 10 orang responden yang di pilih secara rawak, dan 20 lagi dijawab melalui google form, soalan yang diutarkan kedua-duanya adalah sama. Analisis ini dibuat mengikut teori domain dan hasil kajian mendapati bahawa terdapat juga pengguna di laman sosial facebook tidak menggunakan nama penuh atau nama asal mereka dengan alasan tertentu. Oleh itu, kajian tentang pemilihan penggunan nama profil pada laman sosial Facebook, perlu dilihat kerasionalanya, dengan menjawab persoalan yang diutarakan. Kata kunci:

Pemilihan nama, laman sosial, pengguna internet, identiti,

facebook.

139

Bahasa dan Internet

1.0

PENDAHULUAN

Pada era globalisai ini, penggunaan internet telah mengambil tempat dihati penggunanya semakin berleluasa, bahkan menjadi salah satu gaya hidup dan keperluan kepada kehidupan masyarakat tanpa mengira lapisan umur dan generasi. Hal ini kerana, kemudahan yang semakin canggih menyebabkan seseorang dapat mengakses dengan begitu mudah, tidak hanya menerusi penggunaan komputer mudah alih tetapi menerusi telefon pintar yang turut dilengkapi kemudahan melayari internet. Dewasa ini, masyarakat turut menggunakan internet sebagai alat berinteraksi dengan orang lain, salah satunya ialah penggunaan laman sosial facebook, yang dijadikan sebagai kemudahan untuk bersosial dan bagi membentuk perhubungan yang lebih bertahan lama malah boleh berkembang dan meluas secara realiti dalam kehidupan sosial kita. Oleh sebab itu, penggunaan nama dalam laman sosial ini sangat penting untuk memudahkan orang lain mengakses nama yang ingin diperoleh.

Sehubungan dengan itu, kita tidak dapat menafikan, bahawa penggunaan laman sosial seperti facebook P dalam perlakuan sosial menunjukkan bahawa media sosial digunakan untuk mengekalkan hubungan sedia ada, membentuk hubungan romantik dan mencipta persahabatan baru dalam talian (Wang et al, 2010). Malah penyelidikan yang dilakukan Ridings dan Gefen (2004), Bigge (2006), dan Budiman (2008) menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna menggunakan dan memperuntukkan sejumlah masa harian mereka di laman sosial bagi tujuan persahabatan,antaranya bertujuan untuk berhubung dan merapatkan hubungan di antara satu dengan yang lain, meskipun dalam jarak yang jauh, Oleh sebab itu, bagi pengkaji penggunaan nama itu sangat penting, hal ini demikian kerana nama menjadi syarat untuk mengenal identiti seseorang yang hendak kita berkawan,ialah dengan cara mengenal nama mereka. Dengan demikian, di laman seterusnya, sehingga laman yang terakhir, pengkaji akan menyentuh serba sedikit mengenai faktor pemilihan nama dilaman sosial tersebut, pengkaji turut menerangkan serba sedikit tentang alasan yang diberi oleh responden, yang juga pengguna laman sosial facebook, tentang pemilihan nama mereka. Tambahan lagi pengkaji menyelitkan sedikit ulasan tentang bahasa dan internet, apa itu laman sosial facebook, 140

Bahasa dan Internet

2.0

OBJEKTIF, BATASAN DAN KAEDAH KAJIAN

Berikut adalah objektif, batasan dan kaedah kajian, yang diaplikasikan semasa menganalisis kajian ini:

2.1

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian ini adalah seperti yang berikut: 2.1.1 Mengesan dan mengenalpasti ciri-ciri keperihalan nama yang di pilih dalam sosial facebook 2.1.2

Menganalisis faktor pemilihan nama yang digunakan oleh rakan di

2.1.3

Merungkai beberapa alasan diatas pemilihan nama tersebut.

2.2

BATASAN KAJIAN

faceook

Kajian ini berdasarkan pemilihan nama yang digunakan oleh rakan pengkaji, di laman sosial facebook. Kajian ini tertumpu kepada faktor pemilihan mengikut beberapa pengelasan faktor yang dikesan oleh pengkaji, serta alasan responden untuk menggunakan nama tersebut. Setelah itu, pengkaji ingin tahu, dengan persoalan, ‘mengapaِ merekaِ tidakِ menggunakanِ namaِ penuhِ sahajaِ diِ profilِ facebookِ responden’.

3.0

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Pengkaji bersetuju dengan pendapat Wood, 2001 (dalam Fatimah Akmal & Ali Salman, 2015) mengatakan bahawa kaedah soal selidik atau survei, adalah kaedah yang sesuai untuk mengetahui secara lansung apa yang responden, fikir dan rasa dan apakah alasan mereka, tentang nama yang mereka pilih untuk dijadikan nama profil dalam laman sosial faebook. Responden yang pengkaji pilih adalah rakan di laman sosial facebok pengkaji sendiri, serta merupakan kenalan pengkaji, yang sememangnya pengkaji kenali latarbelakang mereka serba sedikit. Borang selidik tersebut diedarkan kepada 30 orang responden yang diedarkan secara rawak. Mereka adalah sumber maklumat dalam pengumpulan data kajian ini. Borang soal selidik yang diedarkan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B, dan C. Bahagian A mengandungi, soalan berbentuk pengenalan diri atau demografi. Bahagian B pula ialah, bahagian soalan berkaitan dengan pembahagian kategori nama 141

Bahasa dan Internet yang dipilih dalam laman sosial facebook. Manakala, pada bahagian C pula, menanyakan tentang alasan yang diberi oleh responden, tentang pemilihan nama mereka. Responden yang di pilih secara rawak ini, kenalan pengkaji sendiri yang terdiri daripada lelaki dan wanita.

4.0

DAPATAN DAN ANALISIS

Pada hari ini, kita sedia maklum bahawa, internet menjadi salah satu alat komunikasi yang paling penting. Dengan adanya internet, pelbagai bentuk media baharu yang juga dianggap sebagai media sosial muncul dengan pelbagai ciri dan cara penggunaan. Facebook yang diperkenalkan oleh Mark Zuckerberg pada tahun 2004 telah menjadi medium komunikasi baharu yang popular. Oleh sebab itu, nama pemilik akaun facebook sangat penting kerana berperanan besar untuk menjadi kunci kepada identiti seseorang itu sendiri kerana berupaya untuk dijadikan satu medium mengumpulkan ahli keluarga, rakan-rakan. Dengan memberikan tumpuan kepada facebook, kajian ini akan meneliti pemilihan penggunaan nama yang digunakan oleh responden.

4.1 MENGESAN DAN MENGENALPASTI CIRI-CIRI KEPERIHALAN NAMA YANG DI PILIH DALAM SOSIAL FACEBOOK

JADUAL 1: Bilangan responden memilih nama mengikut kategori Keperihalan Nama yang dipilih

Bilangan Peratus

Penggunaan Nama penuh

10

33.3

Penggunaan Nama singkatan dan timangan

5

16.7

Penggunaan Nama Artis Korea

2

6.7

Penggunaan Nama yang diambil daripada tajuk 3

10

Lagu Penggunaan Nama berdasarkan alam semulajadi

4

13.3

Lain-lain

6

20

Jumlah

30

100%

142

Bahasa dan Internet

Tajuk : Bilangan Responden Memilih Nama Mengikut Kategori

Carta Bar di atas menunjukkan bilangan pemilihan nama oleh pengguna laman sosial Facebook mengikut kategori. Dapatan pengkaji menunjukkan, sebanyak 33.3% daripada responden cenderung menggunakan nama penuh dalam laman Facebook. Seterusnya, terdapat juga responden yang gemar menggunakan nama singkatan dan timangan mereka, iaitu sebanyak 16.7% seperti yang ditunjukkan dalam carta di atas. Tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang memilih untuk dikenali dengan nama artis atau idola sendiri walaupun bilangannya agak sedikit, iaitu hanya mewakili 6.7% daripada jumlah keseluruhan. Selanjutnya adalah penggunaan nama berdasarkan alam semulajadi yang menunjukkan peratusan sebanyak 10%. Terdapat juga pengguna laman sosial ini yang memetik nama mereka berdasarkan tajuk lagu tempatan, yang menunjukkan peratusan sebanyak 13.3%. Kategori yang terakhir ialah kategori lainlain seperti nama tempat dan nama gabungan yang mana jumlahlah agak sedikit jika diwujudkan sebagai kategori tunggal. Carta bar menunjukkan kategori lain-lain menujukkan peratusan sebanyak 20%.

143

Bahasa dan Internet 4.2 MENGANALISIS FAKTOR PEMILIHAN NAMA YANG DIGUNAKAN OLEH RAKAN DI FACEOOK

Pemilihan nama di laman sosial ini adalah hak individu untuk meletakkan namanya walau apa nama sekalipun, oleh sebab itu kita dapat lihat di facebook mempunyai pelbagai variasi nama yang unik, pelik dan juga yang lucu turut ada, Asbab kebebasan pengguna sosial untuk meletakan nama mereka di laman sosial tersebut. Berikut adalah faktor dan contoh pengelasan data yang diperoleh berdasarkan analisis data yang diberi oleh responden di borang kaji selidik.

4.2.1 Penggunaan Nama Penuh Penggunaan nama profil facebook seramai 10 orang daripada 30 orang responden, adalah menggunakan nama penuh untuk dipaparkan di laman sosial tersebut, Mereka berpendapat bahawa, dengan menggunakan nama penuh, mudah untuk diakses oleh rakan yang lain, dengan demikian mereka dapat menjejaki kembali rakan yang sudah lama tidak dihubungi dan tidak dijumpai. Selain itu untuk urusan rasmi, seperti ketika mereka memohon pekerjaan ataupun bagi mereka yang berkerja. Mereka berpendapat facebook merupakan salah satu alat perhubungan yang boleh digunakan selain laman sosial seperti Watsapp, Twiter, dan Email, bertujuan membantu dan digunakan dalam perkerjaan mereka sama ada untuk menyimpan atau menghantar rangka kerja mereka.

4.2.2 Penggunaan Nama yang disingkatkan dan Timangan Penggunaan nama yang disingkatkan dan nama timangan turut digunakan di profil nama facebook, nama singkatan ini adalah memendekkan nama asal atau nama penuh. Sebagaiِ contoh,ِ namaِ Mazlinaِ dipendekkanِ menjadiِ ‘Ina’ِ .ِ Secaraِ rasionalnya,ِ responden yang gemar memilih nama timangan sebagai identiti diri mereka di laman sosial Facebook adalah bertujuan mewujudkan kemesraan dengan rakan-rakan di laman sosial ini. Pada masa yang sama, terdapat juga responden yang memberi alasan penggunaan nama singkatan adalah untuk membezakan nama mereka dengan orang lain. Hal ini demikian kerana, terdapat nama penuh yang sama dengan orang lain. Selain itu, mereka juga berpendapat jika menggunakan nama penuh, akan kelihatan lebih formal, walhal lama sosial ini dijadikan sebagai salah satu medium untuk 144

Bahasa dan Internet berkomunikasi dengan rakan-rakan dan ahli keluarga yang sudah sedia mengenali identiti mereka. 4.2.3 Penggunaan Nama Artis atau Idola Terdapat juga responden yang menggunakan nama profil mereka dengan menggunakan nama artis pujaan mereka. Pada abad ini, perasaan obses terhadap artis khususnya dari Koreaِadalahِsesuatuِyangِbiasa.ِSebagaiِcontoh,ِ‘MinِHo’ِdanِ‘SueِMinِHo’.ِ

4.2.4 Penggunaan nama Alam Semulajadi Alam semulajadi juga turut menjadi pilihan para responden untuk menjadi nama profil Facebookِ mereka.ِ Sebagaiِ contoh,ِ ‘Awanِ Putih’,ِ ‘Mentari-mentariِ Jingga’ِ danِ ‘Flowerِ September’.ِ Rata-ratanya, pemilihan nama ini diwujudkan sebagai satu metafora keatas diri mereka sendiri.

4.2.5 Penggunaan nama berdasarkan Tajuk Lagu Pengguna nama Facebook memilih berdasarkan tajuk lagu-lagu tempatan juga wujud. Sebagaiِmisal,ِ‘LaraِHati’,ِ‘MencariِNurِIlahi’,ِdanِ‘KejorakuِBersatu’.

4.2.6 Lain-lain Kategori lain-lain mewakili nama profil facebook yang dipetik dari nama tempat tinggal mereka.ِSebagaiِcontoh,ِ‘PuteraِBait’ِyangِmanaِBaitِadalahِmerujukِkepadaِkawasanِ tempat tinggal pemilik akaun facebook berkenaan. Selanjutnya, nama yang digandakan sepertiِ ‘Elsa-elsa’ِ danِ ‘Mat-mat’.ِ Antaraِ namaِ yangِ lainِ sepertiِ ‘Puteriِ Lihak’ِ danِِ ‘PuteriِBongsu’

4.3 MERUNGKAI BEBERAPA ALASAN DIATAS PEMILIHAN NAMA TERSEBUT.

Berdasarkan data soal selidik dan google form, didapati mereka mempunyai alasan tersendiri untuk memilih nama tersebut. Sebagai contoh, responden memilih nama penuh adalah untuk urusan rasmi. Penggunaan nama penuh dirasakan lebih baik terutamanya ketika memohon pekerjaan bagi memudahkan majikan mengenali mereka. Disamping itu, mereka juga memberikan alasan bahawa dengan memilih nama penuh, 145

Bahasa dan Internet mudah untuk rakan-rakan untuk mengakses mereka terutamanya dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak bersua muka. Manakala responden yang menggunakan nama singkatan atau timangan di Facebook mereka kerana masih merasakan laman sosial ini diwujudkan hanya sekadar untuk berinteraksi secara santai tanpa terikat dengan mana-mana urusan rasmi. Tujuannyaِhanyaِtidakِlebihِdariِsekadarِ‘suka-suka’. Terdapat juga responden yang berpendapat bahawa penggunaan nama asal di laman sosial ini adalah tidak wajib kerana dianggap sebagai salah satu faktor yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Keinginan untuk bergerak bebas di laman maya ini secara automatik akan terbatas atas faktor keselamatan.

5.0 KESIMPULAN Facebook ialah medium komunikasi baharu yang sangat popular sehingga kini. Rangkaian sosial yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dianggap sebagai komuniti kecil yang mengikat satu sama lain dalam ruang status. Nama profil di laman sosial Facebook adalah satu medium yang penting kerana menjadi kunci untuk ketika kita hendak mengakses atau mencari maklumat tentang seseorang. Variasi pemilihan nama oleh penggunan laman sosial Facebook adalah sangat menarik untuk dikaji. Jika diperhatikan, nama profil facebook khususnya dari kalangan responden adalah sangat unik. Latar belakang disebalik nama yang dipilih juga adalah sangat menarik yang mana setiap responden mempunyai alasan yang tersendiri berkaitan nama yang telah dipilih. Wujud

juga kerasionalan

dan kewajaran

beradasarkan

alasan-alasan

yang

dikemukakan. Alasan yang paling munasabah pada pandangan pengkjai adalah atas dasar keselamatan. Seperti mana yang kita sedia maklum, pada abad ini, maklumat berada di hujung jari. Boleh dikatakan, kemudahan internet yang ada telah menyimpan segala maklumat yang berkaitan dengan diri kita yang menjadi antara komuniti yang ketagihan terhadap kemudahan ini. Secara amnya, ini boleh dijadikan sebagai salah satu faktor yang boleh mengancam diri sendiri kelak apabila wujud individu-individu lain yang mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Aapabila diajukan soalan berdasarkan borang soal selidik, untuk keselamtan diri, responden memilih untuk memilih nama selain daripada nama penuh untuk dijadikan identiti diri mereka di laman sosial ini. 146

Bahasa dan Internet Namun, di satu sisi, terdapat juga kebaikan daripada penggunaan nama penuh sendiri di laman Facebook. Pengkaji sendiri lebih memilih untuk menggunakan nama penuh sendiri agar mudah untuk dikenali oleh individu atau organisasi tertentu. Seperti mana yang dijelaskan sebelum ini, Facebook adalah antara medium yang sangat penting untuk berkomunikasi terutamanya untuk tujuan formal. Bagi pihak pengkaji sendri, penggunaan nama penuh juga penting untuk tujuan perbincangan bersama rakan-rakan. Kekangan masa adalah salah satu faktor yang merancakkan perbincanga atas talian, bagi tujuan pembelajaran misalnya. Oleh hal yang demikian, penggunaan nama penuh lebih wajar kerana ia akan memudahkan rakan-rakan mengakses diri kita.

147

Bahasa dan Internet

RUJUKAN FatimahِAkmalِ&ِAliِSalman.ِ(2015).ِPartisipasiِpolitikِbeliaِsecaraِ‘online’ِmelaluiِ ruang demokrasi maklumat media baru. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 31(1) 2015: 81-100. Siti Ezaleila Mustafa. (2016). Penggunaan Laman Sosial Dan Impaknya Terhadap Hubungan Persahabatan Dalam Talian. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 32 (2) 2016: 65-81. Sa’adiahِ Ma’alip.ِ Pemilihan Bahasa Dalam Komunikasi Di Laman Sosial (2015). Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication jilid 31(2) 2015: 2

148

Bahasa dan Internet

SATU TINJAUAN: MENELITI KONSEP PERTEMBUNGAN BAHASA DARI SUDUT SOSIOLINGUISTIK BERDASARKAN BAHASA SMS MENERUSI MEDIA SOSIAL FACEBOOK.

Nur Shahirah binti Mansor Syahrul Ninie Nadhirah binti Mohd Baroyi

ABSTRAK Kajian dijalankan adalah bertujuan untuk meneliti konsep pertembungan bahasa dari sudut sosiolinguistik berdasarkan bahasa SMS menerusi media sosial Facebook. Menurut Sapir (1921) bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol yang lahir secara sedar. Asmah Haji Omar (1992), faktor sosiolinguistik merujuk kepada pertimbangan penggunaan bahasa dalam masyarakat. Norhashimah Jalaluddin, Imran Ho Abdullah dan Idris Aman menyatakan bahawa bahasa SMS terbahagi kepada dua iaitu bahasa rasmi dan tidak rasmi. Bahasa SMS rasmi ditulis dengan penggunaan perkataan dan nahu standard serta struktur ayat yang lengkap. Selain itu, bahasa SMS tidak rasmi pula adalah menggunakan perkataan yang dipendekkan atau diringkaskan dan tidak mengikut nahu bahasa yang betul. Struktur ayatnya tidak lengkap dan ayatnya tergantung. Terdapat juga kekerapan perkataan dalam bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris yang mewujudkan pertembungan bahasa. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah pemerhatian, kaedah pengumpulan data, kaedah perpustakaan dan kaedah rujukan internet. Selain itu, batasan kajian ini adalah tertumpu kepada pengguna Facebook yang menggunakan bahasa SMS dalam kiriman (post) Facebook serta secara tidak langsung meneliti pertembungan bahasa yang berlaku. Antara objektif yang dikemukakan oleh para pengkaji adalah bertujuan menghuraikan konsep pertembungan bahasa dari sudut sosiolinguistik, mengkaji dan mengambil kira pendapat sarjana berkaitan pertembungan bahasa, mengenal pasti faktor dan juga kesan pertembungan bahasa terhadap bahasa Melayu dan menghuraikan konsep bahasa SMS dari sudut linguistik bahasa Melayu dan mengenal pasti korpus bahasa SMS yang digunakan dalam media sosial Facebook serta menganalisis status Facebook yang menggunakan bahasa SMS dan wujudnya pertembungan bahasa dalam satu status yang sama yang terdiri daripada empat kategori, iaitu kategori pertama adalah mengenai singkatan lazim, kedua mengenai singkatan pengguguran vokal atau konsonan, ketiga adalah singkatan lazim kolokial, keempat adalah mengenai singkatan representasi bunyi atau perbuatan serta yang kelima adalah singkatan bahasa SMS dalam ayat. Kata kunci: Facebook, sosiolinguistik, nahu, bahasa SMS, pertembungan bahasa

149

Bahasa dan Internet 1.0

PENGENALAN

Menurut John Lyons (1992) melalui bukunya yang diterjemah oleh Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi melalui karya Bahasa dan Linguistik: Suatu Pengenalan, menurut Sapir (1921) bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol yang lahir secara sedar. Menurut Bloch & Trager dalam Outline of Linguistic Analysis (1942), bahasa adalah suatu sistem simbol arbitrari untuk sesuatu kumpulan sosial bekerjasama. Perkara yang menarik mengenai definisi ini, berbeza dengan definisi Sapir (1921), iaitu definisi ini tidak merujuk fungsi komunikasi bahasa, cuma menyentuh secara tidak lansung dan melalui impikasi sahaja. Sebaliknya definisi ini menekankan mengenai fungsi sosial.

Pertembungan bahasa adalah keadaan sosio-budaya yang memungkinkan sesuatu bahasa mempengaruhi bahasa yang lain dan terjadi di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Malah pertembungan dua bahasa di sesuatu daerah akan menghasilkan beberapa gejala sosiolinguistik. Menurut Asmah Haji Omar (1992), sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji penggunaan bahasa dalam masyarakat. Bahasa memegang peranan sebagai alat perhubungan dan alat berkomunikasi. Di samping itu, bahasa tidak dapat dipisahkan dari budaya sesuatu masyarakat atau bangsa. Menurut John Lyons dalam buku Bahasa dan Linguistik: Suatu Pengenalan yang diterjemahkan oleh Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi (1992), sosiolinguistik memberi makna kepada satu pengajian tentang bahasa berhubung dengan masyarakat. Manakala, berdasarkan buku Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu yang ditulis oleh Asmah Haji Omar (1992), faktor sosiolinguistik merujuk kepada pertimbangan penggunaan bahasa dalam masyarakat. Secara tidak langsung menunjuk kepada adanya perbezaan dalam penggunaan bahasa oleh ahli-ahli masyarakat berdasarkan faktor-faktor tertentu.

Bahasa SMS merujuk kepada pesanan singkatan perkataan atau pesanan pendek dalam bentuk teks. Berdasarkan buku Linguistik Teori dan Aplikasi yang disunting oleh Norhashimah Jalaluddin, Imran Ho Abdullah dan Idris Aman menyatakan bahawa bahasa SMS terbahagi kepada dua iaitu bahasa rasmi dan tidak rasmi. Bahasa SMS rasmi ditulis dengan penggunaan perkataan dan nahu standard serta struktur ayat yang lengkap. Selain itu, bahasa SMS tidak rasmi pula adalah menggunakan perkataan yang 150

Bahasa dan Internet dipendekkan atau diiringkaskan dan tidak mengikut nahu bahasa yang betul. Struktur ayatnya tidak lengkap dan ayatnya tergantung. Terdapat juga kekerapan perkataan singkatan SMS dalam bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris. Nada bunyi bahasanya juga lebih mirip bahasa pasar. Bagaimanapun, fokus kajian ini meneliti bahasa SMS tidak rasmi sahaja yang wujud dalam kehidupan seharian kita. Menyedari hakikat ini, bahasa singkatan atau bahasa ringkas bukanlah baru dalam kehidupan hari ini.

2.0

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk; 2.1

Menghuraikan konsep pertembungan bahasa dari sudut sosiolinguistik.

2.2

Mengkaji dan mengambil kira pendapat sarjana berkaitan pertembungan bahasa.

2.3

Mengenal pasti faktor dan juga kesan pertembungan bahasa terhadap bahasa Melayu.

2.4

Menghuraikan konsep bahasa SMS dari sudut linguistik bahasa Melayu dan mengenal pasti korpus bahasa SMS yang digunakan dalam media sosial Facebook serta menganalisis status Facebook yang menggunakan bahasa SMS dan wujudnya pertembungan bahasa dalam satu status yang sama.

3.0

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan beberapa kaedah antaranya adalah; 3.1

Kaedah Pemerhatian Kaedah ini digunakan oleh pengkaji untuk memerhati dengan lebih jelas ketika mendapatkan data. Data yang diperoleh daripada hasil pemerhatian telah dibincangkan secara terperinci dalam bahagian dapatan kajian. Kaedah pemerhatian yang digunakan dalam kajian ini juga lebih tersusun dan teratur sekali gus memudahkan pengkaji untuk membuat analisis dengan lebih sistematik. Ayat-ayat, ungkapan atau frasa yang dipaparkan pada media sosial Facebook dikutip secara rawak oleh para penyelidik. Fokus kutipan adalah daripada ayat-ayat, ungkapan atau frasa yang ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris untuk kajian pertembungan bahasa. Kemudian data ini dikategorikan untuk analisis kualitatif. Identiti pemilik akaun Facebook adalah dirahsiakan oleh para penyelidik.

151

Bahasa dan Internet 3.2

Kaedah Pengumpulan Data Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh para penyelidik bagi memastikan agar kajian ini dapat dijalankan secara sistematik dan memenuhi objektif yang dikehendaki dalam kajian ini termasuklah merekod data, menyediakan borang keizinan kepada subjek kajian (bertujuan untuk memaklumkan kepada pemilik Facebook berkenaan dengan kiriman (post) yang di ambil sebagai tujuan penyelidikan) serta menyertakan beberapa tangkapan layar (ScreenShot) daripada kiriman (post) Facebook untuk kajian ini.

3.3

Kaedah Rujukan Perpustakaan Kaedah kajian ini juga menggunakan sepenuhnya kaedah perpustakaan. Kaedah perpustakaan ini merupakan hasil penyelidikan terhadap sumber bertulis seperti bukubuku, jurnal-jurnal, penulisan tesis dan juga artikel-artikel ilmiah. Kaedah perpustakaan ini juga digunakan oleh para penyelidik untuk memahami konsep yang berkaitan dengan kajian pengkaji. Rujukan perpustakaan didapati oleh para penyelidik di Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menambahkan bahan rujukan yang berilmiah dan berfakta mengenai objektif yang dikaji. Selain itu, sumber-sumber bertulis merupakan satu bahan yang penting yang diperlukan untuk menganalisis data kerana rujukan yang berkaitan dengan teori lebih banyak dijumpai dalam data primer berbanding data sekunder. Pendekatan yang diutarakan oleh beberapa tokoh linguistik yang banyak dibincangkan dalam beberapa buah buku yang dihasilkan oleh penulis dari Barat juga turut digunakan oleh para penyelidik. Hal ini demikian kerana bagi mendapatkan penjelasan yang lebih jelas dan lengkap.

3.4

Kaedah Rujukan Internet Para penyelidik juga turut menggunakan beberapa laman web untuk mengakses artikel dan jurnal yang berkaitan dengan tajuk. Antara laman sesawang yang banyak membantu para penyelidik untuk menjalankan kajian ini ialah seperti Google Scholar dan Science Direct untuk meneliti kajian-kajian lepas berkaitan dengan kajian serta melayari laman web rasmi Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mencari istilah atau makna kata yang jarang digunakan dalam penulisan bahasa Melayu.

152

Bahasa dan Internet 4.0

BATASAN KAJIAN Skop kajian ini adalah tertumpu kepada pengguna Facebook yang menggunakan bahasa SMS dalam kiriman (post) Facebook serta secara tidak langsung meneliti pertembungan bahasa yang berlaku.

5.0

ANALISIS DAPATAN KAJIAN

5.1

Konsep Pertembungan Bahasa Dari Sudut Sosiolinguistik

Menurut Suraiya Chapakiya (2014) berpendapat bahawa pertembungan bahasa dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertembungan bahasa bukan kerana penutur, pertembungan penutur tanpa pertembungan bahasa dan pertembungan bahasa tanpa pertembungan penutur.

Pertembungan bahasa ini berlaku apabila suatu bahasa

bertembung dengan suatu bahasa yang lain. Malah pertembungan bahasa boleh berlaku apabila individu atau masyarakat menggunakan lebih daripada satu bahasa iaitu percampuran bahasa dalam komunikasi. Namun, pertembungan bahasa dikatakan berkait rapat dengan budaya.

Merujuk Hudson (1980), budaya merupakan suatu pengetahuan yang dipelajari secara sosial iaitu pengetahuan yang dipelajari kerana seseorang itu menjadi ahli dalam masyarakat yang tertentu. Sapir (1947) menyatakan bahawa kemungkinan adanya dwibahasa dengan sendirinya. Seseorang mungkin menghujahkan bahawa penutur dwibahasa mempunyai dua pandangan dunia yang berbeza dan bertukar daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain.

Oleh yang demikian, peminjaman bahasa tidak akan menyebabkan bahasa tersebut menjadi kurang sekiranya perkataan tersebut dipinjam oleh bahasa yang lain. Bahasa yang berpengaruh dan mempunyai bilangan penutur yang ramai, serta memiliki unsur kebudayaan yang tinggi apabila bertembung dengan bahasa yang kurang berpengaruh akan menjadi sebuah bahasa yang indah kerana saling melengkapi. Tangkapan layar (Screenshot) daripada status Facebook. (Rujuk Rajah 1)

153

Bahasa dan Internet

Rajah 1: Pertembungan Bahasa

Pertembungan Bahasa Tiap bulan delayed period Excited igt pregnant

Bahasa Melayu Standard Setiap bulan lambat datang bulan (haid) Teruja ingatkan mengandung

Excited beli upt Pregnancy Test)

(Urine Teruja beli alat untuk ujian kehamilan.

Jadual 1: Ayat yang menunjukkan pertembungan bahasa.

Analisis Data: Pertembungan bahasa melibatkan suatu teks telah bercampur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang ditulis pada status Facebook oleh subjek. Bahasa Melayu telah ditukar kepada bahasa Inggeris dan mengalami transformasi baharu. Individu atau masyarakat akan memilih bahasa mengikut variasi bahasa yang ada pada penutur masyarakat tertentu. Secara umumnya, perkataan yang ditukar kepada bahasa Inggeris lebih sinonim dengan pencakapan seharian dan pada perkataan-perkataan yang sering digunakan, seperti excited yang merujuk kepada teruja dalam bahasa Melayu standard.

154

Bahasa dan Internet

5.2

Pendapat Sarjana Berkaitan Pertembungan Bahasa

Pertembungan bahasa dapat dihuraikan dengan definisi bertembung. Bertembung bermaksud seperti berikut: • • •

Bersua: berjumpa dengan sengaja atau secara terserempak, bersobok atau berdempak. Bercantum: bertemu menjadi satu atau bertaut atau bersambung. Berlanggaran: Bersentuhan atau saling berpandangan.

5.2.1

Menurut Abdullah (2006) dan Hashim (1993)

Pertembungan bahasa yang berlaku akan mengakibatkan perubahan dalam aspek fonologi iaitu bunyi bahasa, sintaksis yang dilihat dalam susunan atau struktur ayat dan morfologi. Misalnya pertembungan bahasa ini dapat dilihat contohnya melalui pertembungan antara bahasa Melayu dengan bahasa Portugis, bahasa Melayu dengan bahasa Sanskrit dan lain-lain lagi. Walaupun begitu, ada juga negara yang tidak pernah dijajah namun keperluan untuk menggunakan kata-kata daripada bahasa lain tidak dapat diketepikan untuk memenuhi keperluan mereka dalam bidang pendidikan khususnya. Jelaslah disini bahawa peminjaman bahasa telah menjadi satu keperluan dalam usaha untuk merancakkan perkembangan bahasa Melayu. Antara contoh yang dapat dilihat dalam peminjaman bahasa ialah peminjaman bahasa Portugis yang disesuaikan ke dalam bahasa Melayu. Contohnya ialah ‘armario’ menjadi almari dan ‘balde’ yang disesuaikan mengikut fonologi penutur bahasa Melayu yang menjadi baldi. Selain itu, peminjaman bahasa sanskrit pula dilihat dengan perkataan ‘dharma atau agama’ menjadi agama serta ‘bihara’ menjadi biara. Bagi bahasa Arab pula antara perkataan yang dipinjamkan ialah ‘ahlil’ yang menjadi ahli dan ‘abjad’ masih lagi dikekalkan sebagai abjad dalam bahasa Melayu. Selain itu, peminjaman bahasa terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti peminjaman tulen, peminjaman maksud, peminjaman kacukan, peminjaman pemerian, peminjaman berpindah, peminjaman dialek dan peminjaman kuno.

5.2.2

Menurut Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)

Pertembungan bahasa ini berlaku adalah disebabkan oleh keperluan. Dalam konteks ini, pertembungan bahasa dikatakan menjadi suatu keperluan yang utama kerana seiring 155

Bahasa dan Internet dengan perkembangan ilmu pengetahuan. Selain itu, sikap penutur dan pengguna bahasa menjadi faktor kepada berlakunya pertembungan bahasa. Hal ini demikian kerana kecenderungan penutur dan pengguna bahasa untuk memilih dan mengguna kata-kata baharu yang kelihatan dan kedengaran lebih canggih dan moden seiring dengan perkembangan dunia bahasa dan kecanggihan teknologi supaya kelihatan tidak ketingggalan zaman. Dalam pertembungan bahasa terdapat juga istilah multilingual, kepelbagaian bahasa dan bilingual, serta dwibahasa. Multilingual merupakan keupayaan seseorang penutur untuk berbahasa dalam aneka bahasa. Biasanya penutur akan dapat bertutur dalam tiga atau empat bahasa dalam sesuatu masa sehinggakan pertuturannya jarang difahami oleh orang lain yang ratanya hanya tahu dwibahasa, dan kebanyakannya seseorang yang berkecimpung dalam bidang ekonomi memerlukan kemahiran untuk berbahasa menggunakan bahasa asing ketika membuat kerjanya.

5.3

Faktor Dan Kesan Pertembungan Bahasa Terhadap Bahasa Melayu.

5.3.1

Faktor Pertembungan Bahasa

Pertembungan bahasa berlaku disebabkan berlakunya pertembungan budaya. Hal ini disebabkan hubungan antara bahasa dan budaya adalah saling berkaitan. Oleh itu, apabila sesuatu budaya dibawa ke sesebuah negara, bahasanya turut akan dibawa sekali ke negara tersebut. Terdapat pelbagai faktor yang telah menyebabkan berlakunya pertembungan budaya dan pertembungan bahasa. Faktor pertama yang menyebabkan pertembungan bahasa berlaku ialah penjajahan. Penjajahan merujuk kepada perihal sesebuah negara dijajah atau dikuasai oleh negara lain yang lebih berkuasa. Kedatangan penjajah akan membawa bahasa mereka ke negara yang dijajah dan juga akan mempengaruhi bahasa negara dijajah. Sebagai contoh, Tanah Melayu pernah dijajah oleh negara lain seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun sebelum mencapai kemerdekaan. Pada masa itu, bahasa negara penjajah telah dibawa ke Tanah Melayu. Penduduk tempatan dan pelajar sekolah di Tanah Melayu terpaksa belajar bahasa negara penjajah sebagai bahasa kedua yang digunakan untuk keperluan dalam kehidupan harian pada zaman penjajahan. Selain itu, sistem pentadbiran juga telah terpengaruh oleh bahasa negara penjajah pada zaman penjajahan di Tanah Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa bahasa negara penjajah yang digunakan 156

Bahasa dan Internet dalam sistem pentadbiran, bidang pendidikan dan sebagainya telah menyebabkan berlakunya pertembungan bahasa dan turut mempengaruhi bahasa Melayu secara tidak langsung. Seterusnya, faktor kedua ialah perdagangan. Perkembangan bidang perdagangan semakin meluas pada zaman yang maju ini. Bidang perdagangan bukan sahaja terhad di negara tempatan tetapi telah berkembang ke luar negara. Pedagang tempatan boleh berdagang dengan pedagang negara lain sama ada pedagang tempatan menjalankan perdagangan di negara lain atau pedagang yang datang dari negara lain untuk menjalankan perdagangan di negara kita. Oleh sebab itu, para pedagang perlu menguasai bahasa yang lebih terutamanya bahasa negara yang berkenaan supaya dapat berinteraksi dengan lebih mudah antara pedagang dalam sebarang urusan perdagangan. Bahasa yang dikuasai itu dapat membantu para pedagang untuk memudahkan pelbagai urusan perdagangan seperti membuat tempahan, melariskan barang dagangan dan sebagainya agar segala urusan tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pertembungan bahasa telah berlaku disebabkan oleh faktor perdagangan. Selain penjajahan dan perdagangan, perkahwinan campur juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pertembungan bahasa berlaku. Perkahwinan campur merujuk kepada perkahwinan antara dua pihak yang berlainan sama ada dari aspek bangsa, agama dan kewarganegaraan. Pasangan suami isteri yang berasal daripada bangsa, agama atau negara yang berlainan, maka bahasa komunikasi mereka juga akan berlainan. Dalam perkahwinan campur, suami dan isteri yang berbahasa lain akan melahirkan kedwibahasaan dalam keluarga tersebut. Anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga perkahwinan campur itu juga berpeluang untuk belajar dan menguasai lebih daripada satu bahasa pada masa yang sama sejak mereka kecil lagi. Oleh yang demikian, anak-anak tersebut dapat menggunakan dua jenis bahasa dalam perbualan harian sama ada dengan ibu atau bapa mereka. Hal ini juga menunjukkan bahawa pertembungan bahasa telah berlaku akibat kebudayaan perkahwinan campur. Secara rumusnya, penjajahan, perdagangan dan perkahwinan campur adalah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pertembungan bahasa dan turut membawa kesan dalam mempengaruhi bahasa baku masing-masing.

157

Bahasa dan Internet 5.3.2

Kesan Pertembungan Bahasa Terhadap Bahasa Melayu

Pertembungan bahasa mempunyai dua kesan, iaitu kesan positif dan kesan negatif.

• Kesan Positif Pertembungan Bahasa Kesan positif dapat dilihat melalui perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dilihat melalui pembangunan dunia teknologi di negara kita yang menyebabkan berlakunya pertambahan perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa unsur imbuhan asing yang terdapat dalam bahasa Melayu. Unsurunsur imbuhan asing dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab- Parsi, imbuhan Yunani-Latin-Inggeris. Contoh imbuhan sanskrit ialah “ - maha-, tuna-, tata-, pra-, swa-, panca-, eka-, dwi-, tri-, wan, -man, -wati, -nita”. Selain itu, antara contoh imbuhan Arab-Parsi ialah “-bi-, -i, wi, -iah, -in, -at, -ah”. Seterusnya, contoh bagi imbuhan Yunani-Latin-Inggeris pula ialah “pro-, anti-, mono-, poli-, auto-, supra-, -isme, ik, -si, -al, -is”. Imbuhan- imbuhan ini diserap masuk ke dalam bahasa Malaysia seperti dwibahasa. Awalan “dwi-” merupakan imbuhan sanskrit yang memberi makna melebihi daripada dua makna akan bergabung dengan “bahasa” membentukِ “dwibahasa”. Dwibahasa merupakan maksud pergabungan antara bahasa yang melebihi daripada dua bahasa. Selain itu, peminjaman kata dalam bahasa Melayu berlaku disebabkan oleh pertembungan bahasa. Pertembungan bahasa ialah pertemuan antara dua bahasa yang mempengaruhi antara satu sama lain, sama ada bahasa penutur besar atau dominan mempengaruhi bahasa penutur kecil iaitu minoriti atau sebaliknya. Hasil pertembungan bahasa ini akan wujud peminjaman bahasa. Peminjaman bahasa atau peminjaman kosa kata ialah proses kemasukan unsur-unsur sesuatu bahasa lain. Proses kemasukan kosa kata ialah proses integrasi atau penggabungan unsur-unsur kosa kata sesuatu bahasa berlaku peminjaman struktur fonologi, tatabahasa dan semantik kata pinjaman bahasa ke dalam bahasa lain. Peminjaman kosa kata bukan hanya berlaku antara bahasa, malah antara dialek, dan dipanggil peminjaman dialek. Contoh, bahasa Melayu baku meminjam dialek Kelantan dan dialek Negeri Sembilan seperti perkataan dening dan labur.

158

Bahasa dan Internet Pembentukan pelbagai istilah dalam banyak bahasa juga turut menyumbang kepada kesan positif yang wujud dalam pertembungan bahasa. Keperluan terhadap ilmu dan desakan zaman yang berubah, menyebabkan banyak perkataan bahasa Inggeris khususnya menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu memerlukan istilah sejajar dengan perkembangan semasa, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Antara perkataan awal yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah saman, notis, berek, pensel, gelas, setem, hotel, tiub, basikal, lesen, bil, lokap, kompas, biskut, setokin, drebar, mesin, telefon, biro dan banyak lagi. Jelaslah, penyerapan istilah ini dalam bahasa dapat membantu masyarakat bagi memahami sesuatu dengan lebih jelas. • Kesan Negatif Pertembungan Bahasa Kesan negatif pula dapat dilihat melalui keaslian bahasa Melayu. Pengaruh bahasa asing tidak dinafikan sedikit sebanyak menyebabkan bahasa Melayu baku kita dicampur aduk sehingga berlakunya pencemaran bahasa atau bahasa rojak. Bahasa rojak boleh menjatuhkan martabat bahasa kita kerana bahasa kita akan terhakis identitinya secara perlahan-lahan. Hal ini demikian kerana generasi baru terbiasa dengan bahasa rojak dalam kehidupan mereka. Bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat adalah bahasa rojak sebagai alat komunikasi mereka menyebabkan generasi muda terpengaruh dan turut menggunakan bahasa rojak untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian. Apabila berlakunya proses pembelajaran di sekolah, golongan muda atau generasi muda akan mengalami kekeliruan. Mereka keliru untuk menggunakan bahasa yang betul dan tidak mustahil mereka mempraktikkannya bahasa rojak ke dalam proses pembelajaran dan kehidupan mereka. Selain itu, pertembungan bahasa menyebabkan percampuran bahasa. Pertembungan bahasa berlaku apabila individu atau masyarakat yang menggunakan bahasa lebih daripada satu bahasa menyebabkan percampuran bahasa berlaku. Selain itu, masyarakat ini juga dikenali sebagai masyarakat dwibahasa atau multi bahasa atau kacukan bahasa. Masyarakat dwibahasa adalah masyarakat yang menggunakan beberapa bahasa yang berlainan yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dalam satu kawasan yang sama. Hal ini menyebabkan individu atau masyarakat yang menggunakan bahasa yang berlainan pada masa-masa tertentu dan tempat-tempat tertentu dan akan memilih bahasa mengikut variasi bahasa yang ada pada penutur tersebut. Oleh itu, isu ini 159

Bahasa dan Internet menyebabkan pencampuran bahasa berlaku seterusnya menyebabkan bahasa baku mula terhakis. Seterusnya, kesan percampuran bahasa oleh golongan muda atau masyarakat dalam bahasa Melayu telah memberi gambaran bahawa wujudnya keadaan kebahasaan yang tidak stabil dalam masyarakat. Keadaan ini berlaku akibat daripada kemerosotan dan kehilangan kualiti, nilai serta ciri unggul bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan. Apabila isu ini terus berleluasa lama-kelamaan beberapa ciri bahasa Melayu akan pupus dan digantikan dengan beberapa ciri bahasa Inggeris atau bahasa lain. Lantaran itu, bahasa rojak akan menjadi bahasa ibunda orang Melayu sekiranya gejala ini terus berleluasa. Seterusnya, secara perlahan-lahan kita mungkin akan melucutkan keupayaannya sebagai bahasa rasmi dan melunturkan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan. Oleh itu, jelaslah terdapat pelbagai kesan percampuran bahasa oleh masyarakat dalam bahasa Melayu.

5.4

Huraian konsep bahasa SMS dari sudut linguistik bahasa Melayu dan mengenal pasti korpus bahasa SMS yang digunakan dalam media sosial Facebook.

Bahasa SMS terbahagi kepada dua iaitu bahasa SMS rasmi dan bahasa SMS tidak rasmi. Para penyelidik hanya menfokuskan kepada bahasa SMS tidak rasmi yang digunakan di media sosial di Facebook. Bahasa SMS tidak rasmi menggunakan perkataan yang dipendekkan atau diringkaskan dan tidak mengikut nahu bahasa yang betul. Struktur ayatnya tidak lengkap dan ayat yang tergantung. Berdasarkan kajian ini, para penyelidik telah mengutip beberapa data secara rawak melalui kiriman (post) di Facebook dan mendapati bahawa banyak kekerapan perkataan singkatan SMS yang digunakan iaitu mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Data yang dikutip dibagikan kepada lima pembahagian iaitu singkatan lazim, singkatan keguguran vokal atau konsonan, singkatan lazim kolokial, singkatan representasi bunyi atau perbuatan dan singkatan bahasa SMS dalam ayat. Selain itu, terdapat juga penggunaan perkataan yang ejaannya ditambah atau ditukar secara tidak konsisten dan tidak disingkatkan sehingga menyebabkan pembaca yang tidak biasa menjumpai perkataan tersebut tidak dapat memahami mesej yang disampaikan. 160

Bahasa dan Internet

5.4.1

Kategori Pertama: Singkatan Lazim

Singkatan ejaan lazim selalunya digunakan untuk membuat nota ringkas dalam penulisan. Namun, perkataan singkatan lazim sudah menjadi kebiasaan oleh pengguna Facebook untuk menulis kiriman dengan menggunakan perkataan tersebut dalam menyampaikan suatu maklumat. Namun tidak menjadi kesalahan struktur ayat dalam bahasa Melayu kerana perkataan tersebut telah diterima pakai dalam bahasa Melayu sejak dahulu lagi. Penggunaan ejaan ringkas ini tidak menjejaskan pemahaman pembaca serta tidak merosakkan bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana terdapat singkatan perkataan dalam bahasa Melayu yang sudah diterima pakai dan terdapat dalam Kamus Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa. Antara singkatan perkataan yang kerap digunakan adalah dlm, kg, lwn dan banyak lagi. Tangkapan layar (Screenshot) daripada status Facebook. (Rujuk Rajah 2)

Rajah 2: Bahasa SMS (Singkatan Lazim)

161

Bahasa dan Internet

Singkatan Lazim dgn yg

Bahasa Melayu Standard dengan yang

dlm

dalam

spt

seperti

dll

dan lain-lain Jadual 2: Ayat yang menunjukkan singkatan lazim dalam penggunaan kiriman (post) di Facebook.

Analisis Data: Sememangnya penggunaan bahasa singkatan lazim digunakan kerana tidak melanggar kesalahan bahasa Melayu tetapi hanya digunakan dalam penulisan tidak formal seperti nota pelajar, kiriman ringkas di Facebook dan sebagainya

5.4.2

Kategori Kedua: Singkatan Pengguguran Vokal atau Konsonan

Singkatan pengguguran vokal merupakan perkataan yang digugurkan daripada satu atau dua huruf vokal atau konsonan daripada perkataan asal. Walaupun perkataan tersebut mengalami pengguguran tetapi perkataan tersebut masih boleh difahami oleh pembaca. Tangkapan layar (Screenshot) daripada status Facebook. (Rujuk Rajah 3)

Rajah 3: Bahasa SMS (Singkatan Penguguran Vokal / Konsonan)

162

Bahasa dan Internet Singkatan Keguguran Bahasa Melayu Standard Vokal / Konsonan bdk2 budak-budak sdh sudah blk

balik

bgn

bangun

U

Universiti Jadual 3: Ayat yang menunjukkan penggunaan bahasa SMS (Singkatan Penguguran Vokal atau Konsonan).

Analisis Data: Perkataan yang mengalami proses pengguguran vokal tidak memberi kesan kepada pembaca kerana pembaca masih lagi boleh memahami perkataan asal walaupun berlaku pengguguran. Proses pengguguran vokal atau konsonan biasanya digunakan sebagai bahasa SMS iaitu bahasa ringkas.

5.4.3

Kategori Ketiga: Singkatan Lazim Kolokial

Singkatan ejaan ini tidak mengikut ejaan yang sebenar dalam bahasa Melayu. Singkatan ini merupakan bahasa basahan dan berbunyi keanak-anakkan. Perkataan ini hanya difahami oleh golongan khusus kerana dikatakan merupakan bahasa dialek sesebuah negeri. Singkatan perkataan ini biasanya digunakan oleh golongan remaja berdasarkan bunyi pelat negeri masing-masing. Tangkapan layar (Screenshot) daripada status Facebook. (Rujuk Rajah 4)

Rajah 4: Bahasa SMS (Singkatan Lazim Kolokial)

163

Bahasa dan Internet

Singkatan Lazim Kolokial g skni

Bahasa Melayu Standard pergi sebentar tadi

gapo

apa

oyt

beritahu

ph

lepas

bue

buang

nih

ini

meme

memang

pingge

pinggan

maen

main

Jadual 4: Ayat yang menunjukkan penggunaan bahasa SMS (Singkatan Lazim Kolokial).

Analisis Data: Penyingkatan perkataan berlaku adalah dipengaruhi oleh dialek sosial masyarakat Melayu yang memperlihatkan pengaruh dialek pantai timur di Semenanjung Malaysia seperti g oyt, gapo dan sebagainya. Penyingkatan ini boleh boleh menyebabkan kesulitan bagi penerima pesanan untuk menterjemahkan informasi jika berbeza dialek.

5.4.4

Kategori Keempat: Singkatan Representasi Bunyi atau Perbuatan

Selain daripada penggunaan singkatan perkataan, emotikon juga digunakan dalam mentafsir sesuatu mesej yang disampaikan oleh seseorang. Penggunaan emotikon ini adalah untuk melambangkan perasaan atau perbuatan seseorang. Penggunaan emotikon dalam sesuatu kiriman (post) mampu mengambarkan perasaan penulis tanpa menghuraikan ke dalam bentuk struktur ayat. Antara emotikon yang seringkali digunakan dalam penulisan melalui media sosial Facebook. (Rujuk Rajah 5)

Rajah 5: Contoh emotikon yang digunakan dalam penulisan kiriman (post) Facebook.

164

Bahasa dan Internet Tangkapan layar (Screenshot) daripada status Facebook. (Rujuk Rajah 6)

Rajah 6: Bahasa SMS (Singkatan Representasi Bunyi/ Perbuatan)

Emotikon

Representasi Emotikon seronok terkejut terlalu gembira murung menangis buntu sayang

Singkatan Bunyi warghhhh hmmmm

Representasi Maksud menangis berfikir seketika

eh eh

ragu-ragu

hahaha

ketawa

Jadual 5: Ayat yang menunjukkan penggunaan bahasa SMS (Singkatan Representasi Bunyi atau Perbuatan).

165

Bahasa dan Internet Analisis Data: Penggunaan emotikon dalam suatu mesej dapat mengambarkan perasaan penulisan sama ada gembira atau sebaliknya tanpa memberi ungkapan namun hanya dengan menggunakan emoji tersebut. Namun, penggunaan emotikon tersebut biasanya digunakan oleh golongan remaja untuk menunjukkan kemesraan dan keakraban sesama penggun Facebook. Wilbur Schramm dan William E. Porter dalam bukunya “Lelaki, Wanita, Mesej, dan Media Memahami Komunikasi Manusia”ِ yangِ diterjermahkanِ olehِ Azizahِ Eusop,ِ Khatijah Ismial, etl. (1992) menyatakan bahawa simbol boleh berupa ucapan atau tulisan atau cetakan atau gambar, isyarat atau senyuman, tangan di atas bahu, ketawa, ataupun bau wangi-wangian. Ray Birdwhistell, salah seorang daripada pemerhati utama bidang komunikasi gerak-geri yang beliau istilahkan sebagai kinesiks telah menganggarkan bahawa 65 peratus “makna sosial” dalam situasi komunikasi antara dua orang yang dijalankan secara bukan lisan. Melalui isyarat bukan lisan yang ditunjukkan dalam kiriman pengguna Facebook seperti dalam rajah lima menunjukkan perbezaan kesukaan, ketidaksukaan, reaksi dan emosi peribadi.

5.4.5

Kategori Kelima: Penggunaan Singkatan Bahasa SMS dalam Ayat

Singkatan menggunakan bahasa SMS sering berlaku dalam komunikasi, termasuklah bahasa SMS yang berdasarkan dialek negeri masing-masing tetapi masih difahami oleh pembaca. Sekali gus, berlakunya bertembungan bahasa antara bahasa Melayu standard dengan bahasa Melayu dialek serta pencampuran kod dalam sesebuah ayat iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Tangkapan layar (Screenshot) daripada status Facebook. (Rujuk Rajah 7)

Rajah 7: Bahasa SMS (Singkatan bahasa SMS dalam ayat)

166

Bahasa dan Internet

Singkatan bahasa SMS dalam Ayat selamo 3 taun ngajie nih skelip mato doh nok abih. lps nih rindu ko saen2 hop prnh susoh sene samo2.

Bahasa Melayu Standard selama tiga tahun belajar ini sekelip mata sudah hendak habis. selepas ini rindu kat kawan-kawan yang pernah susah sennag bersamasama. harap dipermudahkan urusan kito blko harap dipermudahkan urusan kita kwn2. semua kawan-kawan. moge kejayaan milik kita brsma. semoga kejayaan milik kita bersama. counting days

menghitung hari

Jadual 6: Ayat yang menunjukkan penggunaan bahasa SMS (Singkatan SMS dalam Ayat).

Analisis Data: Kewujudan perkataan singkatan sedemikian dipengaruhi oleh dialek sosial masyarakat Melayu yang memperlihatkan pengaruh dialek kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Walaupun penggunaan singkatan yang bervariasi sedemikian, tetapi dapat difahami oleh pengguna bahasa SMS di negara ini.

Kesimpulan keseluruhannya, para pengkaji dapat membuat penelitian dan rumusan berdasarkan kutipan data yang telah diambil secara rawak, dan identiti pemilik akaun Facebook dirahsiakan. Para penyelidik turut mendapati bahawa lebih mudah menulis dengan bahasa singkatan dan ringkas daripada bahasa formal. Perkataan tersebut diringkaskan atau dipendekkan daripada bahasa yang sedia ada. Sememangnya, bahasa singkatan ini diterima pakai oleh semua golongan dalam menyampaikan sesuatu mesej kerana dikatakan bahasa singkatan ini dapat menjimatkan masa. Namun, terdapat juga kesan sampingan kepada bahasa Melayu seperti tatabahasa merosot. Selain itu, jika singkatan itu keterlaluan menyebabkan pembaca tidak dapat memahami mesej yang disampaikan. Hal ini selalunya berlaku pada bahasa yang dicipta sendiri oleh golongan remaja.

167

Bahasa dan Internet 6.0 PENUTUP Pertembungan bahasa adalah keadaan sosiobudaya yang memungkinkan sesuatu bahasa mempengaruhi bahasa lain. Pertembungan bahasa terjadi di seluruh pelosok dunia termasuklah pertembungan bahasa yang seringkali wujud dalam bahasa SMS terutama di media sosial Facebook. Kajian ini dijalankan adalah berdasarkan objektif yang dirangka oleh para penyelidik antaranya menghuraikan konsep pertembungan bahasa dari sudut sosiolinguistik, mengkaji dan mengambil kira pendapat sarjana berkaitan pertembungan bahasa, mengenal pasti faktor dan juga kesan pertembungan bahasa terhadap bahasa Melayu dan menghuraikan konsep bahasa SMS dari sudut linguistik bahasa Melayu dan mengenal pasti korpus bahasa SMS yang digunakan dalam media sosial Facebook serta menganalisis status Facebook yang menggunakan bahasa SMS dan wujudnya pertembungan bahasa dalam satu status yang sama. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita seharusnya mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan yang menebal dalam diri. Langkah-langkah mengatasi pertembungan bahasa antaranya adalah menyemai semangat cinta akan bahasa kebangsaan, mengurangkan penggunaan bahasa rojak, proses pengajaran dan pembelajaran harus menggunakan bahasa formal. Kesimpulanya, melalui sikap prihatin dan mencintai terhadap bahasa, nescaya bahasa kebangsaan tidak akan dipengaruhi oleh bahasa-bahasa lain yang sememangnya mampu menghapuskan keaslian bahasa kebangsaan. Perlu dijelaskan bahawa, salah satu medium penjajahan adalah melalui pertembungan bahasa sehinggakan asal-usul bahasa Melayu standard dilupakan dan terlalu menggunakan bahasa SMS dalam komunikasi seharian. Oleh itu, kita perlu mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dengan tidak begitu mudah membiarkan bahasa kita dipengaruhi dengan bahasa lain serta mempelbagaikan langkah-langkah untuk menangani isu pertembungan bahasa terutama di Malaysia. Justeru itu, penggunaan bahasa yang bercampur seperti bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris atau bahasa basahan iaitu dialek dalam situasi rasmi perlu dihindarkan. Hal seumpama ini perlu dilakukan untuk menghindar daripada terjadinya satu komunikasi yang akan dianggap sebagai tidak serius.

168

Bahasa dan Internet

RUJUKAN Rujukan Buku: Asmah Haji Omar. (1992). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Awang Sariyan. (2004). Sekitar Isu Bahasa Rojak: Punca, Kesan, dan Kaedah Menanganinya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizah Eusop, Khatijah Ismial, etl. (1992). Lelaki, Wanita, Mesej, dan Media Memahami Komunikasi Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin, Imran Ho Abdullah, etl. (2007). Linguistik Teori dan Aplikasi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramli Salleh, Toh Kim Hoi. (1992). Bahasa dan Linguistik Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rujukan Internet: Alice Anak Mengga. Himpunan Bahasa Melayuku. Diakses pada 12 Disember 2017 http://aliceanakmengga.blogspot.my/2013/04/pertembungan-bahasa.html

Laman Utama PTS. Melalui pautan https://pts.com.my/index.php/buku/asas-linguistik/

Laman Utama Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Melalui pautan http://prpm.dbp.gov.my/

Nur Ammarah Mohd Zain. Pertembungan Bahasa. Dicapai pada 12 Disember 2017 http://nurammarahmohdzain.blogspot.my/2013/03/pertembungan-bahasa.html

Nur Farhan. Laman Sosio Pertembungan Bahasa. Diperolehi pada 12 Disember 2017 169

Bahasa dan Internet http://farhanurhoney.blogspot.my/2013/03/17-pertembungan-bahasa.html

Rujukan Kamus: Dewan Bahasa Dan Pustaka (Edisi Baru). (1989). Dirujuk pada 15 Disember 2017 di Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia.

Dewan Bahasa Dan Pustaka (Edisi Keempat). (2007). Dirujuk pada 15 Disember 2017 di Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia.

170

Bahasa dan Internet

GLOSARI

Ayat relatif Ayat yang terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil. Ayat tunggal Ayat yang terbina daripada dua bahagian iaitu satu subjek dan predikat. Bahasa Rojak. Bahasa campur kod dan alih kod dalam sesuatu pertuturan atau perbualan dan wujudnya perkataan atau frasa daripada bahasa asing dalam bahasa yang dituturkan. Dialek Satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll). Dominan Berkuasa atau berpengaruh, mendapat tempat atau kedudukan yang (berkuasa, berpengaruh, dsb). Dwibahasa (1)ِ Yangِ ditulisِ atauِ dinyatakanِ dalamِ duaِ bahasa:ِ majaِ ‘Readersِ Digest’telahِ menerbitkan edisinya (2) Boleh bertutur dalam dua dua bahasa (biasanya dengan darjah kefasihan yang sama): kebanyakan orang Malaysia. Facebook Sebuah tapak web rangkaian sosial yang dimiliki secara persendirian oleh Facebook Inc. Implisit. Sesuatu yang dinyatakan secara tidak langsung atau tidak terang-terangan, tersirat Ironi Keadaan yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya

171

Bahasa dan Internet

Kata perintah Perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata tunggal Perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau mengalami proses pembentukan kata. Kata kerja Perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu, menjadi perkataan utama dalam binaan frasa kerja. Kata yang berfungsi pada predikat yang mengandungi subjek dan predikat untuk melengkapkan ayat yang bermakna. Kata hubung Perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata ayat dengan rangkai kata ayat dengan ayat. Kata bilangan Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu. Ketenunan Hubungan ketenunan antara ayat yang dinamakan tautan atau kohesi. Ketidaksantunan negatif Strategi yang digunakan untuk menyebabkan air muka negatif seseorang rosak (Culpeper 2005: 41, dalam Noor Firdaus, 2016: 186). Strategi ketidaksantunan negatif dapat dikenal pasti sekiranya ada unsur menakutkan seperti mengugut, adanya ejekan atau penghinaan, adanya kaitan dengan aspek negatif, dan adanya serangan dengan menggunakan maklumat yang lain yang digunakan oleh penutur (ibid.). Ketidaksantunan positif Strategi yang digunakan untuk menjatuhkan air muka seseorang dengan cara (a) tidak memberi perhatian dan mengabaikan kewujudan seseorang, (b) tidak menunjukkan perasaan simpati, (c) penggunaan identiti yang tidak tepat, (d) penggunaan bahasa yang tidak jelas, (e) adanya ketidaksetujuan, (f) penggunaan bahasa yang tabu, dan (g) penggunaan panggilan nama yang lain untuk menyapa (Zaitul Azma & Ahmad Fuad, 2012: 65). Ketidaksantunan secara langsung Strategi yang digunakan oleh penggunanya yang berniat untuk memberi ancaman air muka kepada pendengar secara langsung (Nor Shahila Mansor et. al, 2014: 213). MajalahSains.Com Merupakan sebuah majalah yang boleh diakses secara online. Makna leksikal Makna kata berdasarkan yang sebenarnya. 172

Bahasa dan Internet Menahan kesantunan Tidak melakukan strategi kesantunan seperti yang diharapkan (Zaitul Azma & Ahmad Fuad, 2012: 66). Model Ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005) Model oleh Jonathan Culpeper yang memperkenalkan strategi ketidaksantunan dalam berbahasa. “Membahan” Menggunakan seseorang sebagai subjek untuk diperbualkan. Penggunaan sindiran Strategi yang digunakan untuk menunjukkan strategi kesantunan yang tidak benar, berpura- pura, atau nilai kesantunan itu hanya wujud secara tersurat sahaja (Zaitul Azma & Ahmad Fuad, 2012: 65). Percampuran kod Pertuturan seseorang yang mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain. Penjodoh bilangan Kata nama yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Rangka Rujuk Silang (RRS). Perkaitan sesuatu ujaran yang tidak mempunyai anteseden yang dapat mengaitkan ayat kedua dengan ayat pertama dalam wacana bagi membantu pendengar mentafsir ujaran. Retweet Retweet bermaksud mengulang kembali tweet yang telah atau ianya sebagai butang kongsi yang boleh dikongsi kepada rakan Twitter yang lain. Situasi persekitaran Merujuk kepada aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa. Situasi luaran Latar belakang sosial dan juga budaya sesebuah masyarakat bahasa yang mencakupi struktur sosial dan juga merujuk kepada keseluruhan cara hidup masyarakat yang menyatakan perlakuan anggota masyarakat. Sarkastik Ironi verbal atau bukan verbal yang digunakan untuk bergurau senda tetapi mempunyai unsur penghinaan atau ejekkan. Sinonim Kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain. 173

Bahasa dan Internet Strategi beri atau tanya alasan Strategi yang menuntut pendengar mendapatkan air muka positif kepada dirinya sendiri dan strategi ini digunakan adalah kerana penggunanya ingin memberikan alasan dan menanyakan alasan kepada pendengar (Noor Firdaus, 2016: 107). Strategi beri petunjuk Strategi yang digunakan apabila penggunanya ingin memberitahu sesuatu tetapi dengan cara penggunaan isyarat (Noor Firdaus, 2016: 131). Strategi jenaka Strategi yang digunakan oleh penutur yang mempunyai latar belakang yang sama dengan seseorang dan jenaka yang dilakukan mempunyai kaitan dan dapat difahami oleh pengguna dan orang yang mempunyai latar belakang yang sama tersebut (Noor Firdaus, 2016: Strategi kesantunan – strategi yang digunakan oleh pengguna untuk mengelakkan sebarang konflik dengan pendengar atau pembaca (Fraser dan Nolan, 1981: 96, dalam Noor Firdaus, 2016: 48). Strategi Kesantunan Brown dan Levinson (1978, 1987). Model oleh Brown dan Levinson yang memperkenalkan strategi kesantunan dalam berbahasa. Strategi ketidaksantunan Strategi yang menggunakan penggunaan bahasa yang kasar dan tidak elok oleh penutur kepada pendengar atau pembaca (Zaitul Azma & Ahmad Fuad, 2012: 63). Strategi menjadi optimistik Strategi yang digunakan untuk mengekalkan atau memperolehi imej yang positif terhadap dirinya (Noor Firdaus, 2016: 94). Strategi ini digunakan adalah kerana penuturnya berharap agar adanya perkara yang adil dalam sesuatu perkara (ibid.).100). Teori Relevans. Cara menyampaikan ujaran yang relevan dan bergantung pada usaha pemprosesan maklumat antara penutur dan pendengar. Tweet Merupakan suatu status yang digunakan untuk menulis sesuatu ayat Tweetfamous Orang yang popular dalam kalangan pengguna Twitter.

174

Bahasa dan Internet

PENYUMBANG

1. AdibaِNur’ainِShaharuddinِmerupakanِseorangِpelajarِUniversitiِSainsِMalaysiaِ yang bermajorkan Linguistik Bahasa Melayu dan berminorkan Psikolinguistik. Beliau merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi seorang penulis bahan ilmiah dan bahan bukan ilmiah pada suatu hari nanti. Beliau boleh dihubungi di [email protected] 2. Fatin Syazwani binti Zullkifli ialah pelajar HMT 411 Teori dan Kaedah dalam Penyelidikan Linguistik, Universiti Sains Malaysia. Beliau menetap di Felda Lawin Selatan, 33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan. Bermajorkan Linguistik Bahasa Melayu dan berminorkan Pentadbiran Awam. Beliau juga berminat dalam mengkaji bidang sosiolinguistik dan juga pragmatik. 3. Laila Amira binti Rozli merupakan seorang pelajar yang berasal dari Pendang, Kedah Darul Aman. Beliau merupakan pelajar major Linguistik Bahasa Melayu dan berminorkan Bahasa Mandarin. 4. Lim Yu Wei merupakan seorang pelajar yang berasal dari Kedah Darul Aman. Beliau bermajorkan Linguistik Bahasa Melayu dan berminorkan Psikologi. 5. Melissa Onellia Edward Noyed merupakan seorang pelajar HMT 411 yang berasal daripada Kuching, Sarawak. Beliau mengambil major Linguistik Bahasa Melayu dan minor Pentadbiran Awam. 6. Nor Azah Azlin binti Zakaria yang berasal dari Segamat, Johor Darul Takzim merupakan pelajar yang bermajorkan Linguistik Bahasa Melayu di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia dan berminorkan Dasar Pentadbiran Awam di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia. 7. Nur Afifah binti Lokman merupakan pelajar yang bermajorkan Linguistik Bahasa Melayu. Mengambil kursus Ilmu Kemanusiaan di Universiti Sains Malaysia. Seorang pelajar yang berasal daripada Kelantan Darul Naim. 8. Nur Atikah bt Jusoh ialah pelajar yang bermajorkan Linguistik bahasa Melayu di Universiti Sains Malaysia. Beliau berminorkan Psikologi. Beliau meminati bidang penulisan dan beliau berangan-angan untuk menghasilkan sebuah buku berkenaan linguistik. Beliau boleh dihubungi di [email protected].

175

Bahasa dan Internet 9. Nur Shahirah binti Mansor merupakan seorang pelajar yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim. Beliau bermajorkan Linguistik Bahasa Melayu dan berminorkan Psikologi. Beliau boleh dihubungi di [email protected]. 10. Nur Zuraini Binti Nordin merupakan pelajar HMT 411 yang belajar di Universiti Sains Malaysia. Beliau bermajorkan Linguistik Bahasa Melayu dan berminorkan Psikologi. Beliau tinggal di kampung Rekang Hulu, 16310, Bachok Kelantan. 11. Sarolin binti Sarail yang berasal dari Semporna, Sabah merupakan pelajar dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Bermajorkan Linguistik Bahasa Melayu dan berminorkan Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia. 12. Syahrul Ninie Nadhirah binti Mohd Baroyi merupakan anak jati kelahiran Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. Beliau bermajorkan Linguistik Bahasa Melayu dan berminorkan Psikologi. Beliau boleh dihubungi di [email protected]

176

Bahasa dan Internet

INDEKS

bahasa rojak 77-79, 82, 9 2 dominan 11 dwibahasa 153-158 emoji 68-76, 123, 166

model kerangka jaringan radial 96, 98, 104-105

teori semantik kognitif 1, 96, 98

Model Ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005) 1112-118

Ure dan Ellis 5-14, 20-38, 53-3

Penggunaan sindiran 113121, 125-126

emoticon 69, 177 implisit 77-92 ketenunan 1-12, 26-36, Ketidaksantunan 112-122

negatif

Ketidaksantunan 112-118

positif

rangka rujuk silang (RRS) 77-85, 92 sains fizik 1-15 sinonim 8-9, 47-65, 154 situasi luaran 12-13, 2629

Ketidaksantunan secara langsung 115-119, 125126

situasi persekitaran 1214, 26-30, 56

kohesi 4, 5, 10, 136

Strategi beri atau tanya alasan 121-124

lakuan tutur 1 lambang 21, 66-69, 164 laras resepi 20-40 leksem 71 leksikal 1-17, 27, 35, 53, 63, 71 Menahan kesantunan 113 metafora rantaian utama makhluk 96, 105, 106 minimal 71, 86

smiley 69

Strategi beri 121, 124

petunjuk.

Strategi jenaka 121-123 Strategi kesantunan 112114, 119-126 Strategi Kesantunan Brown dan Levinson (1978, 1987) 112-114, 121 teori relevans 16, 64, 7792

177

Bahasa dan Internet

178

Copyright © 2024 DOKUMEN.SITE Inc.