LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018 PENDIDIKAN SENI VISUAL
KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari – Julai
2611/3
1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9. 2. Calon dikehendaki melaksanakan satu sahaja. 3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan.
ARAHAN KEPADA CALON 1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai 2018. 3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer. 4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber. 5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm. 6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut. 7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh. 8. Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil. 9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja. 10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian. 11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya. 12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian. 13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria. 14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.
SITUASI Sebuah syarikat pengeluaran jam tangan jenama TUAH memerlukan reka bentuk grafik jam tangan yang menarik untuk pasaran tempatan. Sasaran jualan syarikat tersebut ialah untuk remaja yang aktif dan elegan. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk grafik jam tangan untuk remaja. Reka bentuk grafik jam tangan tersebut mestilah kreatif dan dapat menggambarkan ciri-ciri remaja moden yang aktif dan elegan. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk jam tangan sebagai sumber ilham dengan catatan. 2. Koleksi gambar pelbagai hal benda sebagai sumber ilham dengan catatan. 3. Lukisan atau catan realistik hal benda yang dipilih sebagai sumber ilham. 4. Lakaran perkembangan idea reka bentuk jam tangan berdasarkan hal benda yang dipilih, tipografi dan lain-lain yang berkaitan dengan catatan. 5. Kajian reka letak jam tangan dengan catatan. 6. Kajian warna dengan skema warna dan catatan. 7. Ilustrasi dari pandangan permukaan hadapan, belakang, sisi kiri dan kanan. 8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi jam tangan pada situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk grafik jam tangan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Kertas Ukuran minimum : 56 cm × 76 cm Jenama : TUAH Teknik : Ilustrasi Contoh:
SITUASI Seorang pemilik syarikat kereta mahu membuat ruang pameran kereta dalam ruang bangunan yang sedia ada. Hiasan dalaman ruang pameran tersebut dapat meningkatkan ruang status agar lebih selesa, menarik minat pelanggan, selamat dan sesuai dengan cita rasa pemilik yang mahukan tema futuristik. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan hiasan dalaman ruang pameran kereta yang bersifat futuristik. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang dalaman pameran kereta sebagai sumber ilham dengan catatan. 2. Koleksi gambar perabot dan kelengkapan yang bertemakan futuristik sebagai sumber ilham dengan catatan. 3. Lukisan atau catan realistik hiasan dalaman ruang pameran kereta. 4. Lukisan atau lakaran pelan konsep susun atur ruang di atas pelan asal. 5. Lakaran perkembangan idea perabot dan kelengkapan tema futuristik dengan catatan. 6. Lukisan pelan lantai berserta perabot dan kelengkapan mengikut skala. 7. Kajian ergonomik. 8. Kajian warna dengan skema warna dan catatan. 9. Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik. 10. Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar. 11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 12. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Berdasarkan kajian tersebut, model hiasan dalaman ruang pameran kereta anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Pelan tapak : 30 cm
25 cm
20 cm
Bahan : Bebas Tema : Futuristik Contoh:
Sumber: www.behance.net
Nota: 1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil. 2. Hiasan dan perabot hendaklah dihasilkan sendiri oleh calon. 3. Model kereta boleh dihasilkan sendiri atau menggunakan model sedia ada. 4. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.
SITUASI Penduduk sebuah taman perumahan ingin membuat landskap bagi mercu tanda taman tersebut. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan landskap mercu tanda taman di pintu masuk taman perumahan tersebut. Landskap pada mercu tanda yang bakal dihasilkan itu dapat mewujudkan suasana yang indah. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar landskap yang berkaitan dengan tajuk sebagai sumber ilham dengan catatan. 2. Koleksi gambar pelbagai jenis mercu tanda, tumbuhan hiasan dan lain-lain yang berkaitan sebagai sumber ilham dengan catatan. 3. Lukisan atau catan realistik landskap mercu tanda taman berdasarkan sumber ilham. 4. Lakaran perkembangan idea mercu tanda taman dengan catatan. 5. Lakaran dan perkembangan idea pelan konsep dengan catatan. 6. Lakaran kajian simbol dan elemen-elemen yang terdapat pada landskap persekitaran dengan catatan. 7. Lakaran reka letak pelan cadangan. 8. Kajian warna dengan skema warna dan catatan. 9. Lakaran pelan induk sebenar yang mengandungi petunjuk dan keratan rentas mengikut skala. 10. Lukisan dua keratan rentas daripada pelan cadangan. 11. Lukisan perspektif dari tiga sudut pandangan yang menarik. 12. Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar. 13. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 14. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Berdasarkan kajian tersebut, model landskap mercu tanda taman anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Bebas Ukuran minimum : 40 cm × 30 cm ATAU Mengikut skala berdasarkan kajian Tema : Bebas dan bersesuaian dengan kajian Teknik : Bebas dan bersesuaian dengan kajian Contoh:
SITUASI Sebuah resort di tepi laut memerlukan hiasan dinding bagi menghiasi ruang tamu. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan arca dinding yang bertemakan kuasa air. Arca anda hendaklah kreatif dan bersifat artistik. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai arca dinding sebagai sumber ilham dengan catatan. 2. Koleksi gambar pelbagai hal benda sebagai sumber ilham dengan catatan. 3. Lukisan atau catan realistik hal benda yang dipilih sebagai sumber ilham. 4. Lakaran perkembangan idea dengan catatan. 5. Lukisan reka bentuk arca yang dipilih. 6. Kajian warna pada reka bentuk arca yang dipilih dengan skema warna dan catatan (jika berkenaan). 7. Lukisan perspektif dari tiga sudut pandangan yang menarik. 8. Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Bahan : Bebas dan bersesuaian Ukuran minimum : 40 cm × 30 cm ATAU Mengikut skala berdasarkan kajian Tema : Kuasa Air Teknik : Bebas dan mengikut kajian Contoh:
Nota: 1. 2.
2611/3
Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.
SITUASI Sebuah bank tempatan ingin memberikan hadiah untuk menggalakkan kanak-kanak membuat simpanan di bank tersebut. Hadiah yang diberikan ialah sebuah tabung duit yang dibuat daripada tembikar. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah reka bentuk tabung duit bertemakan flora atau fauna. Tabung duit tersebut hendaklah dapat mempamerkan kehalusan dan kehebatan teknik penghasilan tembikar supaya dapat menarik minat kanak-kanak untuk menabung. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis tabung duit sebagai sumber ilham dengan catatan. 2. Koleksi gambar pelbagai jenis flora atau fauna sebagai sumber ilham dengan catatan. 3. Lukisan atau catan realistik flora atau fauna yang dipilih. 4. Lakaran perkembangan idea dengan catatan. 5. Lukisan reka bentuk tabung duit yang dipilih. 6. Kajian warna dengan skema warna dan catatan. 7. Lukisan tiga dimensi tabung duit dari tiga sudut pandangan yang menarik. 8. Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk tabung duit anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Tanah liat Ukuran minimum : 25 cm × 12 cm ATAU Mengikut skala berdasarkan kajian Tema : Fauna atau Flora Teknik : Gabungan teknik kepingan, lingkaran dan picitan Contoh:
Nota: 1. 2. 3.
2611/3
Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil. Hasil kerja anda hendaklah dibakar dan disepuh. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.
SITUASI Sebuah hotel lima bintang memerlukan langsir bercorak batik sebagai usaha untuk mempromosi keindahan batik tempatan kepada pelancong. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sehelai reka corak batik untuk langsir yang bertemakan flora dan geometri. Reka corak batik tempatan tersebut hendaklah kreatif, menarik dan unik. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis langsir sebagai sumber ilham dengan catatan. 2. Koleksi gambar pelbagai jenis reka corak batik sebagai sumber ilham dengan catatan. 3. Koleksi gambar pelbagai jenis flora dan motif geometri sebagai sumber ilham dengan catatan. 4. Lukisan atau catan realistik flora dan geometri yang dipilih. 5. Lakaran perkembangan idea reka corak dengan catatan. 6. Kajian gubahan reka letak motif reka corak dengan catatan. 7. Kajian warna dengan skema warna dan catatan. 8. Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Bahan : Fabrik yang bersesuaian Ukuran minimum : 100 cm × 150 cm ATAU Mengikut skala berdasarkan kajian Tema : Gabungan flora dan geometri Teknik : Canting dan ikat celup Contoh:
SITUASI Sebuah syarikat pengeluar perabot akan menghasilkan meja belajar kanak-kanak. Sasaran jualan mereka ialah pusat tadika. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan meja belajar kanak-kanak. Meja tersebut hendaklah bertemakan fauna, kreatif, menarik dan berinovasi serta dapat menarik pengusaha tadika untuk membeli meja tersebut. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis meja belajar kanak-kanak sebagai sumber ilham dengan catatan. 2. Koleksi gambar pelbagai jenis fauna sebagai sumber ilham dengan catatan. 3. Lukisan atau catan realistik fauna yang dipilih. 4. Lakaran perkembangan idea dengan catatan. 5. Kajian ergonomik. 6. Kajian warna dengan skema warna dan catatan. 7. Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan yang menarik. 8. Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Berdasarkan kajian tersebut, model meja belajar kanak-kanak anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Bebas dan bersesuaian Ukuran minimum : Panjang – 40 cm Lebar – 25 cm Tinggi – 45 cm ATAU Mengikut skala berdasarkan kajian Tema : Fauna Teknik : Bebas Contoh:
Nota: 1. 2. 3.
2611/3
Anda boleh menghasilkan produk mengikut saiz sebenar. Hasil kerja hendaklah kemas, kukuh dan stabil. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.
SITUASI Sebuah zoo akan mengadakan pameran cetakan tentang kepentingan untuk memelihara kelangsungan hidup haiwan yang semakin pupus. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan karya cetakan timbul yang bertemakan sayangi haiwan untuk dipamerkan dalam pameran tersebut. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai cetakan timbul sebagai sumber ilham dengan catatan. 2. Koleksi gambar haiwan sebagai sumber ilham dengan catatan. 3. Lukisan atau catan realistik berdasarkan sumber ilham. 4. Lakaran dan perkembangan idea dengan catatan. 5. Lakaran reka letak dengan catatan. 6. Kajian warna dengan skema warna dan catatan. 7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar. 8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. 10. Lampiran minimum tiga edisi cetakan.
Berdasarkan kajian tersebut, karya hiasan dinding anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Kayu atau lino Ukuran minimum : 30 cm × 20 cm Teknik : Cetakan timbul Tema : Sayangi haiwan Warna : Bebas Bilangan warna minimum : 3 warna Contoh :
2/8
Sayangi Haiwan
Qolbi
Nota: 1. Hasil kerja hendaklah mengikut disiplin cetakan. 2. Anda boleh menukar bahan alternatif jika bersesuaian dalam proses penghasilan cetakan. 3. Plat cetakan hendaklah disertakan bersama hasil karya. 4. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.
SITUASI Sebuah syarikat pengeluar kasut sukan hendak menghasilkan reka bentuk kotak kasut bagi mempromosi produk kasut sukan terbaharu mereka. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk kotak kasut sukan tersebut. Reka bentuk kotak tersebut mestilah kreatif, menarik dan dapat menggambarkan kehebatan kasut sukan tersebut. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk pembungkusan, muka taip, ilustrasi, dan aspek-aspek lain yang berkenaan sebagai sumber ilham dengan catatan. 2. Koleksi pelbagai kotak kasut dan kasut sukan sebagai sumber ilham dengan catatan. 3. Lukisan atau catan realistik kotak kasut dan kasut sukan. 4. Lakaran reka bentuk pembungkusan berserta lukisan hamparan dengan skala dan catatan. 5. Lakaran perkembangan idea muka taip, ilustrasi dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan catatan. 6. Lakaran olahan idea reka letak muka taip, ilustrasi, dan aspek-aspek lain dengan catatan. 7. Kajian warna dengan skema warna dan catatan. 8. Hamparan penuh reka bentuk pilihan. 9. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan. 11 Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Berdasarkan kajian tersebut, pembungkusan kotak kasut sukan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Bebas dan bersesuaian Ukuran : Panjang – 30 cm Lebar – 16 cm Tinggi – 12 cm Tema : Berdasarkan kajian Warna : Bebas Kapsyen : Mengikut kajian Teknik : Ilustrasi / Catan Contoh:
Nota: 1. 2.
Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan kemas Portfolio anda hendaklah bermaklumat. TUGASAN TAMAT