2016_Johor_Bahasa Melayu PPD Tangkak

June 11, 2018 | Author: Jie Khai | Category: N/A


Comments



Description

1103/1Bahasa Melayu Kertas 1 Set 1 2 ¼ Jam SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH TANGKAK MODUL KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Arahan : 1. Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. 2. Anda dikehendaki menjawab Soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. SULIT 1103/1 Bahagian A [Masa dicadangkan: 45 minit] [30 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan – kepentingan mengadakan rumah terbuka Malaysia. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. KEPENTINGAN RUMAH TERBUKA MALAYSIA Memupuk semangat perpaduan Rumah Terbuka Malaysia Mengeratkan silaturahim Mempelajari adat dan budaya pelbagai kaum 2 SULIT 1103/1 Bahagian B [Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit] [100 markah] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Terdapat pelbagai nilai murni dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Jelaskan faedah- faedah yang diperoleh daripada aktiviti yang telah anda sertai. 2 Pelbagai media sosial masa kini mempengaruhi tahap ekonomi dan sosial masyarakat. Huraikan pendapat anda berdasarkan kenyataan tersebut. 3 Peningkatan kadar kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya itu sendiri. Tuliskan sebuah rencana bagi membincangkan langkah- langkah untuk mendidik pengguna jalan raya yang berhemah. 4 Pendidikan Abad Ke- 21 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dirangka untuk melahirkan modal insan yang berilmu. Ulaskan pendapat anda mengenai kepentingan ilmu dalam era globalisasi. 5 Tuliskan sebuah cerpen yang bertemakan penghargaan terhadap warga tua. KERTAS SOALAN TAMAT 3 Mempelajari adat dan budaya pelbagai kaum.mana jawapan yang bersesuaian 4 . Menambah pendapatan 2. Kepimpinan 2. Memupuk semangat perpaduan 2. Mengeratkan silaturahim 3.SULIT 1103/1 SKEMA JAWAPAN Bahagian A Pendahuluan: Isi :1. Memudahkan transaksi perniagaan 4. Kerjasama 4. Penutup : Bahagian B ( contoh jawapan) Soalan 1 Pendahuluan: Isi ( Nilai) Penutup :1. Disiplin 3. Mengeratkan hubungan masyarakat 5.mana jawapan yang bersesuaian Soalan 2 Pendahuluan: Isi (Kepentingan) Penutup :1. Menambah kenalan : *Terima mana. Pasaran lebih luas 3. Toleransi 5. Berdikari : *Terima mana. Berdaya saing 4. Meningkatkan imej negara : *Terima mana.mana jawapan yang bersesuaian Soalan 4 Pendahuluan: Isi (Kepentingan ilmu) Penutup :1. Pemikiran yang kreatif.SULIT 1103/1 Soalan 3 Pendahuluan: Isi (Langkah. Individu – mematuhi peraturan jalan raya 2. Pendidikan/ sekolah – Pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah 4.langkah) Penutup :1.anak 3. Ibu bapa – menjadi suri teladan kepada anak.undang : *Terima mana. 5 . Kritis dan inovatif 3. Diaplikasikan dalam kehidupan 2. Media – Penyebaran maklumat berkaitan keselamatan jalan raya 5. JPJ – Pemantauan spesifikasi kenderaan/ penguatkuasaan undang. Mewujudkan hubungan diplomatik yang baik 5.mana jawapan yang bersesuaian Soalan 5 *Terima cerita yang bersesuaian dengan tema. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. soalan 2 (c).. 4.SULIT 1103/2 NAMA : ………………………………………… TINGKATAN : …………. Lihat sebelah 1 . Jawapan bagi soalan 2 (b). Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAHASA MELAYU KERTAS 2 DAERAH TANGKAK BAHASA MELAYU KERTAS 2 OGOS 2 ½ jam 1103/2 Dua jam 30 minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan teks Komponen Sastera Melayu Tingkatan 4 dan tingkatan 5. Jawab semua soalan. 3. pengguna hendaklah berhati-hati apabila bersembang dengan orang yang tidak dikenali di alam siber. teknologi maklumat dan pelbagai budaya. Begitu juga pengguna jangan sesekali memberikan kepercayaan dengan mendedahkan maklumat peribadi kepada individu yang baru dikenali menerusi Internet. Dalam dunia Internet. Akhir. Seterusnya. Istilah alam siber digunakan secara meluas untuk menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan komputer. Bertitik tolak daripada situasi tersebut. Selain itu. kita disarankan mengimbas lampiran terlebih dahulu sebelum membukanya. Sekiranya terdapat lampiran yang dihantar. Keadaan ini mendedahkan pengguna kepada jenayah di alam siber seperti mangsa ditipu menerusi Internet yang melibatkan kerugian wang ringgit. pastikan tidak terus mengklik pautan yang disediakan kerana lazimnya transaksi rasmi dalam talian tidak akan menghantar e-mel yang mempunyai pautan di dalamnya. khususnya menerusi laman sesawang “bank palsu”. pengguna jangan mudah membayar wang sebagai deposit untuk mendapatkan sesuatu yang dijanjikan. Iklan sebegini biasanya meminta pengguna mengeluarkan sedikit wang sebagai modal. Februari 2013) 2 . Jenayah siber juga boleh berlaku melalui e-mel. bermakna sebelah kaki sudah termasuk dalam perangkap penjenayah siber. Pengguna juga terpedaya dengan propaganda yang belum tentu kesahihannya. Setiap individu di alam siber mempunyai kuasa tersendiri dengan bersembunyi di sebalik nama samaran.SULIT 1103/2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Sekiranya bersetuju bertemu. kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha menangani jenayah siber dan masalah-masalah menangani jenayah siber. Hal ini demikian kerana banyak kes jenayah dan salah laku sosial bermula daripada ruangan sembang di Internet. Dewan Siswa. Oleh itu. pilihan terletak di tangan pengguna untuk menilai maklumat yang dipaparkan dalam Internet itu benar atau sebaliknya. Jika pengguna ingin juga membuka e-mel berkenaan. Oleh itu. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. pengguna Internet usah mudah terpedaya dengan godaan untuk menjadi kaya dengan cepat menerusi iklan pelaburan yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda. pengguna jangan sesekali membuka e-mel yang meragukan daripada pihak yang tidak dikenali. Kita juga diharapkan tidak mudah membuat janji temu dengan kenalan di alam siber. Pengguna juga jangan mudah menjadi responden soal selidik yang diuruskan oleh individu yang tidak dikenali di alam siber yang sebenarnya hanya bertujuan untuk menjanakan pendapatannya. antaranya penggunaan program antivirus yang menyediakan perlindungan secukupnya kepada komputer peribadi. Bagi mengelakkan penggodaman berlaku. Namun. (Dipetik dan diubah suai daripada “Etika di Alam Siber” oleh Zuraidah Hanim binti Md. terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pengguna. terdapat segelintir golongan yang menceroboh sistem komputer yang dikenali sebagai penggodam. kata laluan mestilah sentiasa dilindungi supaya lebih selamat dan sukar diakses oleh orang lain. Internet merujuk dunia dalam talian sebagai media komunikasi. Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah] (iii) Pada hari ini. (i) Berikan maksud rangkai kata media komunikasi. jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. [2 markah] (ii) Pengarang menyatakan bahawa terdapat beberapa kesan negatif penggunaan Internet kepada pengguna. terdapat segelintir pengguna yang menyalahgunakan Internet. Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab remaja terjebak dengan masalah penyalahgunakan Internet.SULIT 1103/2 Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2 (a) : Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan 1. [4 markah] 3 . ” “Tandatangan Profesor Doktor Juaidi ini bagaimana?” “Saya rela menerima herdiknya. Dia sudah mati. Besar sungguh nilai pembaziran Profesor Doktor Juaidi. “Hanya adrenalina. Denyutan jantung mahasiswa leukemia mampu menyudahkan tesis. bagaimanakah peribadi seorang doktor yang terpuji? [3 markah] (iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.” Juruteknik makmal darah berwajah kelat. dopamin dan atropina yang merangsang denyutan jantungnya.Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. beratus-ratus tahfiz kecil. Tiada tanda-tanda hayat. awak jadi pembunuh. saat kematiannya begitu hampir. apakah yang dilakukan oleh ‘Aku’ untuk menyelamatkan pesakit? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda .SULIT 1103/2 Soalan 2 (b) .” “Tapi darah ini untuk Tuan Besar Muda. Di katil nombor empat. gadis malang kaku dalam selimut merah jambu. “Hanya lima pek darah untuk lima orang yang sedang koma. kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (Dipetik daripada Gerhana Manusia. Lima pek darah sejuk telah berada di tangan. Boleh menyejukkan bumi dengan merdu al-Quran. Otak yang berdarah. Anak mataku bulat penuh. Prognosisnya yang baik.” Terasa lelah tatkala kupanjat anak-anak tangga. Tarikan nafas Solehah. gagah memanjat tangga sekolah. Aminah Mokhtar Antologi Sejadah Rindu. mampu menyusukan anak keenam. kelima-lima yang lain pula. kalau awak tidak melepaskan pek-pek darah ini. Sinar mata al-Hafiz. Tulang selangkaku yang remuk. [4 markah] 4 . Penganiaya telah memberikannya tiket ke jannah. memancut bagai paip bocor. Aku menjeling ke tubuh al-Hafiz. hentaman beroti. Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan petikan di atas. anak mata yang membulat penuh. salur darah di ruang foraks. Kutinggalkan dinding pejal Unit Rawatan Rapi. ketujuh-tujuh anak masih belum yatim. dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bandahari. Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berikan maksud kerana ia sedia anak bendahara. “Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bbapaku sekati emas di benua Keling itu. Melaka. Patih Aria Gajah Mada. Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana. Orang Kaya Kanayan. maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja. kerana datuk sudah tua. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda. di Majapahit. ada tiga orang yang bijaksana. Pasai.Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda. kedua. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah. Majapahit. dan di Pasai. baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara. “Tuanku.” Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara. “Baiklah. [2 markah] (ii) Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan Seri Nara Diraja mencadangkan Paduka Raja sebagai Bendahara. kerana ia sedia anak bendahara. Syahadan.” Dan telah sudah lepas idah. kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarkan : pertama. dan bulu mata dengan bbuluu kening sudah bertemu?” Maka kata Seri Nara Diraja. menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Bendahara Paduka Raja. dan di Melaka.SULIT 1103/2 Soalan 2 ( c ) . “ Maka titah baginda. ketiga. Maka menjadi maufakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Di dalam negeri tiga buah itu. mengapakah sesebuah negara perlu mempunyai pemimpin yang bijaksana dan adil? [3 markah] 5 . (Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam Antologi Sejadah Rindu. SULIT 1103/2 Soalan 2(d) – Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti. Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul. kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati kita mempertahankan kedaulatan watan dar anasir jahat kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan. Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah elakkan pertelingkahan sesama sendiri. Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nurani kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka) 6 . Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini agar kecemerlangan tercerna di persada arena terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat. (Onn Malini. GELANGGANG Ini gelanggang kita yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di kemudian hari. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan. (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Makanlah kuih di atas meja itu. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Awak siapkanlah kerja itu sekarang. menukarkan imbuhan. Jangan ganggu budak yang sedang menangis itu.SULIT 1103/2 (i) Berdasarkan sajak. Engkau tunggu dia di rumah. [4 markah] Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi. Tolong hantar jawapan sebelum hari Sabtu. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) rusuh rusuhan perusuh larang larangan melarang [6 markah] (b) Baca ayat–ayat di bawah dengan teliti. atau ayat permintaan. ayat suruhan. Kenal pasti ayat–ayat tersebut dan klasifikasikannya sama ada ayat–ayat itu ayat silaan. [2 markah] (ii) Jelaskan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan hidup bersatu padu kepada sesebuah negara. nyatakan dua cara untuk menjamin keamanan dan kemakmuran negara. ayat larangan. [3 markah] (iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [6 markah] 7 . atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. [6 markah] (d) Dalam ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. akar pun berguna sekali air bah. Bagi setiap ayat. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (iii) Tuan pengetua SMK Pulau Bum Bum telah mempengerusi mesyuarat pada pagi ini dan dibantu oleh Encik Jalil sebagai pencatit minit. anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. (i) (ii) (iii) seperti kerbau dicucuk hidung tiada rotan. Cikgu Kamil menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kemusnahan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511. [6 markah] (e) Berikan maksud peribahasa di bawah ini. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. makanan ringan seperti mee goreng yang mengandungi banyak kapur boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit.SULIT 1103/2 (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. sekali pasir berubah [6 markah] 8 . (i) Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-59 di bulan Ogos ini . Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. (ii) Tahap kehidupan rakyat di negara ini bertambah baik dari semasa ke semasa dan peningkatan ekonomi negara yang memberangsangkan. anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. (i) Menurut kaji doktor. bahkan beliau turut disanjung kerana kejayaannya harumkan nama negara di persada antarabangsa. seluruh rakyat diminta supaya sama–sama mempamerkan Jalur Gemilang. (ii) Sahlin Zulkifli bukan sahaja terkenal sebagai pemain bowling negara. (iii) Pada akhir waktu pembelajaran. Berdasarkan dua novel yang anda pelajari. [7 markah] (b) Setiap peristiwa dalam novel dapat memberi gambaran latar masyarakat yang hendak dikemukakan oleh pengarang.SULIT 1103/2 Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib Pantai Kasih karya Azmah Nordin Silir Daksina karya Nizar Parman Tirani karya Beb Sabariah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop (a) Watak utama dalam salah satu novel yang anda pelajari mempunyai sikap-sikap yang boleh diteladani. [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT 9 . Jelaskan pernyataan tersebut dengan mengemukakan dua contoh. jelaskan satu peristiwa dalam setiap novel tersebut yang menunjukkan latar masyarakat yang bertanggungjawab. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja.SULIT 1103/2 SEKOLAH : 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 OGOS 2016 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit BAHASA MELAYU Kertas 2 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa juga bentuk penulisan dan percetakan. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini mengandungi halaman bercetak . Bahagian Markah Markah (i) Pendahuluan (ii) Isi Tersurat 2 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16 (iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 (iv)Penutup/ Kesimpulan 5 4 2 Jumlah Markah 20 . Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.gelaran (ii) (iii) (iv) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum diperiksa.tarikh .nama khas . Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.penggunaan kata depan di dan ke . Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja.angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan .perkataan berulang .2 Markah penuh 110 markah Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: (a) (b) (a) Isi Bahasa - 20 markah 10 markah Isi [20 markah] Nota : (i) Panduan mengira perkataan Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan: . Kesimpulannya. 7. pengguna Internet usah mudah terpedaya dengan godaan untuk menjadi kaya dengan cepat ISI TERSIRAT (Masalah-masalah menangani jenayah siber) 1. tidak terus mengklik pautan yang disediakan 4. 6.Petikan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara menangani jenayah siber. Kata laluan mestilah sentiasa dilindungi 2. Undang-undang Siber yang sukar untuk dikuatkuasakan.Petikan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara menangani jenayah siber dalam kalangan masyarakat. 4. Pengguna jangan sesekali membuka e-mel yang meragukan daripada pihak yang tidak dikenali 3. 8. Sukar menetukan siapa yang menyerang sistem. [2 markah] . Golongan pengguna yang belum matang untuk berfikir 8. pengguna jangan sesekali memberikan kepercayaan dengan mendedahkan maklumat peribadi kepada individu yang baru dikenali menerusi Internet. kita disarankan mengimbas lampiran terlebih dahulu sebelum membukanya. 5. 7. 5. Kita juga diharapkan tidak mudah membuat janji temu dengan kenalan di alam siber. semua pihak perlu bekerjasama membanteras jenayah siber agar masyarakat hidup lebih sejahtera. 9.Kesimpulannya. [1 markah] -Petikan membincangkan usaha-usaha menangani jenayah siber [0 markah] ISI TERSURAT (Usaha-usaha menangani jenayah siber) 1. 2. Sistem keselamatan maklumat ‘Cyber Security Malaysia’ yang masih belum kukuh 3. Malaysia Memperkenalkan Rang Jaminan (Bill Of Guarantees) Iaitu Jaminan Tiada Penapisan Internet bagi menarik pelabur asing. pengguna hendaklah berhati-hati apabila bersembang dengan orang yang tidak dikenali di alam siber. Sikap pengguna yang menyerang sistem sekadar suka-suka atau mencuba ilmu dipelajari 6. Hukuman yang tidak setimpal dikenakan ke atas penjenayah siber. pengguna jangan mudah membayar wang sebagai deposit untuk mendapatkan sesuatu yang dijanjikan. mengapa dan dari mana.3 Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan P1 P2 P3 P4 Markah . pihak kerajaan perlu menangani masalah jenayah siber [1 markah] . Pengguna juga jangan mudah menjadi responden soal selidik yang diuruskan oleh individu yang tidak dikenali di alam siber 10. Sikap pengguna yang tamak dan tidak serik dengan skim cepat kaya KESIMPULAN . [2 markah] -Rumusan ini membincangkan langkah-langkah/ cara-cara menangani jenayah siber dan masalah-masalah menangani jenayah siber [2 markah] . Kesinambungan isi baik . (iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan.Kosa kata masih memuaskan -Tanda bacaan / ejaan juga Memuaskan .4 (b) Bahasa [10 markah] Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual yang berikut: Peringkat Baik Markah Isi Markah Bahasa 18 – 20 9 – 10 15 – 17 7–9 12 – 14 6–7 8 – 11 4–6 1–7 1–4 Sederhana Lemah Huraian .Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan / tidak memuaskan Nota : (i) Jika bahasanya agak baik. (iv) Jika rumusan kurang daripada 120 perkataan. [maksimum : 10 markah] .Struktur ayat / tatabahasa baik . (ii) Jika bahasanya kurang memuaskan.Struktur ayat / tatabahasa masih memuaskan . markah tidak dipotong. tolak 1 markah. tambah 1 markah lagi.Kesinambungan isi masih baik . ayat demi ayat. berikan 0 markah.Kosa kata luas . walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 perkataan.Tanda bacaan / ejaan betul . Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap / sempurna 3.Isi cukup dan lengkap / relevan dengan tugasan dan ayat gramatis .Isi tidak cukup / kurang lengkap dan ayat kurang gramatis . Soalan 3 markah: DESKRIPSI .Isi tidak betul / tidak relevan dengan tugasan.Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat gramatis .Isi tidak cukup / kurang lengkap dan ayat kurang gramatis . ayat gramatis MARKAH 4 3 2 1 0 . Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman 1.Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup .Isi cukup dan lengkap / relevan tetapi ayat kurang gramatis . Soalan 4 markah: DESKRIPSI .Isi tidak cukup / kurang lengkap tetapi ayat gramatis .Isi cukup dan lengkap / relevan.Isi tidak betul / tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis MARKAH 3 2 1 0 3.Isi cukup dan lengkap / relevan dengan tugasan dan ayat gramatis . ayat kurang gramatis .Jawapan tidak tepat / salah MARKAH 2 1 0 2. berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.Isi tidak cukup / kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis . Soalan 2 markah: DESKRIPSI .5 Soalan 2 Markah penuh 35 dibahagikan kepada: Soalan 2(a) : 9 markah Soalan 2(b) : 9 markah Soalan 2(c) : 8 markah Soalan 2(d) : 9 markah Perhatian bagi Soalan 2(a) hingga Soalan 2(d) 1. Isi Tanpa Huraian [Isi cukup – 3 isi] ATAU Isi cukup = Isi + Huraian [Isi cukup – 2 isi] .6 Soalan 2(a) – Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata media komunikasi P1 wahana/ medan/ perbualan/ perbincangan/ sembang P2 wahana/medan komunikasi P3 media perbincangan 2 1 1 [Maksimum: 2 markah] (ii) Kesan negatif penggunaan Internet kepada pengguna. [Maksimum : 3 markah] [Isi cukup – 2 isi] (iii) Sebab seseorang itu menjadi pembuli siber P1 P2 P3 P4 Enggan bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka Gilakan perhatian / publisiti Membalas dendam terhadap orang yang pernah melukakan hatinya Suka mendominasi orang lain [* Jawapan lain yang sesuai boleh diterima] ii. P1 P2 P3 Mangsa ditipu menerusi Internet Melibatkan kerugian wang ringgit. [Maksimum : 4 markah] i. Pengguna juga terpedaya dengan propaganda yang belum tentu kesahihannya. Contoh: Nusia bertanggungjawab merawatsemua pesakitnya tanpa mengira pangkat.7 Soalan 2(b) – Petikan Cerpen (i) Tindakan yang yang dilakukan oleh ‘Aku’ untuk menyelamatkan pesakit P1 P2 (ii) P1 P2 P3 P4 P5 Melangkah meninggalkan wad unit rawatan rapi Meminta lima pek darah daripada juruteknik makmal untuk kegunaan enam orang pesakit yang sedang koma [Maksimum 2 markah] isi cukup . [1+1[  Kita perlulah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang. Contoh: Nusia bersimpati dan menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.2 Sumbangan yang boleh dilakukan oleh seorang doktor untuk pesakitnya Perlu merawat pesakit tanpa mengira kedudukan dan status Bekerja dengan jujur dan bertanggungjawab Mendahulukan keperluan pesakit melebihi keperluan peribadi Mendahulukan pesakit yang benar-benar memerlukan rawatan Sentiasa bersikap belas terhadap orang yang memerlukan rawatan [maksimum 3 markah] Isi cukup . Contohnya.2 (iii) Pengajaran Pengajaran yang terdapat dalam petikan  Kita perlulah bersikap baik hati terutama kepada orang yang dalam kesusahan. . [1+1]  Terima jawapan lain yang sesuai [maksimum 4 markah] . [1 + 1 ]  Kita perlulah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi. [1+1] Pengajaran lain daripada cerpen tersebut  Kita hendaklah mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Contoh : Tindakan Doktor Murni yang meletakkan jawatan kerana ingin menjadi doktor yang berperikemanusiaan dapat membantu menyelamatkan pesakit yang memerlukan rawatan yang rapi dan sempurna. Nusia mengambil lima pek darah daripada juruteknik untuk diberikan kepada pesakit yang lebih memerlukannya. P1 Seri Nara Diraja telah berkahwin dengan Tun Kudu yang merupakan saudara Paduka Raja Kerana hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja telah baik/ semakin erat Kerana Paduka Raja dapat memberikan sumbangan untuk kemajuan dan pembangunan negara [maksimum 3 markah] Isi cukup : 2 P2 P3 (iii) Pendapat .8 Soalan 2(c) – Prosa Klasik (i) Berikan maksud kerana ia sedia anak bendahara.sebab sesebuah negara perlu mempunyai pemimpin yang bijaksana dan adil P1 P2 P3 Untuk memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat Untuk mengekalkan keamanan dan kemerdekaan negara daripada ancaman musuh Untuk mengangkat imej negara sebagai sebuah negara yang maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa [maksimum 3 markah ] Isi cukup : 2 . iaitu Bendahara Seri Wak Raja [ 2 markah ] (ii) Faktor-faktor yang menyebabkan Seri Nara Diraja mencadangkan Paduka Raja sebagai Bendahara. o Bendahara Paduka Raja sememangnya berketurunan anak Bendahara. kepentingan-kepentingan hidup bersatu padu kepada sesebuah negara. generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata.  Persoalan perpaduan kaum dipertahankan Contohnya : Satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu pada kemudian hari . P1 P2 P3 P4 P5 - Negara menjadiaman dan damai Rakyat hidup sejahtera dan harmoni Negara bertambah maju dan cemerlang Program pelancongan berjaya dan berkesan Pembangunan negara berjalan dengan lancar [ maksimun 3 markah ] Isi cukup : 2 (iii) Persoalan yang terdapat dalam sajak .[ 1 + 1]  Persoalan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara Contohnya. Contohnya. [1+1] [maksimum 4 markah] . penyajak menyeru semua rakyat mempertahankan kedaulatan watan daripada anasir jahat [1+1]  Persoalan perjuangan generasi dahulu mendapatkan kemerdekaan.9 Soalan 2(d) – Sajak (i) Dua cara untuk menjamin keamanan dan kemakmuran negara. P1 Menjaga negara dengan sepenuh hati P2 Mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara [ 2 markah] (ii) Pendapat . tidak tenteram fikiran) (ii) rusuhan (kejadian merusuh) (iii) perusuh (pengganggu ketenteraman. berikan 0 markah. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 3. 6. berikah markah penuh 1 markah. 10. tolak ½ markah. tolak ½ markah bagi setiap ayat. 5. berikan 0 markah. pengacau. 9. berikan 0 markah. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan soalan. Jawapan (a): 6 markah (i) rusuh (terganggu ketenteraman. penderhaka) (iv) larang (menahan daripada melakukan sesuatu. 7. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa. tidak dibenarkan) . Jika memberikan makna dan tepat maknanya. Perkataan digunakan sebagai nama khas. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan. 8. tidak membenarkan) (iv) larangan (sesuatu yang dilarang atau terlarang) (v) terlarang (tidak boleh dikerjakan.10 Peraturan Pemarkahan Soalan 3 Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada: Soalan 3(a) : 6 markah Soalan 3(b) : 6 markah Soalan 3(c) : 6 markah Soalan 3(d) : 6 markah Soalan 3(e) : 6 markah Perhatian bagi soalan 3(a) 1. Isi tidak jelas. berikan markah penuh 1 markah. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih. 4. 2. gaduh. tidak sopan. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat. 11 Jawapan 3(b) (i) (ii) (iii) (iv) (iv) (v) ayat suruhan ayat larangan ayat larangan ayat permintaan ayat suruhan ayat silaan [6 markah] Jawapan 3(c) (i) (ii) (iii) kaji mee goreng bowling harumkan mempengerusi pencatit . yang kurang baik pun berguna juga (iii)sesuatu itu berubah mengikut masa atau keadaan [6 markah] .mengharumkan – mempengerusikan – pencatat [6 markah] Jawapan 3(d) (i) (ii) (iii) di mempamerkan tahap dan lain-lain faktor kemusnahan – pada -_mengibarkan – taraf – kerana – faktor-faktor lain – kejatuhan [6 markah] Jawapan (e) : (i) mengikut sahaja kehendak orang lain (ii) kalau tidak ada yang baik sekali.kajian – mi goreng – boling . Berikan 1 markah bagi persoalan kasih sayang yang tepat. berikan 1 markah untuk bahasa. berikan 1 markah untuk bahasa. Markah bahasa maksimum 3 markah. (ix) Calon tidak menjawab 0 markah. (vii) Markah bahasa diberikan secara `impression` Baik = 2 markah Lemah = 1 markah (viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0.12 Soalan 4 Markah penuh 15 markah Panduan pemarkahan bagi Soalan 4 Perhatian bagi soalan 4 (a) (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari. (ix) Calon tidak menjawab 0 markah. [maksimum: 7 markah] (b) (i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari. (iii) Beri 1 markah untuk satu latar masyarakat bertanggungjawab bagi setiap novel (iv) Berikan 2 markah bagi setiap huraian/peristiwa yang lengkap dan jelas (v) Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi setiap novel) (vi) Markah bahasa maksimum 2 markah. (ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. Markah bahasa diberikan secara `impression` Baik = 3 markah Sederhana = 2 markah Lemah = 1 markah (viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0. [maksimum: 8 markah] . Berikan 1 markah bagi setiap huraian yang lengkap dan jelas Markah isi maksimum 4 markah. walaupun pertama kali datang ke kampung Purnama.Haiqal amat menghormati bapa tirinya dengan tidak menyinggung perasaan Abdul Fatah bapanya itu. Taat/patuh . Haiqal dapat bergaul mesra dengan Tauke Lim.Haiqal menunaikan solat Subuh apabila sampai di stesen bas Batu Pahat sebelum menaiki teksi ke kampung ayahnya. Haiqal sanggup ke kampung halamannya arwah ayahnya untuk mengetahui kehidupan ayahnya. buktinya Farisha menangis apabila mendapat tahu abangnya . Swee Hwa. Azrai menghidap penyakit jantung Berani . (Jawapan lain yang sesuai boleh diterima) Silir Daksina Watak utama : Haiqal     Hormat Menghormati . Bertanggungjawab buktinya Farisha bertanggungjawab mengesan dan menyelesaikan masalah sistem di softlab. buktinya walaupun ibu dan ayahnya menghadapi krisis Farisha menerima kembali Medina iaitu ibu kandungnya selepas mengetahui kisah sebenar walaupun pada mulanya dia enggan menerima ibunya Taat buktinya Farisha akur dan patuh akan permintaan Azraai yg mahu membawa Farisha jauh dari Kuala Lumpur demi keselamatannya. Haiqal juga menghormati Taukeh Ong dan Pakcik Bakar yang merupakan kawan baik arwah bapanya Berbudi Bahasa / Baik Hati . Penyayang – Haiqal menyayangi ayah kandungnya walaupun tidak dapat dibesarkan oleh ayahnya. Haiqal mudah menyesuaikan diri dengan suasana dan masyarakat kampung.13 4(a) Perwatakan Watak Utama Yang Boleh Diteladani Di Sebalik Dinara Watak utama : Farisha      Penyayang. (Jawapan lain yang sesuai boleh diterima) . Pakcik Bakar dan penduduk kampung yang lain. buktinya Farisha berani menerima tawaran menggodam sistem Dinara Baik hati . Dia tidak membantah dan terus keluar hospital lalu mengikut Azraai. Di Sebalik Dinara yang menunjukkan latar masyarakat yang  Aqram berusaha menjalankan tanggungjawabnya untuk mencari Farisha seperti yang diarahkan . Peristiwa itu menunjukkan latar masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. . Swee Hwa juga menjaga rumah dan barang-barang milik Cikgu Abdullah selepas Cikgu Abdullah meninggal dunia ATAU Tauke Ong bertanggungjawab menjaga dan menguruskan harta milik ayah Haiqal selepas kematiannya.14 4(b) Peristiwa Menunjukkan Latar Masyarakat Bertanggungjawab Di Sebalik Dinara Satu peristiwa dalam bertanggungjawab. Silir Daksina yang menunjukkan latar masyarakat yang  Swee Hwa telah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya oleh Cikgu Abdullah bin Kayan untuk memberikan sebuah manuskrip kepada Haiqal. Dia. Dr Max dan Khairul Anwar bertanggungjawab terhadap amanah Karl yang mahu menyelamatkan Dinara. Peristiwa itu menunjukkan latar masyarakat yang bertanggungjwab terhadap ahli keluarga (Jawapan lain yang sesuai boleh diterima) . Peristiwa itu menunjukkan latar masyarakat yang bertanggungjawab melindungi ahli keluarga (Jawapan lain yang sesuai boleh diterima) Silir Daksina Satu peristiwa dalam bertanggungjawab. Peristiwa itu menunjukkan latar masyarakat yang bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberikan  Tauke Ong tidak mahu membeli kereta baharu keran mahu menggunakan duitnya untuk keperluan persekolahan anaknya ATAU Tauke Ong bekerja menoreh getah pada waktu pagi dan meraih pisang untuk dijual pada waktu petang untuk menyara kehidupan anakanaknya yang bersekolah sehingga peringkat tinggi.  Azraai bertanggungjawab melindungi Farisha dan memasang alat keselaamatan seperti intercom dan retinal scanner untuk menjaga keselamatannya. 15 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2016 BAHASA MELAYU Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA . penggunaan kosa kata luas dan tepat .masih menepati tema bahan rangsangan Memuaskan 15 – 19 .menepati tema bahan rangsangan Cemerlang 26 – 30 . petikan ucapan.wacana kurang lengkap. unsur bahasa kurang (10 – 11) bervariasi .wacana masih lengkap.kesalahan tatabahasa/ejaan ketara (12 – 14) .bahasa gramatis dari segi kata dan ayat .penggunaan tanda baca betul dan tepat . maksud Al Quran dan sebagainya) 1103/1 © 2008 Hak Cipta JPNPP [ Lihat sebelah SULIT Bahagian B . huraian jelas .menepati tema bahan rangsangan Baik 20 – 25 . unsur bahasa bervariasi . unsur bahasa masih (15 – 16) bervariasi . slogan.penggunaan tanda baca masih betul dan tepat (17 – 19) .penggunaan kosa kata umum .idea relevan.idea masih/kurang relevan.16 BAHASA MELAYU KERTAS 1 (1103/1) Bahagian A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan (30 markah) KRITERIA PENSKORAN PERINGKAT MARKAH KRITERIA .wacana lengkap.idea tidak menepati tema bahan rangsangan Catatan : Tiada pemotongan markah bagi setiap kesalahan ejaan Calon digalakkan menggunakan ungkapan menarik (peribahasa.idea masih relevan. kata-kata hikmat. huraian jelas dan matang .bahasa gramatis dari segi kata dan ayat (23 – 25) .bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat Memuaskan .murid tidak menunjukkan penguasaan kemahiran Pencapaian 01 – 09 menulis Minimum (06 – 09) .murid tidak memahami tema bahan rangsangan (01 – 05) .masih/kurang menepati tema bahan rangsangan Kurang 10 -14 . unsur bahasa bervariasi dan (26 – 27) menggunakan ungkapan yang menarik .penggunaan kosa kata luas (20 – 22) .idea relevan.bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat .wacana lengkap. huraian masih/kurang jelas .penggunaan kosa kata terhad .penggunaan tanda baca betul dan tepat (28 – 30) . huraian masih jelas . pantun. petikan hadis. dihuraikan dengan jelas dan matang. rangkai kata dan perkataan / = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas) // = Kesalahan ejaan yang berulang = Kesalahan tanda baca 1103/1 © 2008 Hak Cipta JPNPP PERINGKAT CEMERLANG [ Lihat sebelah SULIT Bahagian B : Karangan Respons Terbuka (100 markah) KRITERIA PENSKORAN MARKAH KRITERIA .ejaan dan tanda baca betul . Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah 4. periksa seperti biasa b. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan 2.penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis .penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat .idea yang relevan mengikut tugasan. ejaan dan tanda baca : ( ) = Kesalahan isi = Kesalahan bahasa.penggunaan kosa kata luas dan tepat 80 – 100 . Jika karangan : a. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum ialah sebanyak 3 markah.laras bahasa sesuai dengan tugasan . Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang 5.17 Perincian Pemarkahan Cara Pemeriksaan : 1. Cara menanda kesalahan isi . disertakan dengan contoh yang sesuai . Kurang daripada 350 perkataan. Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan 3. laras bahasa sesuai dengan tugasan .penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai .wacana masih/kurang lengkap .penggunaan kosa kata luas dan tepat . disertakan dengan contoh yang sesuai .pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai .terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara .laras bahasa kurang sesuai .18 (90 – 100) (80 – 89) KEPUJIAN 66 – 79 (73 – 79) (66 – 72) 51 – 65 BAIK (58 -65) (51 – 57) 36 – 50 (43 – 50) MEMUASKAN (36 – 42) 21 – 35 KURANG MEMUASKAN (28 – 35) .gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan . cogan kata atau frasa .gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa.ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum .laras bahasa sesuai mengikut tugasan .penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat .penggunaan pelbagai jenis kata terhad .penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum . pantun.penggunaan unsur bahasa bervariasi .penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum .penggunaan kosa kata umum . huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai .idea masih relevan mengikut tugasan. huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai .ayat kurang gramatis .idea yang relevan mengikut tugasan.gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan .penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi . cogan kata atau frasa .pengolahan tidak menarik .idea masih relevan mengikut tugasan.idea masih relevan/idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/tidak berkembang dan contoh tidak sesuai .wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan .pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai .penggunaan kata kurang tepat .gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa.ejaan dan tanda baca betul .wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan .penggunaan unsur bahasa masih bervariasi . pantun. dihuraikan dengan jelas dan matang.wacana masih lengkap .penggunaan unsur bahasa bervariasi .ayat tidak gramatis tetapi masih difahami . kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara .gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah serta tidak menarik .19 (21 – 27) 01 – 20 PENCAPAIAN MAKSIMUM (11 – 20) (01 – 10) .pengolahan tidak menarik .keseluruhan menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis .wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang .idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/tidak berkembang dan contoh tidak sesuai .keseluruhan karangan sukar/tidak difahami PEMARKAHAN TAMAT .gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah .wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai .Unsur bahasa tidak bervariasi/lemah . Mengeratkan silaturahim 3. Memudahkan transaksi perniagaan 4. Memupuk semangat perpaduan 2. Menambah kenalan : *Terima mana.mana jawapan yang bersesuaian Soalan 2 Pendahuluan: Isi (Kepentingan) Penutup :1. Kerjasama 4. Menambah pendapatan 2. Penutup : Bahagian B ( contoh jawapan) Soalan 1 Pendahuluan: Isi ( Nilai) Penutup :1.20 SULIT Bahagian A Pendahuluan: Isi :1. Mengeratkan hubungan masyarakat 5. Kepimpinan 2. Pasaran lebih luas 3. Mempelajari adat dan budaya pelbagai kaum. Disiplin 3. Berdikari : *Terima mana. Toleransi 5.mana jawapan yang bersesuaian . JPJ – Pemantauan spesifikasi kenderaan/ penguatkuasaan undang. Media – Penyebaran maklumat berkaitan keselamatan jalan raya 5. Pemikiran yang kreatif. Mewujudkan hubungan diplomatik yang baik 5. Berdaya saing 4.21 Soalan 3 Pendahuluan: Isi (Langkah. Kritis dan inovatif 3. Pendidikan/ sekolah – Pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah 4. Ibu bapa – menjadi suri teladan kepada anak.anak 3. Individu – mematuhi peraturan jalan raya 2.mana jawapan yang bersesuaian Soalan 4 Pendahuluan: Isi (Kepentingan ilmu) Penutup :1. Meningkatkan imej negara : *Terima mana.undang Penutup : *Terima mana.mana jawapan yang bersesuaian Soalan 5 *Terima cerita yang bersesuaian dengan tema. . Diaplikasikan dalam kehidupan 2.langkah) :1.
Copyright © 2024 DOKUMEN.SITE Inc.